slaid bantuan mengajar- mk tatacara kawad operasi

Post on 11-Jun-2015

2.539 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERINGKAT LANJUTAN

Disediakan Oleh :Jawatankuasa Teknikal KebangsaanKadet Pertahanan Awam Malaysia

(KAPA)

JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA

Definasi

Satu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setia kepada arahan yang diberi dan juga menitiberatkan kepada kerjasama diantara kumpulan tersebut

Tujuan

Menjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaan ketika melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi.

Pengenalan

Kawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih jelas dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mepunyai beberapa langkah yang harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelum tugasan dilakukan serta untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan juga menamatkan tugasan.

Langkah-langkah yang diambil sebelum menjalankan tugas

a) Seorang jurulatih atau pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, dengan membariskan anggota kepada satu barisan lurus.

Contohnya:- “Jadikan 1 barisan di hadapan saya… Gerak!”b) Seterusnya memberikan arahan kawad

“ke kanan lurus”.

(anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalam keadaan tapak tangan digenggam).

Sambungan…

c) “Pandang depan!”.

d) “Nombor….”.

e) Jurulatih akan meminta anggota mengira nombor bergantung kepada kehendak operasi (latihan) yang akan dilakukan, mengikut keperluan anggota diperlukan.

Contohnya:-“Berempat-empat nombor!”.

Sambungan…

f) “Nyatakan… kumpulan!”.

Setiap anggota yang bernombor 1 akan menjadi ketua dan memberitahu jurulatih berkaitan nombor kumpulannya seterusnya diikuti oleh kumpulan seterusnya (bermula dengan nyatakan kumpulan dan seterusnya kumpulan lain menyatakan nombor dan kumpulan akhir akan menyatakan kumpulan semula).

Contohnya:-

“Kumpulan 1, 2, 3, 4, kumpulan 5”.

Sambungan…g) Jurulatih akan memilih kumpulan mana yang melakukan tugasan dahulu

serta arahannya sekali.

Contohnya:-

“Kumpulan 3, tiga langkah dibelakang peralatan…. gerak!”

(Kumpulan tersebut setelah mendapat arahan, hendaklah 1 langkah kehadapan orang no 4 atau kiri sekali akan menyatakan “up” untuk pusing ke kanan, “up” kedua hentak kaki, “up” ketiga angkat tangan paras dada, “up” ke empat berlari bersama-sama sehingga sampai ke tempat tiga langkah dari peralatan, seterusnya berhenti berserta turun tangan keadaan sedia bersama-sama

h) Tunggu hukuman seterusnya dari pegawai atau jurulatih.

Tatacara melapor selepas tugasan dilakukan Semua anggota yang melakukan tugasan hendaklah mengumpul

semula peralatanyang telah digunakan dan seterusnya berdiri dalam kedudukan sedia tiga langkah dibelakang peralatan, sebaris mengikut nombor masing-masing. Seterusnya ketua akan melapor di tempat asalnya.

Contohnya:- “Kumpulan 3 selesai menjalankan operasi / latihan kawad pili bomba 1,

peralatan cukup, anggota selamat, Tuan!”.

Seterusnya tunggu arahan lanjut dari jurulatih atau pegawai.

Jurulatih akan memberikan taklimat kepada kumpulan tersebut seperti berikut:

“Apabila dapat hukuman masuk baris, tempatkan diri anda dihujung kumpulan terakhir, Masuk Baris…!”.

top related