surat makluman jubli perak polis

Post on 11-Dec-2015

297 Views

Category:

Documents

12 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

official letter

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIL IKTISAM (SABK)BATU 28 ¼ JALAN PADANG SANAI, 06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN.

NO. TEL: 04 – 786 4875 NO. FAX : 04 – 786 4157E-MAIL : smadariliktisam.ppdptp@gmail.com

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Ruj. Kami : SMADI/40/006/2 Bil.(2)

Tarikh : 20 Ogos 2015 Ketua Balai,Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Terap,06300, Kuala Nerang,Kedah Darul Aman.

Tuan, MEMOHON BANTUAN KAWALAN KESELAMATAN UNTUK MAJLIS PERAYAAN JUBLI PERAK SEKOLAH MENENGAH AGAMA DARIL IKTISAM Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Menengah Agama Daril Iktisam akan mengadakan Majlis Perayaan Jubli Perak pada ketentuan berikut :

Tarikh : 08, 09, 10 September 2015Hari : Selasa, Rabu & KhamisMasa : 08.00 pagi hingga 10.30 malamTempat : Sek.Men.Agama Daril Iktisam

3. Untuk makluman pihak tuan, pada 8 September 2015 akan diadakan slot motivasi bersama salah seorang Pencetus Ummah yang terkenal iaitu Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zaini atau lebih dikenali sebagai PU Yeop. Pada malam tersebut pihak penganjur menjangkakan kedatangan pengunjung yang ramai dan amat memerlukan bantuan dari pihak tuan. Pada 9 September 2015 pula pihak penganjur memerlukan bantuan kawalan trafik sempena majlis perasmian yang akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato’ Seri Mukhriz bin Mahathir. Bersama ini disertakan lampiran aturcara dan pelan jalan raya untuk perhatian tuan.

4. Oleh itu, pihak sekolah berharap pihak tuan dapat memberi perhatian dan kerjasama untuk membantu kami mengawal keselamatan lalulintas sepanjang tiga hari majlis perayaan berlangsung. Pihak sekolah turut mendahulukan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberi. Sekian untuk tindakan dan makluman tuan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

............................................En.Abd.Ghani bin Abidin,Penolong Kanan Pentadbiran,Sek.Men. Agama Daril Iktisam.

Tarikh : 20 Ogos 2015

s.k i. JK induk Perayaan Jubli Perak SMADI ii. Fail

top related