tanggar amanat

Post on 18-Jul-2015

450 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Khairun NajihahAin Najihah

Siti KhadijahNur Syazua

Nur Syuhaidah

Ahli- Ahli Kumpulan

Hawa ialah waris kepada Ahmad Abdullah yang memilikiempayar perniagaan di Amerika Syarikat. Dia sedangmengandung empat bulan. Tempat yang didiami oleh Hawa akanmusnah sebagai akibat letupan gunung berapi yang dijangkakanakan berlaku. Berikutan itu, suami Hawa, Adam mengajak Hawaberhijrah ke tempat yang selamat, iaitu Malaysia. Hawa engganmendengar nasihat Adam. Adam berasa jemu untuk memujukHawa lalu meninggalkan Hawa sendirian.

Semasa Hawa bersendirian, dia telah melayang dalamdunianya sendiri. Dia telah bertemu dengan janinnya, iaitu anakdi dalam kandungannya. Pertemuan itu membolehkan Hawaberkomunikasi dengan anaknya. Anak Hawa telah menasihatinyaagar meninggalkan Amerika Syarikat dan mendengar nasihatsuaminya. Hawa tetap dengan pendiriannya untuk kekal beradadi Yellowstone, Amerika Syarikat, kerana memegang pesannendanya anaknya. Anak Hawa menjelaskan bahawa Hawamasih dapat meneruskan apa- apa yang telah diusahakan ditempat lain.

Anak Hawa menasihatinya supaya tidak meneruskanusahanya di Amerika Syarikat kerana secara tidaklangsung Hawa telah membantu Israel memperolehsumber kewangan untuk memusnahkan negara-negaraIslam. Anak Hawa memberitahu Hawa bahawa Yellowstone akan musnah. Hawa masih bertegas untukmempertahankan warisan Ahmad Abdullah di Yellowstone. Anak Hawa menjelaskan bahawa dirinya ialah hartawarisan yang paling berharga dan merayu agar Hawamemberikannya kesempatan untuk menjadi insan.

Kata-kata anaknya telah menyedarkan Hawa. Hawaakur akan permintaan anaknya untuk menyelamatkanketurunan Ahmad Abdullah. Tiba-tiba ilusi Hawa terputusapabila namanya dipanggil berulang kali oleh Adam. Hawatersedar daripada khayalannya. Hawa mahu menjadi isteriyang setia kepada Adam. Hawa juga berasa tidak sabaruntuk memberitahu Adam bahawa anak mereka lelaki.

Usaha yang gigih akan membawa kejayaan kepada seseorang

itu walaupun dia berada di negara asing.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anak lebih daripada

segala-galanya.

Kesabaran seorang suami amat penting untuk memastikan

rumah tangga terus harmoni.

Sikap berpada-pada dalam memegang prinsip atau

pendirian.

Pengorbanan besar yang perlu dilakukan dalam menghalang

keganasan Israel terhadap bangsa Palestin.

HAWA Hamil empat bulan

Generasi ketujuh Ahmad Abdullah

Menyayangi suami, iaitu Adam dan bayi dalam kandungannya.

Menunggu selama lapan tahun untuk memperoh cahaya mata

Bersikap degil untuk terus menetap di Yellowstone.

Teguh pendirian dalam mempertahankan warisan yang ditinggalkan oleh

Ahmad Abdullah.

Akur dengan bisikan bayinya supaya meninggalkan Yellowstone yang

akan musnah kelak.

Bersikap rasional, iaitu bersetuju untuk mengikut suaminya, Adam

pulang ke Malaysia.

BAYI DALAM KANDUNGAN

Berada di alam janin.

Baru berusia empat bulan.

Bijak memberikan pendapat dan

nasihat

Bakal lahir sebagai seorang

lelaki.

Sayang akan ibunya, Hawa dan

ayahnya, Adam.

ADAM Anak kelahiran Malaysia.

Mengahwini Hawa, wanita dari

negara Yellowstone.

Memujuk isterinya supaya

pulang ke Malaysia.

Latar tempati. Di rumah Hawa, di Yellowstone. Contohnya, Adam memujuk Hawa

untuk meninggalkan Yellowstone dan mengikutnya pulang ke Malaysia.

ii. Di alam janin atau alam rahim. Contohnya, perbualan yang berlaku

antara Hawa dengan bayinya.

Latar masaLatar masa cerpen ini adalah pada musim gugur. Contohnya, ketika

Adam memujuk Hawa untuk mengikutnya pulang ke Malaysia

Latar masyarakati. Masyarakat Melayu yang di tinggal di Amerika Syarikat.

ii. Masyarakat usahawan. Contohnya, Hawa mempusakai perusahaan yang

ditinggalkan oleh Ahmad Abdullah.

iii. Masyarakat janin. Contohnya, anak Hawa yang masih berada dalam

kandungan dan berusaha menjadi insan.

iv. Masyarakat yang berpendirian tegas. Contohnya, Hawa tegas

mempertahankan warisan keturunannya.

v. Masyarakat yang prihatin. Contohnya, Adam begitu prihatin terhadap

keadaan sekeliling.

vi. Masyarakat yang kejam. Contohnya, Israel yang melakukan kekejaman

terhadap Palestin.

Bahasa Arab. Contohnyaa. kalimah lailahaillah terdengar dalam indah nada.

b. Istighfarnya berenang dalam lautan merah.

c. Astaghfirullahalazim!

Bahasa Inggeris. Contohnyaa. Selatan Yellowstone menjadi medan seismicb. Bahagian bawah abdomennya geli tiba-tiba.

c. Loya menggangu tekak, tetapi dia memaksa diri agar tidak dikalahkanperubahan biologi.

Simile. Contohnya

a. Dunia bagai berayun. Berdiri bagai tidak jejak ke bumi

b. Bahagiannya kembang bagai saratnya menanti masa

Hiperbola. Contohnya.

a. Kaki terpelanting ke timur. Kepala tercampak ke barat

b. Bonda mengembara di dalam tubuh bonda sendiri.

c. Membongkar gunung hingga menjadi seperti kapas disembur angin.

Personifikasi. Contohnya.

a. Angin musim gugur mencuri masuk melalui leher jaket tebalnya.

b. Aroma bunga liar menerpa hidung.

c. Gemuruh air pekak menampar telinga

Repetisi. Contohnya.

a. “ Lahir saya di sini, mati saya biarlah juga di sini ”

b. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki.

Simpulan bahasa. Contohnya.

a. Suara hati

b. Suara akal.

Nilai kasih sayang. Contohnya, Hawa amat menyayangi bayidalam kandungannya.

Nilai ketegasan. Contohnya, Hawa bersikap tegas untukmempertahankan warisan keturunan Ahmad Abdullah diYellowstone.

Nilai nasihat-menasihati. Contohnya, bayi dalam kandunganHawa menasihatinya supaya berhijrah ke tempat yang selamat

Nila berpandangan positif. Contohnya, Adam berpandanganpositif, iaitu yakin selamat sekiranya dia dan Hawa berhijrahke Malaysia.

Nilai ketaatan. Contohnya, Hawa berjanji akan menjadi isteriyang taat kepada Adam.

Kita haruslah yakin bahawa rezeki ada di mana-mana sahaja. Contohnya, Adam berusaha menyakinkan Hawa untuk memulakanperniagaan baharu di Malaysia kerana rezeki ada di mana-manasahaja.

Kita hendaklah berfikir secara rasional. Contohnya, Hawaberfikir secara rasional tentang bisikan bayinya dan akhirnyabersetuju untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Kita janganlah bersubahat dengan pihak musuh. Contohnya, Hawa akhirnya sedar bahawa wang yang diperoleh oleh negaranyadigunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negaraIslam.

Isteri hendaklah setia kepada suami demi kebahagiaan rumahtangga. Contohnya, Hawa bertekad untuk menjadi isteri yang taatsetia kepada suaminya, Adam.

Soalan

Satu perwatakan Hawa yang

terdapat dalam novel ini?

Dua gaya bahasa dalam novel

ini dan contohnya.

Huraikan satu nilai yang

terdapat dalam novel ini dan

contohnya.

huraikan satu pengajaran yang

terdapat dalam novel ini dan

contohnya.

top related