slide show imam syafie

Post on 22-May-2015

1.470 Views

Category:

Spiritual

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Mengenai Imam Syafie...

TRANSCRIPT

Nama penuh : Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

Lahir: Tahun 150 Hijrah di Ghazzah, Palestin.

Beliau digelar “As-Syafie” sempena nama datuknya, Syafie bin Saib.

Beliau berasal dari keturunan Rasulullahs.a.w. Pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan.

Kehidupan: Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafi’e kecil lagi. Ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makkah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Imam Syafi’e adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab

Syafie".

Keadaan hidup yang susah beliau terpaksa mengutip tulang-tulang dan cebisan kertas bagi mencatit segala nota.

Imam Syafi’e meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.

Dari kecil lagi Imam Syafie telah menujukkan sikap beliau yang amat cintakan ilmu.

Imam Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.

Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.

Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.

Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.

Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat.

Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.

Imam Syafi’e mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.

Imam Syafi’e seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

Imam Syafi’e r.a. mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia 9 tahun, beliau hafaz Al-Quran.

Di waktu berumur 12 tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok,

karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia 20 tahun.

Imam Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.

Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.

Imam Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fekah dan Al-Quran.

Imam Syafi’e sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau

membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:

i. 1/3 malam untuk berehat. ii. 1/3 malam untuk menulis ilmu

pengetahuan iii. 1/3 malam untuk beribadat.

Imam Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat

memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

Imam Syafi’e adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran dan Hadith.

Pendapat beliau diterima sebahagian besar daripada umat islam.

Contoh: Beliau begitu teliti dalam mengutarakan pandangan terutama masalah ibadat. ( bermanfaat dalam dunia islam sehingga masa kini.)

Beliau menggunakan hadis sahih mengistinbatkan hukum tanpa melihat status.

Mengistinbatkan - iaitu amalan mengeluarkan hukum / keputusan

berdasarkan Al-Quran/ hadis.

Beliau tidak menerima kaedah Istihsan.

Istihsan - salah satu daripada sumber hukum perundangan Islam tetapi ianya tergolong dalam sumber hukum yang

tidak disepakati.

Beliau juga telah mengeluarkan panduan untuk memahami al-Quran serta menghasilkan suatu hukum sehingga memuaskan hati serta diyakini.

Sumbangan dalam bidang hadis

Beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi.

Antara kitabnya:Al-Masnad.

- iaitu kitab mengenai perawi-perawi hadis dengan lengkapnya.

Al-Amali.

Ikhtilaf Al-Hadis- iaitu kitab mengenai kedudukan hadis

serta pendapat ulama mengenainya

Beliau juga menghasilkan pelbagai jenis kitab dalam bidang:

Ilmu TafsirAkhlak

Ilmu falakIlmu kedoktoran

Mazhab Imam Syafi’e juga berkembang dengan pesat di negara:

Afrika Utara, Mesir,

Indo China, Sri Lanka, Armenia,

Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia,

Singapura dan Malaysia.

top related