usaha penanaman tea
Post on 09-Feb-2018
256 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
1/15
ASIA SELATAN ABAD 20
( HSS 3013 )
TUGASAN INDIVIDU: JELASKAN USAHA BRITISH UNTUK
MEMPERLUASKAN PENANAMAN TEH DI INDIA.
NAMA PENSYARAH : DR AZHARUDDIN B MOHD DALI
NAMA : NOOR FARIZAN BT MUSTAPHA
NO MATRIK: D20112052071
TARIKH HANTAR : 03.12.2013
HARI : SELASA
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
2/15
2
Isi Kandungan M/S
Pengenalan 3-4
Penanaman Teh di India 4
Botanical Garden 5-6
Menghantar Perisik ke China 6-7
Import Buruh Cina Untuk Bekerja Di Ladang Teh 7-8
Pengkhususan Tanaman 8
Akta Penanaman Teh 8-10
Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan 10
Sistem Pemilikan Tanah Baru 11
Kemasukkan Pemodal Eropah Ke India 11-12
Kesimpulan 13
Bibliografi 14-15
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
3/15
3
1.0PengenalanPenguasaan ekonomi merupakan salah satu penyebab kepada pihak British melakukan
penjelajahandan penerokaan. Hal ini disebabkan oleh kekayaan sumber ekonomi yang
terdapat di India boleh menjamin kepada bekalan makanan yang mencukupi. Pada masa
yang sama, faktor ini didorong dengan kepesatan perkembangan ekonomi yang berlaku di
luar India iaitu melalui botanical imperialisme. Pihak barat yang cenderung dalam
melakukan kajian mengenai tumbuhan telah menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk
mendapatkan kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi.
In recent years, the botanic garden has received intense security as a scientific
institusion that played a critical role in the expansion of empire. The society of Arts,
during the Seven Years of War, originally encouraged the creation of colonial botanic
gardens to facilitate plant exchange.1 Hal ini telah menunjukkan bahawa Botanical
Garden adalah sangat penting kepada pihak British. Pada masa yang sama, tumbuhan
botani telah menyebabkan wujudnya Kew Garden di England dan taman botani yang
pertama di India terletak di Calcuta.
Aktiviti pertanian di India telah menjadi aktiviti utama di sebabkan oleh tanah
yang subur untuk pertanian. Kedatangan British di India telah memperkenalkan pelbagai
tanaman baru untuk di komersilkan. Tanaman yang menjadi pilihan British untuk
dikomersialkan ialah teh. Teh yang mempunyai nilai eksklusif yang tersendiri hanya
dinikmati oleh golongan atasan menjadi lambang kepada pengelasan kedudukan seseorang
1Jayeeta Sharma. 2007. British science, Chinese skill and Assam tea: Making Empire`s Garden .Journal of the
Indian Economic Social History Review 2006 43:429: 430.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
4/15
4
dalam lapisan masyarakat.2 Peluang ini digunakan oleh British untuk mendapatkan
keuntungan melalui usaha-usaha penanaman teh.
British telah menguasai ekonomi India dengan memperkenalkan tanaman baru
yang secara perlahan-lahan menjadi tanaman utama di India. Pada masa yang sama,
British juga telah telah menguasai ekonomi India melalui dasar yang di perkenalkan
walaupun dasar ini telah memberi kesan kepada masyarakat tempatan India. Oleh itu,
dalam perbincangan berikutnya kita akan melihat usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
pihak British dalam menjayakan penanaman teh di India.
2.0 Penanaman Teh di India
Teh telah menjadi satu penanaman komersil yang paling penting di India malah ia juga
merupakan pengeksport teh di dunia. Teh juga ditanam disebabkan usaha British supaya
tidak terlalu bergantung kepada negara China yang merupakan pengeluar utaman teh pada
masa tersebut.
Menurut Micheal Lipton and John Firn, di bawah pemerintahan British, India
telah berkembang menjadi pengeluar terbesar dan pengeksport teh di dunia dan Britain
menjadi pasaran utama bagi India.3 Pada tahun 1900, India telah menggantikan negara
China sebagai pengeluar utama teh di dunia. Kebanyakan ladang-ladang teh di India telah
dibuka di kawasan sesuai di kaki banjaran Himalaya, terutama di barat Assam dan
Darjeeling. Tanaman teh tumbuh di daerah yang taburan hujan yang banyak, pengaliran
air yang baik dan tanah yang berteres untuk mengelak hakisan tanah.
2Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations During Colonial (in
Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism: Studies in Labour History).
Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 135.3
Micheal Lipton and John Firn. 1975. The Erosion of a Relationship: India and Britain Since 1960. London:Oxford University Press. Hlm.
49.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
5/15
5
3.0 Botanical Garden
Pertanian komersial di India telah mengalami perubahan baru dengan kehadiran pelabur-
pelabur luar terutamanya pelabur Eropah. Kehadiran pelabur Eropah yang telah lebih
menumpukan kepada pengeluaran besar-besaran malah mereka juga menjalankan
penanaman dalam bentuk ladang. Pada abad 19, selepas berlaku revolusi perindustrian,
perdagangan Indo-British telah mula bergerak dan akhirnya telah berlaku tranformasi
ekonomi India kepada ekonomi penjajah.4
Disebabkan oleh Revolusi Pertanian di Eropah dan diikuti dengan pengenalan
ekonomi kapitalis di seluruh negara jajahan British termasuklah India, pihak British telah
mengambil beberapa usaha untuk memajukan ekonomi dengan mewujudkan Botanical
Garden.5Antara tujuan utama penubuhan taman botani ini adalah untuk penyelidikan bagi
menentukan kawasan yang sesuai untuk penanaman pokok seperti tea dan getah, dan
bertangungjawab menjalankan penyelidikan secara saintifik serta mengenal pasti jenis-
jenis tanaman yang sesuai ditanam secara komersial di India.
Pada abad yang ke-19, India telah menjadi negara pengeksport utama bagi kapas
mentah, beras, candu, gandum, jut merah dan teh kesan daripada penubuhan beberapa
cawangan botanical garden di India.6Botanical garden telah berkembang sejajar dengan
revolusi perindustrian yang telah berlaku di Eropah. Menurut Neil Charlesworth, India
telah menghasilkan 60 peratus daripada keseluruhan tanaman eksport India.7British telah
menjalankan penyelidikan terhadap penanaman tea. British telah memeprluaskan lagi
penanaman tea dengan membuka kawasan-kawsan ladang tea di kaki banjaran Himalaya
4S.N. Panday. 2008.Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 9.
5Mark Harrison. 2010. The Calcutta Botanic Garden And The Wider World, 1817-1846. Dalam Uma Dasgupta
(ed.). Science And Modern India: An InstitutionalHistory, 1784-1947. Delhi: Pearson Education India. Hlm. 236.6
B.R Tomlinson. 1996. The Economy Of Modern India 1860-1970. New York : Cambridge University Press.Hlm. 53.7Neil Charlesworth. 1982.British Rule And The Indian Economy: 1800-1914. Australia : Macmillan. Hlm. 24.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
6/15
6
terutamanya di Assam. Eksport teh dari India telah meningkat daripada 144 161 pada
tahun 1847 kepada 3 343 663 pada 1864. Pada tahun 1840 telah berlaku pertumbuhan
awal komersial di sebabkan oleh inisiatif sepenuhmya oleh pihak kerajaan. 8 Kesan
daripada perlaksanaan botanical garden dapat dilihat apabila menjelang tahun 1900, India
telah menggantikan negara China sebagai pengeluar utama teh di dunia.
4.0 Menghantar Perisik ke China
Penanaman teh telah bermula di negara China pada 2700 BC iaitu semasa pemerintahan
Maharaja Shen Nung. Di India, kerajaan British telah mengambil insiatif dan melabur
dengan betul untuk menggalakkan ladang teh di India selepas permintaan yang tinggi di
England.9 China merupakan pencetus kepada penanaman teh dan mereka sangat mahir
dalam penanaman dan pemprosesan teh. Sebelum perlaksanaan penanaman teh di India,
British telah memulakan penanaman teh namun kualiti yang dihasilkan tidak dapat
ditandingi dengan kualiti teh yang dihasilkan oleh China. Akibat daripada kekurangan
tersebut British tidak berpuas hati dan membuat keputusan untuk menghantar perisik yang
mahir dalam bidang botani ke China.
British melakukan tindakan tersebut untuk memastikan mereka berjaya
menguasai pertanian di India. Pihak British telah menghantar perisik yang tahu berbahasa
China untuk mencari rahsia penanaman dan pembuatan teh di China. Maklumat yang
diperoleh oleh perisik ini dibawa ke India dan England untuk tujuan kajian dan
memulakan langkah pemprosesan teh. Perisik telah berjaya membawa sebanyak 80 000
benih dan dihantar ke India. Benih-benih ini kemudiannya diuji di makmal di Calcutta di
mana saintis-saintis British telah mendapati bahawa semua teh berasal dari satu spesies.
8S.N. Panday. 2008.Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 37.
9Ibid.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
7/15
7
Setelah misi pertama ini berjaya, British menghantar lebih banyak perisik ke
China untuk mengetahui pelbagai lagi variasi perisa teh di China. Hal ini demikian kerana,
hasil daripada perisik British telah mengetahui bahawa hanya terdapat satu cara dalam
pertumbuhan, penuaian teh, tetapi perisik mendapati bahawa hanya cara penapaian yang
berbeza yang menghasilkan pelbagai variasi rasa bagi teh. Robert Fortune merupakan
seorang perisik yang berjaya mendapatkan maklumat selepas berselindung sebagai
seorang pedagang yang telah mengembara selama 3 tahun di China.10 Beliau berjaya
mendapatkan semua maklumat yang diperlukan oleh British. Usaha British tidak terhenti
di sini apabila mereka menjalankan banyak lagi penyelidikan untuk menghasilkan teh
yang standing dengan China.11
4.0 Import Buruh Cina Untuk Bekerja Di Ladang Teh
Selepas berjaya melakukan pelbagai cara dalam melaksanakan penanaman teh di India
akhirnya ia mampu menyaingi dan memecahkan pengeluaran teh dari China yang
merupakan pengeluar teh terbesar. Pada tahun 1890 teh menjadi tanaman eksport India
yang penting. Antara kawasan penanaman yang besar adalah di Assam, Darjeeling,
Jalpaiguri, Nilgiris, Coimbatore, Idukki dan Wynad. British telah mengalami masalah
kekurangan tenaga buruh kerana penanaman teh memerlukan tenaga buruh yang mahir.
Kebanyakan buruh dari India tidak mempunyai kemahiran dalam penanaman
teh. Oleh itu, British telah mengimport buruh dari China untuk bekerja di ladang di
Assam. Namun begitu, usaha ini gagal kerana pekerja yang dibawa ini tidak mahir dalam
penanaman dan pemprosesan teh. Pekerja yang dibawa adalah dari selatan China yang
tidak mahir berbanding pekerja di utara China. Kegagalan ini turut dipengaruhi oleh
kesukaran untuk mengatasi masalah yang berlaku di India. Namun begitu, kejayaan yang
10
Pengalaman Robert Fortune selama beliau mengembara di China selama tiga tahun turut ditulis oleh beliaudalam bukunya yang bertajuk Three Years Wanderings in the Northern Provinces of China.11Ibid. Hlm. 281.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
8/15
8
dibawa oleh perisik mampu mengatasi masalah yang dihadapi berkaitan dengan buruh-
buruh Cina ini.
5.0 Pengkhususan Tanaman
Pada awal abad ke 19 British telah mula menjalankan tanaman komersial di India. 12
British telah menjalankan pengkhususan jenis tanaman mengikut kawasan di India untuk
mengelompokkan hasil pertanian. Untuk tanaman teh, ladang teh diuruskan secara
langsung oleh British dengan menggunakan tenaga buruh yang dipaksa. Manakala bagi
tanaman lain, petani menanam tanaman tersebut berdasarkan kepada arahan daripada
pihak British. Bermula tahun 1820 sehingga tahun 1920, telah berlaku perubahan di
kawasan luar bandar di India akibat daripada pengkomersialan hasil pertanian.
Usaha yang dilakukan oleh British ini telah berjaya mengembangkan dan
meningkatkan aktiviti pertanian pada tahun 1881 hingga 1931 iaitu telah mempunyai
peningkatan sebanyak 28 peratus.13Menurut banci pada tahun 1941, dinyatakan bahawa
dari 75 orang bergantung kepada pertanian di rantau Bengal, kurang daripada 20 orang
mempunyai 5 ekar atau lebih banyak tanah, manakala yang lain mempunyai kurang
daripada 5 ekar. Satu keluarga yang mempunyai lima atau enam ahli sekurang-kurangnya
memerlukan 5 ekar tanah pertanian.
6.0 Akta Penanaman Teh
British East India Company yang menyedari bahawa mereka boleh mendapatkan
kepentingan daripada kelebihan yang ada pada kawasan Assam akhirnya mengambil alih
12S.N. Panday. 2008.Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 36.
13Judith E. Walsh. 2006.A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 143.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
9/15
9
kawasan ini pada tahun 1826 daripada Raja Ahom melalui satu perjanjian yang dinamakan
Perjanjian Yandaboo.14
Seterusnya pada tahun 1837, ladang teh yang pertama telah dibuka di Chabua,
Dibrugarh di daerah atas Assam dan pada tahun 1840, Syarikat Teh Assam mula
memulakan pengeluaran teh secara komersial. Industri teh mula berkembang pesat dari
tahun 1850-an dan seterusnya.15Usaha British dengan mewujudkan akta penanaman teh,
mewujudkan ladang-ladang teh telah menyebabkan Assam telah menjadi salah sebuah
kawasan penanaman teh yang terkenal.
Selain itu, penanaman teh mula dibangunkan dengan bersungguh-sungguh
selepas mendapat laluan mudah dalam Assam Clearance Act pada tahun 1854 yang
memberikan sehingga tiga ribu ekar tanah untuk penanaman teh kepada mana-mana
pemodal dan pengusaha Eropah yang menjanjikan untuk mengusahakan teh secara besar-
besaran untuk dieksport. British telah menjalankan penanaman teh di India di sebabkan
oleh keperluan teh yang tinggi di Eropah. Sebelum British menjalankan penanaman teh di
India hanya terdapat sebuah ladang penanaman teh di India yang hanya mengeluarkan
200, 000 pounds teh setahun. Namun begitu, selepas tahun 1871, terdapat lebih kurang
295 ladang dengan jumlah tuaian sekitar 6.25 juta pounds. Perusahaan teh berkembang
pesat merentasi Assam sehingga ke wilayah-wilayah pergunungan Punjab di sekitar
Kangra, selatan pergunungan Nilgiri berdekatan Mysore. Namun begitu, selepas tahun
1873 berpindah ke Darjeeling.16
14Niranjan Ch. Pathak & Guptajik Patha. 2008. Assams History and its Graphics. New Delhi: Mittal
Publications. Hlm. 125.15
Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations During Colonial (in
Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and Colonialism: Studies in Labour History).Cambridge: University of Cambridge. Hlm. 145.16
Stanley Wolpert. 2000.A New History of India (6th Edition). New York: Oxford University Press. Hlm. 247.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
10/15
10
7.0 Kemudahan Pengangkutan dan Perhubungan
Satu lagi usaha yang dilakukan oleh British untuk menguasai ekonomi India dari pertanian
adalah dengan meningkatkan kemudahan seperti pengangkutan dan perhubungan. British
telah meningkatkan kemudahan pengangkutan seperti kereta api dan kapal wap.17Hal ini
disebabkan oleh kawasan pertanian yang kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman
yang terletak jauh dari kawasan bandar atau pekan dapat dihubungkan.
Tujuan British membuat sistem pengangkutan dan perhubungan adalah untuk
memudahkan mereka mengurus dan memantau keadaan pertanian yang dijalankan . Pada
tahun 1869 hingga awal abad ke-20, India mengalami masalah kebuluran terutamanya
dalam kalangan petani. Hal ini telah menyebabkan pengkomersialan hasil pertanian di
India iaitu bekalan tanaman makanan dikurangkan di pasaran. Walaupun begitu, kontrak
British dengan kawasan pedalaman yang telah dicapai oleh pengangkutan dan
perhubungan seperti kereta api dan jalan raya masih terikat dan berjalan seperti biasa.
Walaupun berlaku kebuluran, British tetap mengarahkan aktiviti penjualan
hasil tanaman di luar tetap berjalan. Hal ini untuk mengelakkan bekalan tanaman pertanian
berkurangan dan akan memberi kepada keuntungan British.18Walaupun tindakan British
ini telah menyebabkan masalah kebuluran namun sikap penjajah yang sememangnya lebih
mementingkan hubungan ekonominya dengan ekonomi India lebih terjamin. Hal ini kita
dapat lihat bahawa, pihak British sememangnya mementingkan keuntungan semata-mata
walaupun mereka telah melaksanakan sistem pengangkutan dan perhubungan yang
sebenarnya hanya untuk kepentingan mereka sahaja. Walaupun masyarakat tempatan
India telah mengalami kebuluran mereka lebih mementingkan ekonomi sahaja.
17
Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson & Education Limited.Hlm. 73.18
Judith E. Walsh. 2006.A Brief History Of India.New York. An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 144.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
11/15
11
8.0 Sistem Pemilikan Tanah Baru
Selain itu, British juga telah memperkenalkan sistem pemilikan tanah yang baru bagi
menggantikan sistem penanaman tanah yang lama. Sistem tanah baru yang diperkenalkan
oleh British adalah pemilikan tanah secara persendirian. Individu-individu yang
berkemampuan atau kaya telah menjadi tuan tanah baru seperti Zamindars..The British
government was now master of the land, the Zamindars were settled with land, though not
owners but gradually they came to exercise all powers and right of ownership..19
Petani-petani telah mula kehilangan hak pemilikan tanah yang sebenarnya
merupakan tanah warisan mereka untuk mencari rezeki. Dengan pengenalan sistem baru
ini, petani boleh diusir bila-bila masa oleh pemilik tanah baru sekiranya mereka rasakan
perlu,20 contohnya di kawasan-kawasan seperti Bengal pemilikan tanah telah diberikan
kepadaZamindars.Pada awal abad ke-20, kebanyakan isi rumah atau ahli keluarga petani
bekerja sebagai penyewa di atas tanah keluarga petani yang lain. Hal ini telah
menyebabkan masyarakat petani telah mengalami penderitaan di sebabkan oleh pihak
British memperkenalkan sistem tanah yang baru. Ramai petani telah kehilangan tanah-
tanah mereka akibat daripada tindakan British tersebut.
9.0 Kemasukkan Pemodal Eropah Ke India
Usaha British bagi menguasai ekonomi di India telahpun wujud sejak abad ke-18 lagi
apabila telah meluaskan pengaruh mereka dalam bidang ekonomi dengan keuntungan
eksport tekstil dari Bengal pada tahun 1690 hingga 1740 malah British turut
memperkenalkan sistem percukaian tanah baru oleh Lord Cornwallis yang dikenali
19S.N. Panday. 2008.Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications. Hlm 21.
20Judith E. Walsh. 2006. A Brief History Of India.New York. An Imprint Of Infobase Publishing. Hlm. 143.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
12/15
12
sebagai Sistem Zamindar.21Pengenalan sistem ini adalah untuk menggalakkan kemasukan
pemodal Eropah dalam pelaburan ke atas tanah di India. Pada masa yang sama, pihak
British juga ingin memeuhi keinginannya dengan memaksimumkan eksploitasi ekonomi
di India.
Mereka juga telah mendapat keuntungan yang banyak hasil daripada pelabuhan
di Calcutta, Bombay dan Madras. Kehadiran Barat telah memberi pengaruh yang cukup
besar dalam perkembangan sistem ekonomi bersifat komersial di Asia Selatan. Mulai abad
ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat di Asia Selatan telah menjalankan aktiviti
pertanian sebagai aktiviti utama yang tidak dihasilkan untuk nilai-pertukaran. Ekonomi
komersial di India mampu berkembang bukan saja kerana kemampuannya mengeluarkan
bahan-bahan mentah tetapi juga kerana dibantu oleh pihak British.22
Ekoran daripada perubuhan yang berlaku di India telah menyebabkan
munculnya golongan pemodal bukan sahaja daripada golongan orang India, tetapi juga
golongan pemodal Eropah. Pemodal pemodal Eropah meletakkan pelaburan dalam
perusahaan seperti kilang-kilang kapas yang sangat penting dalam industri tekstil pada
abad ke-19 dan abad ke-20.23 Para pemodal juga telah memberi pinjaman kepada
masyarakat India untuk meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Oleh hal yang demikian,
usaha yang dilakukan oleh British dengan membawa pelabur-pelabur daripada Eropah
adalah bagi memastikan bahawa ekonomi kapitalis di India akan berkembang dan
memberikan kepentingan kepada pihak British.
21D.R Gadgil. 1971. The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860-1939 . New York: Oxford
University Press. Hlm. 49.22
D. Rothermund. 1993.An Economic History Of India: From Pre-colonials Times To 1991. United States:Routledge. Hlm. 91.23C.H Philips. 1966. Sejarah India.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 85
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
13/15
13
10..0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya kita dapat lihat usaha-usaha British dalam penanaman teh di India
dengan mewujudkan Botanical Garden, menghantar perisik ke China, import buruh Cina
untuk bekerja di ladang teh, pengkhususan tanaman, akta penanaman teh, kemudahan
pengangkutan dan perhubungan, dan sistem pemilikan tanah barumerupakan satu usaha
yang Berjaya sehinggakan India merupakan pengimport teh di dunia. Melalui usaha ini
juga British telah menguasia keseluruhan ekonomi di India. Walaupun pihak British telah
berjaya dalam menguasai ekonomi di India, namun kesan daripada penaklukan ini telah
menyebabkan masyarakat India mengalami pelbagai masalah. Walaupun begitu, british
telah berjaya mengawal segala masalah yang di hadapi oleh mereka.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
14/15
14
Bibliografi
Tomlinson B.R . 1996. The Economy Of Modern India 1860-1970. New York : Cambridge
University Press.
Philips C.H . 1966. Sejarah India.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Douglas M. Peers. 2006. India Under Colonial Rule: 1700-1885. Great Britain: Pearson &
Education Limited.
Gadgil D.R . 1971. The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860-1939. New York:
Oxford University Press.
Rothermund D . 1993.An Economic History Of India: From Pre-colonials Times To 1991.
United States: Routledge.
Jayeeta Sharma. 2007. British science, Chinese skill and Assam tea: Making Empire`s
Garden.Journal of the Indian Economic Social History Review 2006 43:429: 430.
Judith E. Walsh. 2006.A Brief History Of India. New York: An Imprint Of Infobase
Publishing.
Mark Harrison. 2010. The Calcutta Botanic Garden And The Wider World, 1817-1846.
Dalam Uma Dasgupta (ed.). Science And Modern India: An InstitutionalHistory,
1784-1947.Delhi: Pearson Education India.
Micheal Lipton and John Firn. 1975. The Erosion of a Relationship: India and Britain Since
1960. London: Oxford University Press.
Panday S.N . 2008.Economic History of Modern India. India: Readworthy Publications.
Neil Charlesworth. 1982.British Rule And The Indian Economy: 1800-1914. Australia :
Macmillan.
Niranjan Ch. Pathak & Guptajik Patha. 2008. Assams History and its Graphics. New Delhi:
Mittal Publications.
-
7/22/2019 Usaha Penanaman Tea
15/15
15
Pengalaman Robert Fortune selama beliau mengembara di China selama tiga tahun turut
ditulis oleh beliau dalam bukunya yang bertajuk Three Years Wanderings in the
Northern Provinces of China.
Rana P. Behal. 2006. Power Structure, Discipline, and Labour in Assam Tea Plantations
During Colonial (in Rana P. Behal & Marcel Van der Linden: Coolies, Capital, and
Colonialism: Studies in Labour History).Cambridge: University of Cambridge.
Stanley Wolpert. 2000.A New History of India (6th Edition). New York: Oxford University
Press.
top related