retorik

Post on 26-Jun-2015

730 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

 Perkataan retorik berasal daripada perkataan yunani iaitu rhetor yang membawa makna pidato.

Dalam konteks moden, retorik ialah seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau berbentuk propaganda, retorik adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi, sikap, dan pendirian orang ramai.

Pada umumnya retorik dapat dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu pemerian, cerita, hujah, khutbah, nasihat, penerangan dan pujukan.

Retorik Pemerian

Dignakan untuk menjelaskan ss=esuatu ataupun menghuraikan sesuatu perkara yang berlaku atau terjadi. Bersifat diskriptif dan informatif. Bahasa biasa, jelas dan mudah difahami. Contoh laporan dan deskripsi yang terdapat pada akhbar.

Contoh:Permodalan Naional Berhad (PNB) sudah

menjelaskan bayaran kepada 135,678 waris pelabur dalam Amanah Saham Nasional (ASN)membabitkan RM 567 juta sejak skim itu dilancar pada bulan April 1981.

Retorik Cerita

Dikaitkan dengan penulisan yang berbentuk kreatif seperti cerpen, novel, hikayat dan hasil-hasil kesusasteraan. Gaya bahasa bersifat imaginatif, banyak kiasan, imej, lambing, perbandingan, simile, metafora, personafikasi yang menimbulkan ekspresi.

Contoh:Tiba-tiba jam antic berwarna hitam berkilat

berdiri kukuh di penjuru tamu rumahnya itu berdenting sekali. Matanya segera menerpa ke permukaan jam itu. Ternyata jarumnya menunjukkan angka satu setengah tengah malam. Datuk Zimbo terus berlegar-legar dalam ruang tamu rumahnya yang tersergam indah itu. Benak kepala berkecamuk…

Retorik Hujahan

Bahasa yang berbentuk ringkas dan padat serta bernas yang digunakan dalam sesuatu perdebatan, perbicaraan, perbahasan dalam majlis atau parlimen. Bahasa yang dignakan amat ringkas tetapi pemilihan kata amat penting untuk menyampaikan maksud.

Contoh:Tuan-tuan, parti sekarang dipenuhi dengan

para seniman. Sesorang itu tidak boleh terlalu lama menjadi wira mereka akan mudah lupa dan tersasul dari skrip asal. Oleh itu, kita mesti menolak mereka keluar dari pentas dan mencari wira baru. Wira baru yangberjuang untuk kepentingan masyarakat.

Retorik Khutbah

Bentuk bahasa yang digunakan untuk memberi nasihat, pedoman, tunjuk ajar kepada orang yang membaca atau mendengarnya. Bersifat mengajak.

Contoh:Sunat taubat ialah mensucikan diri dari dosa

dengan memberhentikan daripada kerja-kerja yang berdosa,meminta ampun di atas dosa yang telah kita lakukan terhadap Allah. Di samping itu kita hendaklah berazam tidak melakukan dosa-dosa yang akan datang.

Retorik Nasihat

Ungkapan untuk menyatakan nasihat atau meujuk orang untuk melakukan sesuatu atau mengikut sesuatu yang baik.

Contoh:Kita perlu bekerjasama antara satu sama lain

untuk pembangunan negara kita. Teras kepada pembangunan negara ialah kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Justeru perpaduan menjadi jambatan yang sangat ampuh dalam menghubungankan jalinan ukhwah bagi memastikan segala yang direncanakanberjalan dengan teratur dan kemakmuran dapat dikecapi bersama. Untuk itu kerjasama semua pihak adalah diperlukan bagi merealisasikan matlamat dan cita-cita kita.

Retorik Penerangan

Memberi penjelasan mengenai sesuatu perkara seperti cara memasak, memasang mesin, mengendalikan jentera dan sebagainya. Sesuatu perkara dan hal ini diperincikan dari satu proses kepada suatu proses yang lain secara berurutan, tersusun dan teratur.

Contoh:Telur hendaklah dipecahkan dan digaulkan

dengangula sehingga sebati. Kemudian campurkan planta sebanyak tiga cawan dan kacau adunan hingga sebati. Apabila adunan sudah sebati, panaskan periuk dan masukkan adunan tadi. Masak adunan hingga 30 minit dan pada suhu 110 darjah Celsius. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam pinggan besar dan masakan sedia untuk dihidangkan.

Retorik Pujukan

Bahasa berbentuk memujuk orang atau membolehkan orang mempercayai atau dipercayakan. Menggunakan bahasa-bahasa yang manis dan menjanjikan sesuatu kepada orang yang diajukan percakapan. Contohnya bahasa iklan dan bahasa yang digunakan oleh kekasih memujuk pasangannya.

Contoh:Terokailah alam masakan tanpa menggunakan gas

atau kuasa elektrik di dapur keajaiban set Redware. Percuma air-Pot bernilai RM 125.00 bagi setiap pembelian sementara stok masih ada.

Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:

penguasaan tatabahasapenggunaan pelbagai ragam bahasapenyampaian pemikiran secara teratur dan

sistematikpenguasaan corak dan bentuk penulisan.

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi orang, maka wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan.

Di samping itu struktur wacana pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Retorik dikembangkan dengan empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan), atau penghujahan.

Di samping itu, penulisan boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi.

Induktif

Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.

Deduktif

Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan maklumat yang khusus.

Analogi

Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan anttara dua perkara atau senario.

top related