silvikultur hutan 3
Post on 07-Jun-2015
2.218 Views
Preview:
TRANSCRIPT
LADANG HUTAN (FOREST PLANTATION)
1. Ladang hutan boleh didefinisikan sebagai satu dirian ladang hutan yang ditubuhkan secara
buatan sama ada penanaman atau menabur biji benih ataupun penyemaian
2. Mengikut takrifan, jika pokok ditanam 50% dengan anak pokok di hutan, maka ia boleh
dikatakan ladang, jika kurang daripada 50% maka ia boleh disebut hutan sekunder
3. Berdasarkan sejarah tanah penggunaan manusia, hutan boleh dikategorikan kepada 5
berdasarkan pengaruh manusia;
AFORESTATION; sebelum ini tidak ada tumbuhan selama lebih daripada 50 tahun
REFORESTATION; kawasan tersebut tidak mempunyai hutan slama kurang daripada 50
tahun
HUTAN DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; dengan campurtangan manusia
HUTAN YANG DIWUJUDKAN SECARA SEMULAJADI; tanpa campurtangan manusia
[tidak dinyatakan]
4. Ladang; sebuah ladang mempunyai bentuk tertentu dan sempadan yang jelas
5. Stocking; bilangan pokok yang boleh dituai di sesuatu kawasan
6. Kebanyakan ladang hutan di dunia sekarang menggunakan spesies eksotik (import daripada luar
negara) dan tidak menggunakan spesies tempatan
7. Beza tanaman perhutanan dan tanaman pertanian adalah pokok yang brekayu boleh dianggap
sebagai hutan ladang
SEJARAH PERKEMBANGAN LADANG HUTAN
1. Sejarah bermula pada awal kurun ke-20, dilakukan penanaman secara besar-besaran di Eropah,
US, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Chile, Indonesia dan Brazil
i. 1960-an, penanaman secara besar-besaran dilakukan di Tropika dan Sub-Tropika
ii. Kebanyakan ladang hutan ini mendapat sokongan daripada negara luardan pinjaman
daripada bank besar di dunia dengan “soft loan” (bayaran dilakukan dalam jangkamasa
panjang tetapi bunga yang rendah)
iii. Projek ini mendapat subsidi daripada kerajaan dan kerajaan menguruskannnya, bukan
perseorangan
2. Keluasan kawasan ladang hutan adalah dari 17.8 juta ha (1980) kepada 43.6 juta ha (1990) dan
187 juta ha (2000)
3. Cuma beberapa kawasan mempunyai keluasan ladang melebihi 10 juta ha; China, US, Russia,
Inida dan Jepun
4. Kadar penanaman tahunan dunia adalah 4.5 juta ha/tahun. 79% penanaman berlaku di negara-
negara Asia
5. Ladang hutan ada 3 kategori;
Untuk industry
Bukan untuk aktiviti industry (kestabilan persekitaran)
Diwujudkan tanpa apa-apa tujuan (lebih kepada mencantikkan kawasan)
6. “Fast wood estate” kitaran 15 tahun, selepas 15 tahun boleh dituai. Contoh di Brazil, Indonesia,
China, india, Afrika Selatan, Thailand, Vietnam, Malaysia, Venezuela, dan Swaziland
Sebab utama betapa cepat ladang huta kiatarn ialah ekonomi (pulangan yang tinggi
dalam masa yang singkat)
7. Tujuan utama ladang ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan balak yang berisipadu besar,
berdiameter kecil dan dijual pada harga yang berpatutan secepat yang mungkin. Hasilnya dalam
satu hektar; 15 meter padu/hektar dalam masa setahun
Kebanyakan ladang ini diwujudkan adalah untuk industry pulpa dan kertas
8. Di Malaysia (1900-an) sudah wujud penanaman menggunakan spesies pokok eksotik
9. Manakala penanaman secara komersial di Semenanjung Malaysia ialah pada tahun 1950-an,
menggunakan Tectona grandis sp.
Ladang yang menanam pokok Pinus caribaea, ditubuhkan untuk penghasilan gentian
10. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia melancarkan Compensatory Forest Plantation
untuk membekalkan balak untuk pasaran tempatan
11. Meliputi kawasan berkeluasan 188,200 ha pada tahun 1995 dengan pusingan 15 tahun
Spesies yang digunakan ialah;
Acacia mangium
Cmelina arborea
Paraserianthes falcataria
Eucalyptus canaldulensis
Pada tahun 1999, Cuma menanam 65,000 ha, target 188,200 ha
Acacia mangium ditanam sebanyak 97% daripada 65, 000 ha kawasan (1999)
2433 ha (T.grandis), 3561 ha (P.caribaea) di Semenanjung Malaysia
12. Awal 1992, banyak pokok Acacia di Semenanjung Malaysia telah dijangkiti penyakit “heartrot”.
Jadi penanaman Acacia dihentikan. Januari 1994, penanaman Acacia diteruskan
13. Masa yang sama, 1993 pokok sentang/ranggu (Azadirachta exelsa) ditanam oleh Kelantan
Forestry Department
1999, Jabatan Perhutanan telah mewujudkan ladang sentang seluas 1,765
FAKTOR PENGGALAK LADANG HUTAN
1. Hutan asli telah sekian lama telah dibalak dan dituai. Kerosakan yang berlaku tidak boleh
dipulihkan sepenuhnya
2. Hutan yang ada berada di pedalaman, jadi pembalakan menjadi susah. Ia perlu dibuat jalan
sebagai perhubungan
3. Pertumbuhan alsi tidak begitu menggalakkan dan juga kekurangan pengurusan
4. Tanah yang ada digunakan untuk membalak dan juga untuk bercucuk tanan
5. Produktiviti menjadi tinggi
6. Ladang hutan adalah merupakan satu cara untuk membangunkan sesuatu kawasan
7. Perhutanan social, pembangunan desa
8. Perhutanan persekitaran, untuk mencegah daripada kerosakan semulajadi. eg. bukit bercerun
tinggi ditanam pokok
9. Sebagai tempat penyimpanan karbon
AMALAN PENGURUSAN
1. Ciri-ciri perbandingan pengurusan tanaman ladang hutan dengan hutan asli;
Kadar produktiviti yang lebih tinggi, ladang hutan menghasilkan produktiviti tinggi
Intensity dan frekuensi yang lebih tinggi disebabkan oleh kitaran yang lebih pendek
Peluang untuk menukarkan stok genetic
Ladang hutan lebih intensif berkenaan dengan pengurusannnya. eg. pembajaan tanah.
Menambah baik jika ada halangan (kurang subur, tanah keras)
Pengurusan ladang yang berterusan
Member pulangan yang sangat cepat, perladangan hutan bergantung kepada pasaran
dunia
PEMILIHAN SPESIES
1. Cadangan memilih spesies bergantung kepada 3 soalan asas;
Tujuan penanaman pokok? (untuk pulpa, perabot dan sebagainya)
Spesies yang manakah yang berpotensi untuk ditanam secara ladang?
Adakah ia tumbuh di kawasan yang telah ditentukan?
2. 4 tujuan utama penanaman pokok;
Kegunaan industry; kayu api (fuelwood), kayu pulpa, balak, produk panel
Kegunaan domestic; kayu api (firewood), tiang rumah
Perlindungan persekitaran; luluhawa tanah, penghenti tiupan angin
Pembangunan desa; buah-buahan, makanan ternakan
3. Potensi spesies yang sesuai;
Spesies tempatan (indigeneous spesies)
- Kemungkinan untuk tumbuh
- Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran yang memenuhi nic ekologi
- Lebih sesuai dan berkepentingan. Memulihara flora dan fauna yang ada
- Orang-orang industry telah tahu kegunaannya
4. Kejayaan besar kepada pengenalan spesies eksotik (luar negara);
Pilihan spesies bertambah
Bebas daripada serangan penyakit dan serangga
Sudah ada kajian dan pengalaman tentang spesies eksotik tersebut (sudah ada
maklumat)
5. Factor yang mempengaruhi untuk menggunakan spesies pokok yang diperkenalkan;
Perbezaan genetic; kepentingan provinent (menjumpai spesies yang sama, bergenetik
berlainan di kawasan yang berlainan)
Pembangunan pokok (pembaikbiakan pokok)
Spesies yang terdapat had (yang menghalang penanaman)
6. Kesesuaian spesies tersebut dengan tapak
Cuaca dengan iklim
Tanah; kedalaman, profil, struktur fizikal, kimia dan biologi
Factor lain; banjir, ketahanan kebakaran, persaingan, hurikan, keperluan perlindungan
yang istimewa
BIJI BENIH
1. Bilangan biji benih yang diperlukan untuk projek penanaman bergantung kepada;
Saiz penanaman tahunan. eg. jarak penanaman 3 meter x 3 meter, saiz kawasan 5 ribu
ha dan di dalam satu ha kawasan mempunyia 100 batang pokok
Bilangan anak pokok yang hendak ditanam
Anggaran kadar pokok yang tumbuh. eg. kadar percambahan anak pokok yang berjaya
Anggaran bilangan anak benih yang boleh ditanam di dalam 1 kg biji benih yang
diperolehi. eg. 1 kg ada 1000 biji benih, bilangan yang boleh ditanam, lihat kepada kadar
penanaman
Cara hendak mengetahui;
i. Tentukan bilangan anak benih yang ada dalam 1 kg
ii. Kadar percambahan. Eg. 90% akan bercambah
iii. Ketulenan; peratusan anak benih yang tulen
iv. Anggaran kadar kematian biji benih semasa pembajaan dilakukan di
tapak semaian. eg. penjagaan yang baik atau tidak baik
2. Variasi dalam berat biji benih (sebab-sebab perbezaan);
Perbezaan provinent (provinent; pokok yang sama spesies, ditemui di kawasan yang
berlainan dan mempunyai genetic yang berlainan)
Saiz buah
Kelas silara pokok induk
Seed maturity (kematangan biji)
Site fertility (kesuburan tanah/tapak)
3. Sijil biji benih (seed certification); meyediakan maklumat biji benih (eg. tempat pengutipan,
maklumat ketinggian pokok induk)
4. Seed procurement (keadaan biji); diperolehi samada dari dalam ataupun diimport daripada luar
negara
5. Kelakuan pembiakan spesies;
Umur pokok yang boleh menghasilkan biji benih
Kaedah/cara pembungaan
Cara penyebaran bii benih
6. Sumber biji benih diperolehi daripada hutan asli atau ladang (final crop trees; pokok sebelum
tebangan, seed stands; dirian biji benih, seed orchard; beza biji benih di mana diperolehi
(berbeza dengan seed stands iaitu melalui proses yang lebih lama untuk kajian))
7. Seed crop forecasting; istilah kepada ramalan masa musim pembuahan yang paling banyak,
bertujuan menjimatkan kos dan tenaga
8. Masa pengumpulan biji benih supaya dapat disimpan lebih lama
9. Cara pengumpulan biji benih;
Penebangan
Pengumpulan di atas tanah pada biji benih yang jatuh secara semulajadi
Kaedah memanjat untuk mendapatkan biji benih
10. Pengekstrakan biji benih adalah dengan cara;
Memakan buah, kemudian biji diasingkan (contoh durian)
Mengeringkan dan menghancurkan buah (contoh Acacia)
11. Pembersihan biji benih adalah bertujuan untuk menyingkirkan bahan-bahan lain
12. Factor-faktor yang mempengaruhi penyimpanan biji benih; longevity
Jenis biji benih (recalcitrant atau orthodox)
Suhu
Kandungan kelembapan
Serangan daripada serangga, kulat dan binatang
13. Selepas melalui semua proses di atas, dilakukan pembungkusan dan pengangkutan biji benih
14. Hanya satu sahaja masalah berkaitan dengan biji benih iaitu bekalan biji benih yang tidak
mencukupi
TAPAK SEMAIAN
1. Tapak semaian bertujuan untuk menghasilkan bekalan anak pokok untuk ditanam. Untuk
menghasilkan bekalan anak benih untuk ditanam, tapak semaian perlu;
Dipastikan bahawa spesies yang perlu ditanam (bergantung kepada biji benih yang ada)
Anak benih yang mempunyai tempoh masa yang sesuai untuk ditanam
Ada saiz anak pokok yang sesuai untuk ditanam
Perlu menghasilkan bilangan anak pokok yang cukup
2. Untuk merancang pembinaan tapak semaian, perlu mengambil kira;
i. samada ia adalah kekal atau sementara
ii. lokasi tapak semaian dan rekabentuk
3. jenis pokok yang boleh dihasilkan di tapak semaian;
i. bare root; anak benih disemai, selepas tempoh tertentu anak benih akan dikeluarkan
dan dimasukkan ke dalam bekas seperti polistirena yang biasanya lembap
ii. container
4. Dalam system container, pengurus boleh membuat pilihan, iaitu;
i. Pilihan container (polibeg dan sebagainya)
ii. Saiz polibeg
iii. Medium penanaman (sabut kelapa, habuk kayu, campuran)
iv. Nursery bed (bekas percambahan)
v. Cara penyemaian biji benih (secara terus atau tapak percambahan)
vi. Kedalaman biji benih yang perlu disemai
5. Selepas disemai, penjagaan dan perlindungan kepada anak pokok dilakukan dengan cara;
i. Siram (watering)
ii. Teduhan (shading)
iii. Perlindungan (shelter)
iv. Pembajaan (seddling nutrition)
v. Merumput (weed control)
vi. Perlindungan menentang penyakit daripada fungi
vii. Perlindungan menentang serangga perosak
viii. Perlindungan daripada kerosakan oleh haiwan dan burung
ix. Keadaan yang sesuai (kesesuaian pokok dengan keadaan persekitaran)
6. Cara pembiakan vegetative;
Stump plants (tunggul kayu)
Cutting (keratan)
Micropropagation dan tissue culture
7. Selepas penyemaian, dilakukan kawalan kualiti dan pengangkutan tumbuhan ke kawasan
penanaman
8. Tapak semaian jenis sementara (kos lebih tinggi, terdapat beberapa kemudahan asas sahaja,
penjagaan tidak rapi). Manakala kebaikan tapak semaian jenis sementara ialah;
Dibina berdekatan dengan kawasan penanaman
Pokok yang ada mempunyai peluang yang cerah untuk hidup
Kos pengangkutan dikurangkan
Penyebaran penyakit tidak aka nada, penyakit boleh diasingkan dan dikawal
9. Tapak semaian yang kekal;
Pemilihan lokasi perlulah cermat (melihat factor bentuk muka bumi yang ada)
Oleh sebab ia adalah jenis yang kekal, ia mempunyai perumahan para pekerja,
seterusnya penjagaan tapak semaian adalah lebih berkesan
Pembelian biji benih senang dibuat
Operasi lebih berkesan dan kos lebih rendah (kerana boleh mengeluarkan anak benih
yang banyak)
Menyenangkan pengurus membuat perancangan, pengekalan rekod pembajaan,
kawalan stok, serta membantu membuat jangkaan
10. Saiz nursery (tapak semaian) begantung kepada;
Bilangan anak pokok yang dihasilkan dalam masa setahun
Kaedah penghasilan anak pokok (e.g. kontena dan bare root)
Tempoh masa anak pokok berada di dalam tapak semaian
11. Lokasi nursery;
Di tepi jalan, supaya memudahkan perhubungan
Biasanya terletak di tepi sungai, untuk bekalan air
Lokasi biasanya terletak di kawasan yang senang untuk mendapatkan bekalan buruh
12. Pertimbangan silvikultur (silvicultural consideration)
Lokasi nursery haruslah jauh daripada keadaan yang ekstreem, seperti banjir. Jadi ia
perlulah dibina jauh daripada paras banjir
Mempunyai sumber tanah yang mampu kerja (contoh loam berpasir)
Perlu memastikan bahawa kawasan tersebut tidak banyak rumput
Kecerunan perlulah 10 hingga 30 supaya memudahkan pengaliran air, jadi kawasan
tersebut cepat kering
13. Rekaan tapak semaian dan susunan (layout)
Padat dan kebiasaannya 4 segi
Aturan anak pokok biasanya 1.0 m – 1.2 m, untuk memudahkan pekerja membuat kerja
Terdapat bangunan-bangunan lain dan tempat seperti tangki air, tempat bekalan diesel,
generator, stesen bomba dan sebagainya
REKA BENTUK DALAMAN LADANG
1. Lokasi tapak semaian ditentukan. Kalau boleh tapak semaian terletak di tengah-tengah ladang
2. Menentukan reka bentuk jalan ladang
3. Ladang dibahagi kepada compartment (tujuan utama dilakukan compartment ialah
perlindungan kebakaran
PENYEDIAAN TAPAK
1. Bertujuan untuk menggalak pertumbuhan dan meminimakan tahap kematian anak pokok
dengan;
Mengawal vegetasi yang bersaing
Mengalihkan batu-batu yang besar contohnya
Melakukan pembajakan dan batas
Pengubahsuaian pengairan, contohnya membuat terusan jika didapati sesuai
Kalau di kawasan yang berbukit, dibuat teres untuk membolehkan penanaman
dilakukan di kawasan bukit
2. Keperluan untuk penyediaan tapak bergantung kepada;
Tujuan penanaman (untuk industry, alam sekitar, tempatan)
Spesies tersebut, yang membolehkannya bersaing dengan spesies yang bersaing
dengannya, contohnya lalang
Tumbuhan yang ada, yang berasal daripada kawasan tersebut. Tumbuhan tersebut
dialihkan melalui beberapa cara contohnya pembakaran, bahan kimia (sodium arsenic)
dan sebagainya
Keadaan tanah yang ada
PENANAMAN
1. Kebiasaannya anak pokok ditanam pada awal pagi dan lewat petang, kerana kehilangan air pada
masa tersebut adalah minima
2. Dilakukan corak penanaman, contohnya jarak antara satu pokok dengan pokok yang lain adalah
3 meter, bercorak segiempat dan sebagainya
3. Pengangkutan dalam penyediaan biji benih, jentera dan tenaga manusia
4. Cara penanaman
- Menambah baja yang mempunyai unsure Phosforus untuk membantu pengaliran air
5. Melakukan perlindungan kepada pokok yang baru ditanam daripada;
Rumpai (weed)
Kebakaran (fire)
Haiwan (animal)
Serangga (insects) yang termasuk hama, serangga yang memakan daun
PENYELENGGARAAN PENANAMAN
1. Masalah kematian pokok. Masalah ini disebabkan oleh beberapa factor;
i. CARA MENANAM POKOK
- Cara memegang ketika proses penanaman termasuk sentuhan pada akar
ii. CUACA SELEPAS MENANAM POKOK
- kemarau
- hujan yang berterusan
iii. KEADAAN ANAK POKOK
- penyiraman dilakukan atau tidak dilakukan
- penanaman pada waktu tengahari menyebabkan pendehidratan yang lebih tinggi
iv. KEADAAN TANAH
- tanah liat yang teruk
v. SERANGGA
- serangga merosakkan daun
vi. PERSAINGAN
- persaingan daripada rumpai dan rumput
vii. HAIWAN
- dijadikan makanan oleh haiwan
2. Masalah pokok hidup tetapi pertumbuhannya perlahan. Keadaan ini disebabkan oleh;
Pilihan spesies; spesies yang tidak sesuai untuk ditanam
Provinent yang berbeza; e.g. mangga daripada Perlis ditanam di Bintulu
Kesuburan tanah; kandungan nutrient yang rendah
Keadaan fizikal tanah; tekstur tanah yang tidak baik, kelembapan tanah yang tidak
sesuai, keadaan yang tidak sesuai untuk pokok dipterokarp untuk bersimbiosis dengan
kulat
Persaingan; persaingan dengan lalang
WEED CONTROL; PENGAWALAN RUMPAI
1. Kenapa perlu pengawalan rumpai?
Ia bersaing secara terus dengan anak pokok untuk cahaya, kelembapan dan juga
nutrient
Rumpai akan membunuh dan berat lalang boleh mematahkan anak pokok,
meneduhkannya
Rumpai dan lalang tumbuh dengan banyak di atas lantai hutan
2. Kekerapan pengawalan rumpai bergantung kepada spesies poko, tapak dan cuaca
3. Kaedah kerja-kerja merumput;
Frekuensi; kekerapan, sehingga anak poko membentuk silara sendiri
Period; tempoh masa kerja merumput dilakukan
Timing; masa melakukan kerja merumput
Extend; keluasan kawasan yang hendak dirumput
4. Kaedah pengawalan rumput;
i. Manual; pemotonagn menggunakan parang
ii. Jentera (mekanikal); mesin rumput, traktor
iii. Bahan kimia (chemical matter); tong sembur racun
iv. Kawalan biologi; mengenakan penyakit kepada rumput seperti menggunakan serangga,
kulat atau bacteria
v. Mulching; menggunakan daun atau ranting kering untuk menutup kawasan-kawasan
sekitar
vi. Penutup bumi (cover crop); menanam tanaman litup bumi
vii. Ternakan (livestock); membela kambing, lembu dan sebagainya
5. Climber cutting (pemotongan pemanjat dan bukaan ruang)
6. Melakukan kawalan terhadap stump growth (seperti pertumbuhan coppice, terutama sekali
kawasan hutan yang tua
7. Staking; iaitu sokongan batang kayu ke atas anak pokok
8. Singling; proses membuang batang-batang yan tidak perlu, supaya mendapat satu batang
sahaja. Batang biasanya satu tetapi factor penyebab terjadinya banyak batang pada satu pokok
ialah;
Pembakaran kawasan tersebut
Kekurangan unsur Boron
Kerosakan daripada serangga
Kualiti genetic yang rendah
PEMANGKASAN (RESPACING)
1. Ada 2 jeins pemangkasan iaitu;
Pemangkasan rendah
Pemangkasan tinggi
PEMANGKASAN RENDAH
1. Membuat penebangan hingga ke ketinggian 2 meter;
untuk memudahkan masuk ke dalam dirian
dahan yang mudah disambar api, dapat dielakkan dan sempat dikawal
memudahkan untuk membuat operasi penjarangan (membuang pokok yang telah dipilih
untuk mengurangkan persaingan)
untuk menghilangkan bekas potongan
2. Pengambilkiraan dalam pemangkasan dahan termasuk;
spesies (self pruning)
ruang (spacing)
kadar (nisbah) kanopi berbanding dengan batang kayu (proportion of tree)
kaedah membuat tebangan (method)
keadaan tapak/dirian (ground condition)
ketinggian maksimum pemangkasan yang hendak dilakukan (mengambilkira masa, kos
dan tenaga)
PEMANGKASAN TINGGI
1. Pemangkasan tinggi dillakukan untuk mengurangkan dahan-dahan dan ranting supaya kayu
berkualiti tinggi
2. Keperluan (pertimbangan/consideration) untuk pemangkasan;
Berapa lama dahan berada di atas pokok. Seandainya sudah lama, tidak perlu dilakukan
kerana membazir masa dan kos
Samada perlukan kayu yang berkualiti tinggi atau tidak (yang tidak mementingkan
kualiti contohnya untuk kegunaan pulpa dan kerta)(yang mementingkan kualiti
contohnya perabot)
3. 3 langkah untuk menghasilkan kayu berkualiti tinggi;
MEMOTONG DAHAN- menggunakan gergaji/parang dengan sekali takik untuk dahan
yang kecil. Dahan yang besar menggunakan kaedah yang tersendiri
PENYEMBUHAN PARUT- untuk mengecilkan parut selepas dahan dipotong
PEMANGKASAN HIDUP- pemotongan dahan hidup
4. Selepas pemangkasan, penjarangan dilakukan
5. Proses pemangkasan tinggi sangat mahal;
Bergantung kepada bilangan dahan yang ditebang
Saiz dahan (kecil atau besar)
Ketinggian pemangkasan yang melebihi 2 meter (berganting kepada objektif
pemangkasan, selalunya menggunakan tangga)
Bilangan pokok yang perlu dipangkas di dalam satu ha kawasan
Ketinggian pemangkasan mempengaruh kos
ZAT MAKANAN UNTUK DIRIAN HUTAN
1. Kekurangan zat makanan adalah disebabkan oleh 7 faktor;
tanah itu sendiri
keberkesanan kitaran (kadar) nutrient adalah rendah (tidak lengkap, perlahan)
kekurangan factor-faktor lain seperti hujan, pH yang rendah
interaksi dengan nutrient yang lain. e.g. N dan P, apabila penyerapan N meningkat, P
juga meningkat. Akan tetapi, bagi Mg dan Ca, bila penyerapan Mg meningkat, Ca
mengurang
kadar simbiosis yang kurang
persaingan rumput-rumpai
spesies yang tidak sesuai
2. Kekurangan nutrient berlaku;
sepanjang masa (daripada anak benih hinggalah kepada pokok itu matang)
yang dipengaruhi oleh tanah, tapak dan interaksi antara spesies
3. Symptom-simptom kekurangan nutrient;
Pertumbuhan pokok terbantut
Perubahan warna pada daun (chlorosis)
Perubahan anatomi
4. Diagnosis kekurangan nutrient;
Fertilizer trials; nutrient mana yang kurang
Analisis daun (dua langkah di dalam analisis daun; threshold levels dan sample)
Analisis tanah
5. Kegunaan baja;
Untuk menambah nutrient yang kurang
Membantu pokok untuk tumbuh di kawasan yang kurang subur
Merangsang pertumbuhan pokok
6. Alternatif kepada baja (seandainya baja tidak dilakukan);
Menukar spesies pokok yang ada
Penyediaan tapak (memperbaikkan)
Kitaran nutrient
Mulching (sungkupan)
Najis haiwan
PENJARANGAN
1. Penjarangan ialah operasi yang mana mengurangkan bilangan pokok yang ada di dalam suatu
dirian hutan
2. Sebab-sebab dilakukan penjarangan;
Mengurangkan bilangan pokok
Untuk tujuan kesihatan
Mengeluarkan pokok-pokok ang berbentuk tidak elok
Member peluang kepada pokok besar untuk tumbuh dengan lebih besar
Hasil penjarangan boleh dijual sebagai pulpa, clipboard, kayu api dan sebagainya
3. Kesan penjarangan;
Menggalakkan pertumbuhan diameter
Jumlah isipadu dikurangkan pada permulaan penjarangan (bergantung kepada bilangan
pokok yang dikeluarkan)
Pokok yang ditinggalkan semakin tinggi, maka hasil balak adalah tinggi
Untuk mengurangkan kadar kematian dirian
4. Kesan kepada kekerapan penjarangan yang berbeza
Minima 20%; kesan tidak Nampak
40%; kehilangan isipadu terlalu banyak
5. 3 aspek yang perlu diambil perhatian semasa melakukan penjarangan
Bila penjarangan boleh dilakukan (sebelum kanopi tertutup)
Bilangan pokok yang perlu dikeluarkan setiap kali aktiviti penjarangan (thinning weight);
penjarangan pertama (20%-30%)
Kekrapan membuat penjarangan, bergantung kepada keadaan dirian tersebut (biasanya
penjarangan untuk menghasilkan balak adalah dilakukan sebanyak 2 kali)
6. Kaedah penjarangan;
Kaedah sistematik atau mekanik atau line thinning
Selected thinning (dilakukan di bahagian bawah silara)
7. Kedua-dua kaedah ini mempengaruhi;
Purata ketinggian dirian
Purata diameter dan purata pertumbuhan pokok
Nisbah purata saiz pokok yang telah dijarangkan kepada saiz nisbah pokok yang tinggal
(nisbah pokok yang ditebang kepada pokok yang ditinggalkan)
8. Kualiti kayu yang dihasilkan daripada aktiviti penjarangan
KEBAIKAN
- potensi mendapatkan kayu balak adalah tinggi
- Isipadu pokok lebih besar
KETIDAKBAIKAN
- Meningkatkan ketirusan (taper)
- Mewujudkan banir
- Dahan semakin besar
- Berlakunya pertumbuhan diameter yang cepat (ketumpatan menjadi kurang)
- Hempakan kepada pokok yang tinggal akan mencederakannya (mengurangkan
kualiti)
9. Keputusan penjarangan bergantung kepada
Objektif pengurusan dan polisi penjarangan
Pilihan dan pertimbangan samada perlu atau tidak dilakukan penjarangan
Masa penjarangan pertama dan seterusnya
Kekerapan penjarangan
Menentukan pilihan atau kaedah penjarangan, samada sistematik atau selection
5 ASPEK YANG DITEKANKAN DAN MUNGKIN MEMBERI KESAN KEPADA SILVIKULTUR
1. Saiz kawasan balak
2. Kaedah penebangan (e.g. censor, jentolak)
3. Kerosakan kepada tapak semasa penebangan (e.g. menarik keluar balak)
4. Hasil yang ditinggalkan seperti ranting, daun, dahan dan sebagainya
5. Penanaman untuk pusingan kedua
SISTEM-SISTEM UTAMA PENGANGKUTAN BALAK
1. Haiwan
2. Kabel; lebih baik daripada traktor tetapi lebih mahal
3. Forwarder; jentera yang menebang pokok secara menegak dan menarik keluar
4. Jentolak jenis D6 (roda getah)
5. Jentolak jenis D7 (roda besi)
KEROSAKAN YANG BIASANYA BERLAKU SEMASA PEMBALAKAN
1. Pemadatan tanah
2. Water logginmg (takungan air)
3. Tumpahan minyak
4. Sungai/saliran tersumbat
5. Mendedahkan lantai hutan kepada risiko hakisan. Jadi untuk mengurangkan kesan hakisan,
dilakukan penanaman semula selepas penebangan
BEBERAPA KAEDAH UNTUK MELUPUSKAN HASIL BUANGAN
1. Kumpul dan bakar (nutrient akan larutresap dan luluhawa akibat angin)
2. Menggunakan jentera penghancur (kos tinggi)
3. Mengumpul di dalam satu barisan (istilah; wind rows)
4. Ditaburkan di semua kawasan sama rata (menyukarkan untuk menanam pokok
PERLINDUNGAN KEBAKARAN
1. 3 tujuan;
Menghalang kebakaran daripada luar daripada merebak ke dalam
Mengelakkan kebakaran daripada dalam ladang
Mengehadkan tempat/kesan yang terbakar
2. Strategi dalam perlindungan kebakaran (4 komponen);
Pertahanan yang tetap (contoh; menggali kolam untuk sumber air dan juga membentuk
blok)
Fire-fighting equipment (pasukan pemadam api)
Komunikasi yang baik (menara kawalan)
Publisiti (jalankan/maklumkan orang ramai untuk tidak membuat pembakaran)
top related