tugasan1krl3033proposalkumpulan
Post on 20-Dec-2015
14 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
KEPIMPINAN
PENGURUSAN PROGRAM NILAM YANG CEMERLANG
MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPRESTASI TINGGI
BAB 1
PERMASALAHAN KAJIAN
1.0 PENDAHULUAN
Pengetahuan amat penting dalam mengharungi kehidupan terutama pada
zaman globalisasi kini. Kita semua sedia maklum bahawa salah satu daripada usaha
bagi mendapatkan ilmu adalah menerusi pembacaan. Membaca turut dikaitkan dengan
proses pembangunan masyarakat berfikir dan bernilai tinggi. Malah jelas terbukti dalam
masyarakat hari ini bahawa individu yang berterusan membaca mempunyai personaliti
yang dihormati dan berkualiti serta kaya dengan maklumat. Lebih tinggi nilai ilmu yang
dimiliki seseorang, lebih tinggi hormat dan tanggapan masyarakat terhadapnya.
Ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan masyarakat
dan negara. Senario inilah yang menjadi pencetus kepada lahirnya Program NILAM di
sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun
keberkesanan program ini di sekolah adalah bergantung kepada daya kepimpinan dan
pengurusan guru NILAM itu sendiri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di
beberapa buah sekolah di Pahang bagi mengkaji kepimpinan pengurusan guru NILAM
dan kaitannya dengan tahap pencapaian pelajar.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kaedah pembacaan yang tidak bersesuaian tentunya boleh menyebabkan murid
merasa cepat bosan, kurang minat dan kemungkinan cepat mengantuk ketika membaca
(Shamsiah & Yahya, 2008). Justeru itu, Program NILAM atau Nadi Ilmu Amalan
Membaca mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 1999 hasil
keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca peringkat
Kementerian Pendidikan pada tahun 1998. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 13/1998
mewajibkan semua sekolah melaksanakan program ini. Program ini bertujuan
mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dikalangan rakyat Malaysia. Selaku 1
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
payung kepada pelbagai aktiviti galakan membaca di sekolah, program ini dilaksanakan
bermula dengan Tahun 1 bagi sekolah rendah dan Tingkatan 1 bagi sekolah menengah.
Rekod pembacaan murid-murid ini yang dicatatkan di dalam buku-buku khas mengikut
tahap dan bahasa diteruskan sehingga mereka tamat persekolahan.
Justeru itu, kepimpinan dan pengurusan guru-guru yang terlibat dengan Program
NILAM merupakan nadi pengerak program ini di sekolah. Bagi mengerakkan program
ini, murid-murid dibekalkan dengan buku NILAM bagi menyimpan rekod bacaan dan
untuk tujuan penilaian guru. Buku ini mengandungi maklumat ringkas berkaitan dengan
buku yang dibaca seperti tajuk buku yang dibaca, pengarang, bilangan muka surat, jenis
bacaan buku serta ulasan ringkas buku yang dibaca berdasarkan pandangan murid itu
sendiri. Program NILAM ini dibahagikan kepada dua peringkat iaitu Tahap 1 bagi murid
Tahun 1, 2 dan 3 manakala Tahap 2 bagi murid Tahun 4, 5 dan 6.
Semasa melaksanakan pembacaan NILAM ini, murid akan melalui dua tahap
penilaian dan penganugerah. Tahap pertama ialah Jauhari. Ia adalah penganugerahan
berdasarkan jumlah bacaan buku. Bagi tahap yang kedua iaitu Rakan Pembaca, ia
diberikan kepada murid yang telah membaca 100 buah buku ke atas serta mempunyai
daya kepimpinan yang tinggi untuk menarik rakan lain untuk terlibat di dalam aktiviti
membaca NILAM. Anugerah-anugerah ini diberi dari masa ke semasa. Oleh itu Guru
NILAM perlu memainkan peranan penting bagi menjalankan program ini mengikut
matlamat yang telah ditetapkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTNP).
Peringkat pertama dipantau oleh guru mata pelajaran di bawah seliaan Guru
NILAM manakala peringkat kedua dibawah seliaan Guru NILAM sepenuhya. Oleh itu
amat jelas betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh Guru NILAM
bagi memastikan keberkesanan Program NILAM ini di sekolah. Disamping itu, kajian ini
akan menilai tahap kepimpinan guru ketika melaksanakan program ini di sekolah.
Pencapaian murid berdasarkan peperiksaan sekolah turut diambil bagi membuat
perbandingan dengan tahap pencapaian NILAM bagi menjawab persoalan kajian.
2
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Dalam era globalisasi masa kini, kejayaan sesebuah negara bergantung pada
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyatnya. Maka tidak
menghairankan sekiranya sesebuah negara yang mempunyai rakyat berpendidikan
tinggi mampu menjana ekonomi dengan pesat demi kemakmuran negara.
Bagi mencapai matlamat menjadi sebuah negara yang mempunyai rakyat
berpendidikan tinggi, murid harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kaedah
yang paling mudah adalah melalui pembacaan. Ini bersesuaian dengan salah satu
matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2013 - 2025, iaitu mengurus
sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan
negara. Untuk itu, murid perlu menggunakan sumber bahan bacaan yang dibekalkan di
sekolah secara lebih berkualiti bagi menzahirkan hasrat negara ini.
Namun bagaimana untuk merealisasikan matlamat kerajaan ini jika tabiat
membaca dikalangan murid masih berada ditahap yang rendah berbanding dengan
negara maju yang lain. Tidak dapat dinafikan murid di negara kita membaca agak
kurang berbanding dengan kanak-kanak sebaya mereka di negara luar. Ini kerana kajian
menunjukkan hanya segelintir rakyat Malaysia yang gemar membaca.
Berdasarkan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (2008), pelbagai alasan
diberi oleh murid sekolah rendah apabila dikaitkan dengan minat membaca. Sejumlah
72.25% daripada mereka menyatakan ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak
membaca, diikuti dengan 24.75% memberikan alasan mereka lebih suka bermain
daripada membaca. Dan selebihnya memberikan pelbagai alasan yang berbeza apabila
dikaitkan dengan minat membaca. Ditambah pula dengan pelbagai teknologi canggih
zaman ini, murid-murid lebih gemar bermain permainan video interaktif berbanding
membaca.
Bagi mengatasi masalah ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah melaksanakan pelbagai program
galakkan membaca di sekolah-sekolah. Namun program yang dilaksanakan masih
belum mencapai tahap yang dikehendaki terutama bagi sekolah kawasan Luar Bandar.
Program NILAM telah diwujudkan sebagai satu usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan
3
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
di Kementerian Pendidikan ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah
mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau
Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat
Membaca bertarikh 22 Mei 1998. Setiap sekolah di Malaysia wajib menjalankan
Program NILAM di sekolah bagi memperkasa minat membaca dikalangan murid.
Seterusnya pada 12 Mei 2005 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/2005 dikeluarkan bagi
memperkukuhkan perlaksanaan Program NILAM ini disekolah.
Surat edaran Ikhtisas yang dikeluarkan ini menunjukkan betapa pentingnya
program ini dilaksanakan di sekolah kerana ianya mampu memberi impak yang besar
jika program yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan ini dapat dijalankan
sepenuhnya.
Namun berdasarkan kutipan data NILAM yang dibuat oleh pihak Bahagian
Teknologi Pendidikan (2008), hanya 84.43 % sahaja murid yang terlibat di dalam
Program NILAM di seluruh sekolah di Malaysia. Manakala purata bacaan yang
dicatatkan adalah empat buah buku bagi setiap murid di dalam setahun. Manakala
daripada 10,310 buah buku yang dibaca, hanya 1,273 buah buku sahaja yang
dikategorikan sebagai bahan berbentuk ilmiah. Ini menunjukkan minat membaca
dikalangan murid sekolah rendah amat rendah jika dibandingan dengan negara-negara
luar. Contohnya, Negara China menduduki ranking tertinggi bacaan dengan melibatkan
180,000 naskah setahun diikuti dengan United Kingdom sebanyak 116 000 buah buku
setahun. Mungkin jika dibandingkan Negara China yang mempunyai bilangan penduduk
yang tinggi, agak mustahil untuk Negara kita menandinginya namun bagi Negara India
sendiri menunjukkan bacaan yang lebih tinggi berbanding Malaysia apabila melebihi
34,690 buah buku.
Oleh yang demikian, kepimpinan guru amat diperlukan bagi memastikan
kejayaan Program NILAM di peringkat dasarnya. Dengan pelbagai sumber yang ada
serta bekalan koleksi buku-buku ke Pusat Sumber Sekolah ditambah pada setiap tahun
berdasarkan grant perkapita bantuan kerajaan, seharusnya program ini tidak disia-
siakan.
Oleh itu, kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan guru
untuk dilaksanakan dengan lebih berkesan di sekolah seperti yang dinyatakan oleh
4
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Rosenblum (1979) dalam penulisannya berkaitan kepimpinan. Oleh yang demikian,
guru-guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang terlibat dengan
Program NILAM ini perlu menunjukkan kepimpinan mereka bagi memastikan setiap
wang yang mengalir keluar tidak dibazirkan. Ini bersesuaian dengan agenda di dalam
PIPP 2013 - 2025 bagi mengurus sumber dengan berkesan berdasarkan sumber yang
diberi.
1.3 KERANGKA KONSEPTUAL
Salah satu matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan juga Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah untuk memastikan setiap murid mampu
membaca petikan dan juga bahan bacaan santai untuk tujuan mendapatkan maklumat
dan berhibur.
Untuk itu, kepimpinan Guru NILAM di sekolah amat diperlukan bagi memastikan
salah satu program utama kerajaan bagi mengalakkan tabiat membaca dikalangan
murid mampu dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.
Sehubungan itu, kerangka kajian di bawah menunjukkan kaitan diantara
Kepimpinan Guru NILAM dalam memupuk tabiat membaca murid disekolah dan
kesannya kepada pencapaian murid di dalam kelas.
Rajah 1 : Kerangka konsep
5
Kepimpinan Guru
+Guru GPM
Tabiat membaca
murid
Prestasi murid
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji daya kepimpinan guru dalam pengurusan Program
NILAM dan kesan serta impaknya kepada prestasi murid. Untuk itu, objektif bagi kajian
ini adalah:
1.4.1 Mengenal pasti tahap kepimpinan guru di dalam pengurusan Program
NILAM di sekolah.
1.4.2 Mengenal pasti ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan
Program NILAM di sekolah.
1.4.3 Mengenal pasti hubungan keberhasilan Program NILAM dengan prestasi
murid.
1.5 SOALAN KAJIAN
Fokus kajian ini adalah bagi menjawab persoalan kajian yang berikut:
1.5.1 Apakah tahap kepimpinan guru di di dalam pengurusan Program NILAM
di sekolah?
1.5.2 Apakah ciri-ciri kepimpinan guru yang sesuai bagi menjayakan Program
NILAM di sekolah?
1.5.3 Apakah hubungan kejayaan Program NILAM menyumbang kepada
peningkatan prestasi murid?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Gerakan untuk mencapai 100% penglibatan pelajar dalam Program NILAM giat
dijalankan oleh rangkaian Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) di peringkat Negeri,
Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian serta Pusat Kegiatan Guru. BTP juga turut
mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah dalam merangka dan melaksanakan aktiviti sokongan pemantapan
Program NILAM seperti Pertandingan Jejak Maklumat, Pertandingan Resensi buku dan
Pameran buku. Ini kerana menurut Zamri & Yahya, (2008) keberkesanan dalam 6
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
membaca juga merupakan satu perkara penting yang perlu diambil berat oleh murid
ketika membaca.
Malah Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan program NILAM
ketika membuat pemantauan ke sekolah-sekolah. Asas kejayaan pelaksanaan Program
NILAM ini haruslah bermula di sekolah. Untuk itu kajian ini dibuat bagi mengkaji kaitan
kepimpinan guru di dalam melaksanakan Program NILAM di dalam memastikan
perlaksanaan program ini dapat direalisasikan sepenuhnya di peringkat sekolah. Ini
kerana secara asasnya apabila murid berminat untuk membaca, ia akan membantu
mereka di dalam penguasaan mata pelajaran di dalam kelas. Menurut Hamilton (2006)
aktiviti membaca sepatutnya menyeronokkan dan memberikan kepuasan buat pelajar
dan bukannya menjadi beban. Sehubungan itu, kajian ini akan turut menunjukkan kaitan
keberkesanan Program NILAM dalam meningkatkan prestasi murid.
Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian dan badan-
badan yang bertanggungjawab di dalam Program ini bagi mengerakkan kepimpinan
guru untuk melaksanakan program ini secara lebih berkesan di sekolah. Ini kerana
kejayaan kepimpinan guru melaksanakan Program NILAM ini mampu mewujudkan sikap
minat membaca di dalam murid yang mana ianya boleh memberi impak yang sangat
besar buat murid, sekolah dan Negara umumnya.
Disamping itu juga, semoga hasil kajian ini dapat memberi nilai tambah kepada
kajian literatur serta boleh dibuat sebagai bahan rujukan yang berguna.
1.7 HIPOTESIS KAJIAN
Kaji selidik ini telah menggariskan satu hipotesis sebagai fokus penyelidikan iaitu:
1.7.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan guru berkesan di
dalam pengurusan Program NILAM dalam memberi impak terhadap peningkatan
prestasi pelajar.
7
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
1.8 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan di beberapa buah sekolah yang berbeza di Pahang. Sekolah-
sekolah terbabit hanya mempunyai pelajar berbangsa Melayu sahaja. Pelajar yang
dipilih pula adalah terdiri daripada murid Tahap 2 kerana mereka telah berhadapan
dengan Program NILAM selama empat tahun dan dapatan kajian agak meluas
berbanding murid Tahap 1 yang masih diperingkat awal perlaksaan program NILAM.
Justeru itu, dapatan kajian adalah agak terhad dengan jumlah murid yang diambil
sebagai sampel kajian dari setiap sekolah adalah terhad dengan tahap keupayaan
mereka yang berbeza. Bilangan guru yang terlibat bagi perlaksanaan Program NILAM
hanyalah tertumpu pada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Tahap 2.
1.9 PENERANGAN TERMINOLOGI
Kepimpinan
Himpunan kemahiran memimpin berkesan serta mampu membawa ahli yang dipimpin
kearah visi yang ingin dicapai.
Pengurusan
Satu himpunan kaedah bagi menjalankan aktiviti yang dirancang secara sistematik dan
berkesan.
Program NILAM
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan
semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi
pengiktirafan yang sesuai.
Cemerlang
Merupakan pencapaian yang tinggi serta sesuatu kejayaan yang boleh dibanggakan.
Pelajar
Murid-murid yang masih bersekolah. Di dalam kajian ini pelajar yang dimaksudkan
adalah murid-murid di beberapa buah sebuah rendah terpilih di negeri Pahang.
8
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Berprestasi tinggi
Satu kejayaan yang boleh dibanggakan serta memenuhi kriteria-kriteria pemilihan bagi
sekolah yang menunjukkan pencapaian yang baik dan cemerlang dalam semua bidang.
1.10 RUMUSAN
Kejayaan Program NILAM sangat bergantung kepada kepimpinan guru di sekolah.
Seperti yang dinyatakan oleh Rosenblum (1979) dalam tulisan-tulisannya, kepimpinan
guru mampu memainkan peranan besar dalam mempengaruhi aktiviti yang dijalankan di
sekolah.
Guru berkepimpinan perlu memainkan peranan penting dalam menggerak dan
menjayakan program NILAM. Pemahaman yang mendalam dan disertai dengan misi
yang terancang membolehkan program NILAM berjalan lancar. Sehubungan itu,
pengurusan Program NILAM yang berjaya sudah pasti mampu menjana kecemerlangan
pelajar dan meningkatkan prestasi sekolah.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 PENDAHULUAN
Biarpun masyarakat kita mengalami arus perubahan dalam dunia globalisasi,
bergelumang dengan dunia teknologi maklumat dan perkomputeran namun hakikat
kepentingan membaca tidak boleh diabaikan (Mohamad Sofee, 2007).
Dalam tinjauan literatur yang dibuat bagi kajian ini, terdapat pelbagai persepsi
dalam menyediakan aktiviti membaca di dalam kelas. Ini kerana kemahiran membaca
menjadi agenda penting dalam tunjang pendidikan negara. Di dalam sukatan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah yang baru, kemahiran membaca merupakan satu kemahiran
penting yang perlu dikuasai oleh murid.
9
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab guru bagi memastikan
kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya oleh pelajar. Di sini, kemahiran kepimpinan
guru perlu diaplikasi secara bijak bagi menanggani masalah yang timbul dalam
kemahiran membaca pelajar. Ini kerana kurangnya minat membaca pelajar
menyebabkan mereka kekurangan idea dan maklumat semasa menjawab soalan
berbentuk karangan.
Menurut Mahzan (2003) dan Yahya (2008), kajian berkaitan proses membaca
penting dilakukan untuk membantu pelajar menambahkan khazanah ilmu. Penyelidikan
berkaitan dengan aspek membaca mencerminkan wujudnya kesedaran untuk
menjadikan amalan membaca sebagai budaya ilmu yang perlu dikekalkan.
Dalam pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia, penekanan terhadap proses
membaca telah diberikan perhatian, terutama melalui penetapan kemahiran bahasa
yang perlu dicapai seperti yang terkandung dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2000).
2.1 TEORI DAN KONSEP BERKAITAN
Menurut (Field, 2004) beliau menyatakan peranan guru sama dengan peranan
kapten sebuah kapal yang mana bilik darjah disamakan dengan sebuah kapal.
Manakala guru memainkan peranan sebagai pengemudi yang memimpin pelajar yang
pelbagai untuk menuju kearah matlamat yang ditetapkan.
Dapatan ini turut disokong oleh (Ciulla, 2004) yang mana konsep kepimpinan
mampu mengerakkan orang lain melakukan tindakan seterusnya memotivasikan orang
lain untuk menuju kearah menyempurnakan visi dan misi yang ditetapkan seperti yang
dikaitkan dengan persepsi kemudi yang diangkat sebagai pemimpin.
Konsep ini diperluaskan lagi dengan definisi kepimpinan yang merujuk kepada
kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan untuk mencapai sesuatu matlamat
(Robbins, 2003). Dapatan ini turut disokong oleh (Cleland, 2004), yang mana beliau
menghuraikan kepimpinan guru akan membantu guru-guru lain untuk bergerak aktif
dalam meningkatkan prestasi sekolah. Kepimpinan guru di lihat sebagai seseorang yang
10
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
mempunyai sifat dalam diri mereka yang berupaya untuk memimpin orang lain supaya
menjadikan orang lain lebih bermotivasi.
Namun berlainan dengan dapatan yang diperolehi daripada (Danielson, 2006).
Beliau mengaitkan kepimpinan guru sebagai kemahiran lain yang ada pada seseorang
guru selain daripada mengajar dan mempunyai kuasa untuk memujuk yang tinggi
samada di dalam atau di luar bilik darjah. Dapatan ini turut dipersetujui oleh (Durrant &
Holden, 2006) beliau menjelaskan ciri-ciri kepimpinan mampu melahirkan orang yang
boleh mengerakkan orang lain untuk menjadi pemimpin. Konsep mengerakkan ini boleh
disamakan dengan konsep memujuk yang mana mendorong individu lain untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan.
Justeru itu, semakin ramai orang yang berkepimpinan mampu dilahirnya jika konsep
kepimpinan ini mampu dipraktikan dengan baik. Sudah tentu konsep kepimpian guru
yang berjaya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang seterusnya meningkatkan
prestasi sekolah itu sendiri. Konsep ini diperkukuhkan lagi oleh (Saeeda, 2004) yang
mana beliau menjelaskan kepimpinan yang baik mampu menyebarkan ilmu dan
kebaikkan untuk semua. Bertepatan dengan konsep kepimpinan yang baik mampu
melahirkan pemimpin baru yang boleh menyebarkan kebaikkan untuk semua.
Namun agak berlainan dengan (Thomas, 2005) yang mana lebih menekankan
kepimpinan sebagai memberi motivasi kepada orang dibawahnya untuk mencapai misi
yang ditetapkan. Dan dapatan ini turut disokong oleh (Busher & Haris, 2005) yang mana
menjelaskan kepimpinan mampu memotivasikan rakan sejawat untuk membuat
pembelajaran yang lebih berinovatif bagi menjana keputusan yang cemerlang.
Secara kesimpulannya, walaupun terdapat pelbagai tarifan dan definisi kepimpinan
guru yang dibuat, rata-rata dapatan yang diperolehi pasti akan mengaitkan kepimpinan
sebagai satu konsep menarik individu lain untuk berada dibawah kawalan orang yang
memimpin. Golongan pemimpin ini akan bertindak sebagai seorang yang menerajui
kumpulan terbabit dan mendorong kumpulannya menuju ke arah matlamat yang
ditetapkan.
Dengan pelbagai huraian dan takrifan kepimpinan guru yang diperolehi, jelas
menunjukkan guru mempunyai pengikut tersendiri yang terdiri daripada kalangan murid-
11
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
murid sekolah. Oleh yang demikian, sudah tentu keberkesanan Program NILAM dapat
dipertingkatkan jika guru-guru mampu menjalankan dan menggerakkan aktiviti yang
dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan.
2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Kajian menunjukkan keseronokkan membaca adalah lebih penting diterapkan ke dalam
diri pelajar-pelajar sejak kecil. Apabila keseronokkan membaca dapat dipupuk, ianya
akan menjadi tabiat dan pelajar akan berasa seronok apabila dapat membaca. Ini
penting kerana tabiat membaca pelajar akan menjadikan diri mereka lebih berilmu,
berkeyakinan dan mampu menjauhkan diri pelajar dari terlibat dengan aktiviti-aktiviti
yang tidak berfaedah. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa
sudut pandangan daripada kajian lampau untuk dijadikan panduan penyelidik.
2.3.1 PANDANGAN MENGENAI MEMBACA DALAM SITUASI BILIK DARJAH
Harrison (1992) berpandangan membaca bukanlah satu rantaian kemahiran yang
diskret. Membaca memerlukan proses berturutan dimana seseorang individu perlu
belajar dari satu tahap ketahap yang lain sehingga kemahiran membaca ini dapat
dikuasai sepenuhnya.
Bagi pelajar-pelajar yang sudah mempunyai kemahiran membaca di peringkat
sekolah tadika atau Pra-sekolah mereka mudah didedahkan dengan sebarang
maklumat pendidikan namun bagi murid yang masih berada di peringkat pemulihan
mereka perlu dilatih menguasai kemahiran membaca ini sepenuhnya bagi mengelakkan
masalah keciciran pembelajaran.
Selari dengan dapatan daripada Waterland (1995) bahawa pelajar perlu terlebih
dahulu menguasai bahagian yang paling mudah dalam kemahiran membaca sebelum
berganjak ke bahagian yang lebih kompleks. Seperti peringkat mengenal huruf,
membunyikan suku kata dan seterusnya menyebut perkataan. Setiap langkah penting
dikuasai sebelum pelajar mampu menguasai kemahiran membaca sepenuhnya. Guru
harus peka dengan tahap perkembangan membaca murid sebelum didedahkan dengan
kaedah membaca pantas.
12
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Disini kemahiran kepimpinan guru dalam kaedah mengajar pelajar untuk
mambaca perlu dipraktikan secara berkesan bagi memastikan penguasaan mereka
dalam kemahiran ini mampu dikuasai sepenuhnya.
2.3.2 PANDANGAN MENGENAI PENGLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI
MEMBACA NILAM
Lee Rutledge (2009) berpendapat bahawa model pengajaran perlu diguna pakai
sebagai panduan bagi membantu guru dalam melibatkan semua murid didalam aktiviti
membaca yang dijalankan. Ini kerana tahap kecerdasan murid yang pelbagai
memerlukan guru untuk pandai mengadaptasi kepimpinan mereka ketika menjalankan
aktiviti membaca di dalam atau di luar bilik darjah.
Aktiviti membaca yang biasa dijalankan adalah guru membaca dan murid
mendengar. Namun selari dengan perkembangan dunia pendidikan terdapat banyak
kaedah yang boleh dijalankan bagi memastikan penglibatan pelajar secara menyeluruh
dan menyeronokkan di dalam aktiviti membaca.
Seperti yang diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan
kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Program ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu
Amalan Membaca yang diperkenalkan perlaksanaannya diperingkat sekolah sejak
Tahun 1999 lagi berdasarkan Model Program NILAM (Rujuk Lampiran 1). Namun
perlaksanaan program ini masih tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Di mana
silapnya? Berdasarkan dapatan kajian yang dikeluarkan oleh pihak Bahagian Teknologi
Pendidikan, terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada keberkesanan Program
NILAM.
Gaya kepimpinan guru ketika mengendalikan program ini turut menjadi persoalan.
Namun, jika program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya di peringkat sekolah, sudah
tentu penglibatan pelajar mampu dipertingkatkan serta memberi impak yang sangat
besar buat prestasi murid khasnya.
13
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
2.3.3 PANDANGAN MENGENAI PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mementingkan pendidikan. Ini terbukti
apabila setiap kali belanjawan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri
dibentangkan, bidang Pendidikan pasti menerima peruntukkan kedua tertinggi.
Pelbagai kemudahan pendidikan diberikan secara percuma berbanding
sesetengah negara luar yang mengenakan bayaran buat pendidikan yang diterima.
Pendidikan percuma ini diberikan buat rakyat Malaysia bagi memastikan setiap
penduduk menerima pendidikan asas daripada umur 6 tahun sehingga 17 tahun. Namun
pada masa sekarang ada selintir ibu bapa yang menghantar anak mereka untuk
menerima pendidikan seawal usia 4 tahun. Ini terbukti dengan penubuhan Program
Permata yang diasaskan Oleh YAB Datin Sri Rosmah Mansor yang merupakan isteri
kepada Perdana Menteri Malaysia sendiri.
Dalam dunia pendidikan di Malaysia, Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa
pengantar. Manakala pelajar turut diwajibkan mempelajari Bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Berdasarkan perancangan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2013 - 2025 yang baru, pelajar turut digalakkan mempelajari bahasa ketiga bagi
meningkatkan taraf pendidikan Malaysia di mata dunia.
2.3.4 PANDANGAN MENGENAI TABIAT MEMBACA PELAJAR
Pelajar-pelajar di Malaysia mempunyai tanggapan yang berbeza mengenai tabiat
membaca. Tidak ramai dikalangan pelajar sekolah rendah yang berminat untuk
menjadikan membaca sebagai hobi.
Berdasarkan kajian menyeluruh ke atas rakyat Malaysia yang dijalankan oleh
Professor Atan Long dan rakan-rakan pada Tahun 1984, hasil penemuan menunjukkan
hanya 20% daripada responden memilih membaca sebagai aktiviti utama pada masa
lapang.
Sikap membaca yang agak rendah dikalangan pelajar di Malaysia
mengakibatkan mereka gagal untuk mendapatkan ilmu pengetahuan sampingan melalui
buku-buku ilmiah yang terdapat di pasaran.
14
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Disamping itu juga, penduduk di kawasan yang terlalu terpencil juga tidak dapat
membaca walaupun mempunyai kebolehan disebabkan oleh bahan yang tidak
mencukupi. Malah, menurut kajian yang dijalankan oleh Safiah Osman di bawah tajaan
UNESCO, bahan-bahan yang menarik minat pelajar untuk membaca perlu ditambah
nilai. Ini kerana bahan ilmiah yang bermutu serta menarik mampu menjana pemikiran
pelajar ke tahap yang lebih tinggi.
Seterusnya, kajian daripada pensyarah ITM mendapati pelajar perempuan lebih
ramai yang berminat untuk membaca jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.
2.4 RUMUSAN
Sikap membaca dikalangan pelajar adalah kunci kepada kejayaan. Ini kerana secara
tidak langsung ilmu pengetahuan yang berguna akan diserap masuk melalui
pembacaan. Namun tabiat membaca seharusnya ditanam sejak dari awal lagi terutama
di rumah.
Untuk itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan mereka bagi meningkatkan
kesedaran membaca dari rumah. Menurut Hamilton (2006), tabiat membaca sepatutnya
bermula dari rumah dan sepatutnya dijadikan sebahagian daripada aktiviti untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Ketika sesi persekolahan, pelajar akan dibimbing oleh guru-guru bagi
meneruskan aktiviti pembacaan mereka. Tambahan pula dengan pelbagai inisiatif
kerajaan bagi menggalakkan program membaca di sekolah, sudah pasti pelajar akan
lebih terdedah dengan tabiat membaca. Namun begitu, Program NILAM yang dirangka
masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan. Untuk itu, guru-guru perlu memainkan
peranan mereka bagi memastikan keberkesanan program ini mampu dirasai oleh pelajar
demi meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.
15
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENDAHULUAN
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif (Soal selidik dan Temu
bual langsung) bagi mengumpulkan semua data primer yang dikehendaki. Soalan
adalah berkaitan dengan tanggapan guru terhadap kepimpinan di dalam menjalankan
program NILAM, data bacaan semasa NILAM bagi murid Tahun 4 dan Tahun 5 serta
kutipan markah pelajar bagi tujuan perbandingan dapatan.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Seperti yang telah dinyatakan di bahagian pengenalan, kajian ini melibatkan rekabentuk
kajian kuantitatif dan kualitatif dan menjurus kepada rekabentuk kajian tindakan.
Bagi data kuantitatif, kajian akan dijalankan berdasarkan rekabentuk tinjauan.
Menurut David etl. (2010) Kajian berbentuk tinjauan biasanya dijalankan di sekolah
kerana data yang diperolehi mampu menghuraikan sesuatu trend dan mengenalpasti
ciri-ciri amalan tertentu dengan lebih tepat untuk dikaji. Di sini, kajian menggunakan
rekabentuk tinjauan cross-sectional untuk mengkaji ciri-ciri kepimpinan guru bagi
melaksanakan Program NILAM di sekolah dengan lebih berkesan.
Manakala bagi data kualitatif berbentuk etnografi dipilih bagi kajian ini kerana
persampelan diambil berdasarkan kumpulan murid-murid sekolah rendah Tahun 4 dan 5
untuk tujuan pensampelan.
3.3 PERSAMPELAN
Menurut Gay & Airasian (2003) mendefinisikan populasi sebagai kumpulan sasaran
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala
sampel kajian merujuk kepada responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili
sesuatu populasi.
16
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Bagi kajian ini, kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5 di
beberapa buah sekolah di Pahang. Daripada jumlah pelajar setiap kelas 50% sampel
kajian akan dipilih.
Persampelan Rawak Berstrata dipilih bagi memastikan hasil kajian dapat
menjawab objektif kajian secara telus. Ini akan dibuat berdasarkan jumlah bacaan murid
mengikut data NILAM, 50% sampel adalah berdasarkan bacaan NILAM tertinggi
manakala 50% lagi berdasarkan bacaan nilai terendah NILAM dan dikaitkan dengan
markah peperiksaan bagi setiap sampel yang terpilih. Bagi persampelan guru pula, guru
Bahasa Inggeris dan guru Bahasa Melayu bagi Tahun 4 dan 5 dipilih bagi perbandingan
kepimpinan dalam pengurusan NILAM.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Wallen & Fraenkel (2000) menyatakan soalan soal selidik membolehkan tindak balas
yang konsisten dan boleh dipertingkatkan. Oleh demikian, set kajian yang disediakan
merangkumi dua bahagian iaitu:
Bahagian A : Soalan yang perlu dijawab oleh murid berkaiatan dengan Prgram NILAM
dan Kepimpinan guru yang disukai semasa menjalankan program ini.
Bahagian B :Soalan yang perlu dijawab oleh guru bagi mengenal pasti Sikap guru
terhadap pengurusan Program Nilam serta ciri-ciri kepimpinan NILAM
berkesan
Sehubungan itu, dua set soalan berdasarkan rujukan yang telah dibuat di dalam kajian
literatur telah disediakan bagi membantu kajian yang dibuat. Set soalan yang dipilih
mampu menghuraikan ciri-ciri kepimpinan guru untuk dikaitkan dengan keberkesanan
perlaksanaan NILAM di sekolah.
Selain daripada soalan soal selidik, kajian juga dibuat berdasarkan maklumat
yang diperolehi daripada sistem pengoperasian NILAM dan Sistem Analisa Peperiksaan
Sekolah (SAPS) untuk dibandingkan dengan data daripada kaedah triangulasi yang
dibuat.
17
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
3.4.1 TEKNIK PENGUTIPAN DATA
Satu set soalan telah dibuat bagi menjawab persoalan kajian. Kesemua responden yang
dipilih akan menjawab soalan kajian serta ditembual dan dibuat pemerhatian bagi
mendapatkan kesahan maklumat kajian.
Penggunaan teknik Triangulasi ini mampu memberi keesahan yang tinggi
kepada dapatan data yang diperolehi (Dr. David etl., 2001).
Seterusnya, data NILAM responden akan dibawa keluar daripada sistem
pengoperasian NILAM. Data ini dimasukkan oleh guru mata pelajaran Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris pada setiap bulan berdasarkan jumlah bacaan murid semasa.
Jumlah bacaan murid akan diberi pengiktirafan berdasarkan jumlah bacaan tertentu
(Rujuk Lampiran 2). Kepimpinan guru mampu dilihat di sini secara terus jika dapatan
data tidak dikemas kini.
Manakala bagi markah peperiksaan murid, data akan diambil terus dari Sistem
Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Prestasi murid akan digred seperti yang berikut;
MARKAH GRED
0 - 19 E
20 - 39 D
40 - 59 C
60 - 79 B
80 - 100 A
18
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
Markah peperiksaan diambil semasa Peperiksaan Semester, untuk itu soalan kajian
adalah berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan oleh lembaga peperiksaan bagi
menilai tahap kefahaman murid.
3.5 ANALISIS DATA
Data kualitatif dan data kuantitatif perlu dianalisis secara berbeza mengikut kesesuaian
data yang diperolehi (Dr. David etl.,2010). Namun bagi data yang dikutip daripada
soalan soal selidik akan dianalisa mengunakan Sistem SPPSS version 17.
Set soal selidik ini akan dijawab oleh guru. Temu bual dan juga pemerhatian
langsung akan dijalankan bagi meningkatkan lagi keesahan dapatan kajian.
Seterusnya, data NILAM responden yang terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5
akan diambil daripada sistem pengoperasian NILAM. Data ini akan dibandingkan
dengan keputusan peperiksaan murid yang diperolehi daripada Sistem Analisa
Peperiksaan Sekolah (SAPS). Setelah kesemua data diperolehi, proses mengukur
variabel kajian akan dilakukan secara terperinci bagi meningkatkan keesahan dapatan
kajian.
3.5 RUMUSAN
Pelaksanaan Program NILAM yang berkesan perlu perancangan yang teliti dan
mempunyai sasaran untuk dicapai. Dalam hal ini, pelaksanaan NILAM perlulah bersifat
spesifik dan mempunyai petunjuk prestasi (KPI) yang boleh diukur.
Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu menggunakan kaedah yang sesuai
untuk membuat hubungkait berkaitan dengan kepimpinan guru dalam pengurusan
NILAM dan kesannya terhadap prestasi murid.
19
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
SUMBER RUJUKAN
Bogdan, R. C., & Biklen, S. K. (2003). Qualitative research for education. An
introduction to theories and methods. Boston: Allyn & Bacon.
Busher, H. & Hariss, A.with Wise,C (2000). Subject leadership and school Improvement.
London: Paul Chapman Publishing Ltd.
Cleland, D.I. (2004). Field Guide To Project Management. 2nd Ed. New Jersey:
John Wiley
Ciulla,J.B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis,A.T.
Cianciolo & R.J. Sternberg, The nature of leadership. Thousand Oaks,CA: Sage
Creswell, J. W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among
five traditions. Thousand Oaks, CA: Sage Publications.
Danielson,C. (2006). Teacher Leadership That Strengthens Professional Practice.
Alexandria, VA : Association for Supervision and Curriculum Development.
Durrant, J. & Holden, G. (2006). Teachers leading change. (Alma Harris, Ed.)
London,UK : Paul Chapman
Dr.David Lim Chong Lim etl.(2010) HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
( 6th ed) Meteor Doc. Sdn. Bhd: Universiti Terbuka Malaysia.
Dr.Salbiah Ismail etl. (2008) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian
Pelajaran Malaysia.Program pembacaan NILAM. Diperolehi pada 25 Oktober 2013
daripada:
http://www.slideshare.net/rosminilobah880997/slide-show-program-nilam
Field, (2004) Foster the quality of teacher leadership: Ten steps to Egulty in Education ,
DECD Publishing
Gray & Airasian (2003).Leadership refined: An evocative context for teacher leadership.
20
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
School leadership and management, 23(4), 421-430
Hamilton (2006).Interview with Fullan: Change agent.Journal os staff
Development,24(1).Dimuat turun pada 26 Oktober 2013 daripada:
www.queensu.ca/idc/trainerslhandleaderlhtml.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Bil.13/1998: Program
Membina Tabiat Membaca
Kementerian Pelajaran Malaysia, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 Perlaksanaan
Program NILAM
Lee Rutledge (2009) Teacher Leadership and School Improvement: A case study of
teacher participating in the teacher leadership with a Regional Education Service
Center.Diperolehi pada 24 Oktober 2013 daripada
file:///C:/Documents%20and%20Settings/malim/Desktop/upsi/kepimpinan/te acher
%20leadership%20kepimpinan.pdf
Robbins,(2003) Organizational Behaviour.Prentice Hall PTR
Saeeda.(2006).Educational leadership : An islamic perspective. British Educational
Research Journal, 32(30,363-385
Thomas, N. (ed.) (2005). Adair on Leadership. New Delhi: Viva Books Pte.Ltd.
Wallen & Fraenkel (2000) "Reading Habit Style: A Classroom-level Study", Journal of
Educational Administration, Vol. 32 Iss: 3, pp.54 – 71
21
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
LAMPIRAN 1
MODEL PROGRAM NILAM
22
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
LAMPIRAN 2
PENGANUGERAHAN TAHAP JAUHARI DI SEKOLAH RENDAH
PENGIKTIRAFAN RAKAN PEMBACA (RP)
TAHAP PEMBACAAN BERSASKAN BILANGAN BUKU
DI SEKOLAH RENDAH
23
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
LAMPIRAN 3
CONTOH SOALAN KAJI SELIDIK
NAME : ………………………………………………………..
CLASS : ………………………………………………………..
SCHOOL : ………………………………………………………..
QUESTIONNAIRE
A) Learners’ perception of the reading material provided in the school library.
QUESTIONS VERY AGREE AGREE DISAGREEVERY
DISAGREE
a. The library has a lot of
reading material that suit
to NILAM Programme.
b. The books are interesting
to read.
c. There are good facilities
in the school library .
d. The school library is
convenient.
e. The book provided can
gain new knowledge.
f. Students enjoy at the
library doing the NILAM
Programmme.
24
KRL3033 Tugasan 1 – KUMPULAN 1: Bahasa Inggeris Cyberjaya
B) Learners’ perception of synopsis or summary writing based on the reading
materials used in the NILAM Programme.
QUESTIONS AGREE DISAGREE
1. Can promote interest
among the students.
2. Increase learner’s
mastery of grammar in
the language learnt.
3. Can increase learner’s
writing skill.
4. Can increase learner’s
reading skill.
5. Learners can complete
the task within the time.
25
top related