seni pribumi

Post on 22-Jun-2015

562 Views

Category:

Education

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PSV 3110 Sejarah dan Apresiasi - Seni Peribumi

TRANSCRIPT

Seni Pribumi

Psv 3110 sejarah seni dan apresiasi

Asihwiniy A/P Francisco

Masyarakat Pribumi• Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang

asli merupakan masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan Paleolitik.

• Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara.

• Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak.

Masyarakat Pribumi

Orang Melayu Orang Asli

Negrito Senoi Melayu Asli/Melayu-Proto

Kinsui KintakLanduJahai

MendrigBateq

TemiarSemai

Semaq BeriChe’ Wong

Jah-HutMahmeri

TemuanSemalaiJakun

Orang KanaqOrang Kuala

Orang SelatarOrang Laut

• Seni kaum peribumi seperti kaum Jah Hut, Mah meri dan tenunan pua kumbu oleh kaum Iban juga dibincang untuk mengenali seni Alam Melayu.

• Simbol-simbol yang digunakan pada karya seni mereka dan maknanya dikaji untuk mentafsirkan mesej yang ingin disampaikan.

Seni Pribumi

JAH-HUT

Masyarakat Jah HutSatu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2442.

Pada tahun 2005, anggarannya lebih kurang 4000 orang yang tinggal di

11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut (utara ke Temerlo di selatan)

• Kampung Seboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara penempatan-penempatan orang Jah-Hut dengan hanya kira-kira 100 orang.

• Orang Jah-Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Bahasa Jah-Hut• Bahasa yang ditutur oleh orang Jah-Hut dikenali sebagai

“bahasa Jah-Hut” merupakan sebahagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa.

• “Jah” bermaksud orang.• “Hut” pula bermaksud bukan atau tidak.• Menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam

perbendaharaan katanya.• Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau

(Terengganu), Kuala Tembeling, Ulu Ceres, dan sebagainya

Kegiatan Ekonomi Jah-Hut

• Kegiatan-kegiatan pertanian utama-penorehan getah, penanaman padi,dan penternakan ayam.

• Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan sebagai satu sumber pendapatan untuk orang Jah-Hut dan juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka

• Mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Seni Pengukiran Kayu Jah-Hut

• Suku kaum ini terkenal dengan ukiran-ukiran kayu (arca).

• Setiap ukiran mempunyai pelbagai tujuan dan maksud dari segi kepercayaan, mistik, keagamaan, lagenda, serta menggambarkan kehidupan mereka.

• Kebiasaannya ukiran kayu berbentuk patung figura haiwan dan manusia serta alam ghaib seperti hantu.

• Ukiran (arca) akan dinamakan dengan sifat masing-masing, kebanyakkannya berbentuk hantu.

• Kesemua ukiran hanya menggunakan alatan tangan sahaja.

Jenis Kayu Ukiran• Cengal• Merbau• Tembusu hutan• Sena• Merpati• Kemuning• Rhu bukit• Raja kayu• Arang• rengas.

Tokoh Pengukir Kayu Jah-Hut

• Along b Hitam• Ayau b Bandak• Batin Hitam b Wahi• Bujai b Ali• Jatim b Bani• Kassim b Wahi• Menteri Bani b Wahi• Puteh b Debos• Salleh b Kahang• Gaga b Pandak

Contoh Hasil Ukiran

“BAPAK DAN ANAK PAKAI CHAWAT” Hantu Bengkok The crooked Spirit

Hantu KulupThe Circumcision spirit

Arca Bentuk Figura

Seni Pribumi

MAHMERI

Masyarakat Mahmeri

• Suku kaum Mahmeri dari kumpulan Senoi yang turut menghasilkan ukiran kayu.

• "Mahmeri" bermaksud orang hutan manakala, istilah mahmeri memberi maksud ‘bersisik’.

• Mereka juga dikenali sebagai orang laut.• Sesuai dengan lokasi penempatan mereka yang

berhampiran dengan laut iaitu di sepanjang pantai negeri Selangor dan Pulau Carey.

• Seni ukiran kayu telah lama bertapak dalam masyarakat Mahmeri.

• Mereka turut dikenali sebagai pengukir yang mahir.• Kaum Mah Meri terkenal dengan hasil ukiran topeng

kayu serta ukiran yang digunakan di dalam amalan kerohanian tradisi mereka.

• Kreativiti mengukir patung-patung berbentuk dewa-dewa, figura manusia, alam flora dan fauna amat menakjubkan.

• Ada di antara ukiran-ukiran itu, pernah mendapat pengiktirafan UNESCO.

• Topeng-topeng ini pada mulanya diukir oleh bomoh/batin.

• Nama topeng masyarakat Mah Meri berdasarkan cerita dan kepercayaan masyarakat untuk tujuan perubatan, penyembahan dan hiburan.

• Nama seperti - Moyang Tetek Lanjut, Moyang Labi-Labi, dan Moyang Katak Kala (menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat asli).

• Topeng ini dipakai oleh bomoh sebagai perantara alam metafizik dan realiti.

• Bentuk topeng ini tidak menggunakan warna tetapi rupa topeng dibezakan melalui corak, gaya dan piuhan.

• Terdapat topeng yang dipiuhkan untuk menimbulkan imejan yang menggerun, menakut serta melucukan. (terutamanya topeng utk tujuan penyembuhan penyakit).

• Kaum Mah Meri yang kuat pegangan animisnya menganggap ukiran-ukiran ini sebagai satu cara untuk berhubung dengan dunia roh yang mereka percayai wujud di dalam alam semula jadi.

• Ukiran kayu kaum Mah Meri melambangkan roh atau semangat yang wujud dan mempunyai pengaruh ke atas pelbagai aspek kehidupan mereka sama ada secara positif atau pun negatif.

• Ukiran Moyang Sauh-berpengaruh ke atas keselamatan para nelayan ketika mereka turun ke laut.

• Ukiran Mah Meri memainkan peranan yang penting dalam menyembuhkan penyakit seperti demam, sakit perut dan penyakit yang berkaitan dengan pembuangan air kecil. Untuk mengubati pesakit, salah seorang ahli keluarga pesakit tersebut perlu menghasilkan ukiran kayu yang melambangkan roh atau semangat yang dipercayai berpengaruh ke atas penyakit tersebut.

• Ukiran ini kemudian diberikan kepada bomoh mereka yang akan menjalankan upacara bagi ‘mengalihkan’ penyakit tersebut dari pesakit kepada ukiran kayu itu dan kemudian membuangnya ke laut atau ke dalam hutan, lalu secara simboliknya ‘mengeluarkan’ penyakit itu dari badan pesakit.

Jenis Kayu Ukiran• Kayu nyireh batu. • Keindahan ukiran ini terserlah pada alunan urat

kayu nyireh yang indah atau warna kayu yang menarik dan juga pada rekabentuk ukiran itu sendiri yang ringkas tetapi sungguh anggun serta membawa makna budaya kaum Mah Meri.

• Setiap ukiran yang dihasilkan adalah seunik urat-urat kayu nyireh batu yang membentuk ukiran itu sendiri.

• Ukiran berukuran satu kaki tinggi memakan masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan.

• Selain daripada ukiran kayu, hasil anyaman juga memainkan peranan yang penting dalam budaya Mah Meri lebih-lebih lagi bagi kaum wanita Mah Meri.

• Sebelum mereka dianggap layak untuk berkahwin, seorang wanita kaum Mah Meri perlu menguasai kemahiran menganyam pelbagai jenis barangan seperti bakul memburu, bekas simpanan, tikar serta perhiasan upacara.

Seni PribumiPUA KUMBU

Tenunan Pua• Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah. Alat ini

biasanya tersimpan di beranda rumah panjang.• Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan

tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun.

• Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. • Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat,

penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya, reka corak hantu atau roh yang dikenali sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir pua.

• Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh reka corak ‘kemerbai’.

• Tenunan pua ada pelbagai jenis (pua mata, pua rara dan pua kumbu). • Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir

dan cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. • Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang

kurang mahir atau baru belajar. • Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-

tumbuhan dan binatang. • Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup.• Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti

kunyit, pinang dan kulit kayu baku. • Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan

hitam. • Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain pua yang

halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu.

• Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

Pua Kumbu (Seni Tenunan)

• Pua dalam bahasa Iban bermaksud kain, manakala Kumbu bererti selimut.

• Pua Kumbu merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak.

• Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh kaum Iban yang dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia.

• Pua kumbu ditenun oleh wanita Dayak dan dianggap objek suci dengan menggunakan 'Kek Iban'.

• Pengunaan tumbuh-tumbuhan seperti mengkudu,kulit kayu janggau, dan kulit kayu kepayang (pewarna asli Pua Kumbu).

• Ia digunakan dalam upacara dan peristiwa penting termasuk :-

Kelahiran anak- Sampai usia- Menerima barangan penting kepada rumah panjang- Untuk tabir mayat yang diletakkan di

rumah panjang sebelum pengkebumian.

• Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua.

• Pua kumbu ditenun oleh wanita kaum Iban yang sudah mahir menenun kerana pua jenis ini adalah paling rumit untuk ditenun.

• Pua kumbu menjadi kemegahan di kalangan wanita kaum Iban dan jika dilihat dengan teliti, ia turut memaparkan corak kehidupan seharian masyarakat Iban.

• Rekaan coraknya – anak kunci, lengkar, rombus atau berlian.

• Corak ini dipercayai pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) abad ke 17 SM.

• Panjangnya – lebih kurang 40-50 cm.• Corak menarik pada kain ini diilhamkan dalam

mimpi tukang tenun dan dipengaruhi kepercayaan animis yang purba.

• Corak-corak yang diilhamkan : gabungan antara yang azali dengan yang mistik.

• Setiap tenunan mencerminkan peribadi penenun itu sendiri.

Berbekalkan kepakarannya, Fiorita menghasilkan pua kumbu dengan corak yang tersendiri

Artikel: Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm#ixzz2qqyEO79R

© Utusan Melayu (M) Bhd

BENANG terlebih dahulu diikat kemas dan kuat mengikut susunan corak bagi mengelak kemasukan air sebelum dicelup dengan pewarna asli.

Motif Engkeramba

• Lembaga manusia-engkeramba.• Gambaran figura roh yang dikenali sebagai

engkaramba ditenun dengan teknik ikat. • Motif ini dipercayai berkuasa menghalang

bencana atau kuasa jahat daripada menyerang tanam-tanaman dan penghuni rumah panjang.

• Biasanya, motif ini hanya boleh ditenun oleh anak dan isteri ketua rumah panjang (mereka benar-benar mahir menenun cara ikat).

• Motif ini juga menjadi azimat untuk melindungi seseorang daripada ancaman luar dan ia dipercayai dapat menguntungkan dalam hasil tuaian.

• Mewakili dewa-dewi daripada mitos dan legenda yang terdapat di kalangan orang Iban.

Motif Fauna

• Antara motif binatang yang digunakan :- Buaya- Mempunyai kuasa untuk menjaga

tempat berhuma (tanaman padi).Mempercayai bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka.

Ular - Membawa petanda buruk dimana kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu dan tidak ditenun dengan sewenang-wenangnya.

Katak- Ditenun dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh perempuan sering menjelma sebagai katak dan dikatakan mempunyai kuasa untuk mencipta bayi.

Harimau dan Tikus Kasturi - Sering dikarang dalam bentuk abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian.

Rusa - Mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu.

Burung-Pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa pekerjaan.

Serangga-labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan.

Motif Flora

• Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua.

• Antara tumbuh-tumbuhan yang ditenun:- rotan Pucuk Paku Pucuk Rebung Buah-buahan Biji Benih Bunga-bungaan

Motif Alam & Alatan

• bulan, awan larat, alat tenun.

Proses Penghasilan Pua Kumbu• Dua cara digunakan :-oCara Ikat

Benang kapas yang hendak ditenun diikat pada beberapa bahagian tertentu dengan tujuan menahan pewarna daripada meresapi bahagian tersebut.

Ikatan dibuat mengikut corak yang dikehendaki. Warna-warna yang sering digunakan adalah warna coklat tua,

biru kehitaman dan merah bata. Apabila proses mewarna sudah selesai,benang-benang kapas itu

dikeringkan.� Setelah benang betul-betul kering barulah ikatan-ikatannya

dibuka. Kemudian benang itu ditenun. – Tenunan dibuat secara kosong

tanpa menyelang-nyelikan benang bagi menghasilkan corak. Corak yang terhasil adalah daripada kesan proses ikat.

Penghasilan Pua Kumbu dengan Cara Ikat

o Cara Pilih Benang kapas yang hendak ditenun dicelup ke

dalam pewarna. Kemudian benang-benang itu dikeringkan. Setelah kering, benang-benang itu ditenun. Selain daripada benang-benang yang diwarnakan,

benang kosong iaitu benang yang tidak berwarna juga digunakan.

Tenunan dibuat dengan cara menyelang-nyelikan benang di atas tenunan kain dasar untuk membentuk corak kain -terhasillah corak-corak kain yang berbentuk timbul

Penghasilan Pua Kumbu dengan Cara Pilih

Proses Menenun Kain Pua

• Memproses Benang - Benang putih yang telah dipilih direndam semalaman di dalam air bersih. Kemudian dimasukkan ke dalam campuran kanji supaya benang yang akan digunakan dalam tenunan pua ini tidak berbulu dan tidak mudah putus

• Menggulung Benang - Benang mentah yang telah dikanji dan dikeringkan akan dimasukkan ke dalam 'Pelayang Benang' untuk digulung dalam bentuk bebola.

• Menggirit - Alat tenunan (tumpoh) akan digunakan dalam proses ini. Proses menggirit dilakukan dengan membawa mangkuk yang berisi benang dari bahagian kiri alat tenunan dan dibawa dari bawah ke atas dan diselitkan anak-anak kayu di antaranya untuk memudahkan kerja-kerja mengarap kelak.

• Mengarap - 'Kayu Lambongan' digunakan untuk memasukkan benang yang terselit antara kayu-kayu kecil dan dikait menggunakan jari. Benang ini kemudian akan diikat pada kayu kecil yang disusunkan antara 'Kayu Lambongan' dan 'Beliak'.

• Menegi - Proses menegi dilakukan supaya memudahkan lagi proses mengikat. Benang yang telah digarap akan ditegi kepada dua bahagian (bahagian atas dan bawah). Setelah siap ditegi dan dijahit pada bahagian atas dan bawah, benang akan ditegangkan dengan diselitkan dua batang kayu di atas 'Tangga Benang'.

• Mengikat Motif (Pertama)-Jaluran-jaluran benang tadi akan diikat berpandukan corak yang dikehendaki dengan tali 'rafia'. Tujuan mengikat ialah supaya ikatan tidak diserap oleh warna apabila melakukan proses pencelupan kelak.

• Mencelup Warna (Pertama) - Benang yang telah diikat dikeluarkan dari tangga benang, direndam dan dibilas dengan air. Kemudian, ia dicelup ke dalam bahan pewarna mengikut warna yang dikehendaki. Selalunya warna merah menjadi pilihan proses mewarna pertama tenunan pua ini.

• Mengikat Motif (Kedua) - Benang yang telah dikeringkan, akan menjalani proses mengikat kali kedua tapi ikatan yang pertama tadi dibiarkan (tidak dibuka). Cuma ikatan pada benang ditambah untuk tujuan mencelup warna kedua.

• Menenun Pua - Benang yang telah dibuka ikatan akan dimasukkan pada alat tenunan. Bahagian atas benang dimasukkan pada kayu rakup dan bahagian bawah akan disusupkan pada kayu panjang sebelum diikat pada bahagian bawah alat tenunan dan ditarik sehingga tegang. Bahagian bawah ini disambung dengan 'Sengkabit' (alas belakang semasa menenun). Kemudian, benang yang dilancarkan dengan 'Jengkuan' akan dipangkah oleh benang kapas untuk dijadikan kain pua pula.

Fungsi/ Kegunaan Pua Kumbu

• Sebagai hiasan pada penggendong bayi. Walaubagaimanapun, kepelbagai guna kain pua lebih bercirikan kepada unsur-unsur mistik pada zaman dahulu kala.

• Dalam adat “ngayaua” atau memenggal kepala, isteri masyarakat Iban akan menggunakan kain pua dalam upacara menerima kepala musuh yang dipenggal dari tangan suami mereka.

• Kain pua juga digunakan untukmenghias bumbung bot yang digunakan sebagai alat pengangkutan menjemput pengantin perempuan untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki.

• Kain pua juga digunakan dalam upacara “sapat “ iaitu kain itu diletakkan pada mayat selama tiga hari dan tiga malam sebelum mayat itu dikebumikan.

• Upacara “sapat “boleh dibaratkan sebagai upacara bekabung.

• Sebagai dinding perantaraan jenazah dengan orang yang masih hidup.

• Digunakan oleh bomoh dalam upacara menyembuhkan pesakit.

• Digunakan oleh kaum wanita dalam majlis keramaian semasa menari tarian tradisional.

• upacara adat istiadat dan keagamaan• bidang (skirt), sirat (cawat), kalambi (jaket) dan

dangdong (kain sarung).

Majlis Pakaian Hiasan

Alas Meja

Seni Pribumi

Sekian!

top related