surat makluman ibu bapa
Post on 13-Jan-2016
53 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Ruj. Kami : JRA1001/SMKA/600/3/3/10 ( )
Tarikh : 15 Februari 2015
Ibu Bapa / PenjagaPeserta Lawatan Kolaborasi ke Brunei Darussalam
Tuan,
LAWATAN KOLABORASI PENDIDIKAN KE BRUNEI DARUSSALAMDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan, SMKA Johor Bahru merupakan antara calon Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu daripada program yang dinilai untuk pemilihan sekolah Kluster adalah program pengantarabangsaan yang melibatkan jaringan antarabangsa dengan pihak luar untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam era pendidikan global.
3. Sehubungan itu, SMKA Johor Bahru akan mengadakan program pengantarabangsaan Kolaborasi Pendidikan di negara Brunei dan anak-anak tuan/puan telah terpilih untuk mengikuti program ini. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran ibu bapa, senarai nama peserta, salinan tiket penerbangan dan tentatif lawatan.4. Kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung lawatan ini, sila hubungi Pn Latifah binti Tarkep ( 013-7713030) atau e-mel : latifahtarkep@yahoo.com.
Sekian. Terima kasih.
PESERTA LAWATAN ( GURU )
SENARAI NAMA PESERTA ( PELAJAR )
SENARAI KEPERLUAN UNTUK DIBAWA SEMASA LAWATAN
Pelajar diminta untuk membawa keperluan pakaian yang memadai dan mencukupi.Digalakkan untuk berkongsi beg atau bawa beg galas.
Pelajar lelaki
3 helai seluar slek hitam
Sepasang kasut hitam
t-shirt kokurikulum ( biru )
t-shirt 1M1S ( oren )
Baju kemeja batik sekolah
sepasang pakaian untuk tidurSongkok hitam
Kelengkapan mandi yang minimum
Pelajar puteri
3 helai kain hitam
Sepasang kasut hitam
t-shirt kokurikulum ( biru )
t-shirt 1M1S ( oren )
Baju kemeja batik sekolah
sepasang pakaian untuk tidur
tudung labuh hitam dan kuning air ( cream )
Kelengkapan mandi yang minimum
Kelengkapan solat
Keperluan wanita ( jika perlu )
top related