tawaran penyewaan rumah kedai pejabat 2 … ruang pejabat _kluang_.pdf · lain-lain yang berkaitan...

Post on 06-Feb-2018

252 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

M/S 1

TAWARAN PENYEWAAN RUMAH KEDAI PEJABAT 2 TINGKAT, DI JALAN BATUPAHAT, BANDAR KLUANG, JOHOR

1. TUJUAN

1.1 Tawaran ini disediakan adalah bertujuan untuk mempromosikan ruangan rumahkedai pejabat di Jalan Batu Pahat, Bandar Kluang, Johor untuk disewakan olehPerbadanan Islam Johor (PIJ).

2. LATARBELAKANG PIJ

2.1 Perbadanan Islam Johor (PIJ) adalah merupakan sebuah berkanun negeri yangditubuhkan dibawah Enakmen Bil. 1 tahun 1976. Visi PIJ adalah menjadikan PIJsebuah badan berkanun yang cemerlang dan kehadapan dari segi pembangunaninsan dan sosio-ekonomi dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi orang-orangIslam dalam Negeri Johor. Perkara ini termasuklah pemilikan aset hartanah olehPIJ untuk dimajukan dan disewakan bagi meningkatkan ekonomi sebahagianorang Islam negeri Johor.

3. LATARBELAKANG RUANG PEJABAT

3.1 Ruang sewa yang dicadangkan adalah dua (2) buah unit rumah kedai dua tingkatdi atas tanah PTB 6396 dan PTB 6397, di Mukim Bandar Kluang, Johor

3.2 Bangunan 2 dan 3 tingkat ini adalah milikan penuh PIJ Property & DevelopmentSdn. Bhd. yang merupakan salah satu daripada anak syarikat dalam Kumpulan PIJdan PIJ Holdings Sdn Bhd. Jumlah keseluruhan adalah 30 unit (19 unit Fasapertama).

4. TAWARAN PENYEWAAN

4.4 Tawaran Lot

Lot yang ditawarkan adalah lot yang berada ditengah-tengah (Odd Lot) yangberkeluasan 4457.12 kaki persegi secara keseluruhannya dengan masing-masing2007.68 (tingkat bawah) dan 2987.63 (tingkat atas). Lot ini adalah amatbersesuaian dengan permintaan untuk disewa guna bagi tujuan pejabat operasi.

Lampiran mengenai kedudukan lot tawaran, lakaran pelan, gambar sebenar danlain-lain yang berkaitan disediakan untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

M/S 2

4.3 Keistimewaan/Kemudahan

4.3.1 Rumah kedai, terletak di dalam pusat bandar Kluang, serta aksesyang mudah bagi semua orang awam untuk berurusan dikawasanini.

4.3.2 Penyediaan tempat letak kenderaan yang mudah untuk keluarmasuk

4.3.3 Lot sewaan yang luas dan mengadap jalan utama iaitu Jalan BatuPahat.

4.3.4 Terdapat perniagaan sampingan seperti Kedai 1 Malaysia danbeberapa perniagaan lain yang akan dijalankan.

4.4 Prosedur penyewaan

4.4.1 Pengisian borang permohonan sewa.4.4.2 PIJ akan memberi surat tawaran sewa kepada bakal penyewa dan

perkara yang dinyatakan dalam surat tawaran iaitu:-

4.4.2.1 Bayaran deposit sewa.4.4.2.2 Bayaran deposit uitili.4.4.2.3 Kadar sewa.4.4.2.4 Tempoh penyewaan.4.4.2.5 Kos penyediaan dokumen perjanjian penyewaan4.4.2.6 Kos stamping4.4.2.7 Ubahsuai pejabat

4.4.3 Bayaran deposit sewa dan uitiliti adalah perlu dijelaskan dalamtempoh 14 hari bekerja daripada tarikh surat tawaran. Setelah itupenyewa akan diserahkan kunci lot yang disewa.

4.4.4 Kedua-dua pihak akan menandatangani tiga (3) set dokumenperjanjian setelah PIJ menerima bayaran deposit. Dokumenperjanjian sewa akan disempurnakan dalam masa tiga puluh (30)hari bekerja.

4.4.5 PIJ akan mematikan setem perjanjian dan segala kos penyediaanperjanjian dan mematikan setem adalah ditanggung olehpenyewa.

4.4.6 Kerja-kerja pengubahsuaian lot sewa hendaklah terlebih dahulumendapatkan kebenaran daripada PIJ secara bertulis.

4.4.7 Bil sewa akan dituntut setiap bulan daripada penyewa tidak lewatdaripada setiap tujuh (7) haribulan kalendar masehi.

4.4.8 Sekiranya hendak menamatkan penyewaan, makluman secararasmi hendaklah dibuat berdasarkan yang terkandung di dalamperjanjian penyewaan dan keadaan lot hendaklah dikembalikankepada keadaan asal.

M/S 3

5. KESIMPULAN

5.1 Pihak PIJ akan sentiasa menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan secaraprofesional bagi memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan segalatawaran yang dibuat oleh PIJ.

5.2 Segala permasalahan atau pertanyaan boleh berhubung terus dengan wakil PIJiaitu :-

i. Pejabat Operasi PIJ 07-227 6223/ 6197/ faks: 2991ii. Amiruddin Bin Mustapha 019-755 5910

iii. Mohd Fairuz Bin Ahmad 019-755 5476

Disediakan oleh:

(AMIRUDDIN BIN MUSTAPHA)Pengurus Pentadbiranb.p.: Pengurus BesarPerbadanan Islam Johor

Tarikh:

M/S 4

LAMPIRANBERGAMBAR

M/S 5

GAMBAR 1

GAMBAR 2

M/S 6

GAMBAR 3 (Lot PIJ)

GAMBAR 4 (Lot PIJ)

M/S 7

GAMBAR 5 (Lot PIJ - Berwarna)

GAMBAR 6 (Lot PIJ – Ground Floor)

M/S 8

GAMBAR 6 (Lot PIJ – 1st Floor)

top related