tutorial 3 keunikan pelbagai adat dan kepercayaan.pptx

Post on 23-Dec-2015

43 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

Tutorial 3:Bincangkan keunikan pelbagai

adat dan kepercayaan yang patut dihormati dan dihargai di

Malaysia.

Disediakan oleh:Linda Hii Ai Kion

Stephanie Hii Sieu ZenTin Hua Nga

Tsai Siew NyukWong Tai Ngiik

2

Kaum Melayu

3

PERKAHWINAN

1. Merisik • Juga dipanggil meninjau atau menengok.• Ini penting kerana dalam Islam seseorang itu

dilarang meminang tunangan orang.• Tujuan:

a) untuk menyelidik latar belakang gadis berkaitan kemahiran rumah tangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya.

b) untuk pastikan gadis belum berpunya.

4

• Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya.

• Diberikan sebentuk cincin dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan.

5

2. Pertunangan

• Hanya dilakukan apabila keluarga gadis menyatakan persetujuannya.

• Tugas meminang biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah pihak, biasanya ketua-ketua adat dan syarak.

• Semasa meminang akan ditetapkan tarikh menghantar tanda.

6

• Putus tunang: Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda.

7

3. Pernikahan (Majlis Perkahwinan)

Akad nikah (ikrar pernikahan)

• Upacara akad nikah dijalankan sebelum upacara berinai besar dan bersanding.

• Imam mewakili wali perempuan menjadi jurunikah.

• Dalam upacara ini juga disahkan hantaran dan lain-lain.

8

• Mas kahwin disebut sama ada hutang atau tunai.

• Mas kahwin akan diserahkan kepada pangantin perempuan dan menjadi haknya.

• Dari saat ini sahlah mereka menjadi suami isteri.

9

Berinai besar• Kedua-dua pengantin memakai pakaian

pengantin. • Pengantin lelaki datang ke rumah pengantin

perempuan dengan iringan arakan rebana.• Upacara berinai didahului oleh pengantin

lelaki yang duduk di pelamin. • Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan

upacara itu. • Pengantin perempuan akan mengambil

tempat selepas pengantin lelaki.

10

Hari Persandingan• Jamuan diadakan secara besar-besaran di

rumah pengantin perempuan.• Pengantin lelaki serta rombongannya akan

diarak dan diiringi dengan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan.

• Hantaran akan dibawa bersama sekiranya ia belum dihantar terlebih dahulu.

11

Jemput menantu• Majlis jemput menantu atau ‘menyambut

menantu’ diadakan di rumah pengantin lelaki.

• Pengantin perempuan dijemput datang ke rumah pengantin lelaki biasanya dibuat pada hari ketiga, kelima atau seminggu selepas diadakan majlis persandingan

12

PERAYAAN• Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan

ibadat puasa di bulan Ramadan. • Sepanjang bulan Ramadan umat islam

berpuasa pada siang hari dan mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya.

13

• Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran.

• Umat Islam saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim.

• Rumah terbuka akan diadakan bagi mempersilakan tetamu datang berkunjung.

14

KELAHIRAN1. Melenggang 摇动 Perut (Sewaktu

Mengandung) Upacara ini dilakukan kepada wanita yang

mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.

2. Azan / Qamat¨ merupakan tuntutan Islam untuk memulakan

pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat 句 yang mulia.

15

3. Adat Membelah Mulut¨ Merasakn sedikit air madu pada mulut bayi yang

baru dilahirkan

4. Memberi Nama¨ Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi

nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi.

¨ Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih.

16

5. Cukur Rambut / Potong Jambul 发髻¨ dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan.

Ia turut dipanggil adat potong jambul. ¨ Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan

pada hari tersebut.

6. Naik Buai¨ bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian

yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan

17

7. Jejak Tanah/Turun Tanah ¨ Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai

berjalan sebagai lambang meneruskan kehidupannya.

8. Berpantang ¨ Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang,

mereka akan mengalami bentan 复 发 atau sakit sampingan.

¨ Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama 44 hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama 100 hari.

18

9. Bersunat / Berkhatan ¨ Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok

Mudim. ¨ Di dalam ajaran Islam, bersunat atau

berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin.

19

KEMATIANTidak boleh masak dan diadakan jamuan.Kucing hitam dilarang melangkah mayat.Semasa seseorang meninggal dunia, Tok

Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia.

20

Selepas kematian diadakan kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari diadakan kenduri makan serabai (sejenis kuih ).

Kenduri 40 hari sebagai tanda roh berpisah dari waris.

Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan.

21

KEPERCAYAAN Kepercayaan awal masyarakat melayu

sebelum kedatangan agama adalah ‘animisme’, dimana mereka percaya semua benda di dalam dunia ini mempunyai roh atau semangat yang mempengaruhi kehidupan manusia sama ada baik atau buruk.

22

Kepercayaan mengenai tanda-tanda alam

Kalau kupu-kupu masuk ke dalam sesebuah rumah, itu menandakan ada orang jauh yang akan datang ke rumah.

Jika anjing menyalak lama di tengah malam, orang Melayu percaya adanya makhluk halus yang berkeliaran.

Jika terdengar suara burung hantu atau gagak hitam di tengah malam, itu petanda musibah灾难 .

23

Sekiranya langit cerah dan berwarna merah pada waktu malam, itu menandakan seorang raja sudah menemui ajalnya.

Ada juga yang mempercayai kalau katak berbunyi bersahut-sahutan bermaksud akan berlaku ribut puting beliung 龙卷风 .

Sekiranya ada burung yang tersesat ke dalam rumah kita juga menunjukkan tuan rumah akan mendapat rezeki dan ada tetamu yang akan datang.

24

Jika cicak berbunyi itu menunjukkan cicak mengeyakan percakapan kita. Cicak dianggap berkata atas dasar kebenaran.

Jika banyak kelkatu 飞 蛾 naik menghurungi cahaya lampu itu menandakan akan berlaku banjir.

Seseorang yang sedang sakit tenat, tiba-tiba didekati atau dihinggapi kupu-kupu dipercayai kehidupannya sudah tidak lama lagi.

25

Kaum Cina

Adat Resam Tahun Baru Cina• Pembelian baju baru adalah tradisi perayaan Tahun

Baru Cina kerana masyarakat Cina percaya, pada permulaan tahun perlu membeli baju baru bagi menandakan tuah yang baru dan seelok-eloknya baju berwarna merah.

• Masyarakat Cina juga mengamalkan amalan memberi limau . Buah limau mandarin yang dipanggil "kam" dalam bahasa Kantonis bermaksud emas adalah kewajipan setiap Tahun Baru Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain."

• Pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberi angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.

• Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Samaada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

• Jumlah angpau yang diberikan pula mesti berangka genap.“ Duit dalam angpau biasanya mesti berjumlah genap. Genap membawa maksud yang lebih sempurna. Biasanya kita akan elak beri angpau yang bernombor ganjil."

• Apabila berjumpa dengan rakan-rakan dan saudara mara juga perlu mengucapkan pepatah yang membawa maksud baik misalnya “Gong Xi Fa Chai” yang membawa maksud - ‘Tahniah, anda sudah kaya’ , panjang umur, sihat selalu dan apa saja ungkapan yang membawa maksud yang baik.

• Acara makan beramai-ramai akan diadakan pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina.

• Bagi yang beragama Buddha atau Taoist akan melakukan sembahyang pada malam sebelum tahun baru bagi mengundang “Dewa Kekayaan”.

• Kemudian pada hari kedua tahun baru Cina, upacara sembahyang perlu dilakukan sekali lagi, bagi menandakan ‘pembukaan tahun baru’.

• Pada hari kedua tahun baru Cina juga, wanita yang sudah berkahwin akan kembali ke rumah ibu bapa sendiri.

Adat Resam Perkahwinan

• Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan.

• Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau.

• Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.

• Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkhawinan.

• Majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

Adat Resam dan Kepercayaan dalam Kelahiran (Berpantang)

• Wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari.

• Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.

• Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina.

• Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik.

• Bayi yang baru dilahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya.

• Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih dari daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata.

• Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka.

• Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin disamping menguatkan semula tenaga.

Kenduri• Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina

juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan.

• Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarna merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat.

• Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.

Mencukur Rambut

• Masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut. Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.

• Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi nama

• Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri.

• Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

• Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

• Bunyi nama mestilah sedap didengar. Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

• Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, samada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.

Adat Resam Upacara Kematian• Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah

upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak.

• Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar.

• Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu.

• Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik.

• Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.

• Di dalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu.

• Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat.

• Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.

43

Kaum Iban

• Kini, kebanyakan masyarakat Iban masih mengamalkan adat resam yang diwarisi nenek moyang seperti mengadakan upacara ritual untuk sambutan Hari Gawai, meminum tuak, mempersembahkan tarian Ngajat dan mengamalkan perubatan tradisional. Demikian juga dengan peranan “tuai rumah” (ketua rumah panjang) sebagai pemimpin yang dihormati masih dikekalkan sehingga sekarang.

Adat Perkahwinan• Terdapat beberapa peringkat tertentu di

dalam adat perkahwinan masyarakat Iban Sarawak iaitu peringkat merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan.

Adat Merisik• Sekiranya seorang teruna itu telah berkenan

dengan seorang dara maka adalah perlu untuk si teruna meluahkan hasrat hati dengan keluarganya bagi memohon persetujuan.

• Apabila keluarga si teruna sudah merestui maka adalah wajar untuk keluarganya bertandang ke rumah si dara untuk adat merisik.

• Perjumpaan kedua-dua keluarga ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.

• Di dalam perjumpaan inilah kedua-dua keluarga akan berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan seperti penentuan berian dan sebagainya.

• Sekiranya kata sepakat sudah didapati barulah pihak keluarga si teruna akan menghantar rombongan untuk ADAT MEMINANG si dara dengan secara rasmi.

Adat Meminang dan Bertunang

• Pihak keluarga si teruna akan membawa rombongan yang tidak kurang daripada 5 – 20 orang yang terdiri daripada orang-orang tua di dalam keluarga.

• Syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan serta diperjelaskan secara terperinci.

• Jika kata sepakat sudah diambil, ayahanda si teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.

Adat Meminang dan Bertunang

• Kebiasaannya yang akan menerima bagi pihak si dara adalah ayahanda si dara atau mereka yang lebih berusia di dalam keluarga si dara.

• Jika sudah disambut segala ini maka barulah kedua-dua keluarga boleh memulakan perbincangan untuk majlis perkahwinan seperti tarikh dan bentuk majlis yang akan diadakan nanti.

• Mulai saat ini, si dara sudah secara rasminya tunangan kepada si teruna dan si dara tidak boleh lagi menerima kunjungan teruna yang lain selain daripada tunangannya sendiri.

• Bagi keluarga si teruna pula adalah perlu untuk mereka memberitahu kepada sanak-saudara dan jiran tetangga mereka mengenai pertunangan anak mereka.

Majlis Perkahwinan• Pihak keluarga pengantin lelaki diwajibkan untuk

menyediakan segala kos perbelanjaan perkahwinan serta menyediakan segala barangan yang harus diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

• Pihak keluarga pengantin perempuan pula ditugaskan untuk menyediakan pelbagai persiapan majlis perkahwinan seperti binatang untuk disembelih pada hari perkahwinan kelak.

• Kedua-dua keluarga pengantin lelaki dan perempuan akan melantik wakil untuk menguruskan jemputan perkahwinan.

• Wakil kedua-dua keluarga pengantin akan membawa beberapa utas tali bersimpul sewaktu mengunjungi rumah tetamu yang dijemput.

• Utas tali bersimpul ini melambangkan berapa hari lagi majlis perkahwinan akan berlangsung.

• Wakil pengantin kebiasaannya akan memberikan tali bersimpul itu kepada tuai rumah yang bertanggungjawab untuk menghebahkan tentang majlis perkahwinan ini nanti kepada seluruh anak buah rumah panjangnya

• Menjelang acara perkahwinan dilangsungkan, rombongan pengantin lelaki berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi dengan kain puak kumbu.

• Jika rombongan ini menggunakan jalan darat, rombongan pengantin lelaki akan memukul gong di sepanjang perjalanan untuk memeriahkan suasana perkahwinan serta memberitahu mereka yang di sekeliling bahawa rombongan pengantin lelaki telah sampai.

• Sebaik sahaja rombongan pengantin lelaki telah sampai di hadapan rumah pengantin perempuan, tembakan meriam akan dilepaskan.

• Semasa bunyi tembakan meriam itu dilepaskan itulah Kepala rombongan pengantin lelaki akan dijemput untuk menyembelih khinzir sebagai penghormatan keluarga pengantin perempuan menerima kedatangan rombongan pengantin lelaki.

• Di kepala tangga rumah panjang pengantin perempuan akan disediakan rangka yang berbentuk kota.

• Ketua rombongan pengantin lelaki terlebih dahulu membuka rangka berbentuk kota ini yang diletakkan di kepala tangga, di tengah rumah dan di hujung rumah.

• Selepas itu, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan disatukan dan bermulalah upacara adat yang dilakukan oleh orang tua yang tertentu.

• Upacara ini dilakukan untuk memohon restu agar perkahwinan kedua pengantin ini akan kekal sehingga ke hujung nyawa dan beroleh rezeki yang berlimpah ruah sepanjang mereka melayari bahtera penghidupan bergelar suami isteri.

Adat Kematian• Mayat si mati akan dimandikan dan dikenakan

pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-tengah rumah panjang(ruai).

• Di atasnya akan digantung pua kumbu. • Semua barang-barang kepunyaan mayat akan

dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan. • Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang

ditugaskan untuk menangisi si mati selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke dunya sebayan.

• Pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu subuh kira-kira pukul empat pagi.

• Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama barang-barang yang dibawanya.

• Apabila selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit dijalankan.

• Seisi rumah panjang dilarang membuat bising, memakai barang kemas, pakaian yang cantik-cantik, dan digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa.

• Upacara beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka yang masih hidup.

• Setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka upacara berkabung pun tamat. Gawai antu atau perayaan untuk meraikan si mati akan dijalankan.

Upacara Miring1. Memberi kehormatan kepada Petara (Tuhan), Orang

Panggau & Bunsu Antu (roh suci) dan Petara Aki-Ini (roh nenek moyang).

2. Berterima kasih kepada Tuhan atas berkat dan bantuan.3. Meminta berkat, nasib baik, kekayaan, kesihatan yang baik,

kegembiraan, kebahagiaan, keamanan dan kesejahteraan.4. Buat niat (hajat).5. Meminta kejayaan dan pertolongan sebelum bekerja.6. Meminta ampun atas kesalahan yang dibuat dan

memohon perlindungan dari segala yang jahat atau sakit.

• Terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu tiga, lima, tujuh, dan sembilan. – Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya, untuk

mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah.

– Lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang.– Tujuh piring adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi

seperti untuk berjalai atau mengembara jauh.– Sembilan piring untuk peperangan.

• Mengikut adat masyarakat Iban, bagi tahap lima ke atas, khinzir perlu digunakan.

• Dalam piring dimasukkan sesaji atau persembahan kepada petara seperti nasi pulut putih, nasi pulut hitam, nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak, sirih dan pinang, garam, minyak masak, sagun, dan ‘letup’ semua ini perlu disiram dengan air tuak.

Kepercayaan Masyarakat Iban

1. Sengalang Burong – Petara Peperangan2. Raja Simpulang Gana – Petara Tanaman 3. Raja Menjaya & Ini Andan – Petara Kesihatan4. Anda Mara – Petara Kekayaan5. Selampandai – Petara Jodoh6. Raja Semarugah – Petara Tanah 7. Keling and orang Panggau – Petara Perlindungan8. Bunsu Antu – Petara Mimpi9. Petara Aki Ini – Roh nenek moyang

60

Kaum India

61

Kepercayaan• Mempercayai balasan baik dan buruk selepas

kematian.• Tuhan merupakan ketua bagi semua jiwa.• Masyarakat India percaya bahawa sekiranya pensel

diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.

• Percayaan bahawa perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengudang ular masuk ke dalam rumah.

62

• Percaya bahawa pada hari-hari perayaan seperti Tahun Baru, Deepavali, Ponggal, Onam dan Ugadi, setiap individu perlu membuka mata pada waktu subuh dan memandang apa-apa objek yang dianggap suci.

• Tindakan itu dikatakan akan membuatkan hidup mereka diberkati dengan kebahagiaan, kemewahan dan segala macam kebaikan.

63

Adat kunjung-mengunjungi

• Mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga.

• Dalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah.

• Mereka juga biasanya melangkah ke dalam rumah dengan kaki kanan dahulu.

64

• Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri.

• Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka.

• Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.

• Di dalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

65

Kepercayaan dalam keluarga

• Keluarga amat penting dalam masyarakat India. • Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi

ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu di dalam tradisi India.

• Oleh itu, penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan terutama ketika mereka masih dara.

66

Kepercayaan ketika Perkahwinan

• Seorang suami pula di dalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati.

• Oleh kerana itu, proses perkahwinan India mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta keserasian pasangan yang akan berkahwin.

• Masa perkahwinan yang dianggap bertuah amatlah penting bagi menjalankan segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk.

67

• Untuk mengelakkan dari keadaan buruk, maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama.

• Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.

68

Adat Perkahwinan• Semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas

kunjungan ketika merisik.• Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal

pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.

• Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

• Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.

69

Adat Ibu yang Mengandung

• Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam • Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.• Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti

mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.

• Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang berat.

• Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari.

• Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

70

Adat Semasa Deepavali

• Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.

• Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” yang bererti barisan.

• Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

71

• Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India.

• Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.

• Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan.

72

• Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

• Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

73

• Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri.

• Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

• Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

74

• Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan.

• Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.

• Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

75

Adat ketika Perayaan Lain

• Thaipusam pula adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam.

• Pada masa perayaan ini diadakan, ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan akan dibawa pelbagai persembahan.

76

• Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’.

• Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ‘ponggal’ pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

77

Adat Umum Rakyat Malaysia

• Mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan• Mengamalkan adat menghormati dan

menyayangi generasi tua.• Mengamalkan budaya saling mengunjungi

rumah orang lain ketika perayaan.

78

Kesimpulan

• Setiap kaum mempunyai kepercayaan dan adat resam masing-masing.

• Kepercayaan dan adat resam tersebut mempunyai persamaan dan perbezaan.

• Isu kepercayaan dan adat resam ini masih lagi merupakan isu sensitif dalam masyarakat Malaysia yang majmuk ini.

• Oleh itu, kita perlulah menghormati adat dan kepercayaan kaum lain.

top related