tutorial menjahit jubah riau lelaki

Post on 27-Dec-2015

252 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Tutorial Menjahit Jubah Riau Lelaki

TRANSCRIPT

tutorial menjahit jubah riau lelaki

bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah, syukur pada Yang Esa kerana masih memberi aku nikmat kesihatan untuk update tutorial ni..

pada yang ada buku aku tu ni tutorial bagi baju jubah riau lelaki ye..meh follow cara-cara jahitnya

MENCANTUM PAPAN BAHU

• cantum dan jahit papan bahu pada kain bahagian belakang. pastikan sebelah luar bertemu sebelah luar

dan jahit pada sebelah dalam ye.

• bile dah siap cantum, jahit sipis pada sebelah luar bahagian belakang baju. dan jika nak lagi kemas

tindih lagi sekali dengan ukuran 1 tapak mesin. cer tengok gambarajah diatas ye :)

MENCANTUM BADAN HADAPAN DAN BELAKANG BAJU

cantum dan jahit bahagian hadapan dan belakang baju yang sudah dicantum bersama papan bahu tadi.

jahit sipis pada bahagian tulang bahu. (bahagian yang anda cantum bahu tadi)

lakukan step yang sama seperti anda menjahit papan bahu. tindih lagi sekali jahitan dengan ukuran 1 tapak

sebagai kemasan.

papan bahu dan bahagian hadapan dan belakang yang telah siap dicantum.

MEMASANG TETULANG BAJU

korang boleh follow link ni ye untuk tutorial menjahit tetulang baju. panjang tetulang bagi jubah lelaki adalah

15inci.

click here > menjahit tetulang baju

MEMASANG KOLAR

setelah siap memasang tetulang, ukur keliling leher supaya kolar yang dilakar sama panjang dengan ukuran

lubang leher. (sorry dalam gmbor ni aku x jahit lagi tetulang)

lakar kolar diatas kain lapik gam ye..

iron pola diatas kain sebelah dalam.

lipat bahagian bawah dan ironkan

jahit pada bahagian bawah yang dilipat tadi dengan jahitan 1 tapak mesin

lipat kain

jahit disekeliling kolar

pada bahagian bwah kolar, tanda setengah inci dan potong

trim/ kacip bahagian yang mempunyai bentuk lengkung supaya bila anda terbalikkan nanti, kolar akan terus

mengikut bentuk kain lapik gam tadi

tanda bahagian tengah kolar. tujuannya bile kite cantum dengan lubang leher, part yang ditanda akan bertemu

part tengah lubang leher untuk make sure ukuran kolar kita sama dengan ukuran lubang leher

cantum dan jahit kolar. ukuran jahitan 1/2" ye

bile dah siap cantum kolar tadi, lakukan kemasan dengan menjahit sebelah luar tetulang. perasan x kalau kite

jahit yang tadi je kolar masi terbukak, jadi kite jahit part ni untuk kukuhkan kedudukan kolar pada lubang

leher.

jahit keliling kolar denga jahitan sipis .

MELAKAR DAN MENJAHIT POKET BAJU

ukuran poket ( 5 1/2" tinggi dan 5" lebar)

• kertas-kertas pos express @ yang tebal macam ni korang jangan lah buang..please save our beautiful

earth ya.. reuse semula kertas-kertas ni. macam aku memang aku akan simpan n buat pattern poket n

simpan..pelbagai size ade..bile nak gune x payah buat byk-byk kali. gune yang ade je..kan jimat..

cara jahit

• kedudukan poket adalah pada sebelah kiri baju bahagian hadapan dan 9" kebawah dari grisan tengah

bahu ye sayang-sayang semua.

diatas ni aku sertaka tutorial jahit poket ye.

MENCANTUM LENGAN DAN PESAK BERSAMA POKET SISI

pesak atas di potong sebanyak 4 keping dimana 2 disebelah kanan dan 2 disebelah kiri.

cantum due keping pesak atas. jahit pada bahagian pesak melengkung

cantum pesak atas dan lengan. perhatikan dengan tajam dimana kedudukan pesak atas dijahit pada lengan

cantum dan jahit pesak atas bersama pesak bawah

• pada kedudukan pesak bawah, bagi menentukan kedudukan kocek adalah dibawah 1 1/2" dari gris

cantum pesak atas dan pesak bawah.

• tanda kedudukan mulut kocek dengan ukuran 5 1/2" @ 6".

• kalau korang nak jahit macam kocek baju kurung pun boleh iaitu kocek tampal. yang aku buat ni mulut

koceknye aku buat cara "double wet pocket".

• korang boleh refer link yang aku bagi diatas ni untuk tutorial jahit wet pocket. kain yang biru tu

mewakili kain kocek (gambar dibawah ni)

kain kocek dipotong 4 keping, due keping sebelah kanan dan 2 keping di sebelah kiri.

• ukuran panjang kain kocek adalah 13"-15" dan lebar sila ukur ukuran pesak bahagian kocek yang akan

dijahit.

• jika pada pesak korang turunkan 1 1/2 daripada garis cantuman pesak atas dan bawah. untuk kain kocek

korang turunkan 2" ye. setengah inci lebih sebab last sekali kite akan cantum ketiga-tiga kain ni pada

garisan cantuman pesak ats dan bawah.

1. ambil sekeping kain poket dan letakkan diatas pesak bawah baju. pastikan kedua-dua tanda kocek pada

kain kocek dan pesak bawah adalah sama iaitu pada bahagian tengah (lihat gambarajah di atas).

2. pastikan kain luar bertemu kain luar kerana kocek akan dijahit pada sebelah dalam (contoh kalau kain

bahagian luar tu licin dan dalam kesat, pastikan bahagian licin bertemu bahagian licin kerana kita akan mula jahit double wet

kocek pada bahagian yang kesat )

lepas jahit tu poket akan kelihatan seperti di gambarajah di atas

keluarkan lebih kurang 1/4" untuk wet poket dan jahit. lihat gambarajah ye.

• jahit di sekeliling kocek. okay kain ni pastinye 2 keping ka sebab sekeping kain kocek, sekeping lagi

pesak bawah. kegunaan sekeping kain kocek lagi adalah untuk mencantum mulut kocek menjadi 1

kocek yang lengkap.

• selepas lubang kocek dijahit. cantum dan jahit kain kocek lagi 1 pada kain kocek yang pertama tadi.

jangan jahit dekat pesak ye. cantum kain kocek bersama kain kocek.

• last sekali, korang satukan ketiga-tiga kain tadi pada garisan diantara pesak atas dan pesak bawah.

perasan x gambar diatas ni. gambar menunjukkan kain poket yang masih belum dicantum bersama kain kocek

yang kite gunekan untuk buat mulut kocek tadi.

kain kocek yang telah siap dicantum

• akhir sekali cantum badan baju bersama pesak serta lengan yang telah siap dicantum pada awalnya.

• jahit kelepek pada bahagian tangan dan bawah baju dengan ukuran 2 lipatan @ 1 1/2".

p/s > ada sesetengah gambar aku lupe nk snap..maaf la ye..nt kalau ade mase aku snap aku tmbh dlm tutorial ni

ye. huhu..

selamat mencuba dan semoga berjaya (^_^)(")

top related