tinjauan pembangunan teknologi multimedia dalam pengajaran ... · pdf file... merangkumi...
Post on 06-Feb-2018
249 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TINJAUAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Lily Hanefarezan Asbulah1, Janudin Sardi
2
lilyhanefarezan@gmail.com 1Pusat Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM 2Akademi Pengajian Bahasa
UiTM Shah Alam
Abstrak : Perkembangan teknologi dan multimedia masa kini telah memberikan impak yang
besar dalam bidang pendidikan. Kajian ini bertujuan meninjau pembangunan teknologi
multimedia yang sedia ada dalam bidang bahasa Arab terutamanya. Untuk mencapai tujuan
tersebut, kajian ini menyasarkan beberapa objektif, iaitu pertama, mengenal pasti
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab. Kedua, meninjau strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab, dan ketiga meninjau pembangunan penggunaan
teknologi multimedia dalam bidang pendidikan secara umumnya. Kajian ini menggunakan
kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis deskriptif terhadap kajian- kajian lepas.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab
berasaskan teknologi multimedia adalah lebih berkesan berbandingan pendekatan secara
tradisional.
PENGENALAN
Era perkembangan teknologi dan multimedia masa kini memainkan peranan yang besar
dalam mempengaruhi setiap bidang kehidupan termasuklah bidang pendidikan (Mohd
Zulkhairi 2005). Ini dapat dilihat melalui pemerkasaan penyelidikan melalui proses
pengajaran dan pembelajaran (P & P) bahasa Arab ( اللغة االربيةة) yang telah dijalankan oleh
beberapa orang pengkaji, antaranya Mohamad Awang (1996), Hamzah (1997), Abd. Aziz
(1998), Ismail (1999), Ahmad Kilani (2001), Ab. Halim (2002), Anida (2003), Amilrudin
(2004) dan beberapa pengkaji lain. Kajian-kajian tersebut memberi aspek penekanan yang
menyentuh teori dan strategi P & P bahasa Arab yang merangkumi pendekatan, kaedah dan
teknik, di samping menyingkap kekuatan dan kelemahan strategi sedia ada, mengenal pasti
permasalahan dan cadangan penyelesaiannya (Janudin 2009). Variasi penerokaan kajian
yang diinovasikan oleh para pengkaji lepas dan akan datang sekaligus menyumbang ke arah
penambahbaikan dan meningkatkan kualiti semua peringkat pendidikan khususnya dalam
bidang bahasa Arab.
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri
Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA • ISBN 978-967-5478-78-9
2
PERNYATAAN MASALAH
Dewasa ini, usaha untuk meningkatkan kualiti penguasaan bahasa Arab di kalangan tenaga
pengajar dan pelajar menunjukkan perkembangan yang positif, namun begitu masih
terdapat beberapa permasalahan yang timbul dan memberikan kesan yang negatif kepada
proses P & P bahasa Arab.
Berdasarkan dapatan kajian oleh Naimah (2003) mengenai penggunaan sintaksis
Arab, ternyata pelajar gagal membina ayat-ayat yang mudah. Kesilapan-kesilapan sintaksis
berlaku telah mengakibatkan masalah komunikasi lantaran kesilapan yang berkaitan dengan
keserasian dan susunan kata boleh memberi kesan yang mendalam ke atas pembentukan
makna. Strategi P & P bahasa yang diterapkan dalm kajian berkenaan menggunakan
pendekatan tradisional di dalam kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar yang
menggunakan elemen teknologi belum wujud untuk diketengahkan kepada pelajar dalam
bentuk pembelajaran kendiri. Oleh yang demikian, permasalahan tersebut mendorong
pengkaji untuk membuat tinjaun terhadap pembangunan teknologi multimedia dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu pemerolehan yang dihadapi pelajar dalam
bidang bahasa Arab.
PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah permasalahan yang dihadapi dalam bahasa Arab?
2. Apakah pendekatan dan strategi yang digunakan dalam bidang pendidikan bahasa
Arab?
3. Apakah pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam P & P?
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini menyasarkan beberapa objektif berikut:
1. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam bahasa Arab.
2. Mengkaji strategi P & P yang digunakan dalam bidang bahasa Arab.
3. Meninjau pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam P & P .
METODOLOGI KAJIAN
Untuk mencapai objektif kajian, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif dan
menggunakan kaedah kepustakaan. Kaedah kajian kepustakaan digunakan untuk merujuk
kepada sumber-sumber kajian yang merangkumi buku, tesis, jurnal, artikel persidangan,
prosiding dan sebagainya. Hasil dapatan kajian lepas khususnya yang berkaitan dengan
permasalahan pelajar dalam bahasa Arab, strategi P & P dan tinjauan pembangunan
teknologi multimedia dalam P&P telah dikumpulkan oleh pengkaji. Analisis deskriptif
telah digunakan oleh pengkaji untuk menganalisis dapatan kajian lepas.
3
ANALISIS TINJAUAN LITERATUR
Dalam bahagian ini, pengkaji memberi fokus kepada kajian-kajian lepas yang telah
diterbitkan. Tinjauan literatur ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
1. Permasalahan yang dihadapi dalam bahasa Arab.
2. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.
3. Tinjauan pembangunan teknologi multimedia yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Permasalahan yang Dihadapi dalam Bahasa Arab
Antara kelemahan yang kerap berlaku di kalangan para pelajar adalah kekeliruan dalam
penyesuaian antara gantinama dengan kata kerja lampau الفرلاالماضة, kata kerja kala kini الفرةلا
serta kekeliruan di kalangan pelajar berkenaan فرةلاامرةب dan kata kerja perintah المضةاع
penggunaan gantinama wazan-wazan dengan konteks ayat (Khairuzaman 2003).
Di samping itu, antara kelemahan lain yang berlaku berpunca daripada sikap pelajar
yang malu untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab di kalangan mereka dibantu dengan
faktor persekitaran yang tidak menyokong para pelajar mewujudkan persekitaran untuk
mengaplikasikan berdasarkan apa yang telah dipelajari. (Norhayati, Shaferul Hafes &
Mohd Fauzi 2013)
Kekeliruan di dalam membina struktur ayat asas di dalam bahasa Arab juga telah
dikenalpasti sebagai penyebab kepada kedapatan pelajar agak sukar untuk menguasasi
bahasa Arab di samping faktor-faktor yang lain. Apabila kelemahan seperti ini timbul,
maka penguasaan di kalangan pelajar tidak mungkin tercapai sepenuhnya. Ini menyebabkan
pelajar untuk cenderung membina ayat bahasa Arab mengikut acuan gaya bahasa dan
struktur bahasa ibunda yang terdapat dalam minda mereka. Ini sekaligus mengakibatkan
pelajar tersasar dari makna sebenar yang dimaksudkan (Baharuddin 2012a) di samping
menggunakan pendekatan kaedah terjemah secara harfiah.
Kenyataan ini disokong oleh kajian Azman & Goh Ying Soon (1985) yang
membincangkan masalah yang bersangkutan dengan proses pengajaran dan pembelajaran,
antaranya:
1. Masalah tenaga pengajar.
2. Masalah kaedah dan pendekatan
3. Masalah kurikulum
4. Peluang, motivasi dan persekitaran
Tambahan itu, dapatan kajian beliau juga menggariskan bahawa komponen sintaksis
menjadi kesukaran dan halangan besar dalam mempelajari bahasa Arab. Halangan sebegini
seharusnya ditangani dengan bijak. Manakala aspek-aspek lain bahasa Arab tidak menjadi
masalah besar kepada kebanyakan pelajar. Kemerosotan subjek pelajaran bahasa Arab juga
dilihat dari sudut faktor persekitaran bahasa yang terhad kepada bilik-bilik tertentu sahaja
dan tidak menyeluruh di samping tahap penguasaan perbendaharaan kata di kalangan
pelajar yang belum mencapai tahap yang memuaskan. (Azman & Goh Ying Soon 1985).
4
Selain itu, kewujudan perasaan negatif seperti malu untuk bercakap, tidak yakin
dengan kemampuan diri, serta takut salah atau ditertawakan mendorong pelajar untuk tidak
mengaplikasikan berdasarkan apa yang dipelajar melalui pembelajaran bahasa Arab. Hal ini
kerana kelemahan pelajar bahasa Arab daripada aspek-aspek kemahiran berbahasa,
pengetahuan mengenai bahan paralinguistik dan wacana yang terhad serta kurangnya
kemahiran dalam membina ayat yang bersifat gramatis mengikut disipilin sistem tatabahasa
boleh menyebabkan mereka mengelak daripada menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa
komunikasi (Ab. Halim 2009)
Menurut Baharuddin (2012), pengkaji mendapati beliau membuat kajian
perbandingan struktur ayat antara rumpunan bahasa yang berbeza iaitu bahasa Arab dan
bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di samping menghuraikan asas-asas pembinaan
kedua-dua bahasa secara khusus sebelum mengklasifikasikan ciri-ciri persamaan dan
perbezaan. Dapatan kajian beliau menekankan bahawa tenaga pengajar perlu
mengaplikasikan segala kemudahan yang ada seperti penggunaan perisian program Mind
Manager, Microsoft Word, Power Point Plex untuk menarik minat pelajar mempelajari dan
menerapkan kefahaman yang jelas tentang subjek bahasa Arab. Selain itu, tenaga pengajar
juga perlu menggunakan pendekatan perbandingan antara tatabahasa bahasa Arab dan
bahasa Melayu agar dapat meningkatkan kefahaman dalam menilai persamaaan dan
perbezaan yang wujud. (Baharuddin 2012b)
Kajian Khairuzaman (2009) menggariskan bahawa permasalahan utama pelajar
dalam mempelajari bahasa Arab ialah lambakan penulisan kaedah yang pelbagai serta
proses untuk mengingat kaedah-kaedah yang sememangnya banyak. Manakala faktor
utama yang mendorong pelajar untuk berminat dengan pembelajaran bahasa Arab ialah
penjelasan dan pengajaran daripada pihak guru yang efektif dan efisyen. Beliau juga
mencadangkan di akhir kajian beliau bahawa semua guru memerlukan pendedahan kepada
kemahiran komputer (I.C. T) bagi tujuan pengajaran bahasa Arab di samping
memaksimakan penggunaan bahan-bahan media elektronik bagi memahami bahasa Arab.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
Perbahasan mengenai kaedah pengajaran nahu bahasa Arab yang merangkumi sintaksis dan
morfologi banyak dibincangkan oleh sarjana Arab moden, antaranya oleh Rushdi Ahmad
Ta‘imah (1984) dan Mahmud Kamil al-Naqah (1985). Berdasarkan buku teks Bahasa Arab
Komunikasi Tingkatan Lima (2003), pendekatan pengajaran nahu masih menggunakan
pendekatan lazim seperti carta, graf, grafik dan ilustrasi yang menarik untuk membantu
pemerolehan pelajar. Bahan bantu mengajar tersebut perlu disediakan dengan kreativiti
pengajar, namun ia masih statik dan melibatkan pengendalian yang memerlukan gerak kerja
yang banyak ketika pengajaran (Janudin 2009).
Kajian yang lebih fokus dalam P & P bahasa Arab ialah penggunaan alat bantu
mengajar (ABM) dalam pengajaran Bahasa Arab oleh Mohd Azidan (1998). ) Kajian beliau
menyimpulkan mengenai kepelbagaian penggunaan alat bantu mengajar untuk diterapkan
dalam proses pengajaran bahasa Arab. Namun begitu, kajian yang dilakukan oleh beliau
adalah bersifat secara umum dalam penggunaan ABM bagi pembelajaran bahasa Arab serta
tidak mengkhususkan kepada mana-mana jenis ABM secara elektronik dan bukan elektronik.
Tidak dinafikan keperluan teknologi komputer merupakan antara ABM yang digunakan sejak
sekian lama. Dalam pengajaran bahasa, ia lebih dikenali dengan kaedah Pembelajaran Bahasa
5
Berbantukan Komputer (Aladdin, Ashinida, Hamat, Afendi, Yusof, 2004) atau Computer-
Assisted Language Learning yang bertunas daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer
atau Computer-Assisted Instruction yang diperkenalkan pada tahun 1960an (Supyan Hussin,
2002). Kini, teknologi web dan pangkalan data mendominasi semua bidang dan hal ehwal
harian manusia, contohnya penggunaan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.
Di samping itu, teknologi maklumat juga boleh diterapkan dalam pengajaran serta
menggunakan bahan bantu mengajar berunsurkan ICT dalam pengajaran bahasa. Sebagai
contoh dengan menggunakan korpus berkomputer untuk mencari perkataan dan ayat yang
berkaitan. Strategi lain yang boleh diterapkan pula adalah dengan memanfaatkan
penggunaan ICT sebagai alat komunikasi. Tenaga pengajar boleh mengekploitasi
keupayaan ini untuk menjalankan pembelajaran yang bersifat kolaboratif dengan
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam bentuk elemen-elemen multimedia
yang pelbagai seperti teks, grafik, audio, video dan animasi daripada lokasi yang berbeza.
Secara tidak langsung ini dapat menggalakkan percambahan pemikiran, merapatkan
hubungan kerja berpasukan di kalangan pelajar di samping memperkasakan kemahiran
berkomunikasi. Namun begitu, beberapa garis panduan yang jelas pelu dititikberatkan
semasa penggunaan e-mail, chat room dan sebagainya untuk memastikan disipilin pelajar
terkawal. (Bayrei, Jered, Mohd. Nurul Faishal, & Khairul Azmi 2008).
Di peringkat universiti iaitu di UiTM, strategi pengajaran Bahasa Arab Komunikasi
menekankan teknik pembelajaran demokratif ataupun koperatif iaitu dibahagikan secara
berkumpulan yang berteraskan perbincangan. Pensyarah hanya bertindak sebagai pemudah
cara kepada pelajar. Proses pembelajaran boleh dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Di awal sesi, pensyarah akan member garis panduan kepada pelajar.
2. Latihan akan dilunaskan melalui perbincangan dalam ahli kumpulan.
3. Kemudian, pelajar akan membaca hasil perbincangan bersama pelajar lain.
4. Jika terdapat kesalahan, pensyarah akan memperbetulkan kesilapan pada pelajar.
Justeru, dapat dilihat aspek penekanan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) adalah lebih kepada aspek pertuturan. Namun begitu, bilangan
pelajar dalam kelas, masa yang tidak mencukupi untuk mempelajari BAK, penekanan
kepada peperiksaan menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab (Muhammad Saiful Anuar, Jusoh, & Mohd Zaki 2006)
Kajian Kamarul Shukri (2000) pula mengemukakan bahawa strategi pembelajaran
bahasa haruslah diberi ruang untuk menyumbang sesuatu yang berkualiti dalam bidang
pendidikan bahasa Arab. Ini kerana sudah sekian lama penekanan diberi keapda kurikulum,
metodologi pengajaran dan guru. Kini sudah masanya walaupun agak sedikit terlewat untuk
member keutamaan dalam menginovasikan idea dan strategi pembelajaran yang berkualiti.
Antara implikasi pedagogi yang cuba dikemukakan oleh beliau adalah sokongan suasana
pembelajaran perlulah diberi peluang untuk melatih para pelajar menggunakan bahasa Arab.
Ini penting kerana latar pembelajaran bahasa Arab di Malaysia tidak menyediakan peluang
yang mencukupo bagi mempelajarinya di luar kelas. Maka dapat dirumuskan bahawa
keberkesanan proses pengajaran saling berkait antara satu sama lain dengan personaliti
pensyarah, strategi pengajaran dan bentuk hubungan pensyarah dengan pelajar. (Kamarul
Shukri, Embi, Nik Mohd Rahimi, & Mahamood, 2009)
6
Dalam konteks P&P bahasa Arab di peringkat rendah, terdapat beberapa perkara
yang perlu diambil perhatian serius sebagai usaha untuk memastikan para pelajar bahasa
Arab daripada kalangan bukan penutur jati menjalani proses pembelajaran yang berkesan,
antaranya: tahap motivasi yang sentiasa perlu dipupuk, persembahan bahan mengajar yang
menarik dengan memanfaatkan teknologi dalam bahan P&P serta dengan menyediakan satu
sumber rujukan utama dan tambahan bagi subjek bahasa Arab untuk memudahkan pelajar
mengakses secara mudah dan cepat tanpa terikat dengan buku teks.(Mohd Firdaus,
Muhammad Sabri, & Mohd Shahrizal 2013).
Tinjauan Pembangunan Teknologi Multimedia yang Digunakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi suatu
keperluan yang sangat penting. Ini tidak dinafikan dengan kewujudan teknologi,
memudahkan manusia melakukan sesuatu perkara. Penggunaan teknologi pada abad ke 21
ini dapat dilihat semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan malah
kini yang menjadi tumpuan adalah penggunaan teknologi maklumat dalam bidang
pendidikan. Kerajaan kini memandang serius berkenaan pengintegrasian teknologi
maklumat dalam pendidikan melalui matapelajaran yang diajar. Dengan pemanfaatan
teknologi maklumat secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-
pelajar untuk mendapat maklumat dengan berkesan.(Bayrei et al., 2008)
Sejajar dengan arus perkembangan teknologi multimedia di zaman sekarang,
penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan tidak dapat dinafikan lagi
kemestiannya. Sudah menjadi satu tuntutan kepada semua pihak terutamanya para guru
untuk menguasai ilmu teknologi multimedia ini seterusnya mengaplikasikannya dalam
pengajaran.(Mohd Zulkhairi 2005) walaupun di sebilangan tempat masih pada tahap yang
rendah dan terhad perkembanganya. (Mohd Firdaus et al. 2013)
Justeru itu, pemanfaatan unsur teknologi yang sedia ada dapat membuka ruang untuk
membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvensional ke arah
memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar
.(Siti Fatimah & Ab. Halim 2010) khususnya yang melibatkan multimedia dalam bidang
bahasa Arab. (Mohd Firdaus et al., 2013)
Dalam membincangkan keberkesanan pembelajaran berasaskan web, terdapat
beberapa kajian yang telah dijalankan dalam pelbagai peringkat sama ada di peringkat
sekolah, universiti, dan pelajar-pelajar pra dan pasca siswazah. Hasil daripada dapatan
kajian Mohd Zulkhairi (2012) semasa reka bentuk perisian Balaghah, didapati perlunya
pemilihan model reka bentuk intruksi yang sesuai disusuli dengan pemilihan elemen
multimedia yang tepat sesuai dengan sasaran pengguna dan perisian. Penggunaan perisian
dengan pendekatan yang sesuai juga dititikberatkan bagi memastikan aplikasi pembelajaran
yang dibina berkesan.
Mohd Azul (2000) pula meneliti hubungkait antara kelambatan capaian, bilangan
unsur multimedia dalam fail yang dicapai serta pelaksanaan aplikasi yang digunakan untuk
mencapai sesuatu fail. Dapatan kajian beliau menyokong bahawa penggunaan elemen
7
multimedia dapat menyumbang kepada satu persekitaran pembelajaran yang mudah
difahami, lebih efektif serta berkualiti di kalangan pelajar.
Kajian Mohd Firdaus, Muhammad Sabri dan Mohd Shahrizal (2013) telah
menjalankan satu kajian mengenai potensi yang wujud pada platform pembelajaran secara
maya khususnya bagi pelajar sekolah rendah. Laman web ini telah dinamakan sebagai
Laman EZ-Arabic. Dapatan kajian yang dikumpulkan menyatakan bahawa 55 komen dan
cadangan daripada pengguna dan seramai 55 orang telah menekan butang LIKE di laman
Facebook bagi mendapat maklumbalas. Antara penambahbaikan yang dicadangankan iaitu
paparan antara muka, aplikasi sokongan, cabaran dan gangguan, kesesuaian bahan,
kebolehgunaan, kepelbagaian nilai tambah dan kandungan sukatan pelajaran.
Selain itu, dalam bidang matematik terdapat juga kajian perbandingan yang
berasaskan multimedia dan tradisional yang telah dijalankan oleh Azura, Zakaria, Mohd
Hasan & Bahaman (2009) khususnya bagi kalangan para pelajar berisiko. Dapatan kajian
juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko
dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap
terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. (Azura,
Zakaria, Mohd Hasan, & Bahaman 2009)
Manakala dalam bidang pengajian Islam, Norliza, Mohamad Sattar, Roseamnah
(2013) merumuskan bahawa dengan adanya kewujudan penggunaan internet dan aplikasi
web, para pelajar dapat menikmati kemudahan di samping menyedia bahan pengajaran
kepada tenaga pengajar. Ini sekaligus dapat meringankan tugas guru dan proses P&P. Di
akhir kajian, beliau juga menyarankan penggunaan web dalam pengajian Islam mesti
dimanfaatkan semaksima mungkin demi meningkakan kefahaman pelajar dan keberkesanan
proses pengajaran (Norliza, Mohamad Sattar, & Roseamnah 2013)
Sorotan kajian di atas menunjukkan sedikit sebanyak bahawa pelbagai bidang
mencuba untuk menjadikan isi kandungan setiap bidang menjadi menarik dengan
memanfaatkan penggunaan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran.
Namun begitu, pengkaji mendapati penghasilan bahan bahasa Arab dalam bentuk perisian
kursus yang lebih sistematik dan lengkap masih terhad di Malaysia (Janudin 2009). Justeru
itu, beliau telah membangunakan kajian terhadap penggunaaan teknologi animasi
berasaskan web dalam pembelajaran bahasa Arab. Kajian beliau merupakan inovasi perintis
dalam penghasilan pembelajaran bahasa Arab berasaskan web di Malaysia yang bersifat
lebih sistematik. Kelebihan aplikasi yang telah dihasilkan mempunyai ciri-ciri persembahan
animasi yang dapat menarik minat di samping menyediakan kemudahan pautan serta
fleksibiliti kepada pengguna sekaligus menjadikan proses pembelajaran lebih efektif.
Jadual 1: Analisis Dapatan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan
Teknologi Multimedia (2000-2013)
Bil Tajuk Penyelidik Tahun Dapatan Kajian
1 Kajian Terhadap
Sistem Persembahan
Mohd Azul
Bin Mohamad
2000 Menyumbang kepada
satu persekitaran
8
Multimedia Untuk
Aplikasi Pendidikan
Salleh pembelajaran yang
mudah difahami, lebih
efektif serta berkualiti
2 Reka Bentuk Perisian
Pembelajaran
Balaghah Arab
Peringkat Sekolah
Menengah
Mohd
Zulkhairi Bin
Abdul Hamid
2005 Kandungan perisian
memuaskan dan
meningkatkan
kefahaman pelajar
3 Perbandingan
Pengajaran
Berasaskan
Multimedia dan
Tradisional ke Atas
Pencapaian Matematik
dan Sikap Matematik
di Kalangan Pelajar
Berisiko
Azura Ishak
Zakaria Kasa
Mohd Hasan
Selamat
Bahaman Abu
Samah.
2009 Peningkatan sikap
kepada Matematik
terhadap pelajar yang
berasaskan pengajaran
multimedia berbanding
tradisional
4 Pembelajaraan Nahu
Dalam Bahasa Arab
Komunikasi
Menggunakan
Aplikasi Multimedia
Berasaskan Web
Janudin Bin
Sardi @Mohd
Yusop
2009 Aplikasi menjadikan
pembelajaran lebih
efektif serta
mendorong
perkongsian maklumat
di samping menjadi
sumber bahan
pembelajaran.
5 Penggunaan Laman
Web Sebagai
Transformasi Dalam
Pengajaran Dan
Pembelajaran
Pendidikan Islam
Norliza Hussin
Mohamad
Sattar Rasul
Roseamnah
Abd. Rauf
2013 Memberi kemudahan
kepada pelajar bahkan
kepada guru untuk
menyediakan bahan
pengajaran
6 Jurnal Teknologi Full
paper Pembangunan
Laman Web EZ-
Arabic Sebagai
Alternatif
Pembelajaran Maya
Mohd Firdaus
Yahaya
Muhammad
Sabri Sahrir
Mohd
2013 Pengguna memberi
respon positif kepada
laman web yang dibina
9
Bahasa Arab bagi
Pelajar Sekolah
Rendah Malaysia
Shahrizal Nasir
KESIMPULAN
Berdasarkan sorotan kajian lepas, ini dapat disimpulkan bahawa pembelajaran bahasa Arab
berasaskan teknologi multimedia adalah lebih berkesan daripada proses pembelajaran dan
pengajaran bahasa Arab secara tradisional. Bagaimanapun kebanyakan sumber laman web
pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih kurang menggunakan teknologi dengan
pembangunan yang sistematik (Baharuddin et al, 2001) jika dibandingkan dengan laman
web dari negara luar lain. Kebanyakan laman web yang dibina adalah dalam bentuk blog
dan isi kandungannya ditulis seperti format di dalam buku teks tanpa menggunakan
pendekatan teknologi yang menarik.
Justeru itu, melalui kajian akademik yang lebih pesat, diharapkan lebih banyak
inovasi yang dapat dihasilkan oleh penyelidik melalui pemanfaatan teknologi khususnya
menggunakan pendekatan teknologi multimedia dalam membumikan kefahaman dalam
bidang bahasa Arab terutamanya.
RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan
Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic
Education, 1(1), 1–14.
Aladdin, Ashinida, Hamat, Afendi, Yusof, M. S. (2004). Penggunaan PBBK(Pembelajaran
Bahasa Berbantukan Komputer) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
sebagai bahasa asing: Satu tinjauan awal. Ashinida. GEMA Online Journal of Language
Studies, 4(1).
Azman Che Mat, & Goh Ying Soon. (1985). Situasi Pembelajaran Bahasa Asing Di Institut
Pengajian Tinggi: Perbandingan Antara Bahasa Arab, Bahasa Mandarin Dan Bahasa
Perancis. Universiti Teknologi MARA, 2(2), 9–21.
Azura Ishak, Zakaria Kasa, Mohd Hasan Selamat, & Bahaman Abu Samah. (2009).
Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia dan Tradisional ke Atas Pencapaian
Matematik dan Sikap Matematik di Kalangan Pelajar Berisiko. Jurnal Teknologi
Maklumat & Multimedia, 5, 79–89.
Baharuddin Shahman. (2012a). Analisis kontrastif struktur asas ayat bahasa Arab dan
Melayu. Universiti Malaya : Fakulti Bahasa dan Linguistik.
Baharuddin Shahman. (2012b). Analisis kontrastif struktur asas ayat bahasa Arab dan
Melayu, 207–222.
10
Bayrei B. Asrin, Jered B. Yutui, Mohd. Nurul Faishal B. Ab. Ghani, & Khairul Azmi B.
Ibrahim. (2008). Pengajaran sintaksis Bahasa Arab di Sek. Agama Men. Bestari J.A.I.S.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kamarul Shukri Mat Teh, Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, & Mahamood. (2009).
Hubungan Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa dengan Tahap Penguasaan Bahasa
Arab. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1), 41–56.
Khairuzaman Bin Abd. Kadir. (2003). Pengajaran Sintaksis Bahasa Arab di Sek. Agama
Men. Bestari J.A.I.S.: Satu Kajian Kes. Universiti Malaya: Fakulti Bahasa dan
Linguistik.
Mohd Azul Bin Mohamad Salleh. (2000). Kajian Terhadap Sistem Persembahan Multimedia
Untuk Aplikasi Pendidikan. Universiti Malaya: Fakulti Sains Komputer Dan Teknologi
Maklumat.
Mohd Firdaus Yahaya, Muhammad Sabri Sahrir, & Mohd Shahrizal Nasir. (2013).
Pembangunan Laman Web EZ-Arabic Sebagai Alternatif Pembelajaran Maya Bahasa
Arab bagi Pelajar Sekolah Rendah Malaysia. Jurnal Teknologi (Sains Dan Kejuteraan),
1(7), 11–18.
Mohd Zulkhairi Bin Abdul Hamid. (2005). Reka Bentuk Perisian Pembelajaran Balaghah
Arab Peringkat Sekolah Menengah. Universiti Malaya: Fakulti Bahasa Dan Linguistik.
Muhammad Saiful Anuar Bin Yusoff, Prof. Madya Dr. Jusoh Yacob, & Mohd Zaki Zakaria.
(2006). Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi Yang Berkesan.
Naimah Abdullah. (2003). Analisis Sintaksis Bahasa Arab Dan Implikasi Kesilapannya Ke
Atas Makna.
Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha’ari, & Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2013). Jurnal
Teknologi Full paper Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Animasi dalam
Pembelajaran, 1, 25–29.
Norliza Hussin, Mohamad Sattar Rasul, & Roseamnah Abd. Rauf. (2013). Penggunaan
Laman Web Sebagai Transformasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Islam, 1(2), 58–73.
Saridah Binti Hussein. (2006). Keberkesanaan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar Tingkatan
Dua.
Sa’d Kurayyim al-Faqiyy. (2001). Taysir al-Nahw. Dar al-Yaqin: Mansurah, Mesir.
Siti Fatimah Ahmad, & Ab. Halim Tamuri. (2010). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Berasaskan Teknologi Multimedia dalam Pengajaran j-QAF,
2(2), 53–64.
top related