spibac: kaedah mengesan kewujudan jin … · kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam surah...
Post on 14-Mar-2019
266 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
SPIBAC: KAEDAH MENGESAN KEWUJUDAN
JIN BERDASARKAN PERUBAHAN WARNA
AURA
Yohan Kurniawan, Burhan Bin Che Daud dan Hishamuddin Md Som
Universiti Malaysia Kelantan
Email: yohan@umk.edu.my
Abstrak: Kewujudan makhluk ghaib (jin) telah lama dipercayai oleh masyarakat di
Nusantara, khasnya kaum Melayu di Malaysia. Objektif kajian menguji dan membangunkan
kaedah baharu untuk mengenalpasti kewujudan jin secara saintifik. Kaedah baharu yang
dibangunkan untuk mengesan kewujudan jin secara ilmiah disebut SPIBAC (Spirit „s
Phenomena Based on The Aura‟s Color). Kajian yang dijalankan menggunakan metod
eksperimen, peralatan kajian yang digunakan adalah WinAura Pro dan alat pengeras suara
mini. Kajian dijalankan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), kampus kota, Kota Bharu,
Kelantan. Responden kajian sebanyak 3 orang yang memiliki jin saka. Kajian ini dibahagikan
menjadi dua kumpulan iaitu responden tanpa jin saka dan responden dengan jin saka. Hasil
kajian mendapati bahawa responden yang tidak memiliki jin saka tidak menunjukkan warna
aura merah, demikian juga dengan responden yang memiliki jin saka sebelum mendapat
perlakuan surah Al-Fatihah juga tidak menunjukkan warna aura merah. Semasa diberi
perlakuan berupa surah Al-Fatihah, responden dengan jin saka menunjukkan warna aura
merah secara konsisten dan berterusan pada bahagian badan tertentu (kepala, tekak, dan
bahagian badan sebelah kiri). Simpulan kajian menunjukkan bahawa kaedah SPIBAC dapat
digunakan untuk mengesan kewujudan makhluk ghaib (jin) secara saintifik. Impak kajian
adalah pembinaan peralatan baharu dan inovatif untuk mengesan kewujudan jin dalam badan
seseorang.
Kata kunci: WinAura Pro, warna aura merah, makhluk ghaib (jin), saintifik, eksperimental
1. PENDAHULUAN
Jin merupakan salah satu makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah selain Malaikat. Kewujudan dan kehidupan jin dikisahkan dalam Surah Al-Jinn. Surah Al-Jinn merupakan surah ke-72 dalam Al-Quran dan tergolong Surah Makkiyah dan terdiri atas 28 ayat. Surah ini dinamakan al-Jinn yang bererti jin dan diambil daripada perkataan Al-Jinn yang terdapat pada ayat pertama surah ini (Wikishia, 2016). Surah ini menceritakan bahawa jin sebagai makhluk halus telah mendengar pembacaan Al-Quran dan mereka mengikuti ajaran Al-Quran tersebut. Surah Al-Jinn ayat 11 menjelaskan bahawa jin juga dibebani dengan beban-beban syariat, bukan makhluk yang bebas berbuat sesukanya; Dalam dunia jin terdapat jin yang shalih dan tidak shalih iaitu jin yang fasiq, fajir dan kafir; Dalam dunia jin terdapat firqah yang bermacam-macam dan pemikiran yang bermacam-macam pula; perpecahan dan kekelompokkan adalah sunnatullah, ianya suatu hal yang Allah takdirkan pasti terjadi bahkan dalam dunia jin sekalipun; Di dunia jin pun terdapat dakwah. Surah Al-Jinn ayat ke-12 menjelaskan bahawa jin memiliki qudrah yang tidak dimiliki manusia, semisal bias terlihat dan bias tidak terlihat. Sebahagian jin dapat terbang, dapat berjalan di atas air, dapat menempuh jarak jauh
International Malaysia-Indonesia-Thailand Symposium on Innovation and Creativity (iMIT-SIC), Vol 1 (2017) pp 1- 4 e-ISBN: 978967xxxxxxx
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
dalam masa yang pantas, dan lain sebagainya. Akan tetapi dengan semua kemampuan tersebut, mereka merasa lemah dan kecil di hadapan Allah kerana mereka mengakui qudrah Allah itu agung dan sempurna (Wikishia, 2016). Objektif kajian ini adalah membuktikan kewujudan jin berdasarkan pendekatan saintifik.
Jin secara bahasa bererti tersembunyi, kerana mereka hidup dalam keadaan tersebut (Ibrahim,
2012). Dalam Muhith al-Muhith dijelaskan:”Sesungguhnya jin itu kebalikan (alam) manusia,
atau segala sesuatu yang tersembunyi (tidak tertangkap) oleh indera sebagaimana halnya
malaikat dan syaitan (Ibrahim, 2012).” Kata “jin” bentuknya plural (jamak) sedangkan
bentuk tunggalnya (mufrad) adalah “jinni” (Ibrahim, 2012).
Asy-Syibli meriwayatkan dari Ibnu Duraid dikatakan bahawa “Jin itu berbeza dengan
manusia, dikatakan “Jannahu allail, wa ajannahu, wa janna „fllaihi, wag hath-thahu”
memiliki makna yang sama, iaitu apabila menutupinya (Ibrahim, 2012).
Jin sebagai salah satu wujud daripada makhluk ghaib yang diciptakan Allah adalah makhluk
yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia. Walaupun ianya tidak dapat dilihat oleh indera
manusia akan tetapi mereka benar-benar wujud. Kewujudan jin telah dimaklumkan secara
jelas oleh Allah dalam Al-Quran melalui surah Al-Jin. Jin telah lama diciptakan berbanding
manusia dan mereka telah wujud sejak berbilion tahun sebelum diciptakannya manusia
pertama iaitu Nabi Adam a.s (Engku, 2014). Kehidupan para jin ini dipenuhi dengan
pergaduhan, persengketaan, pertelagahan, dan peperangan sesama mereka (Engku, 2014). Al-
Quran telah menjelaskan asal usul penciptaan jin dalam beberapa surahnya (Sharhan, 2015;
Engku, 2014):
Surah ar Rahman:15 mengatakan: “Dan Dia (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api.”
Surah al Hijr: 26-27 mengatakan: “Dan sesungguhnya Kami (Allah) sudah menciptakan
manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang
diberi bentuk. Dan Kami sudah menciptakan jin (sebelum Adam) daripada api yang terlalu
panas.”.
Seperti halnya kehidupan manusia, sebahagian daripada jin beragama Islam, ada juga yang
tidak beragama dan ada yang menganut agama selain Islam (Engku, 2014). Hal ini dijelaskan
dalam surah al-Jinn: 14:”Dan sesungguhnya antara kami (jin) ada orang-orang yang taat da
nada pula orang-orang yang menyimpang daripada kebenaran” (Sharhan Shafie. 2015).
Jin tidak sama dengan iblis dan syaitan. Iblis adalah malaikat (Azazil) yang melawan dan
durhaka kepada Allah serta diusir daripada syurga (Engku, 2014). Perkataan iblis pertama kali
digunakan dan diberikan oleh Allah sendiri kepada satu-satunya makhluk ciptaannya iaitu
Azazil seperti terdapat dalam surah Al-Kahfi: 50) (Engku, 2014). Syaitan adalah gelaran
kepada bala tentera iblis (Engku, 2014). Mereka berasal daripada golongan jin yang
dipanggil, ditangkap, dipaksa dan direkrut menjadi tentera serta dilatih untuk merosakkan
manusia (Engku, 2014).
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
2. METODOLOGI
Metod kajian yang digunakan adalah quasi eksperimen dan kaedah pengumpulan data
menggunakan peralatan yang digunakan adalah alat ukuran warna aura dan temubual dengan
responden kajian. Kaedah kajian ini direka bagi membuktikan kewujudan jin secara saintifik.
Kajian ini merupakan kajian kes bersifat longitudinal (berterusan untuk jangka masa yang
lama) dengan DUA (2) orang responden yang memiliki jin berbentuk saka dan bukan saka.
Kajian ini dijalankan di bilik makmal eksperimental Pusat Pengajian Bahasa dan
Pembangunan Insaniah (PBI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Kajian ini telah
dijalankan sejak Oktober 2015 – saat kini.
Perlatan yang digunakan dalam kajian ini adalah peralatan WinAura Pro. Peralatan ini
digunakan untuk mengukur perubahan warna aura dalam diri responden semasa tidak
mendapat dan semasa mendapat stimulus berupa bacaan Al-Fatihah dan Ruqyah. Stimulus
yang diberikan dijangka menyebabkan jin yang terdapat dalam diri responden akan menjadi
“aktif” sehiingga kewujudannya dapat dikesan daripada perubahan warna aura responden.
Warna aura diperolehi daripada bacaan elektrik badan responden yang dikesan oleh kotak
sensor di peralatan WinAura Pro. Proses mengesan stimulus elektrik oleh kotak sensor
WinAura berlangsung selama 4-6 saat. Stimulus elektrik tersebut akan diubah oleh perisian
lunak WinAura Pro menjadi warna aura dan proses ini memerlukan masa 2 saat. Keseluruhan
masa yang diperlukan untuk menerima dan memproses stimulus elektrik menjadi maklumat
warna aura adalah 6-8 saat sahaja.
Selain data perubahan warna aura, data kajian ini juga diperolehi daripada temubual dan ujian
personaliti berupa lukisan yang dilakukan setiap sesi perjumpaan dengan responden.
3. HASIL KAJIAN
Hasil kajian mendapati terdapat warna aura tertentu yang dimiliki oleh responden yang
memiliki jin dalam badannya. Warna aura tersebut adalah warna merah yang wujud pada
bahagian badan tertentu responden seperti bahagian kepala, tekak dan badan sebelah kiri.
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
3.1 Data Kawalan
(a) (b)
Gambar 1. Warna aura responden kawalan tanpa mendapat perlakuan (a) dan ketika
mendapat perlakuan muzik tradisional Ulik Mayang (b)
Gambar 1 di atas menunjukkan warna aura responden yang tidak memiliki jin. Daripada
data di atas diketahui bahawa tidak ditemui wujudnya aura warna merah pada bahagian
badan tertentu secara konsisten, baik ketika tidak mendapat perlakuan mahupun ketika
mendapat perlakuan. Kesimpulan hasil kajian pada responden kawalan adalah tidak
ditemukan warna Aura merah yang wujud secara konsisten pada bahagian badan tertentu
pada individu yang tidak memiliki Saka.
3.2 Data kajian tanpa perlakuan.
Gambar 2. Warna aura responden pertama tanpa mendapat perlakua
Gambar 2 di atas menunjukkan bahawa responden pertama tidak menunjukkan Aura warna
merah merah pada bahagian badan tertentu ketika tidak mendapat perlakuan.
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
(a) Pertemuan pertama (b) Pertemuan kedua
( c ) Pertemuan ketiga
Gambar 3. Warna aura responden kedua tanpa perlakuan
Gambar 3 di atas menunjukkan warna aura responden kedua, pada bahagian kiri badan
responden memiliki aura berwarna merah, sedangkan bahagian badan sebelah kanan
responden memiliki aura berwarna Ungu. Kedua warna tersebut wujud sejak responden
meletakkan telapak tangan kirinya di pelat mesin WinAura sehingga selesai eksperimen.
Kewujudan kedua warna tersebut bersifat tetap sejak pertemuan pertama sehingga ketiga.
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
3.3 Data Kajian ketika Mendapat Perlakuan
1. Responden Pertama
Gambar 4. Warna Aura responden semasa beberapa siri eksperimen dan mendapat
perlakuan muzik tradisional Ulik Mayang
Gambar 4 di atas menunjukkan majoriti kewujudan warna aura merah pada kepala
dan bahagian badan sebelah kiri. Warna aura merah tersebut wujud secara konsisten
atau berulangan dalam beberapa siri eksperimen yang dijalankan dengan
menggunakan perlakuan berupa muzik tradisional Ulik Mayang. Kesimpulan
bahagian ini adalah warna aura merah pada responden pertama wujud di bahagian
kepala dan badan sebelah kiri.
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
2. Responden Kedua
(a) Perlakuan muzik instrumen gamelan (b) Perlakuan muzik instrumen silat ( c ) Perlakuan bacaan Surah Al-Jinn (d) Perlakuan bacaan Surah Al-
Baqarah (e) Perlakuan bacaan Ayat kursi (f) Perlakuan bacaan Surah al-
Fatihah
Gambar 5 Warna aura responden semasa mendapat beberapa jenis
perlakuan
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
Berdasarkan gambar 5 di atas diketahui bahawa responden kedua menunjukkan warna aura
merah pada bahagian badan sebelah kiri dan warna aura Unggu pada bahagian badan sebelah
kanan. Kedua warna ini secara berterusan wujud dan tidak berubah selama siri eksperimen
dijalankan). Bahkan kedua warna tersebut telah wujud sebelum diberikan perlakuan.
Warna aura merah juga wujud pada bahagian kepala, toraks dan hati ketika responden
mendapat perlakuan. Kesimpulan hasil kajian pada responden kedua ketika mendapat
beberapa perlakuan menunjukkan kewujudan warna Aura merah pada bahagian badan sebelah
kiri, kepala, toraks dan hati secara berulangan.
Kebenaran data perubahan warna aura ini disokong oleh maklumat daripada hasil rawatan
yang dijalankan oleh responden. Daripada maklumat hasil rawatan yang dijalankan oleh
responden didapati bahawa dalam diri kedua responden terdapat jin dalam bentuk saka dan
bukan saka. Dalam diri responden pertama terdapat satu jin saka dan tidak diketahui secara
pasti jumlah jin bukan saka, sedangkan dalam diri responden kedua terdapat satu jin saka dan
dua jin bukan saka.
4. KESIMPULAN
Hasil kajian mendapati bahawa warna aura merah wujud pada bahagian badan tertentu
responden ketika mendapat perlakuan yang menyebabkan jin dalam badan responden menjadi
“aktif”. Perubahan warna aura merah pada bahagian badan tertentu tidak biasa berlaku pada
individu yang tidak memiliki jin dalam badannya. Akan tetapi ianya boleh berlaku khasnya
ketika seseorang dalam keadaan letih dan perubahan warna aura merah berlaku hamper pada
seluruh bahagian badan dan bukan hanya bahagian tertentu badan sahaja. Hasil kajian ini
menyokong dan membuktikan secara ilmiah kebenaran kitab suci Al-Quran tentang
kewujudan jin.
Kewujudan warna aura berhubungan dengan perubahan elektrik dalam badan manusia. Kajian
ini juga membuktikan terdapat hubungan antara tahap elektrik dengan kewujudan jin dalam
badan seseorang. Aktiviti jin dalam badan seseorang akan menyebabkan perubahan ukuran
tahap elektrik pada bahagian tertentu badan manusia, khususnya di bahagian kepala, tekak
dan badan bahagian kiri.
Walaupun kajian ini berjaya membuktikan tanda-tanda kehadiran jin dalam badan manusia
menggunakan pendekatan perubahan warna aura, akan tetapi kajian ini belum dapat
membuktikan kewujudan jin secara visual. Oleh kerana itu pengkaji mensyorkan pengkaji
lain untuk menggunakan rakaman thermal kamera bagi mendapatkan imej kewujudan jin
secara visual terutamanya semasa mendapat perlakuan atau semasa jin dalam badan seseorang
dalam keadaan aktif.
SIC, Vol 1 (2017),1-4
www.perlis.uitm.edu.my/imitsic
RUJUKAN Engku Ansaruddin Agus. 2014. Soal Jawab Pak Engku; Membongkar Misteri Alam Jin.
Petaling Jaya: Hijjaz Records Publishing.
Ibrahim Adham. 2012. Membongkar Misteri Sihir serta Kejadian Luar Biasa Jin & Syaitan. Selangor: Jasmin Publications
Sharhan Shafie. 2015. Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus. Kelantan: Al-Rugyah Thobibi.
Wikishia. 2016. Surah Al-Jinn. Diakses pada: 22 April 2017 daripada
http://id.wikishia.net/view/Surah_Al-Jin
top related