sistem caruman zakat staf -...

Post on 08-Jul-2019

236 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

SISTEM CARUMAN ZAKAT STAF

MANUAL PENGGUNA

(Modul Pemohon)

BAHAGIAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN APLIKASI

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (CICT)

12 Disember 2017 / Versi 1

d) Pusat Zakat Negeri

Pusat Zakat akan menerima borang daripada Pusat Islam bagi tujuan proses pada

peringkat Pusat Zakat Negeri.

2. Keperluan Minima

Persekitaran pembangunan yang digunakan mempunyai konfigurasi seperti berikut :

Jadual 2.1: Keperluan Minima

Jenis Keperluan Aplikasi

Sistem Pengoperasian 1. Semua jenis sistem pengoperasian Windows.

2. Minimum CPU Core 2 Duo Processor 2.0 Ghz ke atas

3. Minimum 2 GB RAM

Perisian 1. Mozilla Firefox 3.0 ke atas

2. Resolusi terbaik 1024x768

3. Adobe Reader 8.0 ke atas

Kemudahan Rangkaian

(Network/Broadband)

1. Minimum 512 Kbps (recommended high speed 4G or Streamyx ).

Pencetak 1. Pencetak Laser atau Ink

3. Tatacara Pengguna

3.1 Login

Pengguna dikehendaki login ke dalam sistem mengguna id pengguna dan kata laluan ACID.

Langkah-langkah untuk log masuk ke dalam sistem adalah:

i. Pengguna memasukkan alamat pada pelayar iaitu: http://my.utm.my

ii. Pengguna masukkan Nama Pengguna sperti di Rajah 1.

iii. Pengguna masukkan Kata Laluan.

iv. Pengguna klik pada butang Log Masuk.

Rajah 1: Skrin kemasukan user ID pengguna

3.2 Portal Staf

Pengguna akan memasuki Portal Staf dan sistem boleh dilihat pada bahagian tepi kiri menu

seperti Rajah 2. Klik pada menu Caruman Zakat.

Rajah 2: Portal Staf

Klik

1

23

4

5

6

7

89

3.3 Sistem Caruman Zakat (Pemohon)

3.3.1 Kampus Kuala Lumpur

Rajah 3 menunjukkan borang permohonan bagi staf di kampus UTM Kuala Lumpur mengikut

format Pusat Pungutan Zakat KL (PPZKL).

Rajah 3: Borang Permohonan Kampus KL

i. Maklumat potongan zakat pendapatan semasa.

ii. Maklumat potongan cukai pendapatan semasa.

iii. Maklumat julat cadangan potongan zakat mengikut gred jawatan.

iv. Masukkan tarikh mula membuat potongan zakat (format bulan dan tahun).

v. Masukkan jenis potongan yang hendak dibuat.

a. Potongan zakat bulanan – bagi pemohon yang baharu membuat pemotongan.

b. Penambahan potongan zakat – bagi pemohon yang telah membuat pemotongan

dan ingin menambah potongan semasa.

c. Pengurangan potongan zakat – bagi pemohon yang telah membuat pemotongan

dan ingin mengurangkan potongan semasa.

vi. Masukkan amaun mengikut jenis potongan yang telah dipilih.

vii. Jumlah amaun akan dikira secara automatik iaitu jumlah amaun yang dimasukkan

akan ditambah dengan nilai potongan semasa yang telah dibuat.

viii. Klik pada niat membayar zakat.

ix. Tekan butang hantar untuk menghantar permohonan.

1

2

3

4

8

9

5

6

7

23

4

5

6

7

1

3.3.2 Kampus Johor Bahru

Rajah 4 menunjukkan borang permohonan bagi staf di kampus UTM Skudai Johor mengikut

format Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Rajah 4: Borang Permohonan Kampus Johor

i. Maklumat potongan zakat pendapatan semasa.

ii. Maklumat potongan cukai pendapatan semasa.

iii. Maklumat julat cadangan potongan zakat mengikut gred jawatan.

iv. Masukkan pengesahan bayaran zakat sama ada berkewajipan/tidak berkewajipan.

v. Masukkan tarikh mula membuat potongan zakat (format bulan dan tahun).

vi. Masukkan jenis potongan yang hendak dibuat.

a. Potongan zakat bulanan – bagi pemohon yang baharu membuat pemotongan.

b. Penambahan potongan zakat – bagi pemohon yang telah membuat pemotongan

dan ingin menambah potongan semasa.

c. Pengurangan potongan zakat – bagi pemohon yang telah membuat pemotongan

dan ingin mengurangkan potongan semasa.

d. Potongan zakat mengikut PCB – sekiranya pemohon ingin menukar keseluruhan

bayaran cukai pendapatan kepada potongan zakat.

e. Perubahan potongan PCB asal – sekiranya pemohon ingin meninggalkan baki

untuk bayaran cukai pendapatan.

vii. Masukkan amaun mengikut jenis potongan yang telah dipilih.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

8

9

10

viii. Jumlah amaun akan dikira secara automatik iaitu jumlah amaun yang dimasukkan

akan ditambah dengan nilai potongan semasa yang telah dibuat.

ix. Klik pada niat membayar zakat.

x. Tekan butang hantar untuk menghantar permohonan.

3.3.3 Skrin Hantar Borang Permohonan

Rajah 5 menunjukkan skrin setelah butang hantar ditekan dan Rajah 6 menunjukkan borang

telah berjaya dihantar dan pemohon akan menerima emel.

Rajah 5

Rajah 6

1

2

3

4

5

6

7

8

3.3.4 Skrin Senarai Permohonan

Rajah 7 menunjukkan skrin senarai permohonan yang telah dibuat.

i. Ruangan carian nombor rujukan, jenis potongan, status dan tarikh.

ii. Paparan nombor rujukan.

iii. Paparan jenis potongan.

iv. Paparan jumlah caruman zakat bulanan.

v. Paparan status permohonan. Terdapat 4 status permohonan iaitu:

a. Telah hantar – menunjukkan status pertama setelah pemohon selesai mengisi

borang permohonan.

b. Sedang diproses – menunjukkan status urusetia telah memproses borang

pemohon.

c. Selesai – menunjukkan proses pemotongan gaji telah selesai dilaksanakan.

Pada status ini pemohon dibenarkan membuat pemotongan baharu sekiranya

ingin mengemaskini amaun yang lama.

d. Batal – pembatalan permohonan oleh pemohon. Setelah permohonan

dibatalkan, pemohon dibenarkan membuat permohonan yang baharu.

vi. Tarikh kemaskini setiap senarai permohonan.

vii. Muat turun borang permohonan yang telah diisi oleh pemohon.

viii. Batal permohonan sekiranya masih berstatus “Telah hantar”.

1

2

3 4 5 67

8

4. Kesimpulan

Sistem Caruman Zakat Staf ini merupakan salah satu inisiatif murni bagi memudahkan staf

membuat permohonan potongan zakat melalui gaji. Dengan adanya sistem ini, diharap dapat

melancarkan lagi pengurusan zakat Pusat Islam secara sistematik dan lebih efisyen disamping

dapat menyumbang di dalam kelestarian kewangan Universiti.

top related