teks ucapan perasmian ybhg. dato abdul...
Post on 26-Dec-2019
132 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
SAMBUTAN HARI WANITA DESA
ANTARABANGSA PERINGKAT 2019
2
TEMA: MEMPERKASAKAN WANITA
UNTUK KESEJAHTERAAN
19 NOVEMBER 2019 (SELASA)
8.30 MALAM
VINTAGE BALLROOM, HOTEL HOLIDAY
VILLA, SUBANG JAYA, SELANGOR
3
Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
[SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA]
4
1. Alhamdulillah syukur ke hadrat
ALLAH S.W.T kerana dengan limpah
rahmat serta izin-Nya dapat hadir
bersama puan-puan di Majlis
Sambutan Hari Wanita Desa
Antarabangsa (HWDA) 2019.
5
2. Saya ingin mengucapkan
Tahniah dan Syabas kepada Unit
Wanita, Sektor Komuniti ANGKASA
yang telah berjaya menganjurkan
program ini untuk sekian kalinya
pada tahun ini. Sambutan
ini merupakan satu-satunya acara
6
peringkat kebangsaan dianjurkan
ANGKASA khusus untuk menghargai
sumbangan koperator dan koperasi
wanita di Malaysia.
3. Ucapan terima kasih juga
kepada semua koperator dan wakil-
7
wakil koperasi yang sudi hadir dari
seluruh Malaysia dengan tujuan
untuk meningkatkan ilmu dan
menjalinkan jaringan kerjasama serta
perkongsian ilmu di antara koperasi –
koperasi yang menyertai perayaan
ini.
8
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
4. Penglibatan koperator wanita
sangat memainkan peranan besar
dalam gerakan koperasi di negara
ini. Berdasarkan statistik 2.5 juta
anggota daripada 6.5 juta
9
keseluruhan anggota koperasi
adalah wanita. Ini merupakan satu
jumlah yang sangat besar untuk
menggerakkan ekonomi gerakan
koperasi di Malaysia sekiranya
kelompok ini aktif dan berdikari.
10
5. Koperasi dan koperator wanita
perlu peka dan memanfaatkan
peruntukkan bajet dan program
yang ditawarkan Kerajaan menerusi
bajet 2020, di mana program wanita
kerja menawarkan 33,000 peluang
pekerjaan setahun untuk golongan
11
berusia antara 30 hingga 50 tahun
yang berhenti bekerja selama
setahun atau lebih. Wanita yang
kembali bekerja akan diberi insentif
gaji selama dua tahun
sebanyak RM500 sebulan, manakala
majikan pula akan diberi insentif
12
pengambilan pekerja sebanyak
RM300 sebulan bagi tempoh yang
sama.
6. Peluang ini perlu diambil oleh
koperasi-koperasi wanita bersaiz
besar dan berkemampuan untuk
13
membantu meningkatkan
produktiviti wanita dan koperasi. Ini
selaras dengan usaha Kerajaan yang
komited meningkatkan semula
penyertaan wanita dalam ekonomi
sekali gus penting dalam membina
14
ekonomi mapan selain memastikan
hak kesaksamaan gender dipenuhi.
7. Saya amat menggalakkan
semua koperasi yang hadir pada
hari ini merebut peluang untuk
terlibat dalam penyediaan
15
kemudahan penjagaan kanak-
kanak, terutamanya di sekolah,
tempat kerja atau mana-mana
bangunan yang menyediakan
peluang pekerjaan kepada wanita
kerana dengan adanya akses
kepada kemudahan ini akan
16
membolehkan lebih ramai wanita
mengambil bahagian dalam tenaga
kerja.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
17
8. Ketika ini, kira-kira 2.56 juta
wanita negara ini tidak bekerja
berikutan mereka tiada pilihan selain
terpaksa akur bagi menggalas
tanggungjawab menguruskan
rumah tangga serta keluarga. Faktor
kos penjagaan anak yang mahal
18
juga, mendorong mereka berhenti
kerja. Dalam hal ini, Kerajaan telah
memperuntukkan dana awam untuk
penjagaan kanak-kanak yang
menjadi bebanan kritikal ibu bapa
golongan berpendapatan rendah.
19
9. ANGKASA juga, setiap tahun
memperuntukkan sejumlah bajet
untuk pembangunan sosioekonomi
koperasi wanita khususnya dalam
menyediakan kemudahan Bengkel
Rangsangan Perniagaan
Pembangunan aktiviti koperasi.
20
10. Dalam konteks
keusahawanan koperasi, koperator
perlu lebih berani, kreatif mencipta
kejayaan untuk diri, koperasi,
keluarga, gerakan koperasi dan
negara demi mensejahterakan
golongan wanita Malaysia, di
21
samping sistem sokongan yang kuat
selaras tema sambutan kali ini.
11. ANGKASA berhasrat untuk
melahirkan lebih ramai koperator
wanita yang berjaya dalam
perniagaan dan mampu membantu
22
negara dalam menjana peluang
pekerjaan di masa hadapan tanpa
menjejaskan peranannya sebagai
isteri dan ibu.
12. Di peringkat pusat, amat
menggalakkan penglibatan koperasi
23
wanita secara berkelompok melalui
Konsortium Koperasi Wanita dalam
ekonomi berskala besar. Inisiatif
penubuhan Konsortium untuk
menjadikan koperasi dinamik dan
progresif bagi meningkatkan sosio-
ekonomi serta kebajikan anggota-
24
anggota. Melalui rantaian ini,
diharapkan ekosistem koperasi lebih
mantap, berkembang maju dan
saling bekerjasama menggerakkan
aktiviti ekonomi mereka.
25
13. Kini, gerakan memperbaiki
kedudukan kaum wanita supaya
diberi hak yang sama dengan kaum
lelaki diperjuangkan di peringkat
negara dan antarabangsa yang
disokong penuh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu. Begitu juga di
26
peringkat International Co-operative
Asia And Pacific (ICA - AP) sering
membincangkan bagaimana untuk
memperkasakan wanita di kalangan
ahli koperasi dengan mengambil
beberapa cadangan yang
dirasakan penting untuk memajukan
27
pembangunan wanita dan
mengesyorkan hak-hak mereka
dipelihara.
14. Antara advokasi yang
berjaya menerusi undang-undang
dan peraturan ialah menghapuskan
28
diskriminasi terhadap wanita di sektor
tertentu seperti sosio-budaya,
ekonomi dan politik, melindungi
wanita daripada penderaan dan
gangguan fizikal dan emosi,
menetapkan kuota 30% untuk wanita
dilantik ke jawatan tinggi
29
termasuk ahli lembaga pengarah,
memberi cuti bersalin mencukupi
untuk wanita yang berkerja dan cuti
khas untuk suami pekerja wanita
yang bersalin serta menyediakan
kemudahan dan infrastruktur, latihan
30
dan kemahiran di tempat kerja untuk
meningkatkan pencapaian wanita.
15. Maka dengan itu, koperasi
dan masyarakat juga perlu
menyediakan “enabling ecosystem”
atau persekitaran yang
31
membolehkan wanita menyumbang
kepada pembangunan negara
pada tahap maksimum.
16. Saya dengan lafaz
bismillahirrahmanirahim merasmikan
top related