we are the awang's

Post on 02-Jul-2015

84 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

AWANG BATIL

FAJRI SYAHIR FIRDAUS

PENGENALAN• Awang Batil adalah suatu seni penceritaan

secara muzikal yang banyak terdapat unsur-unsur muzik di dalamnya.

• Ia hampir pupus kerana kini hanya terdapat seorang sahaja penggiatnya iaitu Encik Ramli Bin Mahamud yang masih lagi aktif membuat persembahan Awang batil, .

• Awang Batil ialah Penglipurlara yang hanya terdapat di negeri Perlis manakala Kelantan pula Tok Selampit. Di Terengganu, tiada nama khas dan hanya dipanggil tukang cerita.

SIAPA AWANG BATIL

• Pada mulanya penglipurlara ini dikenali dengan nama ‘Awang Belanga’ kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya.• Oleh kerana belanga dipenuhi arang,penglipurlara ini menggantikan batil (bekas isi air yang diperbuat daripada tembaga).

SEJARAH AWANG BATIL

• Seseorang penglipurlara digelar Awang Batil

kerana semasa mempersembahkan ceritanya,

Awang Batil akan memukul sebuah batil yang

berbunyi nyaring sambil bercerita dengan

menggunakan melodi seolah-olah sebuah

nyanyian ringkas.

• Irama pukulan batil itu bertindak sebagai muzik

latar ketika Awang Batil bercerita.

KISAH AWANG BATIL• Suatu ketika dahulu Awang Batil akan

mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan dari sebuah rumah ke sebuah rumah mempersembahkan cerita-ceritanya terutama di rumah-rumah kenduri perkahwinan.

• Ketika itu pengipurlara inilah radio,televisyen,wayang gambar atau buku-buku cerita.

TOKOH AWANG BATIL• Di negeri Perlis terdapat seorang

tokoh Awang Batil iaitu Encik Mahmud bin Wahid (kini Allahyarham) sebagai penglipurlara. Beliau tinggal di Kampung Pokok Sena Chuping, Perlis.

• Bakat beliau kini telah digantikan oleh anaknya iaitu Encik Ramli bin Mahmud.

CERITA AWANG BATIL

• Awang Batil begitu banyak mempusakai cerita-cerita rakyat. • Sesebuah cerita yang

dipersembahkannya bersiri-siri, bersambung-sambung sehingga beberapa malam. • Di rumah kenduri perkahwinan, Awang

Batil akan mempersembahkan cerita di sebuah pondok kecil yang tingginya mencapai 3 hingga 4 meter.

TOPENG• Pada babak tertentu dia akan memakai topeng

samada 'Hulubalang' atau 'Ahli Nujum'. • Topeng tersebut diperbuat daripada kayu,

disapu warna merah dan putih.• Topeng ini dibuat dari kayu pokok 'tui'. • Pokok Tui merupakan sejenis tumbuhan yang

terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean yang lain.

• Nama botaninya ialah Dolichandrone spathacea.

PERALATAN AWANG BATIL

BATIL

PERMULAAN• Sebelum memulakan sesebuah persembahan

cerita , Awang Batil terlebih dahulu menjalankan upacara tradisi iaitu memasukkan air ke dalam batil kemudian menyapu ke kepala dan mukanya.

• Dia menyuap pinang tiga piak, kemudian diasap dan batil diriba lalu bermulalah persembahan Awang Batil.

• Dia menggunakan jampi dan mentera. Jampi itu termasuklah bertabik atau memberi salam kepada tuan rumah, kepada gurunya dan meminta dijauhkan daripada mara bahaya.

SELOKA AWANG BATIL

• Persembahan Awang Batil ini dengan cara berseloka. Beginilah permulaan ceritanya :

Hei! Riuh rendah gegak gempita,Inilah hamba nak mula cerita,Hang tengok kat aku, aku tengok kat hang,Hang kuit aku, aku kuit kat hang,Hang gelak kat aku, aku gelak kat hang,Hang jeling kat aku, aku jeling kat hang,Hang kejip mata, aku kenyut misai,Hei beginilah mula ceritanya……

SENARAI CERITA AWANG BATIL

1. Mek Siti Galin2. Awang Akar Larak3. Awang Biawak4. Awang Denoi5. Awang Geliga Embun6. Awang Malim Awang Leman7. Awang Segan8. Jabak Dan Jabek9. Malim Deman10. Raja Dewa Lok11. Raja Darah Putih12. Raja Marakarma atau Awang Betui13. Raja Radin Mas atau Pak Long Nujum14. Raja Sultan Dewa atau Awang Ada Duit Semua Jadi15. Si Tokong Boge atau Batu Belah 16. Thap Thin Thong

TERIMA KASIHUCAPAN TERAKHIR DARIPADA KAMI :

top related