teman mengecapi kebebasan kewangan anda - cosway · 2017-02-28 · ditadbir dan ditafsirkan...

Post on 11-May-2020

15 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Teman MengecapiKebebasan Kewangan Anda

Bermula pada 1hb Jun 2016Direct Sales License No: AJL 93012

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

TEMPOH BERTENANG & POLISI PEMBAYARAN BALIK

30. Perjanjian keahlian ini ialah tertakluk pada 10 hari bekerja Tempoh Bertenang. Permohonan pembatalan mestilah dikemukakan dalam tempoh berhat ini untuk wang keahalian dan/atau produk yang sudah dibeli untuk dikembalikan.

31. Dengan syarat ahli membuat jumlah pembelian yang munasabah, samada untuk dijual atau kegunaan sebagaimana di klausa No. 22, pemulangan produk yang dibeli dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian, dimana produk berada di dalam keadaan yang baik dan boleh dijual semula, mungkin boleh dibayar balik dengan mengemukakan permohonan secara bertulis daripada ahli, pada harga yang tidak kurang dari 90% dari harga belian. Pihak Syarikat berhak menjalankan siasatan diatas tujuan sebenar pembelian. Ini termasuk jumlah beliannya yang tidak munasabah, kemampuan untuk menjual dan menghabiskan barangan yang dibeli tersebut. Pihak syarikat tidak akan membayar balik jika mendapati ada tujuan yang lain, selain dari tujuan penjualan semula dan kegunaan produk tersebut, atau ahli hantu bagi mengambil kesempatan atau menyalahguna pelan kebaikan COSWAY. Ahli mesti memberi kerjasama yang penuh terhadap penyiasatan ini. Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan pihak syarikat menggantung pembayaran balik di bawah dengan akta ini.

TINDAKAN DISIPLN

32. Sebarang pelanggaran, ketidakpatuhan atau pelanggaran mana-mana Terma dan Syarat Keahlian COSWAY boleh, mengikut budi bicara COSWAY, membawa kapada satu atau lebih tindakan tatatertib yang berikut: -

a) COSWAY boleh menggantung keahlian termasuk penerimaan apa-apa bonus atau insentif, dan / atau menamatkan keahlian.

b) Sekiranya berlaku penamatan keahlian atas apa jua sebab oleh COSWAY, ahli kumpulan yang ditamatkan akan dipindahkan, atau diubah atas budi bicara COSWAY.

c) COSWAY berhak membuat sebarang perubahan dan/atau membuat penyelarasan yang dirasakan perlu dan sewajarnya terhadap kumpulan dan barisan.

d) Di samping hak COSWAY seperti di atas, COSWAY selanjutnya mempunyai hak untuk mengambil apa-apa tindakan yang lain atau tuntutan terhadap mana-mana ahli yang telah melanggar mana-mana terma dan syarat di atas.

AM

33. COSWAY berhak di atas budi bicaranya, dari masa ke semasa meminda Terma dan Syarat di atas sebagaimana yang dirasakannya perlu, tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada ahli.

34. Sebarang pengecualian tertentu oleh COSWAY terhadap mana-mana Terma dan Syarat Keahlian atau pelanggaran Terma dan Syarat tidak boleh berfungsi atau ditafsirkan sebagai pengecualian bagi sebarang pelanggaran yang lain atau yang seterusnya.

35. Sekiranya mana-mana klausa Terma dan Syarat ini didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, ia tidak akan menjadikan keseluruhan perjanjian keahlian tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, dan bahagian Terma dan Syarat selebihnya akan terus berkuatkuasa sepenuhnya.

36. Terma dan Syarat versi Bahasa Inggeris akan diberi keutamaan daripada versi-versi yang lain, dan akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

37. Terjemahan Terma dan Syarat dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin boleh dilihat dan / atau dimuat turun di laman web rasmi COSWAY: www.cosway.com.my.

Cosway (M) Sdn Bhd (Co.No: 50118-A)

Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur, Malaysiawww.cosway.com.my E010136

top related