smartank pengenalan latar belakang projek kos...
Post on 08-Mar-2019
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SMARTANK
Pengenalan
INSTUN mempunyai dua (2) buah bot yang digunakan bagi tujuan pelaksanaan amali
kursus Ukur Hidrografi di laut.
Objektif Inovasi
Produk inovasi SmarTank telah direkacipta bagi memanaskan enjin bot di darat.
Latar Belakang Projek
Bagi tujuan pemanasan enjin bot, ujilari perlu dilaksanakan di badan air seperti di laut atau
tasik. Berikutan kos dan risiko yang tinggi untuk membawa bot dari INSTUN ke perairan laut
di Lumut, maka inovasi ini dibuat bagi penyelesaian masalah berkenaan.
Kos Projek
Inovasi SmarTank melibatkan kos berjumlah RM750.00.
Kumpulan Sasar dan Skop Liputan
Inovasi SmarTank ini boleh diaplikasi oleh semua jabatan/ agensi/ individu yang memiliki
bot.
Ini berikutan impak inovasi SmarTank ialah seperti berikut;
i) Kreativiti
Apabila kesukaran memanaskan enjin bot berlaku ianya juga turut mengganggu proses
penyelenggaraan berkala bot jabatan. Dalam inovasi ini, keperluan mencari alternatif yang
terbaik untuk mengelakkan kesukaran memanaskan enjin bot di darat supaya lebih efisien
dan cepat, selaras dengan kehendak piagam pelanggan jabatan.
Ini memandangkan bot-bot ini digunakan dalam program-program dan Kursus Ukur
Hidrografi anjuran jabatan. Bagi melancarkan program berkenaan, bot-bot ini hendaklah
dalam keadaan baik terutamanya enjin bot itu sendiri. Inovasi ini membolehkan
pelaksanaan program jabatan dapat dilaksanakan secara profesional serta dapat
meningkatkan imej jabatan selaras dengan visi jabatan iaitu “ke arah institut latihan bertaraf
dunia dalam bidang Pentadbiran Tanah, Ukur dan Pemetaan serta Teknologi Maklumat
yang berkaitan”.
Melalui perbincangan dan brainstorming daripada permasalahan yang berlaku, kumpulan
telah merangka beberapa lakaran dan ilustrasi bagi proses tindakan penyelesaian yang
mudah, cepat dan berkesan. Proses awal kumpulan adalah merealisasikan spesifikasi
cadangan seterusnya menetapkan kaitan dengan kehendak Piagam Pelanggan Jabatan
serta memenuhi empat (4) elemen penting dalam Strategi Lautan Biru (BOS).
Daripada perbincangan juga dapat dikenalpasti komponen/ peralatan yang bersesuaian dan
terpakai serta digabungkan bagi penghasilan inovasi tersebut. Penghasilan inovasi ini telah
melalui tiga (3) kali proses inovasi cadangan dan ujicuba serta penilaian semula dengan
penambahan beberapa komponen serta membuat perbandingan dengan peralatan sebelum
ini sehingga ianya benar-benar sesuai dan efektif untuk digunakan.
Penggunaan inovasi ini bukan hanya dapat menyelesaikan permasalahan yang berlaku
malahan dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga kerja. Penambahbaikan bagi hasil
inovasi ini juga dapat memanaskan enjin bot secara efektif, efisyen dan mesra alam
menggunakan kepakaran dan kreativiti ahli kumpulan sendiri.
ii) Berkesan
Lokasi pemanasan enjin/ ujilari juga memerlukan ramp bagi menurunkan bot ke badan air
dan terdapat lokasi tertentu sahaja yang mempunyai kemudahan dan ramp yang sempurna.
Dengan ketiadaan fasiliti ini di INSTUN, bot terpaksa dibawa ke Lumut dan melibatkan kos
dan memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Sebelum inovasi dilaksanakan, proses pemanasan enjin bot perlu dijalankan secara berkala
bagi memastikan bot dalam keadaan baik dan enjin bot perlu dihidupkan setiap dua (2)
minggu sekali. Kegagalan menghidupkan enjin bot atau memanaskan enjin bot dengan
berkala akan menyebabkan enjin akan mudah rosak disebabkan minyak enjin tidak dialirkan
ke semua bahagian enjin. Oleh itu, jika pemanasan enjin secara berkala tidak dapat dibuat,
enjin akan cepat rosak dan akan melibatkan kos penyelenggaraan pembaikan yang tinggi
kelak.
Kerosakan enjin bot boleh dikategorikan kepada Faktor Dalam Kawalan dan Luar Kawalan.
Antara faktor-faktor yang menjadi punca kepada kerosakan enjin bot bagi Faktor Dalam
Kawalan ialah tenaga kerja, Standard Of Procedure (SOP) sedia ada dan masa manakala
bagi Faktor Luar Kawalan ialah kawasan lokasi pengujian, kos penyelenggaraan yang tinggi
serta cuaca dan persekitaran.
Dengan mengambilkira objektif mencari alternatif yang terbaik dan berkesan bagi mengatasi
masalah tersebut, proses pelaksanaan inovasi diteruskan agar kesukaran memanaskan
enjin bot di darat dapat diatasi dengan meminimakan penggunaan tenaga manusia serta
menjimatkan kos maka, penambahbaikan dibuat kepada penyediaan tangki/ tong sedia ada
dengan menggunakan Kaedah Pro dan Kontra bagi memilih cadangan terbaik.
SmartTank mudah digunakan, lebih menjimatkan masa, menjimatkan kos logistik, tidak
memerlukan tenaga kerja yang ramai, mengelak risiko kemalangan dan menjamin jangka
hayat enjin serta dilaksanakan hanya di parkir bot (darat) tanpa perlu membawa bot-bot
berkenaan keluar.
SmarTank merupakan cetusan idea asal daripada ahli Kumpulan Polaris, INSTUN dan
sedang dilaksanakan secara berterusan serta ditambah elemen penambahbaikan seperti
mempunyai saiz mudah alih, mudah dibawa dan relevan dibawa ke mana-mana.
A) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, kerja-kerja pemanasan enjin/
uji lari bot ukur, mengambil masa yang lama dengan kronologi seperti berikut :
Perjalanan dari INSTUN, Behrang Ulu ke Lumut, Perak : 3 Jam 45 Minit
Jumlah Perjalanan : 7 Jam 30 Min
Semasa proses pelaksanaan di Lumut:
a) Turunkan bot : 1 Jam
b) uji lari bot : 2 Jam
c) Menaikkan bot ke darat : 1 Jam
d) Jumlah jam: 4 Jam
Masa Keseluruhan : 11 Jam 30 Minit
Selepas penggunaan SmarTank, satu penjimatan masa yang sangat efektif dapat
dikesan.
Proses pemanasan enjin bot di darat/ uji lari : 1 Jam
Rajah 7.1 : Jadual Perbandingan Masa Pemanasan/ Ujilari Enjin Bot
Rajah 7.2 : Carta Perbandingan Masa Pemanasan/ Ujilari Enjin Bot
B) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, proses memanaskan enjin
bot perlu dilaksanakan di laut dengan kos logistik seperti berikut:
Kos minyak kenderaan bagi menarik bot : 320km X RM 0.60 = RM 192.00
Kos tuntutan perjalanan kakitangan selama dua (2) hari untuk lima (5) orang
mengikut gred kelayakan = RM 840.00
Jumlah : RM 192.00 + RM 840.00 = RM 1,032.00 sebulan dan
= RM 12,384.00 setahun untuk sebuah bot
Dengan jumlah bot di INSTUN sebanyak dua (2) buah
Kos logistik = RM 12,384.00 X 2 buah
= RM 24,768.00 setahun
Selepas penggunaan SmarTank, berlaku penjimatan secara total iaitu kos logistik
dapat dikurangkan sehingga RM 12,384.00 untuk sebuah bot.
C) Sebelum cadangan penyelesaian inovasi dilaksanakan, proses memanaskan enjin
bot perlu dilaksanakan di laut memerlukan tenaga kerja seperti berikut:
1 orang Pegawai Penyelaras
1 orang Pemandu Kenderaan
1 orang Pemandu Bot
2 orang Pembantu Bot
Selepas penggunaan SmarTank, proses pemanasan enjin bot boleh dilakukan di
INSTUN sahaja dengan seorang kakitangan/ tenaga kerja sahaja.
Rajah 7.3 : Jadual Perbandingan Tenaga Kerja
iii) Signifikan
SmarTank telah memenuhi empat (4) elemen penting iaitu;
- Hapuskan (Eliminate) – Tiada lagi masalah kesukaran memanaskan enjin di darat
- Kurangkan (Reduce) – Tenaga kerja berjaya dikurangkan
- Masa dapat dijimatkan
- Kos dikurangkan
- Meminimakan kerosakan enjin bot
- Tingkatkan (Raise) – Peluang memanaskan enjin bot dengan masa yang
lebih singkat dan hanya dilakukan di darat
- Ciptakan (Create) - Mewujudkan kaedah baru
- Kaedah yang lebih cepat, cekap dan berkesan
iv) Relevan
Penambahbaikan inovasi memerlukan bahan yang bersesuaian, mudah diperolehi serta
tidak menjejaskan keselamatan enjin. Dengan ini, ciri-ciri inovasi SmarTank lebih kemas,
mudah digunakan, jimat sumber manusia, jimat penggunaan air, jimat masa, mesra
pengguna dan mesra alam.
SmarTank adalah sebuah tangki fiber bersaiz 1.24m x 1.84m x 0.73m yang dapat
menyelesaikan kesukaran memanaskan enjin bot yang sebelum ini hanya dapat dilakukan di
badan air seperti laut atau tasik.
Penambahbaikan SmarTank adalah melibatkan perkakasan dengan perincian berikut;
Bilangan Perkakasan/ Peralatan Kos (RM)
1 Kerangka Besi 180.00
2 Gutter Tangki 220.00
3 Penutup Tangki 140.00
4 Hos Getah 40.00
5 Jangka Suhu 10.00
6 Span Penapis 10.00
7 Penimbang Air 10.00
8 Pelapik Getah 40.00
9 Klip Kepala Paip 10.00
10 Hos Mesin Basuh 40.00
11 Minyak Petrol 50.00
JUMLAH 750.00
Dengan kaedah pemanasan di darat, enjin bot perlu dimasukkan dan dihidupkan dalam
tangki berkenaan yang telah diisi air dengan isipadu lebih kurang 1,460 liter. Air tadahan
hujan boleh digunakan bagi menjimatkan penggunaan air dan air ini juga boleh berulang
kali digunakan. Penambahbaikan pada tangki telah dibuat dengan mengadakan sistem
aliran keluar air masuk yang boleh dikawal agar air di tangki berkenaan tidak panas. Sistem
penapis juga turut dipasang bagi menghalang sisa minyak yang dihasilkan oleh enjin bot
sebelum pengaliran air keluar.
Inovasi memanaskan enjin bot di darat menggunakan SmarTank merangkumi semua aspek
penjimatan dan penggunaannya.
A) Penjimatan kos – Pengurangan kos operasi penyelenggaraan pembaikan enjin
B) Peningkatan Hasil Kerja – memperkenalkan cara kerja baru dan membaiki sistem
sediada yang kurang bermutu dan tidak terjamin
- Memastikan tahap kerosakan enjin pada tahap minima
- Pemanasan enjin dapat dilakukan dengan lebih cepat dan
efisien
- Ruang kerja yang lebih kemas dan tersusun
- Air yang digunakan boleh diguna semula dan mengelakkan
pembaziran sumber kerana SmarTank direka mempunyai
penutup tangki.
- Mengelakkan sebarang program kursus/ latihan jabatan
tergendala pelaksanaannya ekoran kerosakan enjin bot
C) Penjimatan Masa – penggunaan masa dapat dipendekkan kerana tidak perlu
mendapatkan badan air untuk pemanasan enjin bot
D) Penjimatan Tenaga Kerja – hanya memerlukan minima satu (1) orang tenaga kerja
SmarTank dapat memberikan satu kaedah baru yang lebih pantas, berkesan, lebih
sistematik serta dapat menjimatkan kos dan masa berbanding dengan kaedah sedia ada
semasa proses pemanasan enjin bot. Inovasi ini juga turut menjimatkan dan mengurangkan
kos perbelanjaan pengurusan jabatan bagi pembaikan bot.
Penggunaan SmartTank ini secara tidak langsung akan menyumbang kepada penjimatan/
pengurangan minima belanja mengurus jabatan dalam kos pembaikan enjin bot.
SmarTank merupakan hasil inovasi yang telah berjaya dibuat melalui pelbagai ujicuba dan
kajian keberkesanannya. SmarTank ini digunakan untuk memanaskan enjin bot di darat
dengan kadar segera. SmarTank juga mesra alam sekitar dan dapat mengurangkan
pencemaran alam sekitar disamping dapat menjimatkan kos.
Rajah 9.3 : Inovasi SmarTank yang berjaya direkabentuk
Rajah 9.4 : Pemanasan Enjin Bot menggunakan SmarTank
top related