teori analisis komponen

Post on 25-Jun-2015

5.505 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ppismp bm sem 3

TRANSCRIPT

MINGGU 8

TEORI ANALISIS TEORI ANALISIS KOMPONENKOMPONEN

Teori ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan hubungan kekeluargaan.

Analisis komponen ialah satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain.

Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu.

Misalnya istilah ‘anak’, ‘bapa’ dan ‘datuk’ dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berkaitan.

‘datuk’ adalah lelaki, dewasa, ayah kepada…

‘bapa’ adalah lelaki, dewasa, anak kepada….

‘anak’ adalah lelaki/perempuan, bayi/kanak-kanak/dewasa, anak kepada….

datukdatukdatukdatuk

bapabapa

anakanak

Lelaki

Dewasa

Ayah kepada

Lelaki

Dewasa

Ayah kepada

Lelaki/perempuan

Bayi/Kanak-kanak/Dewasa

Anak kepada

datukdatuk neneknenek

ibuibu

anakanak

Bagaimana kalau nenek, ibu dan anak?

Melalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang terkecil dipanggil fitur distingtif (diperkenalkan Jacobson, 1938).

Bagi menghuraikan status seseorang manusia, kata kekerabatan digunakan berdasarkan jantina, perbezaan generasi dan darjah pertalian.

Teori ini perbaharui oleh Katz dan Fodor (1963).

Teori ini menganalisis menggunakan kata-kata kekerabatan.

Contoh bagi set kata: man, woman, boy dan girl yang tergolong dalam medan makna manusia.

Teori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada perkataan itu.

man + manusia + dewasa + lelaki

woman + manusia + dewasa - lelaki

boy + manusia - dewasa + lelaki

girl + manusia - dewasa - lelaki

Fitur yang digunakan ialah ‘manusia’ ‘dewasa’ dan ‘jantina’.

Tanda positif dan negatif menunjukkan ada atau tiadanya fitur pada setiap item itu. Misalnya bagi ‘man’ + manusia kerana ia seorang manusia, + dewasa kerana ia seorang dewasa dan + lelaki, kerana ia seorang lelaki.

Bagi ‘woman’ atau ‘girl’ fitur – lelaki kerana mereka bukan lelaki.

Teori ini cuba menghurai makna secara terperinci dan memasukkan unsur pertentangan.

Misalnya perkataan ‘teruna’ dan ‘dara’.

teruna + manusia + dewasa + lelaki + belum kahwin

dara + manusia + dewasa - lelaki

+ belum kahwin

Dalam contoh tersebut salah satu komponennya ialah ‘manusia’.

Perkataan ‘manusia’ ini pula boleh ditakrifkan dengan komponen-komponen semantiknya tersendiri.

manusia

+ bernyawa - berekor

+ berfikiran + makan

binatang

+ bernyawa + berekor

-

berfikiran + makan

Latihan: Cuba bezakan senarai kenderaan di

bawah berdasarkan fitur-fitur yang sesuai.

a) kenderaan

kereta

lori

bas

van

b) rumah

banglo

teres

kembar

flat

Terima kasihTerima kasih

MINGGU 9

TEORI ANALISIS TEORI ANALISIS KOMPONENKOMPONEN

Penghuraian makna berdasarkan teori analisis komponen memerlukan proses yang berpanjangan dan bertali arus di antara satu sama lain.

Katz (1963) dalam pembaharuan kepada teori ini telah membahagikan konsep ini kepada 2 iaitu: Penunjuk semantik Pembeza semantik

Contoh ayat: Warna yang ada pada bendera itu

ialah kuning, biru, merah dan putih.

Perkataan ‘warna’ ialah penunjuk semantik, manakala kuning, biru, merah dan putih ialah pembeza semantik.

warna

Konsep warna adalah universal.

Dalam membezakan warna, selain warna utama terdapat warna-warna lain yang hampir sama tetapi dengan sedikit perbezaan.

Contoh: Dalam bahasa Inggeris, warna red (merah) ialah penunjuk semantik dan pembeza semantiknya ialah warna-warna merah lain seperti marron, scarlet, vermillion, crimson dan cherry.

Dalam bahasa Melayu warna merah juga mempunyai pembeza semantik iaitu merah hati, merah jambu, merah saga, merah bata dan sebagainya.

merah

merah hati

merah jambu

merah saga

merah bata

Dalam konteks lain, kereta ialah salah satu contoh penunjuk semantik, manakala jenis-jenis kereta ialah pembeza semantik.

Contoh: Penunjuk semantik: kereta Pembeza semantik: Toyota, Mazda,

Proton, Perodua, Mercedes-Benz dan sebagainya.

keretakereta

ToyotaProton Perodua

Mazda Mercedes

PeroduaPerodua

Kancil Rusa Kembara

MyviKenari

Dalam contoh tersebut ‘Perodua’ adalah penunjuk semantik, manakala jenis-jenis model kenderaan Perodua iaitu ‘Kancil’, ‘Rusa’, ‘Kembara’, ‘Kenari’, ‘Kelisa’ dan ‘Myvi’ ialah pembeza semantik bagi komponennya.

Kata kerja juga mempunyai komponen tersendiri yang boleh membezakan maksud perkataannya.

Contoh: Perkataan ‘memotong’ mempunyai banyak pembeza semantik. Antaranya mengerat, menghiris, menebas,

menyembelih, menyiang, menetak, membelah, membedah, mencantas, memancung, menggunting dan memarang.

Maksud perkataan-perkataan tersebut berbeza berdasarkan ciri-ciri tertentu yang turut menggambarkan fungsinya yang tersendiri.

Kelemahan: Teori ini hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan sahaja, tetapi tidak menganalisis makna pada peringkat ayat.

Analisis makna peringkat ayat lebih penting daripada peringkat perkataan.

Agak sukar untuk menentukan komponen semantik yang khusus dan tepat bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan.

Dalam membuat justifikasi terhadap analisis komponen, tumpuan adalah terhadap makna ayat daripada makna perkataan.

Kata sememangnya pendukung makna, tetapi dalam penggunaan bahasa seharian, kita mengeluarkan bahasa itu dalam bentuk perkataan yang dikait-kaitkan dengan perkataan lain sehingga menjadi satuan yang besar.

Betul salah sesuatu perkataan itu bergantung kepada konteks ayat.

Latihan:Cari seberapa banyak pembeza

semantik bagi penunjuk-penunjuk semantik berikut: Pakaian Membawa Rumah kediaman Melihat

Terima kasihTerima kasih

top related