siri 1 : kaedah penjagaan komputer yang efektif
Post on 28-Jan-2017
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SIRI 1 : KAEDAH PENJAGAAN KOMPUTER YANG EFEKTIF
1.0 Pengenalan
Sebahagian besar kakitangan kerajaan disediakan dengan kemudahan
peralatan komputer bagi urusan pekerjaan mereka di setiap agensi. Oleh itu,
dalam memastikan kemudahan yang dibekalkan sentiasa berfungsi dengan
baik serta memanjangkan jangka hayatnya, kami kongsikan bersama-sama
anda beberapa kaedah penjagaan komputer yang efektif.
I. Masalah habuk
Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif
pada habuk. Habuk ini terdiri daripada pelbagai jenis dan termasuk
juga asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangka
hayat komputer akan berkurangan.
Cara pencegahan
Sekiranya PC tersebut tidak digunakan untuk tempoh yang lama,
anda perlu menutup komputer dengan plastik komputer. Cara rawatan
pula, gunakanlah berus cat yang kering dan vakum yang berkuasa
rendah untuk menyedut habuk yang terdapat pada PC anda. Jangan
gunakan vakum yang berkuasa tinggi kerana ia boleh merosakkan
komponen komputer tersebut. Jangan lupa mengelap skrin monitor
anda selalu.
II. Masalah suhu
Suhu memang menjadi penentu utama dalam menentukan jangka
hayat sesebuah komputer tersebut. Letakkan komputer anda di
kawasan yang kering. Sekiranya lembap, ia boleh merosakkan
komponen di dalam komputer. Berhati-hati dengan air dan
kelembapan. Air mungkin akan menjadi punca kemalangan yang tidak
diingini. Komputer yang terkena air bukan sahaja boleh rosak, tetapi
akan mengakibatkan bahaya kepada penggunaannya.
Cara pencegahan
Meletakkan komputer anda jauh dari pancaran matahari dan elakkan
dari makan dan minum semasa menggunakan komputer.
III. Masalah virus
Masalah virus sebenarnya berpunca dari sikap kelalaian manusia
seperti tidak memeriksa kandungan sebenar e-mel, lampiran dan
sebagainya yang mengandungi virus. Virus amat mudah merebak
melalui internet terutamanya melalui e-mel anda sendiri. Berhati-hati
semasa membuka e-mel atau lampiran dari sumber-sumber yang
tidak dikenalpasti keselamatannya. Virus juga mudah merebak melalui
perkongsian thumbdrive dan penggunaan perisian cetak rompak.
Virus akan menyebabkan pengoperasian PC anda akan terganggu,
menjadi terlalu perlahan atau boleh mengalami kerosakan yang sukar
untuk diperbaiki lagi.
Cara pencegahan
Mendapatkan perisian antivirus terkini dan selalu mengemas kini
perisian antivirus. Ia boleh dikemas kini melalui Internet. Terdapat
banyak jenama perisian antivirus yang terkenal dan boleh diharapkan
(reliable). Diantaranya ialah Norton Anti Virus, Kaspersky Antivirus,
Panda Antivirus, Mc AFee Antivirus dan Innoculan Antivirus. Anda
disyorkan untuk mengemas kini definisi virus terkini dari Internet
sekurang-kurangnya dua (2) minggu sekali. Selalu melakukan
pengimbasan (scan) ke atas fail atau dokumen di dalam lampiran atau
di dalam thumbdrive kerana media tersebut antara tempat
persembunyian virus.
“Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”
Disediakan oleh : Unit ICT, Seksyen Perpustakaan dan ICT, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Korporat, IDFR. 5 Ogos 2011
top related