taktik umum permainan badminton
Post on 14-Aug-2015
99 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TAKTIK UMUM PERMAINAN BADMINTON
Secara umumnya, terdapat dua taktik umum permainan badminton iaitu taktik
permainan secara perseorangan dan juga taktik permainan secara beregu.
PERMAINAN PERSEORANGAN (SINGLE)
Permainan perseorangan dalam badminton umumnya merupakan
permainan yang memerlukan kesesuaian dan kesabaran. Setiap skor atau
markah yang diperolehi bergantung sepenuhnya kepada teknik dan taktik
seseorang. Justeru, seseorang pemain tersebut bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap baik atau teruk pukulannya untuk mengalahkan pihak lawan. Oleh hal
yang demikian, untuk menjadi pemain yang baik dalam kategori perseorangan,
seseorang itu haruslah menggunakan teknik serta taktik-taktik yang bersesuaian
dan berkesan. Dengan ukuran 22 kaki panjang dan 17 kaki lebar gelanggang
badminton, seseorang pemain dapat menguasai sepenuhnya gelanggang
melalui teknik dan taktik permainan yang baik.
a. Taktik umun permainan
Beberapa perkara umum berhubung dengan taktik perlu diberi
perhatian sewajarnya oleh pemain. Antaranya, seseorang pemain
haruslah bersedia untuk mengubah corak permainan jika ketinggalan
mata, sebaliknya, seseorang pemain tidak perlu mengubah corak
permainannya sekiranya mata mendahului pihak lawan. Justeru itu, setiap
pemain haruslah mengetahui bahawa, pemainitu mesti mengejar bulu
tangkis dan bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya. Pukul bulu
tangkis pada titik pukulan paling tinggi.
Hal ini untuk memudahkan seorang pemain dapat membalas
dengan secepat yang mungkin sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak
sempat untuk bertindak kembali. Seperti yang diperkatakan dari awal,
seseorang pemain haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk
menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan. Namun demikian,
perkara yang paling penting ialah seseorang pemain tersebut haruslah
mampu membaca fikiran pihak lawan dan memaksa pihak lawan untuk
bermain mengikut corak permainan yang dikehendaki.
b. Servis
Dalam menentukan taktik seseorang tersebut berkesan dan
mampu digunakan untuk mengalahkan pihak lawan, perkara yang perlu
diambil kira adalah servis yang dilakukan. Secara umumnya, terdapat dua
jenis servis yang biasa digunakan untuk melakukan servis iaitu servis
tinggi dan servis rendah. Namun, secara amnya, menggunakan servis
tinggi kerana bulu tangkis yang dipukul akan jatuh paling hampir dengan
bahagian belakang gelanggang. Hal ini menyulitkan pihak lawan untuk
membalas balik pukulan tersebut dan terpaksa berundur ke belakang
serta mengambil masa yang lama. Jadi, pemain tersebut dapatlah
mengatur kedudukan selesa apabila mambalas pukulan pihak lawan.
Seseorang pemain haruslah bijak menentukan kedudukan atau
tempat melakukan servis. Biasanya, taktik yang sesuai digunakan untuk
melakukan servis ialah, seseorang pemain haruslah berdiri pada
kedudukan yang paling hampir dengan garisan tengah dan kira-kira lima
kaki berada di belakang garisan depan. Pada masa yang sama, dalam
melakukan servis, bulu tangkis akan diarahkan sedekat yang mungkin ke
garisan tengah kerana ini akan menyempitkan sudut pihak lawan untuk
mengembalikan servis.
c. Pengembalian servis
Bila pihak lawan membuat servis tinggi dan jauh ke belakang,
seboleh-bolehnya pukulan tinggi (lob) digunakan untuk menghantar
semula bulu tangkis itu. Bila pihak lawan memberikan servis pendek dan
rendah pengembalian boleh dibuat dengan pukulan junam lurus dekat ke
jaring atau pukulan kuis (flick) luruske depan. Melalui cara ini, seseorang
pemain dapat menggerakkan pihak lawan dengan harapan pihak lawan
tersilap langkah dan melakukan kesilapan atau meninggalkan ruang
kosong untuk melaksanakan smash pantas (Persatuan Badminton
England, 2006). Justeru, apa jua pukulan yang ingin digunakan dalam
permainan perseorangan yakni membalas pukulan, adalah penting untuk
cuba menghalakan bulu tangkis ke pangkalan utama di pertengahan
gelanggang, di pertengahan garis belakang sebagai tindakan untuk
membalas pukulan pihak lawan.
Apabila pengembalian mengalami kesukaran untuk membuatkan
pihak lawan tersilap langkah, seseorang pemain perlulah memukul bulu
tangkis secara tedas setinggi yang mungkin ke belakang gelanggang
untuk memberi masa pihak lawan kembali ke pangkalan. Rajah 1 di muka
surat sebelah menunjukkan sudut pengembalian pukulan yang luas iaitu
taktik yang digunakan untuk memastikan pihak lawan mengambil masa
mendapatkan bulu tangkis dan seseorang pemain tersebut juga boleh
mengatur kedudukan yang lebih selesa. Manakala rajah 2 menunjukkan
sudut pengembalian yang sempit.
i. Anak panah garis putus-putus tersbut mewakili garis
perjalanan bulu tangkis yang dipukul oleh pemain A.
ii. Manakala, anak panah garis bersambung tersebut
menunjukkan sudut yang boleh digunakan oleh pemain
untuk membalas atau mengembalikan pukulan daripada
pihak lawan.
RAJAH 1
RAJAH 2
I. Anak panah garis putus-putus menunjukkan perjalanan bulu
tangkis yang dipukul oleh pemain A.
II. Anak panah garis bersambung menunjukkan sudut yang boleh
digunakan untuk membalas pukulan pihak lawan.
d. Smash
Dalam permainan perseorangan, smash digunakan untuk
menamatkan satu rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan
pukul balik yang lemah dan kemudian menamatkan rali.
Oleh kerana smash digunakan untuk menamatkan rali, pemain itu
mesti berusaha untuk memaksa pemain lawan memberikannya peluang
untuk melakukan smash. Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan
mengakibatkan pukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan
smash. Pukul junam yang baik dan dilakukan berdekatan jaring mungkin
boleh memaksa pemain lawan menaikkan bulu tangkis untuk satu smash.
Pemain tidak digalakkan untuk melakukan smash pada semua
pukulan tinggi kerana smash akan menggunakan lebih tenaga dan cepat
melemahkan jika dibandingkan dengan pukulan-pukulan lain. Pemain itu
juga mengambil masa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi
pukulan yang seterusnya selepas satu smash dilakukan berbanding
dengan pukulan jenis lain. Sebelum melakukan smash hendaklah
dipastikan bahawa:
Pemain berada dalam keadaan seimbang dan boleh
mengubah posisinya dengan cukup pantas untuk bersedia
menerima kembali pukulan balik daripada smash tersebut.
Pemain telah melakukan satu pukulan smash lepas
(clearance) dan bukan satu pukul tinggi ke garisan belakang.
Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-garisan tepi
dan jauh daripada pemain. Melakukan smash sepanjang garisan tepi adalah
lebih berkesan dibandingkan daripada smash-smash yang melintang
gelanggang. Kadang-kadang smash-smash juga diarahkan ke arah badan
pemain lawan.
Smash selalunya diambil pada poin tertinggi untuk memastikan ia
melalui satu trajektori yang curam. Untuk menambahkan trajektori bulu
tangkis, pemain-pemain antarabangsa kini telah mula menggunakan smash
lompatan (leaping smashes). Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang
kuat, masa yang baik dan imbangan yang sempurna semasa mendarat
supaya boleh bergerak untuk mengambil pukulan yang seterusnya.
e. Membalas smash
Dalam suatu permainan yang terkawal rapi di antara dua pemain yang
baik, masa atau peluang di mana smash boleh dilakukan adalah daripada
kawasan berhampiran dengan garisan belakang. Jika berlaku keadaan
sedemikian, tempat yang terbaik untuk memulangkan smash ialah di jarring
kerana pemain yang membuat smash terpaksa berlari pada jarak yang
maksimum ke arah jaring untuk mengambil pukul balik tersebut.
Untuk menambahkan jarak larian bulu tangkis boleh dipukul melintang
gelanggang (cross-court ) ke arah jaring. Jarang terdapat smash yang
dikembalikan dengan tinggi ke garisan bes. Jika smash itu dilakukan dengan
baik, pukulan baliknya tidak akan dilakukan dengan memuaskan ke garisan
belakang di mana jaraknya tidak memuaskan dan akibatnya satu lagi smash
akan dibuat.
Bagaimanapun, terdapat pemain-pemain yang boleh berlari pantas ke
jaring untuk membalas pukulan tersebut. Jika ini berlaku, bulu tangkis
hendaklah dihantar di atas kepala pemain yang sedang bergerak.
PERMAINAN BEREGU (DOUBLE)
Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan
perseorangan kerana ia memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan
memerlukan jangkaan terhadap apa yang pasangan kita dan lawan kita akan
lakukan. Kerjasama di antara pasangan adalah penting dengan kedua-dua
pasangan tersebut boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing
yang lebih baik dan kuat. Seorang pemain juga boleh membantu
pasangannya dalam posisi atau pukulannya yang lemah. Seorang pemain
boleh “set’’ untuk pasangan untuk menyerang. Secara amnya, strategi
permainan beregu adalah untuk menyerang dengan laju.
a) Taktik asas permainan beregu
Taktik asas permainan beregu adalah seperti berikut:
Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak ke
arah bulu tangkis.
Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi.
Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan
keadaan.
Belajar pergerakan penipuan (deception) dalam pukulan kesemua
strok.
Baca fikiran pihak lawan-taktik yang akan pihak lawan gunakan.
Paksa pihak lawan bermain corak permainan yang kita kehendaki.
Taktik asas yang lain dalam permainan beregu:
Komunikasi di antara pasangan.
Selalu menyerang.
Posisi dan jangkaan (anticipation) menunggu pukulan pihak lawan.
Sentiasa sampai ke net awal.
Beri perhatian kepada tiga pukulan pertama setiap rali.
Serang bahagian tengah di antara 2 pemain.
Pemain di depan perlu "set’’ untuk pemain belakang menyerang.
Pemain di depan harus cuba 'intercept’ pukulan pihak lawan.
Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin.
b) Servis permainan beregu
Servis rendah ke bahagian tengah / tepi depan gelanggang untuk:
Elakkan pihak lawan daripada membuat pukulan menyerang.
Paksa pihak lawan menjadi "off balance’’.
Elakkan pihak lawan daripada bergerak cepat ke net untuk
menerima servis
Servis asas dalam acara beregu ialah servis rendah. Beregu yang
melakukan servis rendah yang berkualiti akan memaksa penerima servis
melambung bulu tangkis tinggi ke bahagian belakang dan memberikan
peluang kepada beregu yang membuat servis tadi untuk menyerang.
c) Balasan servis permainan beregu
Servis rendah harus dibalas dengan:
Net jatuh bahagian pembuat servis.
Tolak rata sepanjang garisan tepi gelanggang semasa ke bahagian
tengah atau belakang.
Tolak rata ke badan pembuatan servis atau pasangannya.
Letak ke bahagian belakang pembuat servis.
d) Posisi Pasangan Beregu
Posisi pasangan apabila menyerang adalah seorang berada di
bahagian depan gelanggang manakala yang seorang lagi adalah di
belakang gelanggang. Keadaan ini adalah dipanggil sistem depan-
belakang (front-back ). Posisi membuat servis adalah mengikut sistem ini.
Faedah sistem ini adalah terdapat seorang pemain di hadapan yang dekat
dengan net yang lebih berpeluang untuk membuat pukulan memaksa
pihak lawan untuk menaikkan bulu tangkis untuk pasangannya
menyerang. Pemain hadapan ini juga dalam posisi yang mudah untuk
mematikan apa-apa pukulan tanggung di hadapan (loose returns).
Apabila dalam keadaan menahan, pasangan beregu harus berada
di posisi bersebelahan, iaitu seorang di kiri dan seorang lagi di kanan
gelanggang (side by side). Keadaan ini adalah dipanggil sistem
bersebelahan (side by side). Sistem ini menyenangkan setiap pemain
untuk bertahan. Kedua pemain adalah bertanggungjawab untuk bahagian
setengah gelanggangnya.
Apabila pasangan bertukar dari bertahan ke serangan, mereka
boleh menukar dari sistem bersebelahan ke sistem depan-belakang dan
begitu juga sebaliknya.
Contoh sistem depan belakang (front back ):
Contoh sistem bersebelahan (side by side):
e) Pelbagai taktik permainan beregu
Lebihkan pukulan rendah untuk memaksa pihak lawan menaikkan
bulu tangkis untuk serangan.
Pemain depan harus sentiasa mencari peluang untuk mematikan
pukulan balas yang lemah atau memintas (intercept) bulu tangkis
yang boleh dicapai.
Pemain depan harus meletakkan raket di atas bahunya supaya
boleh memintas (intercept) atau mencapai bulu tangkis seawal
mungkin.
Pemain belakang harus sentiasa menyerang.
Selalu buat serangan smash atau drop pada bahagian tengah
gelanggang di antara 2 pemain.
Selalu serang pemain yang lebih lemah.
Pukulan silang (cross) gelanggang harus digunakan dalam
permainan untuk memaksa pemain hadapan pihak lawan supaya
tidak bersedia atau di luar posisi sedia. Apabila bertahan selalu
mengangkat bulu tangkis tinggi dan pastikan pemain lawan di
bahagian depan tidak boleh mencapai bulu tangkis atau pukulan
tersebut.
Pasangan yang bertahan boleh bertukar ke serangan dengan
mengarahkan bulu tangkis ke bahagian depan gelangggang atau
membuat blok di depan gelanggang.
top related