ujian pengesanan dst tahun 3 2014

Post on 15-Jan-2016

38 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Contoh Ujian Pengesanan awal dst tahun 3

TRANSCRIPT

BAHAGIAN A

ARAHAN : Jawab semua soalan. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Antara yang berikut, yang manakah bukan keperluan asas manusia?

A. Air

B. Cahaya matahari

C. Makanan

2. Gambar di bawah ini menunjukkan satu hidangan makan tengah hari Azira.

Hidangan makan tengah hari Azira akan lengkap jika ditambah…

A. ikan dan telur

B. sayur – sayuran dan buah – buahan

C. daging dan kentang

3. Gambar di bawah menunjukkan sejenis makanan.

Makanan ini…

A. member tenaga

B. membantu menjaga kesihatan

C. membantu tumbesaran

4. Manusia memerlukan udara untuk…

A. bergerak

B. bernafas

C. membiak

5. Gambar di bawah ini menunjukkan seekor haiwan.

Antara berikut, yang manakah bukan makanan haiwan di atas?

A. Lobak merah

B. Kangkung

C. Ikan

6. Gambar di bawah menunjukkan seekor haiwan.

Apakah tempat perlindungan haiwan ini?

A. Gua

B. Di dalam tanah

C. Di celah batu

7. Gambar di bawah ini menunjukkan seekor haiwan.

Haiwan yang manakah membiak dengan cara yang sama seperti haiwan di atas?

A. Lembu

B. Kucing

C. Belalang

8. Gambar di bawah ini menunjukkan kitar hidup seekor rama – rama.

Apakah peringkat X?

A. Pupa

B. Beluncas

C. Rama – rama

9. Anak haiwan yang manakah menyerupai ibunya?

A. Katak

B. Lembu

C. Nyamuk

10. Gambar di bawah ini menunjukkan satu situasi.

Mengapakah ayam perlu berlari dalam situasi di atas?

A. Mengejar musang

B. Mencari anaknya

C. Melarikan diri daripada musang

11. Gambar di bawah ini menunjukkan satu aktiviti.

Apakah keperluan asas yang tidak diperoleh tumbuhan itu?

A. Air

B. Udara

C. Cahaya matahari

12. Bayang – baying tidak akan terbentuk apabila cahaya lampu suluh disuluh kepada…

A. bola getah

B. kerusi kayu

C. botol kaca

13. Bagaimanakah cara haiwan di bawah bergerak?

A. Merayap

B. Merangkak

C. Mengengsot

14. Antara yang berikut, manakah yang dapat digunakan sebagai sumber cahaya?

15. Gambar di bawah menunjukkan sebuah model bangunan.

Berapa jenis komponenkah yang digunakan untuk membina model di atas?

A. 2

B. 3

C. 4

KERTAS SOALAN TAMAT

top related