sukatan pelajaran abm

Post on 07-Apr-2018

251 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 1/28

KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAHSUKATAN PELAJARAN

KELAS PERALIHAN

AMALAN

BAHASA MELAYU

2003

Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 2/28

KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAHSUKATAN PELAJARAN

KELAS PERALIHAN

AMALANBAHASA MELAYU

2003

Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 3/28

ISBN

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 4/28

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu carahidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi

kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersamasecara adil dan saksama; menjamin satu cara yang lib-eral terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya danberbagai-bagai corak; membina satu masyarakatprogresif yang akan menggunakan sains dan teknologimoden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untukmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

iii

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 5/28

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usahaberterusan ke arah memperkembang potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untukmelahirkan warganegara Malaysia yang berilmupengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapaikesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

iv

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 6/28

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 7/28

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 8/28

Di samping penguasaan bahasa, pengajaran danpembelajaran Amalan Bahasa Melayu juga dilaksanakan

sebagai satu langkah menggalakkan murid mengamalkan danmengaplikasikan segala pengetahuan dan kemahiran yangtelah mereka pelajari. Keadaan ini juga dapat membantumurid mengikuti pelajaran lebih mudah apabila meneruskanpengajian di Tingkatan 1.

Objektif 

Pada akhir program Amalan Bahasa Melayu murid dapat:

i. mempelajari, memahami dan menggunakan istilah dankata umum dalam bahasa Melayu yang berkaitan denganilmu pengetahuan dengan tepat dalam pelbagai konteksdan situasi;

ii. mengemukakan maklumat dengan tepat dalam bahasaMelayu secara lisan dan tulisan;

iii. berinteraksi dengan baik dalam bahasa Melayu di dalamdan di luar bilik darjah; dan

iv. mengamalkan nilai murni dan semangat patriotik.

Organisasi Kandungan

Kandungan Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayuberdasarkan tajuk pelajaran yang dipilih daripada beberapapengalaman pembelajaran yang pernah dilalui oleh muridsemasa berada di sekolah rendah merangkumi pengetahuanSains, Matematik, Kemahiran Hidup, dan Kajian Tempatan.

2

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 9/28

Sukatan pelajaran ini mengandungi 56 tajuk pelajaran, dandicadangkan dua tajuk pelajaran diajarkan pada setiap minggu.

Tajuk yang dipilih berkaitan dengan ilmu pengetahuan yangtelah murid peroleh di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atauTamil. Selain daripada itu, kemahiran bahasa iaitu mendengar,bertutur, membaca dan menulis perlu dititikberatkan dalampengajaran dan pembelajaran setiap tajuk pelajaran.

Organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Amalan bahasaMelayu memberi penekanan kepada hasil pembelajaran. Hasil

pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripadaobjektif kurikulum Amalan Bahasa Melayu. Pernyataan hasilpembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang setkemahiran, istilah, dan laras bahasa yang perlu dicapai olehmurid. Hasil pembelajaran dibina dengan menyepadukankemahiran bahasa, pengetahuan daripada empat matapelajaran, iaitu Sains, Matematik, Kemahiran Hidup dan KajianTempatan, serta pengisian kurikulum.

Hasil pembelajaran dalam sukatan pelajaran ini juga

berteraskan kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengardan bertutur, membaca, dan menulis yang disepadukandengan ilmu pengetahuan tentang keempat-empat matapelajaran berkenaan yang dipelajari di Sekolah JenisKebangsaan Cina dan Tamil. Walau bagaimanapun, beberapaistilah lain yang berkaitan boleh ditambah sesuai dengan

konteks dan tajuk pelajaran.

Penggunaan istilah dan kata umum tidaklah terbatas dalamhanya satu tajuk pelajaran sahaja, tetapi juga dinyatakanberulang kali dalam tajuk pelajaran yang lain supaya muriddapat menggunakan dan memperkukuhkan istilah dan kata

umum dalam pelbagai konteks. Selain daripada itu, hasilpembelajaran turut menekankan pengaplikasian atau amalan

berbahasa dalam pengajaran dan pembelajaran serta dalam3

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 10/28

kehidupan harian murid manakala tajuk yang diperkenalkandalam sukatan pelajaran ini adalah berbentuk situasi.

Pengalaman pembelajaran yang dicadangkan bagi setiap tajukpelajaran boleh diperluas dan dipelbagaikan mengikut kreativitiguru. Guru digalakkan menjalankan aktiviti tambahan yangsesuai dan berfaedah sebagai aktiviti pengukuhan.

1. Sekolahkui. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Memerihalkan sejarah dan identiti sekolah; daniii. Memerihalkan aktiviti utama sekolah.

2. Mengenal Makmal Sains Sekolah

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan peraturan di makmal sains sekolah;iii. Mengenal dan menyebut alat yang terdapat di

makmal sains sekolah; daniv. Menerangkan kegunaan dan cara menggunakan

alat sains.

3. Bermain Congkaki. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Mengenal dan menyebut nombor serta simbol

operasi;

iii. Menyatakan dan menggunakan operasimengira dalam bentuk simbol dan perkataan; dan

iv. Memerihalkan nombor dan simbol.

4

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 11/28

4. Penyenggaraan Keretai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan alatan tangan untuk kerjapenyenggaraan;

  iii. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya untuk

kerja penyenggaraan; dan

  iv. Memerihalkan cara penyenggaraan mesin mudah.

5. Rumahku, Keluargakui. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan jenis rumah dan lokasi;iii. Mengenal pasti dan menyatakan hubungan

kekeluargaan dan salasilah keluarga; daniv. Memerihalkan suatu aktiviti di rumah yang

mengeratkan hubungan kekeluargaan.

6. Sehari di Zoo Negarai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menerangkan sifat fizikal haiwan;iii. Menerangkan ciri-ciri haiwan;iv. Menerangkan ciri-ciri khas haiwan untuk melindungi

diri; danv. Menyatakan kepentingan haiwan.

7. Permainan Angkai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan ayat matematik dan bahasa yang

betul dalam operasi mengira;iii. Mengenal pasti dan melengkapkan pola nombor;

dan

iv. Memerihalkan pola nombor.

8. Keceriaan Sekolahi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyebut dan menyatakan alatan tangan

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

5

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 12/28

9. Siratan Makanani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan dan mengelaskan haiwanberdasarkan jenis makanannya;iii. Menerangkan rantai makanan;iv. Menjelaskan siratan makanan daripada rantai

makanan; danv. Menyatakan siratan makanan sebagai satu kitaran

dalam kehidupan.

10. Taman Permainani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan bentuk geometri;iii. Mengenal pasti ciri-ciri bentuk dua matra atau tiga

matra; daniv. Menyatakan bentuk dan jenis permaianan di taman

permaianan.

11. Bandar Raya Kitai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menceritakan sejarah bandar raya;iii. Menyatakan keistimewaan bandar raya dari

segi lokasi, aspek fizikal dan komposisi penduduk;dan

iv. Memerihalkan suatu perayaan di bandar raya.

12. Haiwan Kesayangankui. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyebut dan menyenaraikan haiwan

kesayangan;iii. Menerangkan ciri-ciri haiwan kesayangan; daniv. Memerihalkan haiwan kesayangan.

6

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 13/28

13. Reka Ciptai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan dan menamakan bentuk asasgeometri;iii. Menyatakan unit ukiran dan skala; daniv. Menyatakan ukuran dan melukis garisan dengan

tepat mengikut arahan untuk menghasilkan model.

14. Tanaman Hiasan

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan alatan tangan untuk kerja praktis

perkebunan;iii. Menyatakan prosedur kerja praktis perkebunan;

daniv. Memerihalkan penjagaan tanaman hiasan.

15. Menghargai Kemudahan Awami. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan jenis kemudahan awam yang terdapat

di sesuatu kawasan; daniii. Menerangkan cara yang betul penggunaan dan

penjagaan kemudahan awam.

16. Keistimewaan Manusiai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan anggota manusia;iii. Menerangkan fungsi deria manusia;iv. Menerangkan proses hidup manusia; danv. Menerangkan keistimewaan manusia.

7

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 14/28

17. Lakukan Sendirii. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan dan menamakan bentuk dua matradan tiga matra;iii. Menyatakan luas, isi padu dan perimeter sesuatu

bentuk; daniv. Mengukur dan melukis garisan dengan tepat bagi

menghasilkan model.

18. Asas Perniagaani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan barangan yang sesuai dijual secara

komisen;iii. Menerangkan perancangan untuk memulakan

 jualan dan merekod jualan; daniv. Menyatakan faedah menjual barang secara

komisen.

19. Masyarakat Penyayangi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan budaya, agama dan kepercayaan

masyarakat Malaysia; daniii. Menyatakan keunikan masyarakat negara kita.

20. Tumbuhan-Tumbuhan dan Keindahan Alami. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan pertumbuhan tumbuhan;iii. Menerangkan cara pembiakan tumbuhan;iv. Menyatakan gerak balas tumbuhan terhadap

rangsangan; danv. Memerihalkan sumbangan tumbuhan terhadap

alam.

8

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 15/28

21. Mari Kita Carii. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan sisi dan sudut pada bentuk geometridan;iii. Menyatakan bentuk dan ukuran peralatan dalam

bilik darjah, gelanggang permainan dan melukispelan.

22. Tenaga Elektriki. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan sumber tenaga elektrik;iii. Menyatakan komponen litar elektrik mudah dan

fungsinya; daniv. Menerangkan sesuatu ciptaan yang menggunakan

litar elektrik mudah.

23. Negara Indah Permaii. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Mengenal pasti ciri fizikal negara kita;iii. Mengenal pasti dan menyatakan tempat

peranginan dan rekreasi dalam negara; dan

iv. Menyatakan kepentingan mengekalkan keindahanalam sekitar.

24. Litar Elektriki. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan komponen litar elektrik lengkap;iii. Mengenal pasti bahan yang boleh mengalirkan

arus litar elektrik; daniv. Memerihalkan pembinaan satu litar elektrik yang

lengkap.

9

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 16/28

25. Pasar Rayai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan nilai wang dalam ringgit dan sensesuatu barangan; daniii. Menyatakan dan membuat anggaran perbelanjaan

berhemah.

26. Mesini. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Mengenal pasti jenis mesin ringkas dan mesinkompleks; dan

iii. Menerangkan kegunaan mesin ringkas danmesinkompleks dalam kehidupan.

27. Keselamatan Diutamakani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Mengenal pasti bentuk kerosakan luaran peralatanelektirk yang membahayakan;

iii. Menyatakan cara menjaga keselamatan semasa

menggunakan peralatan elektrik; daniv. Menjelaskan akibat kecuaian semasa

menggunakan peralatan elektrik.

28. Perkhidmatan Posi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan unit timbangan dan kadar bayaran; daniii. Memerihalkan jenis perkhidmatan di pejabat pos.

10

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 17/28

29. Sistem Raja Berperlembagaani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan negeri-negeri, ibu negeri dan bandardiraja di Malaysia;iii. Menerangkan lagu, bendera, jata dan lambang lain

yang menjadi identiti negara; daniv. Menyatakan struktur pentadbiran negara.

30. Sumber Semula Jadi

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menerangkan bahan asli dan bahan sintetik;iii. Menerangkan sumber semula jadi bagi bahan asli

dan bahan sintetik; daniv. Memerihalkan objek berdasarkan bahan dan

sumber semula jadi.

31. Persatuan Penggunai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan hak pengguna;

iii. Menyatakan peranan persatuan pengguna; daniv. Mengenal pasti dan menyatakan masalah

kepenggunaan.

32. Hari Kantini. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan jenis barang jualan;iii. Merancang strategi jualan; daniv. Menyatakan dan membuat anggaran perbelanjaan.

11

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 18/28

33. Kesetiaan kepada Negarai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan peranan dan tanggungjawab sebagaiseorang warganegara; daniii. Menyatakan cara rakyat menunjukkan kesetiaan

kepada negara.

34. Keunikan Haba dan Cahayai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Mengenal pasti sifat haba dan cahaya;iii. Menyatakan warna dalam spektrum cahaya;iv. Menerangkan dan mengklasifikasi bahan

berdasarkan kebolehan cahaya menembusi bahan;dan

v. Memerihalkan kepentingan cahaya dalam

kehidupan.

35. Kenali Diri dan Rakan Sebayai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan maklumat diri berkaitan umur, berat

dan tinggi;

iii. Menyatakan purata umur, berat, dan tinggikumpulan murid; dan

iv. Menyatakan maklumat dalam bentuk grafik.

36. Zaman Kegemilangan Kesultanan Melayu Melakai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan sejarah Kesultanan Melayu Melaka;iii. Menyatakan sistem Pentadbiran Kesultanan

Melayu Melaka; daniv. Memerihalkan tokoh zaman Kesultanan Melayu

Melaka.

12

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 19/28

37. Perubahan Bentuk Airi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menerangkan perubahan keadaan air apabiladipanaskan atau disejukkan; daniii. Memerihalkan kegunaan air dan ais dalam

kehidupan.

38. Hari Lahiri. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan jenis pecahan;iii. Menjelaskan konsep pecahan; daniv. Memerihalkan agihan kek dalam majlis hari lahir.

39. Pejuang Kemerdekaan Tanah Airi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Mengenali dan menyatakan tokoh yang telah

memperjuangkan kemerdekaan tanah air; daniii. Menyatakan dan menghargai jasa tokoh negara.

40. Makanan dan Rasanyai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Mengelaskan pelbagai rasa makanan;iii. Menerangkankan sifat kimia makanan yang neutral,

mengandungi asid dan alkali; daniv. Menjelaskan kesan sampingan makanan yang

mengandungi asid berlebihan.

13

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 20/28

41. Sukan Minii. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan unit ukuran jarak dan masa denganbetul dan tepat;iii. Menyatakan perkaitan antara pecahan dan

nombor perpuluhan; daniii. Memerihalkan keputusan acara sukan.

42. Seni Warisan Bangsa

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan dan mengelaskan jenis alat muzik dan

tarian tradisional, kraf tangan dan senimempertahankan diri; dan

iii. Menyatakan dan menghargai seni warisan bangsa.

43. Pengawetan Bahan Makanan

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan kaedah mengawet bahan makanan;iii. Menerangkan cara mengawet makanan; daniv. Menyatakan kepentingan pengawetaan makanan.

44. Ukuran Gelanggani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan ukuran jejari dan diameter;iii. Menyatakan perimeter dan luas; daniv. Memerihalkan ukuran gelanggang permainan.

14

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 21/28

45. Memelihara dan Memulihara Sumber Negarai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan pelbagai sumber, mengenal pastidan menyatakan jenis sumber yang bolehdibaharui dan yang tidak boleh dibaharui;

iii. Menyatakan kesan kegiatan mendapatkan sumbersecara tidak terancang kepada alam sekitar; dan

iv. Mengenal pasti dan menerangkan langkah

memelihara dan memulihara sumber negara.

46. Bahan dan Manusiai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan sifat fizikal bahan;iii. Menyatakan hubung kait sifat fizikal bahan dengan

kegunaannya; dan

iv. Memerihalkan kepentingan bahan asli danbahan sintetik kepada manusia.

47. Menabungi. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan kebaikan menabung dan berjimat

cermat;iii. Menyatakan cara menabung yang bijak; daniv. Menyatakan kesan berbelanja lebih.

48. Malaysia Maju dan Makmuri. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan pelbagai jenis kegiatan ekonomi yangterdapat di Malaysia;

iii. Menyatakan kepentingan kegiatan ekonomi kepadanegara; dan

iv. Memerihalkan satu daripada kegiatan ekonomi

tempatan. 15

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 22/28

49. Perjalanan dengan Kereta Apii. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan masa dan waktu; daniii. Menyatakan maklumat tentang jadual perjalananpengangkutan awam;

50. Bangunan dan Strukturnyai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Mengenal pasti bentuk sesuatu binaan;

iii. Menerangkan faktor yang menentukan kestabilandan kekuatan struktur sesuatu bangunan; dan

iv. Memerihalkan perbezaan bentuk sesuatu binaan.

51. Kejayaan Ekonomi Malaysiai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menyatakan faktor yang mempengaruhi

perkembangan ekonomi negara; daniii. Menerangkan peranan kerajaan dan swasta

dalam menjamin perkembangan ekonomi yang

berterusan.

52. Bumi Kitai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menerangkan bentuk dan tarikan graviti bumi;iii. Mengenal pasti lapisan bumi dan bahagian

permukaan bumi; daniv. Mensyukuri penciptaan bumi oleh Tuhan.

16

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 23/28

53. Sistem Suriai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan planet dalam sistem suria;iii. Menyatakan ahli sistem suria; daniv. Mengagumi keindahan alam semesta ciptaan

Tuhan.

54. Malaysia di Arena Antarabangsai. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan pertubuhan yang dianggotai olehMalaysia; dan

iii. Menyatakan penglibatan Malaysia di peringkatantarabangsa dalam bidang ekonomi, sosial danpolitik.

55. Gerhana

i. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;ii. Menerangkan fenomena gerhana bulan dan

gerhana matahari; dan

iii. Memerihalkan keadaan di bumi semasa gerhana.

56. Markah Peperiksaani. Menyebut dan menggunakan istilah dalam konteks;

ii. Menyatakan penukaran pecahan dan nomborperpuluhan kepada peratus; dan

iii. Memerihalkan keputusan markah peperiksaan.

17

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 24/28

PENGISIAN KURIKULUM

Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu,kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran

bernilai tambah. Kemahiran bernilai tambah merujuk kepadakemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dankomunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan,kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, danpembelajaran kontekstual. Penerangan ringkas bagi setiapelemen diberikan di bawah:.

1.0 Ilmu

Ilmu pengetahuan merangkumi pelbagai bidang ilmu dandisiplin, contohnya dalam bidang sains dan geografi yangdapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasadan kemahiran bahasa. Ilmu juga termasuk perkarasemasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalampengajaran dan pembelajaran.

2.0 Nilai Murni

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Amalan BahasaMelayu adalah untuk melahirkan insan yang baik sertamemiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalannilai murni bertujuan untuk membentuk generasi mudayang berhemah tinggi dan berperibadi mulia, Pemahaman

dan kesedaran tentang nilai murni masyarakat Malaysiaharus dipupuk secara langsung dan tidak langsung selarasdengan nilai sejagat.

18

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 25/28

19

3.0 Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dan kewarganegaraandalam pendidikan Amalan Bahasa Melayu mengutamakanpemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Disamping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untukmelahirkan warganegara yang baik dan meningkatkankomitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan Sosiobudaya

Peraturan sosiobudaya dalam pembelajaran AmalanBahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, larasbahasa, dan peribahasa. Peraturan sosiobudaya inimencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakatMalaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan

dalam bilik darjah dan dapat diaplikasikan dalamkehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yangglobal. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkanialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumatdan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian

masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajarankonstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.Penerangan ringkas tentang kemahiran bernilai tambahdinyatakan di bawah.

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 26/28

20

5.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada muridmelalui soalan dan aktiviti yang memerlukanpemikiran kritis dan kreatif dalam aktivitimendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran berfikir sama ada dari segimengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalahatau membuat keputusan adalah penting dalam

kehidupan harian dan kerjaya murid pada masadepan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat danKomunikasi

Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasiperlu diajarkan kepada murid supaya mereka

boleh menggunakan komputer untuk tujuankomunikasi seperti menghantar dan menerimae-mel, menggunakan aplikasi perisian dalammenyempurnakan tugasan harian, danmengakses maklumat melalui internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan

kepada murid supaya mereka peka terhadapteknik pembelajaran yang berkesan.Penguasaan kemahiran ini membolehkan mu-rid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindakuntuk menghadapi dunia yang sering berubah,dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 27/28

21

5.4 Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatanpengajaran mendidik murid agar lebih prihatinterhadap sesuatuperkara atau isu yang berlakupada masa lampau, masa kini, dan masa depan.Ini bermakna murid dapat membuat ramalan,menjangka akibat, serta mengendalikanperubahan supaya mereka mendapat manfaatyang maksimum.

5.5 Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasanverbal-linguistik, logik-matematik, muzik,kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal, dannaturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkanpotensi kecerdasan murid dengan menyediakan

gaya pembelajaran yang sesuai dengan minatdan kecenderungan mereka kerana setiapindividu mempunyai kecerdasan dan kebolehan

yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan

dapat melahirkan murid yang boleh membinapemahaman dan pengetahuan baru merekasendiri berdasarkan pengetahuan danpengalaman sedia ada. Pembelajaran inimenjadikan murid lebih faham, lebih yakin danseronok untuk belajar sepanjang hayat.

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

8/6/2019 sukatan pelajaran ABM

http://slidepdf.com/reader/full/sukatan-pelajaran-abm 28/28

5.7 Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual ialah kaedahpembelajaran yang menggabungkan isi pelajarandengan pengalaman harian murid, masyarakatdan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstualdisampaikan dalam persekitaran yang pelbagai,secara konkrit, serta melibatkan latihamal, dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila

murid berupaya menghubungkaitkanpengetahuan baru secara bermakna dan

menghayati kerelevanan pembelajaran.

22

Sukatan Pelajaran Amalan Bahasa Melayu

top related