stres - infosihat.gov.my · kemampuan daya tindak. ... hubungan interpersonal mengalami masalah (...

Post on 29-May-2019

229 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

STRES

2

MENANGANI STRES

1. Stres adalah sebahagian daripada kehidupan kita sehari-hari.

2. Stres boleh mempengaruhi kita melalui pelbagai cara.

3. Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat daripada stres.

Mesej Utama

3

MENANGANI STRES

4. Kemarahan boleh mempengaruhi kehidupan kanak-kanak.

5. Salah satu cara untuk mengurangkan stres adalah dengan mengendalikan kemarahan secara berkesan.

6. Orang dewasa boleh membantu kanak-kanak supaya menjadi lebih tabah terhadap perasaan marah.

Mesej Utama

4

1. STRES - SEBAHAGIAN

DARIPADA KEHIDUPAN KITA

SEHARI-HARI

1.1. Stres adalah tindak balas fizikal,

emosi dan mental kepada

perubahan / cabaran.

1.2. Terdapat banyak punca stres.

5

2. STRES BOLEH MEMPENGARUHI

KITA MELALUI PELBAGAI CARA

2.1. Reaksi terhadap stres berbeza.

2.2. Stres boleh memberi kesan positif / negatif kepada individu.

2.3. Akibat stres berbeza dari segi penonjolan & tahap keseriusan.

2.4. Stres boleh dikendalikan.

6

3. KEMARAHAN ADALAH SATU

MASALAH EMOSI PALING

UTAMA AKIBAT DARIPADA STRES

3.1. Kemarahan adalah perasaan semulajadi setiap individu.

3.2. Kemarahan boleh ditunjukkan dengan pelbagai cara.

3.3. Kemarahan yang tidak terkawal akan memudaratkan diri & orang lain.

7

4. KEMARAHAN BOLEH MEMPENGARUHI

KEHIDUPAN KANAK-KANAK

4.1. Kemarahan orang dewasa

sering menjadikan kanak-

kanak sebagai mangsa.

4.2. Kanak-kanak boleh mengalami

kemarahan.

8

5. SALAH SATU CARA MENANGANI STRES :

MENGENDALIKAN KEMARAHAN

SECARA BERKESAN

5.1. Kita harus mengenalpasti perasaan marah dan belajar cara berkesan untuk mengawal dan menangani kemarahan.

5.2. Kanak-kanak boleh belajar cara-cara mengurangkan kemarahan.

9

6. ORANG DEWASA BOLEH

MEMBANTU KANAK-

KANAK MENJADI TABAH

MENGATASI PERASAAN

MARAH

6.1. Orang dewasa perlu mengenalpasti bila kanak-kanak marah.

6.2. Sokongan daripada orang dewasa adalah perlu agar kanak-kanak dapat menangani kemarahan dengan lebih berkesan.

10

1. STRES ADALAH SEBAHAGIAN

DARIPADA KEHIDUPAN KITA

SEHARI-HARI

1.1. Stres adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap perubahan

• Boleh dialami samada di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun semasa bersukan dan beriadah.

• Boleh juga menjadi faktor motivasi.

• Setiap invididu memberi persepsi yang berbeza terhadap stres.

• Tindakbalas ke atas stres boleh berlaku secara positif atau negatif.

• Kanak-kanak juga sering mengalami stres.

11

Peribadi / Diri Cita-cita, harapan, harga diri, rasa selamat, keyakinan(tergugat)

• Takut untuk gagal.

• Perubahan pada tubuh badan, penyakit.

• Perbandingan dengan orang lain seperti adik-beradik atau kawan.

• Ejekan oleh orang lain misalnya “awak tidak berguna”.

1.2. Punca Stres

12

1.2. Punca Stres

Rumah

• Konflik antara ibu bapa,

perpisahan/penceraian ibu bapa

• Kehilangan atau perpisahan

akibat dari kematian

• Tidak mampu untuk memenuhi

kehendak ibu bapa

• Konflik dengan ibu bapa dan

adik-beradik.

13

1.2. Punca Stres

Rumah • Ibu bapa jatuh sakit/ masuk wad

• Kelahiran adik baru

• Pindah rumah/ sekolah

• Kematian/ kehilangan haiwan

kesayangan

• Perubahan pekerjaan ibu bapa

(mereka ditinggalkan untuk

tempoh yang lama)

• Didera & diabaikan.

14

Sekolah • Mula bersekolah

• Bertukar sekolah

• Perkelahian dengan rakan-rakan

(berpanjangan & serius)

• Dibuli

• Mengambil bahagian terlalu

banyak aktiviti

• Kehendak yang tinggi

• Kehilangan sahabat yang rapat

1.2. Punca Stres

15

Masyarakat • Kekurangan dari segi sosio-ekonomi

(tiada tempat permainan, tiada

sistem pembetungan, air dan

elektrik.

• Tempat tinggal sempit.

• Persekitaran dan kejiranan yang

kurang selamat ( penyalahgunaan

dadah, pelacuran).

1.2. Punca Stres

16

2. STRES BOLEH

MEMPENGARUHI KITA

MELALUI PELBAGAI CARA

2.1. REAKSI TERHADAP STRES

ADALAH BERBEZA

2.1.1 Reaksi terhadap stres bergantung

kepada :

Tempoh perkembangan kanak-

kanak tersebut.

Kemampuan daya tindak.

Tempoh.

Intensiti.

Tahap sokongan yang diberikan.

17

REAKSI TERHADAP STRES

ADALAH BERBEZA

Dua indikator boleh dilihat ialah:-

• Perubahan tingkahlaku

• Kemorosotan tingkahlaku.

18

2.1.3 REAKSI TERHADAP

STRES DI KALANGAN

KANAK-KANAK ADALAH:-

Peringkat awal kanak-kanak Memencilkan diri..

Perasaan bahawa mereka tidak

disayangi.

Sikap bergantung kepada orang

lain.

Sikap tidak mempercayai sesiapa.

Tidak hadir ke sekolah atau tidak

berkawan.

Bersikap menentang atau tidak

mematuhi arahan.

Panas baran.

Masalah untuk melahirkan

perasaan.

19

2.1.3 REAKSI TERHADAP STRES DI

KALANGAN KANAK-KANAK

ADALAH:-

Peringkat pertengahan kanak-kanak

Bimbang tentang masa depan.

Mengadu sakit kepala.

Mengalami masalah untuk tidur.

Hilang selera makan.

Mengalami masalah menumpukan

perhatian

di dalam kerja sekolah.

Kencing malam.

20

2.1.3 REAKSI TERHADAP STRES

DI KALANGAN KANAK-

KANAK ADALAH:-

Remaja pula boleh mengalami :

Merasa marah

Merasa kecewa

Kurang rasa keyakinan diri.

Mempunyai rasa tidak percaya

yang umum terutamanya

terhadap orang dewasa.

21

2.2. STRES BOLEH MEMBERI KESAN

POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA

INDIVIDU

Kesan positif stres Mampu memotivasi seseorang untuk

memperbaiki diri.

Membantu kanak-kanak membuat

pilihan, mencari jalan penyelesaian

atau membuat sesuatu yang

membuatkan mereka merasa selesa.

Lebih berupaya menerima cabaran

atau memberikan komitmen.

22

Kesan negatif stres

Merendahkan harga diri individu :- Menangis.

Membuat perangai.

Mengundurkan diri daripada

situasi tidak disenanginya.

Risau.

Tertekan atau memencilkan diri.

Menjadi marah atau agresif (lisan

dan fizikal).

Fizikal ( letih, sakit kepala/perut)

2.2. STRES BOLEH MEMBERI KESAN

POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA

INDIVIDU

23

Kesan negatif stres

Tingkahlaku ekstrim/pelakuan

berisiko tinggi

penyalahgunaan dadah,

merokok

lumba haram

mencuri

mencederakan diri.

2.2. STRES BOLEH MEMBERI KESAN

POSITIF ATAU NEGATIF KEPADA

INDIVIDU

24

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

Simptom psikologikal: Tidak mampu untuk membuat keputusan.

Daya tumpuan lemah.

Daya ingatan dan perhatian kurang.

Mengalami mimpi buruk.

Berfikiran negatif serta mudah putus asa.

Merasa dirinya tidak berharga serta

cenderung untuk mencederakan diri.

25

Simptom psikologikal Sering merasa risau tentang masa

depan.

Mengalami kesukaran untuk tidur.

Kencing sewaktu tidur.

Perubahan dalam selera makan

(selera makan yang keterlaluan

atau berkurangan)

Perubahan berat badan yang

ketara.

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

26

Simptom emosi Kelihatan takut, sensitif, marah-

marah, risau atau gelisah.

Kelihatan terganggu/bermasalah,

berasa sedih, rendah diri, kurang

keyakinan, murung dan risau.

Mudah terkejut, pilu, marah, benci,

rasa bersalah dan malu.

Akan menghadapi masalah kurang

minat terhadap aktiviti harian.

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

27

Fizikal Lebih terdedah kepada kemalangan,

sakit kepala / perut.

Mudah letih,

Sembelit / cirit-birit

Menggigit kuku.

Berasa tegang

Kesukaran tidur

Sakit-sakit badan, mudah terperanjat.

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

28

Fizikal Mempunyai degupan jantung yang

kencang.

Loya.

Perubahan selera makan.

Perubahan berat badan.

Sakit di seluruh badan.

Kerap demam.

Akan kerap mendapat jangkitan,

asma, ekzema atau migrain.

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

29

Tingkahlaku Kurang selera makan.

Mengabaikan penjagaan diri.

Keras kepala

Tingkahlaku yang agresif seperti suka

membuli, berbohong, mencuri, laku musnah

dan mengasing diri.

Makan secara berlebihan, tidur sepanjang

masa dan merungut

Mungkin terlibat dengan penyalahgunaan

dadah / ubat-ubatan untuk merawat diri

sendiri.

2.3. AKIBAT DARIPADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

30

Hubungan Interpersonal

Mengalami masalah ( dalam

perhubungan dengan orang lain

seperti dengan kawan-kawan dan ibu

bapa ) di sekolah, atau rumah

Ini akan menimbulkan perasaan

takut, risau, memencilkan diri, atau

terasa dipulaukan.

2.3. AKIBAT PADA STRES

BERBEZA DARI SEGI PENONJOLAN

DAN TAHAP KESERIUSAN

31

2.4. STRES BOLEH DIKENDALIKAN

Bertenang.

Berfikiran positif.

Menyukai diri sendiri.

Kongsi masalah dengan

keluarga dan kawan-kawan.

Merancang masa dengan baik.

32

Adakan hobi.

Relaks dan beriadah.

Bersifat asertif – berani berkata “TIDAK”.

Tetapkan matlamat yang realistik.

2.4. STRES BOLEH DIKENDALIKAN

33

Amalkan cara hidup sihat seperti

bersenam selalu,

makan secara sihat

tidur secukupnya.

jangan merokok atau minum

minuman keras.

2.4. STRES BOLEH DIKENDALIKAN

34

3. KEMARAHAN ADALAH SATU MASALAH

EMOSI UTAMA AKIBAT STRES

3.1. Kemarahan adalah perasaan

semulajadi yang ada pada

setiap individu. Kemarahan

merupakan kesan emosi

akibat daripada:-

Sakit hati / kecewa.

Ancaman / ugutan.

Kehilangan.

35

KEMARAHAN hanya akan

menjadi satu masalah apabila :

Berlaku terlalu kerap.

Keterlaluan.

Berpanjangan.

Berlaku dalam situasi

yang tidak sesuai.

Membawa kepada

tindakan agresif.

36

3.2 Kemarahan boleh

manifestasi dalam 3 cara:

1. Tindakbalas fizikal – berasa tegang

pada bahagian dada, kesukaran

bernafas, jantung berdegup kencang

dan kesukaran untuk tidur.

2. Tindakbalas emosi – tingkahlaku yang

menyakitkan hati orang lain, syak-

wasangka, murung, sukar untuk

memaafkan, kurang kreatif, terganggu

dan marah yang tidak terkawal.

37

3. Tindakbalas tingkahlaku.

Bertindak agresif (contohnya menengking, membaling barang atau mencederakan orang).

Bersikap pasif (memendam perasaan dan menarik diri).

Pasif agresif (tidak menunjukan secara langsung walaupun dia tidak setuju)

Menjauhkan diri dan menafikan

38

4. KEMARAHAN BOLEH MEMPENGARUHI

KEHIDUPAN KANAK-KANAK

4.1 Kemarahan orang dewasa sering

menjadikan kanak-kanak sebagai

mangsa.

4.2 Kanak-kanak boleh mengalami

kemarahan. Punca-punca kemarahan : Perbalahan/percanggahan pendapat dengan

orang dewasa, rakan-rakan dalam isu

kepercayaan dan nilai seperti melakukan

kerja rumah, membersihkan bilik dan pilihan

pakaian.

Kekecewaan akibat halangan untuk

melakukan sesuatu. Contoh: keluar bermain,

menonton televisyen.

39

Kehendak yang tidak dipenuhi. Contoh: permainan baru, keluar bermain, bercuti, telefon bimbit, baju baru, tindik telinga, mewarnakan rambut.

Pelanggaran hak mereka. Contoh: ketidakadilan, dimalukan, penderaan fizikal atau kata-kata, hilang kepercayaan.

Infleksibiliti – Perkara utama yang menyebabkan kemarahan ialah kepercayaan yang terlalu rigid dan tidak boleh diubah. Contoh: ‘hendaklah’ dan ‘mestilah’.

“Tidak fleksibel”

“Kanak-kanak perempuan tidak boleh duduk di

tangga rumah”

PUNCA-PUNCA KEMARAHAN :

40

5. SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN

STRES ADALAH DENGAN MENANGANI

KEMARAHAN SECARA BERKESAN

Langkah-langkah 1) Kenalpasti perasaan marah – Langkah

pertama adalah dengan mengenalpasti perasaan marah anda. “Saya marah”.

2) Bertenang (kira hingga 10, tarik nafas panjang, mengucap).

3) Berfikir dahulu sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.

4) “Saya perlu bertenang”.

41

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

KEMARAHAN DENGAN BAIK

5) Nyatakan dan kenal pasti punca

kemarahan anda.

“Kenapa saya marah?”

“Kenapa dia bertindak sedemikian

terhadap saya?”

6) Jangan berkata sesuatu untuk

menyakitkan hati atau menghukum

orang lain.

“Awak bodoh”

“Saya tidak mahu bercakap dengan

awak”

“Saya benci awak”

42

7) Fokuskan kepada isu sebenar dan jangan mengungkit perbalahan lalu

“Saya sangat marah kerana awak

patahkan pensel saya minggu lepas”

“Awak tidak benarkan saya bermain bersama-sama awak kelmarin”

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

KEMARAHAN DENGAN BAIK

43

8) Bertegas diri (Asertif) dengan zahirkan

kemarahan secara positif.

9) Jelaskan kepada individu berkenaan tanpa

menyalahkan mereka.

10) Gunakan perkataan “Saya” berbanding

“Awak”untuk menggalakkan perbincangan.

Contoh: “Saya berasa sangat marah

apabila …” bukan “Awak membuatkan

saya marah”. Ini akan membuatkan

seseorang itu lebih bertanggungjawab

terhadap tindakannya.

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

KEMARAHAN DENGAN BAIK

44

11) Cuba bertenang dan kawal suara.

12) Mendengar.

13) Memaafkan orang lain

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

KEMARAHAN DENGAN BAIK

45

Kanak-kanak perlu belajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menerima pendapat, & cadangan orang lain.

Dapatkan pertolongan (terlalu susah untuk ditangani/menggugat keselamatan) contoh: apabila seseorang kanak-kanak dibuli

Menulis dan mencurahkan perasaan anda

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI

KEMARAHAN DENGAN BAIK

46

5.2. KANAK-KANAK BOLEH BELAJAR

CARA-CARA UNTUK MENGURANGKAN

KEMUNGKINAN UNTUK MENJADI MARAH

Berfikir secara positif.

Mempunyai hobi.

Luangkan masa untuk belajar dan

bermain.

Jangan memperbesar dan

meremehkan sesuatu perkara.

Tidur awal dan bangun awal.

Dapatkan mentor / seseorang untuk

berbicara.

Amalkan cara hidup sihat.

KEMAHIRAN

Kemahiran menangani kemarahan

Berhenti

Berfikir

Bertindak

1. Lihat dan dengar.

2. Elakkan bertindak

mengikut perasaan

3. Membenarkan kanak-kanak

meluahkan perasaan.

4. Mengenalpasti kekunci

kemarahan dan penawar individu

Mencari ikhtiar dan mempertimbangkan

kekuatan dan kelemahan setiap pilihan.

(Rujuk penyelesaian masalah IDEAL).

Membuat pilihan dan bertindak

Kekunci

Kemarahan

Individu

Mengenali punca kemarahan.

Mengenalpasti perasaan

kemarahan

Kekunci

Kemarahan

Individu

Langkah-langkah menangani

kemarahan. (Kira hingga 10,

tarik nafas panjang)

48

6. ORANG DEWASA BOLEH MEMBANTU KANAK-

KANAK MENJADI LEBIH TABAH TERHADAP

PERASAAN MARAH

kanak-kanak:-

tiada kawan.

selalu menyendiri.

mempunyai pandangan negatif

terhadap kebolehannya.

Suka menangis.

agresif.

Tidak boleh memberi perhatian yang

lama.

6.1. Orang dewasa perlu mengenalpasti

kanak-kanak yang mengalami Kemarahan

Carta semak

49

Kanak-kanak memerlukan sokongan

daripada :ibu bapa, guru dan kawan-

kawan

Luangkan masa dan galakkan

mereka berbicara tentang

permasalah mereka.

6.2. SOKONGAN DARIPADA ORANG

DEWASA AMAT PERLU BAGI KANAK-

KANAK UNTUK MENANGANI KEMARAHAN

DENGAN LEBIH BERKESAN

50

Bantu kanak-kanak untuk membina harga

diri.

Bantu kanak-kanak untuk bertindak asertif

Ajar cara-cara menangani kemarahan

secara sihat - bertenang, kawal rasa

marah, rancang cara penyelesaian dan

berkongsi cara penyelesaian dengan

orang lain.

SOKONGAN DARIPADA ORANG DEWASA

ADALAH PERLU

51

• Luangkan masa untuk

berbicara mengenai masalah

mereka

• Bantu kanak-kanak kemahiran

menyelesaikan masalah

(IDEAL).

SOKONGAN DARIPADA ORANG

DEWASA ADALAH PERLU

52

IDEAL I Identify the problem (Kenalpasti

masalah sebenar) D Describe possible options (Terangkan atau cari cadangan

penyelesaian yang ada) E Evaluate consequences of each

options (the pros and cons) (Buat penilaian setiap cadangan – kebaikan/keburukan

A Act (Bertindak berdasarkan pilihan

yang terbaik) L Learn (Belajar dari pengalaman

samada hasilnya berjaya atau tidak).

53

Meramal (menjangka) situasi stres dan

bantu mereka untuk lebih bersedia.

Jangan bebankan mereka dengan

tanggungjawab-tanggungjawab / aktiviti-

aktiviti yang banyak.

Gunakan jenaka (gentle humour).

SOKONGAN DARIPADA ORANG

DEWASA ADALAH PERLU

54

Galakkan kanak-kanak untuk membentuk sokongan sosial. Contohnya kawan, datuk nenek dan saudara-mara.

Galakkan kanak-kanak untuk beriadah contohnya bersenam.

Galakkan kanak-kanak untuk mempunyai minat yang lain contohnya melaksanakan kegiatan luar, hobi.

Dapatkan khidmat pakar sekiranya tidak dapat menangani masalah tersebut.

SOKONGAN DARIPADA ORANG

DEWASA ADALAH PERLU

55

Permasaalah antara ibu bapa – tangani secara efektif.

Selesaikan permasaalah dengan berkesan dan jangan libatkan kanak-kanak di dalam perkelahian.

Jangan bertengkar dan mengkritik satu sama lain di hadapan kanak-kanak.

Yakinkan kanak-kanak bahawa mereka bukannya punca permasaalahan tersebut.

SOKONGAN DARIPADA ORANG

DEWASA ADALAH PERLU

top related