ampunkan aku (cerpen) untuk ha

14
Ampunkan Aku “Ayah, Cek minta ampun, Cek bukan nak dera ayah.” Seorang ketua jururawat menghampiri ake setelah 10 minit kami sampai di Hospital Sultanah Bahiyah yang tersergam megah di negeri yang terkenal dengan nama jolokan Jelapang Padi Malaysia. Aku dapat rasa kemesraannya yang mengalir ke jemari kurus ayah, lalu meresap ke dalam jiwa. Limpahan kasihnya aku terima, sejujur bibirnya mengucapkan,‘‘sabarlah,” kepada aku. Aku selalu mendengar perkataan itu selama 6 tahun menemani ‘‘ayah terbaikku ini”. Itulah rangsangan masyarakat untuk menguatkan aku, walau tidak pernah sekali pun aku mengucapkan ketidak sabaran menghadapi anugerah ini. Aku akui, dalam masa enam bulan pertama, fasa penyakit osteoporosis, asma dan ulser yang sedang bersebati dengan tubuh ayah, membuatkan aku tidak dapat memahami dan kadang kala merajuk serta ambil hati dengan perangai ayah yang sering marah-marah padaku. Abang membekalkan RM500 buat belanja aku menenangkan hati . Aku berkelana mencari diri.Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini, Ayah tidak tahu aku pergi kerana merajuk dengannya,

Upload: ina-osman

Post on 23-Jun-2015

211 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

Ampunkan Aku

“Ayah, Cek minta ampun, Cek bukan nak dera ayah.”

Seorang ketua jururawat menghampiri ake setelah 10 minit kami sampai di Hospital

Sultanah Bahiyah yang tersergam megah di negeri yang terkenal dengan nama jolokan

Jelapang Padi Malaysia. Aku dapat rasa kemesraannya yang mengalir ke jemari kurus ayah,

lalu meresap ke dalam jiwa. Limpahan kasihnya aku terima, sejujur bibirnya

mengucapkan,‘‘sabarlah,” kepada aku.

Aku selalu mendengar perkataan itu selama 6 tahun menemani ‘‘ayah terbaikku ini”.

Itulah rangsangan masyarakat untuk menguatkan aku, walau tidak pernah sekali pun aku

mengucapkan ketidak sabaran menghadapi anugerah ini. Aku akui, dalam masa enam bulan

pertama, fasa penyakit osteoporosis, asma dan ulser yang sedang bersebati dengan tubuh

ayah, membuatkan aku tidak dapat memahami dan kadang kala merajuk serta ambil hati

dengan perangai ayah yang sering marah-marah padaku. Abang membekalkan RM500 buat

belanja aku menenangkan hati .

Aku berkelana mencari diri.Walau bagaimanapun, hingga ke saat ini, Ayah tidak tahu

aku pergi kerana merajuk dengannya, bukan berkursus jahitan sebagaimana yang aku dan

abang beritahu kepada ayah.

“Ayah, Cek minta ampun. Cek bohong ayah. Cek tipu ayah” Selepas perpisahan itu,

Ayah tidak marah-marah lagi dan aku semakin mengenali hiasan usia pada warga yang telah

menghadiahkan aku dunia.

Akulah insan terpilih menemani usia emas‘‘Lelaki terbaik ini’’. Bangga menatap

wajahnya yang meniti tahun sehingga ke angka 79. Bahagia mendukung. Nikmat membasuh

berak kencingnya. Emak meninggal ketika usiaku awal belasan tahun kerana menderita barah

Page 2: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

rahim. Sejak dari hari itu segala urusan terpikul di bahu ayah kerana ayah tidak mahu kahwin

lagi. Masanya banyak dihabiskan dengan membaca buku-buku ilmiah. Dialah ibu dialah ayah

padaku. Semua hal itu tidak terucap dengan kata-kata untuk aku ceritakan kebaikan dan kasih

sayang yang ayah limpahkan padaku. Aku pernah menjulang piala, namun kemenangannya

tidak semegah menatang tubuh ayah empat kali sehari ke bilik air.

Menggenggam wang hasil kemenangan tidak sepuas menekan mengeluarkan najis dari

dubur ayah. Enam tahun memproses sisa buangan itu,membuatkan aku sentiasa menanti

kehadiran saat itu, kalau sehari ayah tidak menunjukkan tanda hendak membuangnya.

Ketua jururawat itu menghulurkan salam perpisahan dan sentuhan kemesraan di kaki

ayah. Doktor wanita datang menyuakan stetoskopnya ke dada ayah. Dia mengarahkan ayah

dibawa ke dalam bilik.

“Encik Osman, sakit apa, kurus macam ni?” Soal doktor yang merawat ayah.

Aku yang sedang merenung mata ayah tersentak dari lamunan, Apa punya soalan

tanya pesakit macam tu. Hah! Pemiliknya seorang doktor lelaki, berdiri lebih dari satu kaki

jauhnya hujung usungan yang menempatkan tubuh ayah yang seberat lebih 35 kilorgram. Dia

memandang ayah, seperti melihat makhluk asing yang baru mendarat ke bumi. Pandangannya

tajam, menikam hati. Mana pergi doctor yang awal tadi. Aku tercari-cari, kelibat jururawat

tadi pun tidak kelihatan. Yang tinggal hanya aku, ayah dan doctor sombong perasan bagus

sangat sahaja di dalam bilik rawatan tersebut

“Tak boleh duduk hospital, sini banyak kuman!” Tanpa sentuhan rawatan, suara kasar

itu menerjah telinga kami. Aku sempat menangkap ketakutan pada wajah ayah sebelum luruh

ke tangannya. Aku genggam jemari yang sering mengusap kepalaku suatu ketika dulu, dan

matanya meluahkan bicara. Titisan air matanya menyayat sukma.

Page 3: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

“ Ayah, cek minta ampun. Cek sayang ayah.” Hanya itu komunikasi kami sejak 6

bulan, suara ayah diangkat ke langit.

“Cek bukan nak tinggalkan ayah di hospital, cuma nak minta doktor tolong sedut

darah dalam hidung ayah sahaja.” Aku bersuara memberitahu ayah. Dari riak wajahnya aku

tahu dia risau ditinggalkan sendirian di hospital. Ayah paling takut datang ke hospital. Dia

lebih rela menanggung sakit dari di rawat di hospital.

Darah itu tidaklah banyak, tetapi titisannya menyekat perjalanan nafas. Aku tahu ayah

telah hampir ke hujung usia. Aku tidak mendoakan begitu, namun aku tahu kerana telah 6

tahun aku merawatnya.

Setiap petang, aku bawa ayah menyedut udara luar dengan kerusi rodanya. Rutin itu

tidaklah setiap hari aku lakukan kerana ayah malu dilihat dalam keadaan begitu. Walau

bagaimanapun, ayah suka benar jikalau waktu pagi aku membawanya menghirup haruman

bunga dihalaman rumah atau ke tepi sungai melihat memerang menangkap ikan.

Namun begitu, sejak tiga tahun lalu, ayah hanya terbaring sahaja kerana tulang

belakangnya yang kian reput itu sudah tidak mampu menahan duduk. Hendak beralih pun

tidak berdaya. Kalau dibiarkan terlentang, terlentanglah sampai bila-bila. Makannya pun tidak

pernah diminta. Kencing tidak berasa. Cuma beraknya, aku perlu menekan-nekan di hujung

dubur untuk mengeluarkannya kerana tulang belakang ayah sudah tidak kuat manakala isyarat

dari otaknya tidak lagi berfungsi mengaturkan perjalanannya. Keajaibannya mengerjakan itu,

hanya kami berdua sahaja yang merasa.

Dalam keadaan begitu, kepada abang-abang dan kakak-kakak iparku pun aku tidak

menyerahkan tanggungjawab ini, apatah lagi hendak meninggalkan ayah terlantar di katil

hospital seorang diri. Tidak. Tidak sekal- kali. Biarlah aku bersusah payah menjaga ayah. Aku

rela, Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk ayah asalkan ayah sentiasa di depan mataku.

Page 4: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

Doktor itu pergi ke meja tulisnya. Aku merasai kesakitan dalam riak wajah ayah yang

mengalirkan air mata apabila plet x-ray disorong dan ditarik di bawah belakangnya yang luka.

“Ayah, cek tahu ayah sakit. Cek minta ampun. Cek bukan nak dera ayah, kita nak

berubat. kita nak buang darah dalam hidung ayah.” Aku memberitahu ayah dengan penuh rasa

bersalah. Aku tahu ayah menahan sakit. Kalau boleh bersuara tentu ayah dah jeritkan

kesakitan itu. Namun begitu ,suara ayah telah diambil oleh Penciptanya pada suatu malam

selepas kami mengucap sayang dan ayah melafazkan kalimah Allah mengakhiri perbualan

kasih kami. Sejak itu, hanya aku yang meluahkan bicara hati ayah dan ayah hanya memerhati.

Maha besar kuasa Allah yang menjadikan kita memahami antara satu sama lain hanya

dengan pandangan mata hati.

Tuhan mengambil sedikit demi sedikit anugerah yang dipinjam kepada “lelaki terbaik

ini”. Kalaulah masa yang dijanji itu benar-benar telah tiba, biarlah ayah pergi setelah habis

ikhtiar yang terdaya. Aku dan abang-abangku berpakat membawa ayah ke hospital yang baru

dibuka ini. Aku tidak lagi menemui petugas hospital dan doktor yang selalu melayan kami

dengan kemesraan yang terpancar dari hati.

“Macam ni, darah dalam hidung itu kami pun tak boleh buat apa.” Suara doktor yang

tidak mesra itu datang menerjah telinga. Aku yang sedang memandang ayah, beralih

melihatnya.

“Tak ada alat nak buang ?” Soalku kehairanan.

Tanpa menyentuh dan melihat hidung ayah, doktor itu membuat keputusan?

“Hah! sebuah hospital yang nilainya ratusan juta tidak ada alat di unit kecemasannya

untuk menyedut ketulan darah yang hanya mungkin sebesar tahi hidung, atau alat itu tidak ada

Page 5: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

untuk orang seperti kami?”. Soal aku dengan nada sinis. Geram dengan kata-kata doctor yang

sombong itu.

“Beginilah, pergi ke klinik ENT, tapi malam ini tak ada. Klinik hari Isnin . kita buat

janji temu?” Balas doktor tadi dengan penjelasan ringkas. Aku tahu dia terasa dengan sindiran

aku.

Hari ini Selasa. Kena tunggu enam hari lagi, baru boleh jumpa doctor. Ayah tidak

pernah membiarkan nafas anaknya terganggu walaupun hanya enam saat. Inikan pula enam

hari nak biarkan masa berlalu. Tidak. Aku merenung keangkuhan doktor yang langsung tidak

menyentuh, melihat dan memeriksa hidung ayah.

“Nafas dia tersumbat. Takkan tak ada alat nak buang?” Soal aku tanda tidak puas hati.

“Kan dah terangkan tadi!” Doktor itu menjawab ringkas dengan nada yang tinggi.

Ketinggian suaranya dapat didengar oleh orang lain. Sinis pandangannya, aku renung

jauh-jauh dari jangkauan tangan. Namun begitu suara kasarnya telah menembusi seluruh

anggota tubuh. Kini darah bukan sahaja didalam hidung ayah, tetapi telah membanjiri

keseluruh tubuhku. Hilang segala penghormatan pada jawatan yang mulia itu. Aku

merenungnya dan amat berharap suatu hari nanti, dia akan duduk di tempat aku.

“Saya lebih bimbangkan paru-paru dia. Encik Osman duduk wad, nak?” sarannya

kendur, sambil menghulur surat janji temu dengan klinik ENT kepada aku.

Sebelum suaranya diambil oleh Pencipta, berkali-kali ayah berpesan, dia tidak mahu

menghabiskan usia tuanya di katil hospital. Aku pula tidak sanggup melihat ayah pergi tanpa

ikhtiar untuk menangguhkan perjalanan itu sedikit lagi. Kami pulang tanpa rawatan,

walaupun aku tahu keadaan paru-paru ayah yang dah lama kritikal. Tentu Allah telah

mengatur jadual terbaik untuk kami.

Page 6: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

Rekod cemerlang dan kebaikan yang kami terima daripada kakitangan Hospital Besar

Alor Setar, telah dicemari oleh kebiadapan seorang doktor lelaki yang bertugas di unit

kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah pada senja malam 18 Januari 2009. Mungkin gegaran

dalam ambulans JPA3 yang menghantar kami telah menolak dan meluluskan ketulan darah

dalam hidung ayah. Pernafasannya mulai lancar, seperti lancarnya perjalanan ambulans yang

tidak berhenti di lampu isyarat.

Sebelum menidurkan ayah dengan kalimah Allah ditelinganya, aku ucapkan,‘‘Ayah,

cek minta ampun. Cek bawa ayah pergi hospital tadi, nak buang darah dalam hidung ayah.

Tapi doktor kata, tak ada alat nak buang .” Air mata ayah dan air mata aku menyatu apabila

pipi kami bertemu.”

“Cek sayang ayah. Iya, cek tahu, ayah pun sayang cek, kan”. Aku mengenggam tangan ayah,

dia merenung. Aku bahagia, namun kebimbangannya lebih terasa. Pagi Rabu,19 Januari 2009

sebelum jam 8.30 pagi, Aku menelefon ke pejabat pengarah hospital.

“Iya, saya doktor Idris, Pengarah hospital”. Aku pun bercerita dan pengarah itu

mendengar kisah layanan yang kami terima.

“Betulkah tak ada alat itu di unit kecemasan hospital?” Soal aku ingin kepastian.

“Ada”.Jawab pengarah hospital itu sepatah.

Aku terus meluahkan emosi. Dia mendengar dengan penuh sabar dan akhirnya meminta

alamat aku serta nombor telefon aku. Aku kurang berpuas hati tanpa menelefon doktor Norida

Ahmad, Timbalan pengarah hospital, kenalan yang selalu menjadi tempat aku meluahkan isi

hati.

“Kak Ida sibukkah”? Soal aku ringkas. Bimbang panggilan aku menggganggu

tugasannya.

Page 7: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

“Nak mesyuarat sayang, ada apa?” Jawab Dr Norida.

“Nak mengadu”. Aku mengulang cerita dan soalan yang sama,

” Betulkah tak ada alat tu?” Soalku mohon kepastian.

“Tak ada”. Jelas Dr Norida memberi kata pasti padaku.

“Pagi tadi, pengarah hospital, Doktor Idris kata ada, petang ni, Kak ida, timbalan

pengarah hospital kata tak ada, mana satu yang betul ni?” Aku berbisik dalam hati, cuba

berteka-teki mencari satu kepastian. Aku tidak ingat macam mana kami mengakhiri

perbualan.

“Ayah, Cek sayang ayah. Sayang sangat. Ayah sayang Cek kan?” Aku tidak

tahu,macam mana lagi hendak bercakap dengan ayah yang hanya mendengar sahaja. Aku

amat merindui suaranya. Rindu sungguh! Ayah aku dulunya seorang yang periang. Guru

besar pencen. Sekolah terakhirnya ialah SK Charok Kudong. Dia suka bercerita tentang hal-

hal yang berlaku di seluruh dunia. Majalah kegemarannya National Geografic. Masa

terluangnya dihabiskan dengan menghasilkan buku skrap tentang perkara-perkara menarik

yang didapati dari majalah kegemarannya. Aku letakkan semua hasil kerja tangan ayah di satu

rak khas di dalam bilik. Kadang-kadang aku bacakan buku untuk ayah.

Aku menidurkan ayah dengan bacaan ayat-ayat Lazim. Ayah merenung muka aku,

namun cahaya dari matanya telah lama pudar. Aku mencium pipinya berkali-kali. Kulit

pipinya sudah kendur dan berkedut. Garis-garis halus diwajahnya memaparkan usianya yang

menginjak tua. Aku merenung muka cengkungnya. Barisan giginya sudah lama tiada. Radang

gusi yang dihidapi ayah membuatkan gigi ayah perlu dicabut semuanya 3 tahun dulu. Walau

wajah sudah dimamah usia namun padaku ayah masih lagi “lelaki dan ayah terbaik”di dunia

ini. Aku tidur di sisi ayah dan terjaga pukul 3.00 pagi apabila terdengar bunyi air liur tersekat

Page 8: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

di kerongkongnya. Aku bangun mengangkat sedikit kepala ayah, perlahan-lahan mendengar

air liur itu hilang. Aku merenung perjalanan nafas di dadanya, tiada ombak yang melanda.

Mata aku teramat mengantuk.

Pukul enam pagi aku terjaga sekali lagi. Cuma mampu mengerling ke arah ayah. Aku

tidak berdaya mengangkat tangan, apatah lagi kepala dan badan. Aku terlelap dan terjaga

sekali lagi. Nampak jam di hujung kaki, pukul 7.40 pagi. Aku bingkas bangun, pantas

menerpa kearah ayah. Entah kenapa jari telunjuk aku lentangkan kearah hidung ayah yang

seperti jambu air.

Degupan kasar menerjah dada. ayah sudah tiada. 6 tahun aku mengabaikan dunia.

Enam tahun aku mengurus ayah bagaikan bayi yang baru di lahir. Cuma tiga jam aku terlena

pada pagi 20 Januari 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430, Ayah pergi tanpa sempat aku

menghantar perjalanannya dengan kasih syahadah dan kalimah Allah yang selalu aku ucapkan

ke telinganya.

“Ayah, Cek minta ampun. Ampunkan cek, anak yang gagal menyudahkan tugas di

hujung usia ayah.”

“Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ayahku. Kalau boleh dipindahkan segala dosanya,

letakkanlah di bahu aku. Aku redha. Sungguh redha!”

Berkali-kali aku menyelak kain yang menutup jenazah ayah. Aku cium pipinya, usap

rambutnya, meraba bawah belakang hingga punggungnya.

“Ada air!” Masa buka lampin pakai buang pagi tadi, kering.tiada apa-apa, kenapa

sekarang ada air kencing.

“Ayah tak mati….ayah tak mati…ayah tak mati!” aku memeluk dan mencium ayah.

Page 9: Ampunkan aku (cerpen) untuk ha

“Ayah, cek minta ampun. Ayah tak mati, cek kata ayah tak mati. Cek minta ampun,

ampunkan cek.” Tangisku hiba. Aku tak sanggup menerima kenyataan bahawa ayahku telah

pergi untuk selama-lamanya menemui penciptaNya.

Ayah senyum. Manis sekali. Memang dialah “lelaki terbaik”di dunia ini. Tidak lama

kemudian, pegawai perubatan datang mengesahkan takdir. Ayah memang tidak bernafas lagi.

Namun begitu, bila nyawa terpisah dari badan, setiap rongga akan terbuka dan cecair akan

keluar melaluinya.

“Ayah, Cek minta ampun. Cek tak tahu. Cek sayang ayah.”

Ayah akhirnya tinggalkan aku sendirian setelah 26 tahun aku hidup bertemankan ayah.

Akulah satu-satunya anak perempuan ayah yang akan terus mengabdikan kalimat keramat

bahawa ayah adalah “lelaki terbaik” dalam hidup aku.

Semasa jenazah ayah di bawa keluar aku menelefon Timbalan Pengarah Hospital

Sultanah Bahiyah yang sedang berehat di rumahnya.

“Kak Ida, ayah saya dah meninggal. Kirim salam terima kasih kepada doktor yang

mahu sedut darah dalam hidung ayah.”

~SEKIAN~

Cerpen ini aku dedikasikan buat arwah ayah aku Osman bin Mohamad, yang kembali

kerahmatullah pada tanggal 20 Januari 2009.