tajuk projek: pemindahan pengetahuan kepada...
Post on 08-Sep-2019
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK PROJEK:
PEMINDAHAN PENGETAHUAN KEPADA PENTERNAK IKAN DAN UDANG ASID
ORGANIK SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI
AKUAKULTUR
KOD PROJEK:
I-ECO/1(USM-11)
IPTA:
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KETUA PROJEK:
PROFESOR DR. NG WING KEONG
AKADEMIA:
-
RAKAN INDUSTRI:
SUNZEN FEEDTECH SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DI SEKTOR DIKENAL PASTI
TEMPOH:
15 OGOS 2011 – 30 JUN 2014
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini merupakan salah satu projek yang menggunakan asid organik sebagai alternatif kepada antibiotik dalam industri akuakultur. Projek ini memberi manfaat kepada para penternak, khususnya dalam pembiakan ikan dan udang. Objektif keseluruhan projek ini ialah memindahkan ilmu pengetahuan melalui pengendalian kajian lapangan dalam usaha menghasilkan satu campuran asid organik (OAB) unik dirumus khas untuk haiwan akuakultur demi meningkatkan pertumbuhan serta menghalang penyebaran mikrob penyebab penyakit yang terdapat pada haiwan akuakultur. Dalam projek ini, para penternak akuakultur telah diperkenalkan kepada pendekatan amalan akuakultur yang lebih mesra alam dan lestari. Dalam projek ini, proses pemindahan ilmu telah dilaksanakan secara teknikal kepada pihak industri, khususnya kepada Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Pemindahan ilmu tersebut meliputi pengetahuan mengenai penggunaan dan keberkesanan OAB, melatih dan meningkatkan kebolehpasaran siswa USM serta meningkatkan margin keuntungan rakan industri projek ini, iaitu Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk memindahkan pengetahuan teknikal kepada pihak industri
(Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Shah Alam, Malaysia) tentang penggunaan dan keberkesanan OAB.
2) Untuk melatih dan meningkatkan kebolehpasaran graduan USM melalui penglibatan mereka secara langsung dengan industri sepanjang tempoh projek dijalankan.
3) Untuk meningkatkan margin keuntungan pihak industri dan penternak akuakultur tempatan.
4) Untuk menyumbang kepada pengeluaran hasil makanan laut yang berkualiti tinggi dan bebas daripada residu-residu antibiotik kepada pengguna.
AKTIVITI
Metodologi projek ini terbahagi kepada dua aspek utama:
1) untuk menjalankan ujian prototaip campuran pemakanan dan asid organik terhadap pertumbuhan ikan dan udang, mengukur kecekapan penggunaan makanan, kesihatan dan perubahan dalam usus mikroflora di ladang komersial akuakultur dan pusat penetasan (ujian lapangan).
2) untuk mengkaji daya tahan dan tindak balas imunisasi haiwan ternakan akuatik sebelum diberi asid organik yang dapat menghindari bakteria patogenik (penyakit).
Prototaip OAB telah digunakan dan tindakan percubaan seterusnya telah dilakukan bagi menentukan kesan ke atas prestasi pertumbuhan, kecekapan penggunaan makanan, penghadaman nutrien, indeks badan dan kesihatan ikan dan udang yang diternak di ladang-ladang komersial. Kesan asid organik yang terdapat pada usus mikroflora, paramater kualiti air, beban mikro juga telah dipantau. Aktiviti sepanjang program dijalankan Januari 2012: Pemindahan ilmu pengetahuan gabungan pengeluaran asid organik. Disember 2012/Jun 2013: Pemindahan ilmu pengetahuan kepada penternak- penternak udang.
Januari 2013/Disember 2013: Pemindahan ilmu pengetahuan kepada penternak-penternak ikan tilapia.
Mei 2013/Disember 2013: Ujian pencegahan penyakit ikan selesai.
OUTPUT
Industri: 1) Penghasilan proses pembuatan baharu. Keberkesanan proses
penternakan dipertingkatkan, kos dapat dikurangkan dan penggunaan bahan-bahan mentah dalam proses dapat diminimumkan.
2) Peningkatan kualiti industri akuakultur dan pemakanan akua. 3) Pengurangan kos pencegahan penyakit penternakan. 4) Peningkatan keuntungan syarikat Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. dengan
pertambahan perolehan produk tahunan. Pihak industri sedang merancang untuk mengeluarkan produk alternatif ini pada skala yang lebih besar, khususnya daripada 10 tan kepada 1,000 tan sehari.
IPTA:
1) Universiti mendapat pengalaman dalam hal-hal perundingan bersama-sama industri.
2) Peningkatan bilangan pelajar dalam ilmu akuakultur. 3) IPTA mendapat data dan maklumat yang dapat digunakan untuk
meningkatkan kajian penyelidikan akuakultur.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mendapat pendedahan kepada dunia industri
akuakultur. 2) Graduan pelatih telah diberi kepercayaan memasuki dan mempelajari
selok-belok hal perindustrian syarikat, promosi, pemasaran dan pengurusan akuakultur.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Sains Malaysia 2) Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Kejayaan menaik taraf industri bagi mengendalikan teknologi baharu
dalam akuakultur. 2) Peningkatan kebolehpasaran industri secara langsung, meningkatkan
margin keuntungan pihak industri dan penternak akuakultur tempatan. 3) Kelebihan kepada industri dalam pengeluaran produk alternatif yang
selamat dan mesra alam. Penggunaan antibiotik telah dapat dielakkan.
IPTA:
1) USM mendapat pengiktirafan sebagai pusat kecemerlangan untuk penyelidikan akuakultur yang memacu industri akuakultur bagi memenuhi keperluan negara.
2) USM telah mendapat pelbagai jemputan berucap pada persidangan antarabangsa dalam bidang akuakultur.
3) USM dapat menjalinkan hubungan erat dengan industri akuakultur
melalui projek ini. Hubungan ini memberikan kelebihan kepada USM mendapatkan maklumat untuk meningkatkan teknologi terkini.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih telah mendapat ilmu pengetahuan tentang industri
akuakultur. 2) Graduan pelatih telah terlibat secara langsung dalam hubungan antara
rakan industri dengan IPTA, dan berpeluang menggunakan pengalaman tersebut dalam kerjaya mereka.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN 27
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Sunzen Feedtech Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 16 Disember 2014 Panel Penilai : 1) Profesor Madya Dr. Razak Haji Lajis (USM) 2) Profesor Madya Dr. Fadzillah Siraj (UUM)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan, manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 29% 25%
B AKADEMIA (10%) 8% 8%
C GRADUAN PELATIH (10%) 8% 5%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 9% 7%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 26% 26%
MARKAH KESELURUHAN (%) 80% 71%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 76%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI:
A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
4/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek 5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 4/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
4/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
5/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
5/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
4/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 5/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek -
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan yang telah dijalankan, panel pakar mendapati bahawa projek ini mempunyai nilai tambah kepada industri dan berada pada kategori kuning. Projek ini juga dilihat mampu menjadi salah satu inovasi baharu dan dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada industri akuakultur.
LAMPIRAN
Kilang perintis untuk menghasilkan OAB secara komersial di tapak kilang Sunzen Feedtech Sdn. Bhd.
Pemindahan pengetahuan penggunaan OAB dalam formulasi makanan ikan tilapia
Pendekatan penting untuk menpengaruhi penternak ikan dan udang tempatan supaya mengelakkan
penggunaan antibiotik dan mengamalkan amalan akuakultur yang lestari dan mesra alam
top related