teks ucapan ybhg. dato’ abdul fattah abdullah...

Post on 29-Aug-2019

245 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS MENANDATANGANI

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

2

(MOU) DENGAN AR RAYYAN HIJRAH

RESOURCES

25 SEPTEMBER 2018 (SELASA)

AUDITORIUM, ANGKASA

____________________________________

Bismillahhirrahmanirrahim

3

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

[SALUTASI SEPENUHNYA DISEDIAKAN

URUSETIA SEBELUM MAJLIS

BERLANGSUNG]

4

___________________________________

1. ALHAMDULILLAH… Marilah kita

panjatkan kesyukuran ke hadrat

ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah

kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat

hadir ke majlis yang amat bermakna

pada hari ini.

5

2. Majlis Menandatangani MOU

Kerjasama Strategik Antara

ANGKASA dengan Ar Rayyan

Hijrah Resources Sdn. Bhd. yang

diasaskan oleh YBhg. Datin Nor

Hafizah Saad.

6

3. Ar Rayyan merupakan sebuah

perniagaan yang mengedar dan

menjual Al-Quran dan semua

peralatan berkonsepkan

keagamaan seperti Al- Quran

Digital, Tasbih Digital, sejadah dan

lain-lain lagi, yang dikomersialkan

7

bagi pasaran Malaysia dan luar

negara.

4. ANGKASA bersedia memberi

kerjasama sepenuhnya dalam

memberi ruang kepada Ar

Rayyan memasarkan produk-

8

produk keluarannya kepada

semua anggota koperasi dalam

program yang dikendalikan

ANGKASA dan membantu

memberikan maklumat kepada

anggota- anggota koperasi

9

mengenai skop kerjasama

antara ANGKASA dan Ar Rayyan.

Hadirin Yang Dihormati Sekalian

5. Untuk makluman, menerusi

Deklarasi Putrajaya yang

10

dimenterai antara 3 pihak –

ANGKASA, SKM dan MKM,

ANGKASA diberi kepercayaan

penuh untuk membangunkan

perniagaan koperasi. Pelbagai

cara dilakukan ANGKASA, salah

satunya melalui kerjasama

11

strategik dengan syarikat-syarikat

swasta atau koperasi yang

berpotensi dan bermanfaat untuk

koperasi-koperasi ahli ANGKASA

menjalin kerjasama.

12

6. Dalam hal kerjasama hari ini,

ANGKASA mempelawa koperasi-

koperasi yang berjumlah lebih

13,000 dan anggota- anggota

individu yang melebihi 7 juta

orang memanfaatkan peluang ini

menjadi agen untuk menjual

13

produk- produk di bawah

keluaran Ar Rayyan kepada

anggota-anggota koperasi atau

masyarakat luar dengan jaminan

produk berkualiti dan mengikut

harga yang telah dipersetujui.

14

7. Salah satu produk yang popular

dan berinovasi tinggi keluaran Ar

Rayyan ialah al-Quran bertanda

yang senang dan mudah untuk

difahami.

15

8. Sebagai orang Islam, kita

disarankan membaca al-

Quran setiap hari. Tetapi

disebabkan kesibukan kadang-

kadang kita terlupa. Ditambah

fizikal al-Quran yang sukar

dibawa ke mana-mana.

16

9. Perkara ini dapat di atasi dengan

al- Quran bertanda Ar Rayyan.

Datin Hafizah menjual tafsir al-

Quran biasa tetapi diberi

sentuhan khas menjadi Al-Quran

itu sangat unik dan istimewa.

17

10. Al-Quran bertanda disertakan

khatam tracking sekali. Ada

yang dibalut swaroski (special

edition). Untuk versi khatam

ada khatam biasa (10 hari, 16

hari dan 30 hari) dan versi

18

khatam untuk umrah dan

Ramadhan.

11. Bagi umat Islam yang mencari

Al-Quran yang inovasi dan

mudah dibaca, al- Quran

19

bertanda keluaran Ar Rayyan

adalah yang terbaik.

12. Akhir kata saya

mengharapkan MOU ini bukan

sahaja dapat mewujudkan

peluang-peluang perniagaan

20

baru kepada koperasi dan

anggota-anggota koperasi,

tetapi akan memudahkan kita

membaca al-Quran serta

mendekatkan diri kita

dengan kalamullah.

21

13. Saya dengan lafaz

Bismillahirahmanirahim

merasmikan Majlis

Menandatangani

Memorandum Persefahaman

di antara ANGKASA dan Ar

Rayyan Resources.

22

Sekian, Wabillahi taufik

Walhidayah Wassalamu’alaikum

warahmatullahi Wabarakatuh.

top related