saya ialah seorang guru

Post on 16-Nov-2015

19 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sebagai rujukan

TRANSCRIPT

Saya ialah seorang guru pelatih di sebuah Institut Pendidikan Guru di Kuala Lumpur yangtelah menjalani latihan praktikum dua kali pada tahun 2011. Saya menjalani kedua-duapraktikum ini di sebuah sekolah rendah di Kajang. Sepanjang saya menjalani latihanpraktikum, saya telah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di mana sayamenerangkan pengetahuan Sains kepada murid-murid. Apabila saya lihat kembali sesipengajaran dan pembelajaran yang dilakukan, saya mendapati saya menghadapi kesukaranuntuk menyampaikan pengajaran saya dengan berkesan. Bagi saya, penyampaian pengajaranyang berkesan ialah kemampuan saya memberikan penerangan kepada murid dengan jelasdan mudah difahami semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.Biasanya, saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran setelah saya memastikan muridbersedia untuk belajar dengan keadaan duduk yang tegak dan meja dirapatkan serta tiadabuku di atas meja masing-masing. Apabila saya mengajar, saya mendapati murid sering kalisaling bertanya antara satu sama lain terhadap perkara yang saya perkatakan.Selain itu, saya juga perhatikan murid memahami perkara yang saya sampaikan danmenjawab Ya tetapi apabila saya bertanyakan Adakah kamu faham?, mereka tidak dapatmenjawab soalan yang dikemukakan. Saya andaikan melihat murid memahami perkara yangsaya sampaikan kepada mereka tetapi murid sebenarnya tidak memberikan tumpuan merekakepada pengajaran.Saya juga sukar membuat murid memberi maklum balas kepada soalan pengajaran saya.Biasanya saya memberikan arahan kepada murid untuk mengangkat tangan dan berdirisekiranya ingin menjawab soalan. Ketika soalan diajukan, terdapat murid yang memberikanjawapan sambil duduk serta tidak gemar mengangkat tangan. Situasi ini menunjukkan muridtidak menghormati saya sebagai guru. Pada hemat saya, nilai menghormati antara satu sama

top related