surat makluman ibu bapa

Upload: latifah-tarkep

Post on 13-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh surat makluman ibu bapa

TRANSCRIPT

Ruj. Kami : JRA1001/SMKA/600/3/3/10 ( )

Tarikh : 15 Februari 2015

Ibu Bapa / PenjagaPeserta Lawatan Kolaborasi ke Brunei Darussalam

Tuan,

LAWATAN KOLABORASI PENDIDIKAN KE BRUNEI DARUSSALAMDengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, SMKA Johor Bahru merupakan antara calon Sekolah Kluster Kecemerlangan Malaysia yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Salah satu daripada program yang dinilai untuk pemilihan sekolah Kluster adalah program pengantarabangsaan yang melibatkan jaringan antarabangsa dengan pihak luar untuk bertukar-tukar idea dan pandangan dalam era pendidikan global.

3. Sehubungan itu, SMKA Johor Bahru akan mengadakan program pengantarabangsaan Kolaborasi Pendidikan di negara Brunei dan anak-anak tuan/puan telah terpilih untuk mengikuti program ini. Bersama-sama ini disertakan surat kebenaran ibu bapa, senarai nama peserta, salinan tiket penerbangan dan tentatif lawatan.4. Kerjasama dan perhatian tuan amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung lawatan ini, sila hubungi Pn Latifah binti Tarkep ( 013-7713030) atau e-mel : [email protected].

Sekian. Terima kasih.

PESERTA LAWATAN ( GURU )

SENARAI NAMA PESERTA ( PELAJAR )

SENARAI KEPERLUAN UNTUK DIBAWA SEMASA LAWATAN

Pelajar diminta untuk membawa keperluan pakaian yang memadai dan mencukupi.Digalakkan untuk berkongsi beg atau bawa beg galas.

Pelajar lelaki

3 helai seluar slek hitam

Sepasang kasut hitam

t-shirt kokurikulum ( biru )

t-shirt 1M1S ( oren )

Baju kemeja batik sekolah

sepasang pakaian untuk tidurSongkok hitam

Kelengkapan mandi yang minimum

Pelajar puteri

3 helai kain hitam

Sepasang kasut hitam

t-shirt kokurikulum ( biru )

t-shirt 1M1S ( oren )

Baju kemeja batik sekolah

sepasang pakaian untuk tidur

tudung labuh hitam dan kuning air ( cream )

Kelengkapan mandi yang minimum

Kelengkapan solat

Keperluan wanita ( jika perlu )