soalan ekonomi asas
Post on 14-Apr-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 SOALAN EKONOMI ASAS
1/5
1
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012
SEK MEN KEB CONVENT IPOH
EKONOMI ASAS [TING 5]
KERTAS 2 3757/2
2 JAM
Arahan: 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab tiga soalan daripada Bahagian A dansatu soalan di Bahagian B.
3. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah
dibenarkan.
BAHAGIAN A
Jawab mana-mana tiga soalan dalam bahagian ini.
1. (a) Maklumat berikut mengenai satu barang.
Nyatakan jenis dan ciri barang tersebut? [5 markah]
(b) Terangkan perbezaan penyelesaian masalah asas ekonomi di antara sistem
ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi campuran. [12 markah]
(c) Maklumat berikut berkaitan dengan Cik Tatiana.
(i) Nyatakan jenis pendapatan yang diterima oleh Cik Tatiana. [1 markah]
(ii) Bagaimanakah Cik Tatiana dapat menggunakan ganjaran tersebut untuk
menambahkan pendapatannya? [7 markah]
Tidak boleh dikecualikan
penggunaannya
Cik Tatiana telah memenangi
kejuaraan golf di peringkat
antarabangsa.
Pihak kerajaan berbesar hati
memberi hadiah wang tunai
RM30 000 dan pencen
bulanan sebanyak RM2 000.
-
7/29/2019 SOALAN EKONOMI ASAS
2/5
2
2. (a) Terangkan empat sumber ekonomi yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
[8 markah]
(b) Maklumat berikut berkaitan dengan masalah asas ekonomi bagi sebuah syarikat.
Syarikat Power Rangers Sdn Bhd merancang untuk membina rumah kedaidua tingkat dengan menggunakan intensif buruh.
Terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat
tersebut. [4 markah]
(c) Perbualan berikut tentang kerjaya dua orang sahabat.
Shah : Amir, aku bangga engkau menjadi petani moden yang berjaya.
Amir : Jika ada minat dan usaha yang berterusan, kita boleh berjaya.
Engkau pun apa kurangnyaakauntan terkenal dan punya
syarikat sendiri.
Selain minat, terangkan faktor-faktor lain yang mempengaruhi pemilihan
pekerjaan. [7 markah]
(d) Berikut ialah tiga situasi yang berasingan.
Terangkan kesan setiap situasi terhadap pasaran ayam.
(i) Harga ikan meningkat [3 markah]
(ii) Teknologi baru penternakan ayam [3 markah]
3. (a) Jadual 1 menunjukkan harga dan kuantiti diminta terhadap barang P, barang Qdan barang R.
Harga(RM)
Kuantiti diminta (unit)
Barang P Barang Q Barang R
100 20 20 20
150 15 10 5
Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1,
(i) Hitungkan keanjalan harga permintaan untuk barang P, Q dan R, jika
harga berubah daripada RM100 kepada RM150. [6 markah]
(ii) Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan
keuntungan bagi barang P dan R. [4 markah]
-
7/29/2019 SOALAN EKONOMI ASAS
3/5
3
(b) Jadual 2 menunjukkan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut bagi
Syarikat Kelip-Kelip Dcor Sdn Bhd.
Buruh
(unit)
Jumlah Keluaran
(unit)
Keluaran Purata
(unit)
Keluaran Sut
(unit)0 0 0 -
1 30 (a) 30
3 100 33.3 (b)
5 220 44 60
9 (c) 48.9 (d)
12 598 (e) (f)
13 598 46 0
15 562 (g) (h)
Jadual 2
Lengkapkan Jadual 2. [4 markah]
(c) Penawaran sesuatu barang hanya dipengaruhi oleh harga barang itu
sendiri
Bincangkan. [11 markah]
4. (a) Rajah 1 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran .
Harga (RM)
6 D S
4 E
3
S
D
Kuantiti (unit)
0 55 60 70 75 100
Rajah 1
Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga berikut:
(i) RM3 [3 markah]
(ii) RM4 [3 markah]
(iii) RM6 [3 markah]
(b) Maklumat berikut merujuk kepada situasi ekonomi sebuah negara.
-
7/29/2019 SOALAN EKONOMI ASAS
4/5
4
Stok barangan berlebihan
Kadar pengangguran meningkat
Huraikan empat cara bank pusat mengawal situasi ekonomi negara tersebut.
[12 markah](c) Jelaskan kemudahan overdraf yang disediakan oleh bank perdagangan.
[4 markah]
5. (a) Huraikan tigajenis simpanan yang disediakan oleh bank perdagangan.
[9 markah]
(b) Jelaskan fungsi wang yang berikut:
(i) Alat simpanan nilai
(ii) Alat ukuran nilai
(iii) Alat bayaran tertunda [6 markah]
(c) Jadual 3 menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada guna tenaga
Malaysia dari tahun 1960 hingga tahun 2000.
Peratus Sumbangan Sektor Ekonomi kepada Guna Tenaga Malaysia
Sektor / Tahun 1960 1970 1980 1990 2000
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
61.3
9.8
28.9
53.1
15.4
31.5
38.5
20.1
39.5
28.4
25.9
45.7
15.6
35.7
48.7
[sumber: Laporan Ekonomi Malaysia, Pelbagai Keluaran]Jadual 3
Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]
BAHAGIAN B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab
6. Cik Ramona bekerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah berdekatan dengan
tempat kediamannya. Beliau mendapat gaji RM1 000 sebulan. Dengan pendapatan
yang kecil, beliau sentiasa memastikan, tabungan bulanannya di Bank Simpanan
Nasional, sebanyak RM200, dapat dilakukannya.
Untuk menambahkan pendapatannya, Cik Ramona telah menyewakan tanah pusaka
neneknya seluas satu ekar, kepada pengusaha stesen minyak, sebanyak RM5 000
sebulan.
Dua tahun kemudian, Cik Ramona berhasrat membuka kelas tadika dengan modal
RM20 000. Beliau telah mengikuti kursus pengurusan tadika.
-
7/29/2019 SOALAN EKONOMI ASAS
5/5
5
Beliau kemudian telah mengambil 3 orang pekerja dan sebagai permulaan, seramai
40 orang murid menyertai kelasnya. Cik Ramona menghantar pekerja nya berkursus,
untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Setelah beroperasi selama setahun, salah seorang pekerjanya telah berhenti kerja
kerana upah yang diberi oleh Cik Ramona, agak rendah. Pekerjanya telah beralih ketadika lain yang menawarkan upah yang lebih menarik.
Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan berikut:
(a) Jelaskan tiga tujuan Cik Ramona menyimpan wang di Bank Simpanan Nasional.
[6 markah]
(b) Nyatakan dua kelebihan menabung di Bank Simpanan Nasional. [2 markah]
(c) (i) Bagaimanakah kadar sewa tanah pusaka Cik Ramona ditentukan?
[2 markah]
(iii) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan tanah Cik
Ramona. [5 markah]
(d) Adakah anda bersetuju dengan keputusan Cik Ramona, membuka kelas tadikanya
sendiri?
Berikan dua alasan. [3 markah]
(e) Terangkan bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Cik Ramona. [4 markah]
(f) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil oleh Cik Ramona agar
dapat menarik pekerja baru bekerja dengannya? [3 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh: Disemak oleh Disahkan oleh:
. .
(Kalifah Mastura Ayop) (En Yang Shahrin A Aziz) (Pn Tuan Rohaiza Tuan Lah)
KP Ekonomi Asas GK Vokasional & Teknik
top related