simpulan bahasa

Post on 27-Jan-2016

26 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

simpulan bahasa

TRANSCRIPT

Simpulan Bahasa adalah salah satu daripada jenis peribahasa. Simpulan Bahasa

merupakan jenis peribahasa yang paling mudah dan ringkas.

SIMPULAN BAHASA, MAKSUD DAN CONTOH AYAT.

1. ada hati

   Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan.

   Ayat      : Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

2. akal kancil

   Maksud : tipu daya yang licin

   Ayat      : Peniaga itu mempunyai akal kancil untuk mendapat keuntungan yang

banyak.

3. alas perut

   Maksud : makan sedikit untuk sementara waktu

   Ayat      : Amran makan sekeping roti sebagai alas perut.

4. alim-alim kucing

   Maksud : seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.

   Ayat      : Jamal bersikap alim-alim kucing di depan ibu bapanya.

5. anak angkat

   Maksud : anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri

   Ayat      : Amin adalah anak angkat Pak Cik Rahman.

  

6. anak bongsu

   Maksud : anak yang paling muda dalam keluarga

   Ayat      : Lai Meng anak bongsu Encik Wong.

7. anak emas

   Maksud : orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.

   Ayat      : Sofea pekerja yang rajin. Tidak hairanlah saya jika ia menjadi anak emas

Tuan

Adnan.

8. anak kandung

   Maksud : anak sendiri

   Ayat      : Harlina anak kandung Encik Osman dan Puan Faridah.

9. angkat bakul

   Maksud : orang yang suka memuji atau meninggikan diri.

   Ayat      : Puan Aisyah sering angkat bakul apabila bercerita tentang dirinya.

10. atas angin

     Maksud : Negara-negara barat

     Ayat      : Negara kita pernah dijajah oleh negara-negara atas angin.

11. banyak mulut

     Maksud : orang yang suka bercakap

     Ayat      : Sikap Mona yang banyak mulut itu tidak disenangi oleh rakan sekelasnya.

 12. batu api

     Maksud : penghasut

     Ayat      : Mereka sudah berbaik-baik. Janganlah kamu menjadi batu api pula.

13. batu loncatan

     Maksud : sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan

     Ayat      : Diterimanya tawaran kerja sementara itu sebagai batu loncatan untuk

memperoleh

pekerjaan yang lebih baik kelak.

14. bekas tangan

     Maksud : hasil kerja tangan seseorang

     Ayat      : Pasu bunga ini adalah bekas tangan Clementina.

15. bergadai nyawa

     Maksud : sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu

     Ayat      : Ahli bomba itu sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan mangsa

kebakaran.

16. buah mulut

     Maksud : perkara yang menjadi sebut-sebutan

     Ayat      : Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa

buah mulut

seluruh kampung.

17. buah tangan

     Maksud : pemberian

     Ayat      : Setiap kali ke luar negeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

 18. bulat kata

     Maksud : sepakat, sehati

     Ayat      : Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong

membersihkan

kawasan kampung pada minggu depan.

19. durian runtuh

     Maksud : mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah

payah.

     Ayat      : Wanita itu mendapat durian runtuh apabila membeli-belah di pasar raya

itu.

20. gaji buta

     Maksud : gaji yang diterima dengan tidak bekerja sungguh-sungguh

     Ayat      : Buruh itu lebih banyak berehat daripada bekerja. Dia makan gaji buta.

21. ikat perut

     Maksud : mengurangkan makan kerana susah

     Ayat      : Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu

memberikan

wang saku kepadanya.

22. iri hati

    Maksud : perasaan cemburu

     Ayat      : Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

23. jalan buntu

     Maksud : tidak mendapat kata sepakat

     Ayat      : Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu.

  

24. keras kepala

     Maksud : tidak mahu mengalah

     Ayat      : Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu

keras

kepala.

25. khabar angin

     Maksud : khabar yang belum sah kebenarannya.

     Ayat      : Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin

tersebar

tentang dirinya.

26. langkah kanan

     Maksud : mujur atau bernasib baik

     Ayat      : Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan

pengarang

terkenal di pesta buku itu.

27. langkah seribu

     Maksud : melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut

     Ayat      : Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila

disergah oleh

ayah saya.

28. mandi peluh

     Maksud : basah dengan peluh

     Ayat      : Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

29. mata duitan

     Maksud : orang yang mementingkan wang saja

     Ayat      : Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan saja tidak dapat menjamin

kebahagiaan.

30. pilih kasih

     Maksud : melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi

     Ayat      : Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada pekerja-

pekerjanya.

31. rambang mata

     Maksud : sukar untuk membuat pilihan

     Ayat      : Ibu rambang mata apabila masuk ke kedai pakaian itu.

32. ringan tangan

     Maksud : suka menolong orang

     Ayat      : Kalau kita ringan tangan, semua orang akan menyayangi kita.

33. ringan tulang

     Maksud : rajin bekerja

     Ayat      : Kawasan rumah Encik Simon selalu bersih kerana tukang kebunnya ringan

tulang.

34. sampai hajat

     Maksud : berjaya mencapai apa yang dihajati

     Ayat      : Akhirnya sampai hajat nenek hendak ke Makkah.

35. saudara baru

     Maksud : orang yang baru memeluk agama Islam

     Ayat      : Vincent telah menjadi saudara baru sejak bulan lepas lagi.

  

36. senyum kambing

     Maksud : senyum mengejek

     Ayat      : Pemuda itu tersenyum kambing melihat cara gadis itu berpakaian.

37. tanda mata

     Maksud : hadiah kenang-kenangan

     Ayat      : Dania memberikan sehelai selendang kepada Lina sebagai tanda mata.

38. tangan terbuka

     Maksud : suka menolong orang yang dalam kesusahan

     Ayat      : Keluarga Hasnan menerima kedatangan anak yatim itu dengan tangan

terbuka.

39. tangkai jering

     Maksud : orang yang kedekut

     Ayat      : Sia-sia saja kamu meminta derma daripada dia kerana dia tangkai jering.

40. ulat buku

     Maksud : orang yang tekun membaca

     Ayat      : Maniam gemar membaca buku sehingga rakan-rakannya menggelarkan

dirinya ulat

buku.

top related