takrif pembumian cara-cara pembumian elektrod bumi jenis

Post on 15-Jun-2015

9.796 Views

Category:

Documents

49 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

e4101 maintenance

TRANSCRIPT

PEMBUMIANTakrif pembumianCara-cara pembumianElektrod bumiJenis sistem pembumian

Sistem TN-SSistem TN-C-SSistem TT dan IT

PERATURAN IEE

Peraturan-peraturan IEE yang berkaitan pembumian

Peraturan IEE berkaitan sistem TT dan ITPeraturan IEE pengalir-pengalir pembumian

PEMBUMIAN

Pembumian merupakan sambungan yang dibuat antara logam dan bumi.

Pembumian dijadikan sebagai punca rujukan yang keupayaannya dianggap sifar.

Sebarang benda yang disambung ke bumi akan mempunyai keupayaan sifar.

Pembumian bertujuan sebagai laluan balik arus atau untuk keselamatan kepada pengguna.

Pembumian juga bertujuan untuk memberi keselamatan kepada pengguna daripada bahaya renjatan elektrik dan kebakaran apabila arus bocor ke bumi yang berlaku pada itu mengalir ke bahagian-bahagian logam yang boleh membawa arus dan menyebabkan percikan bunga api.

CARA-CARA PEMBUMIAN

Pembumian ke paip air atau ke paip gas.

Pembumian ke salutan logam kabel perkhidmatan dalam tanah.

Pembumian ke dawai aerial (bumi) yang disediakan oleh pembekal elektrik.

Pembumian ke elektrod bumi dalam tanah yang rintangan elektrod buminya cukup rendah.

Pembumian ke sistem pembumian berbilang pelindung.

Pembumian ke peranti perlindungan daripada arus bocor ke bumi automatik.

BENDA-BENDA YANG PERLU DIBUMIKAN

Semua struktur logam dalam sistem pendawaian (yang buka membawa arus) seperti salutan logam, perisai pembuluh, salur, sesalur dan dawai katenari.

Struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan dengan elektrik seperti paip air dan rangka rumah.

Satu punca belitan sekunder bagi pengubah.

BENDA-BENDA YANG TIDAK PERLU DIBUMIKAN

Logam pendek yang diasingkan sebagai perlindungan mekanik bagi kabel yang mempunyai sarung bukan logam selain pembuluh yang dipasang sebagai tempat laluan masuk antara bangunan dan pembuluh untuk melindungi kabel lampu-lampu nyahcas.

Klip logam untuk memasang kabel

Penutup lampu yang diperbuat daripada logam.

Logam kecil seperti skru dan plat nama yang diasingkan dengan menggunakan penebat.

Rantai logam untuk menggantung lampu dan peralatannya.

Logam peralatan lampu untuk lampu berfilamen di atas lantai yang kalis air.

ISTILAH-ISTILAH PEMBUMIAN

Bumi – sambungan yang berkesan ke bumi.

Elektrod bumi – batang(rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang benda berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan.

Pengalir pelindung litar – pengalir termasuk sebarang pengapit yang disambung ke punca bumi pengguna

Dawai pembumi – pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi atau yang seumpama dengannya.

Dawai pengikat sama upaya – sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus yang memberi keupayaan yang sama antara alat-alat logam yang tidak terlibat dengan pemasangan elektrik

Rintangan bumi – rintangan bumi adalah tempat elektrod bumi penguna ditanam.

Galangan bagi litar rosak ke bumi – jumlah rintangan litar yang dilalui oleh arus semasa berlaku litar bocor ke bumi bermula dari punca hidup bekalan hingga ke elektrod bumi.

Kawasan rintangan bumi – jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya.

Rintangan gelung bumi – rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula dari punca akhir pengalir pelindung litar arus bumi hingga ke elektrod bumi

Punca bumi penguna – punca-punca tempat penyambungan semua pengalir pelindung litar bumi sebelum disambungkan ke elektrod bumi. Ia berada samada dalam kotak fius atau berhampiran dengan kotak fius.

Kawasan rintangan bumi bertindih – kawasan penanaman elektrod kedua yang berada dalam lengkaran 6 meter dari elektrod utama.

Dawai pengikat sama upaya tambahan – sambungan bersama secara elektrik diantara logam yang terlibat dalam pemasangan elektrik.

PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Pembumian berbilang pelindung digunakan apabila galangan bagi litar rosak ke bumi tidak cukup rendah untukmengendalikan fius atau pemutus litar bocor ke bumi.

Penggunaannya adalah pada voltan rendah dan kebenaran daripada pihak pembekal hendaklah diperoleh terlebih dahulu apabila hendak menggunakannya.

SYARAT-SYARAT PEMASANGAN SISTEM PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Dawai pembumian mestilah mempunyai rintangan yang tidak melebihi 10 ohm dan pengalir pelindung litar bumi 0.5 ohm iaitu apabila arus sebanyak 10A , 40V dialirkan selama seminit semasa ujian dengan menggunakan bekalan arus ulang-alik.

Fius, pemutus litar, penyambung dan suis satu hala tidak dibenarkan dipasang bersebelahan dengan pengalir neutral

Kesemua pengguna elektrik di kawasan itu mestilah dipasang dengan sistem pembumian berbilang pelindung.

Hanya digunakan pada litar voltan rendah dan mendapat kebenaran daripada pihak yang berkenaan.

TEMPAT PENGGUNAAN SISTEM BERBILANG PELINDUNG

Kawasan bukit dan jauh dari pantai – disini rintangan bumi yang rendah sukar diperolehi.

Kawasan berbatu, berpasir dan kering – rintangan bumi di kawasan ini juga adalah tinggi.

Kawasan pedalaman – kabel dalam tanah yang bersarung logam tidak digunakan sebagai sistem penghantaran di kawasan ini.

KELEBIHAN SISTEM PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Rintangan elektrod buminya rendah dan mudah diperoleh kerana setiap pengguna mencantumkan punca buminya kepada dawai neutral.

Perbelanjaan dapat dijimatkan kerana bilangan elektrod bumi tidak ditambah.

Galangan gelung bumi rendah dan cukup untuk mengendalikan fius atau pemutus litar apabila arus bocor ke bumi berlaku.

Perbelanjaan pemasangan sistem pembumian dapat dijimatkan.

KELEMAHAN SISTEM PEMBUMIAN BERBILANG PELINDUNG

Renjatan akan dirasai jika kerja-kerja logam yang berhampiran tidak diikat bersama ke dawai neutral atau jika dawai neutral itu putus.

Arus bumi akan berputar antara elektrod bumi dan ini menyebabkan sistem telefon terganggu.

ELEKTROD-ELEKTROD BUMI

Rod-rod dan paip-paip bumiPita-pita atau dawai bumi.Plat-plat bumi.Elektrod-elektrod bumi yang

terbenam di dalam tanah.Konkrit yang bertetulang

logam.

Sarung plumbum dan sarung daripada logam lain yang digunakan untuk sistem-sistem paip logam yang tidak dilarang.

Menyarung kabel dalam tanah dan tidak terlarang.

Struktur-struktur bawah tanah lain yang bersesuaian.

CARA MENGURANGKAN RINTANGAN ELEKTROD BUM

Mengisi garam disekeliling elektrod (lapan bulan sekali).

Mengisi arang batu ke dalam elektrod. Menabur serbuk besi di sekeliling

elektrod. Memasang elektrod di tempat yang

lembap. Elektrod dilubang-lubangkan.

Memasang beberapa batang elektrod bumi secara selari di luar kawasan elektrod bumi tersebut.

Memasang sambungan selari antara elektrod dengan menggunakan jalur kepingan tembaga.

Menanam bahan kimia seperti magnesium, kuprum atau garam batu.

Menambahkan panjang atau luas keratan rentas elektrod.

PERATURAN-PERATURAN IEE BAGI PEMBUMIAN

Setiap kaedah pembumian dan pengalir pelindung litar hendaklah dipilih dan dipasang agar memenuhi keperluan peraturan-peraturan dalam pembumian untuk menjamin keselamatan dan peralatan yang berhubung dengan pemasangan cukup memuaskan.

Sistem pembumian pada pemasangan boleh dibahagikan kepada sub bahagian dan setiap bahagian yang dibahagikan itu harus mematuhi keperluan-keperluan pembumian.

JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN

Sistem TN-S Sistem TN-C-S Sistem TT dan IT Sisten TN-C

SISTEM TN-S

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama seseorang pengguna haruslah disambung pada titik bumi sumber tenaga.

SISTEM TN-C-S

Suatu sistem dimana pembumian pelbagai pelindung disediakan oleh pembekal dimana kaedah-kaedah yang sewajarnya hendaklah disediakan untuk menyambungkan pangkalan pembumian utama pengguna pada dawai neutral sumber tenaga.

SISTEM TT DAN IT

Suatu sistem dimana pangkalan pembumian utama pengguna hendaklah disambungkan melalui satu pengalir pembumian ke elektrod bumi dengan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

PERATURAN-PERATURAN IEE BAGI SISTEM TT DAN IT

Elektrod bumi yang digunakan mestilah diperakui bagi tujuan memenuhi kehendak IEE.

Jenis dan kedalaman elektrod bumi yang terbenam hendaklah tidak mengakibatkan penambahan dalam nilai rintangan elektrod bumi melebihi nilai yang diperlukan apabila tanah itu menjadi kering atau sejuk.

Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan elektrod bumi hendaklah mempunyai keupayaan untuk menahan kerosakan akibat kakisan.

Kerja logam perkhidmatan gas awam dan air tidak boleh digunakan sebagai pelindung elektrod bumi.

Sarung-sarung kuprum dan sarung logam lain bagi kabel-kabel yang tidak mungkin mengalami kerosakan akibat kakisan yang berlebihan boleh digunakan sebagai elektrod bumi dengan syarat persetujuan pemilik kabel diperolehi dan langkah-langkah yang bersesuaian diambil untuk memberi amaran kepada pemilik pemasangan elektrik itu tentang perubahan-perubahan yang akan dilakukan pada kabel yang mungkin akan mempengaruhi kesesuaian kabel itu untuk bertindak sebagai elektrod bumi.

PERATURAN IEE PENGALIR-PENGALIR PEMBUMIAN

Setiap pengalir pembumian jika ditanam, pengalir itu hendaklah mempunyai luas keratan rentas yang tidak kurang daripada nilai yang ditetapkan.

Pengalir aluminium dan pengalir aluminium yang berlapiskan tembaga tidak boleh digunakan untuk penyambungan terakhir dalam elektrod bumi.

Penyambungan pengalir pembumian kepada elektrod bumi atau pada kaedah pembumian yang lain hendaklah dibuat dengan sempurna dan memuaskan dari segi mekanik dan elektrik.

top related