rayuan arakan
Post on 29-Mar-2016
264 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
BANTUAN KEMANUSIAAN
ARAKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 KUALA LUMPUR
Tel: 03 26972007 Faks: 03 26922002
Aung Mingalar, Sitwe
MALAYSIAN RELIEF AGENCY Lot 7, Jalan Raja Uda,
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel no: +603 - 2697 2007
Faks no: +603 - 2697 2002
Web: www.mra.my
Email: admin@mra.my
Anak-anak pelarian ini mengharapkan bantuan anda
RINGKASAN PROPOSAL
MRA berhasrat untuk membangunkan semula wilayah Arakan dengan membina
kawasan penempatan baru bagi para pelarian dalaman (IDP’s), membangunkan
sekolah berserta sistem pendidikan, membekalkan air minuman termasuk menggali
telaga, menghulurkan bantuan makanan asasi kepada mereka yang kebuluran tanpa
sebarang sumber pendapatan termasuk membantu memberikan rawatan perubatan
dan kesihatan kepada para pelarian dan mereka yang memerlukan disana.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 2
Dihadapan masjid Aung Mingalar, Sitwe
PENEMPATAN ISU PEMASALAHAN
RASIONAL
LOKASI
FAEDAH KOS PER UNIT
KOS KESELURUHAN
Pertelingkahan diantara kedua bangsa yang men-
diami Arakan, iaitu diantara Rohingya dan Rakhine
menyebabkan hubungan diantara kedua belah pihak
menjadi begitu tegang. Mereka tidak boleh lagi
duduk berdekatan, prejudis dan syak wasangka
yang begitu mendalam, menyukarkan proses inte-
grasi sesama mereka.
Terdekat, ini merupakan jalan penyelesaian terbaik
bagi mengelakkan kedua pihak ini dari terus berte-
lagah, kebanjiran puluhan ribu pelarian dalaman ke
kem-kem pelarian menjadikan projek penempatan
ini sebagai solusi terbaik pada masa ini.
Memberikan perlindungan sementara kepada para
penduduk yang kehilangan tempat tinggal
Mengumpul mereka didalam satu kawasan/lokaliti,
dan ini memudahkan untuk agihan bantuan
Memudahkan kerja-kerja bantuan kerana bancian
yang lebih tepat dapat dilakukan
Mengurangkan masa pergerakkan kerana semua
berkumpul ditempat yang sama
Lebih banyak bantuan lojistik dapat disalurkan
kepada pelarian kerana ianya lebih mudah untuk
disediakan.
RM18,000 Per Rumah
SATU Rumah : 10 Keluarga
Kos 1 Keluarga: RM1,800
MRA berhasrat untuk membangunkan 30 buah Rumah Sitwe ini
dikawasan-kawasan yang memerlukan:
30 unit X RM18,000 : RM540,000
30 unit X 10 famili : 300 keluarga
Konflik ini telah menimbulkan perasaan prejudis
yang begitu tebal diantara satu sama lain.
Justeru, mengasingkan mereka buat masa kini me-
rupakan penyelesaian jangka pendek terbaik untuk
kedua belah pihak.
Wilayah Paktaw
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 3
Thatkayphin, Sitwe
TEMPOH PERLAKSANAAN
Setiap satu penempatan mengambil
selama 2 minggu untuk disiapkan. Kita
mensasarkan untuk membina penem-
patan ini dalam temph selama 3 bulan.
Konsep Rumah Sitwe yang dibangunkan
ini adalah seperti konsep “Rumah
Panjang” yang terdapat di Malaysia.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 4
Tetap Riang di Kem Thatkayphin, Sitwe
Thatkayphin, Sitwe
BEKALAN AIR
ISU PEMASALAHAN RASIONAL Kekurangan bekalan air bersih bagi tujuan minuman
dan pembersihan di kawasan penempatan baru atau
sementara yang diwujudkan bakal menjadikan krisis
yang sedang berlaku ini menjadi bertambah buruk,
dari konflik perpecahan kepada krisis kemanusiaan.
Kekurangan bekalan air bersih sebagai minuman
pastinya menambahkan kesulitan kepada para pe-
larian yang mengalami kesukaran hidup, terutama-
nya kanak-kanak.
Penggunaan air yang tercemar hanya mengundang
padah dan bakal menyebabkan pelbagai penyakit
merebak di kalangan pelarian kelak.
Konflik yang melanda wilayah Arakan ini mem-
bawa kepada perpindahan penduduk samada se-
cara paksa atau sukarela ke penempatan-
penempatan baru.
Penempatan baru kebiasaannya mempunyai fasiliti
yang agak terhad dan sekiranya ada pun, ia belum
tentu dapat menampung kehadiran pelarian yang
semakin ramai.
Justeru, sumber-sumber sedia ada, terutamanya air
menjadi satu bahan keperluan yang cukup mende-
sak. Kita belum lagi membincangkan soal kebersi-
han air, merawat air dan sebagainya.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 5
Membantu ibu membasuh baju di
Thatkayphin, Sitwe
LOKASI FAEDAH
KOS PER UNIT
KOS KESELURUHAN
Dapat memberikan bantuan secara langsung
kepada para pelarian yang sangat memerlukan
bantuan.
Ianya juga dapat mengelakkan mereka daripada
ditimpa penyakit-penyakit yang berpunca dari-
pada pencemaran air.
Memberikan kelegaan dan ketenangan kepada
para pelarian dalam memulakan kehidupan baru
mereka di tempat yang serba asing bagi mereka.
Membantu mereka dalam mengekal dan menjaga
kesihatan termasuk kebersihan diri dan perseki-
taran setempat
Kos seunit meliputi kos pam, menggali telaga,
simen, pemantauan dan lain-lain berjumlah se-
banyak RM1000 sahaja. Sebuah.
Kami bercadang untuk membantu di kem-kem
pelarian di sekitar Sitwee dan Pauktaw dahulu.
Selepas itu, kami bercadang untuk membantu di
kawasan-kawasan lain yang memerlukan.
MRA mensasarkan untuk memasang 500 buah
pam air di kawasan-kawasan yang telah dikenal-
pasti memerlukan.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 6
Inilah sumber air kami disini (Thatkayphin)
PERUBATAN
ISU PEMASALAHAN
Persengketaan diantara kedua buah pihak telah memisahkan serta semakin menjarakkan
mereka, secara fizikal dan mental. Ramai yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka
menuju ke kem-kem pelarian.
Tanggapan umum penduduk Rakhine terhadap penduduk Rohingya sebagai pendatang as-
ing ke negara mereka telah membentuk satu pandangan serong yang begitu membarah di-
dalam hati mereka. Justeru, sekiranya penduduk Rohingya datang mendapatkan rawatan di
klinik Kerajaan, mereka akan disindir dan dicerca, malah terpaksa membayar kos rawatan
yang lebih tinggi dari orang lain.
Manakala di belah pihak Rohingya pula, mereka tidak mempercayai sistem kesihatan tem-
patan, mereka beranggapan dan percaya sekiranya seorang Rohingya pergi mendapatkan
rawatan di Hospital atau Klinik Kerajaan, mereka akan disuntik dengan racun dan ubat
yang boleh membunuh mereka. Kepercayaan ini begitu kuat tertanam menjadikan mereka
takut untuk ke hospital sekiranya sakit kesihatan
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 7
Rohingya mendakwa mereka tidak mendapat
layanan baik ketika berada di Hospital Kerajaan
RASIONAL
LOKASI
FAEDAH
KOS PER UNIT
KAEDAH
Keperluan untuk menghantar pasukan perubatan
yang dinamik, bertutur dan memahami bahasa
tempatan, bukan daripada bangsa yang berseng-
keta amatlah perlu bagi memastikan bantuan
yang terbaik dapat diberikan kepada mereka
yang memerlukan.
Prejudis bangsa Rohingya dan sindiran Rakhine
terhadap sesama mereka akan dapat dilenyapkan
sekiranya kita dapat memberikan perkhidmatan
kesihatan dikawasan yang memerlukan.
Memberikan rawatan dan mengadakan pemerik-
saan kesihatan kepada mereka yang benar-benar
memerlukan bantuan lantaran kemelaratan yang
melanda disamping ketidakpercayaan mereka
terhadap sistem kesihatan yang sedia ada.
RM40,000 sebulan
RM240,000 untuk 6 bulan
Kem-kem pelarian sekitar Sitwee seperti di
Thechaung, Bawdhupa, Sitamarji, Aung Min-
galar dan lain-lain.
ADA tiga kaedah yang akan digunapakai oleh
MRA:-
1. Mengadakan Klinik Bergerak dari satu Kem
pelarian ke Kem pelarian yang lain
2. Mengadakan Dispensari Tempatan yang
akan memberikan ubat-ubatan bagi penyakit-
penyakit mudah yang telah dikenalpasti
3. Membekalkan ubat-ubatan, peralatan kesi-
hatan ke Klinik-klinik dan pusat perubatan
yang terdapat dikawasan tersebut
JANGKAMASA
24 Minggu
atau 6 bulan
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 8
Aung Mingalar, Sitwe
BANTUAN KECEMASAN
ISU PEMASALAHAN
RASIONAL
LOKASI
Mendiami Kem Pelarian tanpa mempunyai se-
barang pekerjaan atau melakukan sebarang ak-
tiviti yang boleh menjana pendapatan adalah ma-
salah utama buat para pelarian muslim di Ara-
kan.
Ketiadaan sumber pendapatan tetap ditambah
dengan keadaan sekeliling yang serba daif dan
miskin, menjadikan mereka hidup dalam penuh
kesusahan dan kesukaran.
Kehidupan melarat seperti ini telahpun mema-
suki bulan ke enam dan ianya amatlah me-
runcing dan memerlukan bantuan yang berteru-
san terutamanya dalam membekalkan makanan
dan minuman kepada para pelarian.
Mereka tidak mempunyai sebarang pekerjaan
dan juga tidak mempunyai sebarang punca pen-
dapatan. Mereka juga tidak dibenarkan keluar
dari kawasan kem pelarian atau penempatan
mereka.
Kawasan penempatan penduduk yang masih
terkepung di Aung Mingalar serta di Kem-kem
pelarian dan penempatan penduduk di Techaung,
Thatkayphin, Bawdupha, Sitamaji dan lain-lain.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 9
Aung Mingalar, Sitwe
FAEDAH KOS PER UNIT
KOS KESELURUHAN
Mengurangkan kesengsaraan kepada keluarga
yang serba daif dan kesusahan dengan memberi-
kan bantuan makanan kering kepada mereka.
RM120 per keluarga Sasaran MRA ialah:-
Membantu 5000 keluarga
Pada kos RM600,000
Bantuan makanan kering kepada satu keluarga
berjumlah sebanyak RM105 meliputi barangan
seperti berikut:-
1. Beras
2. Minyak Masak
3. Ikan Bilis / Ikan Kering
4. Cili Kering
5. Bawang
6. Kacang Dal
7. Garam
8. Gula
9. Teh
Senarai bahan-bahan ini adalah berdasarkan
keperluan yang diminta oleh para penduduk tem-
patan kepada MRA.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 10
Aung Mingalar, Sitwe
ISU PEMASALAHAN
RASIONAL
LOKASI
FAEDAH
Konflik ini telah membawa para penduduk ke-
luar dari kediaman mereka sebelum ini. Segala
kemudahan dan fasiliti yang mereka punyai telah
terpaksa ditinggalkan.
Selain dari kehilangan pekerjaan dan sumber
pendapatan, para penduduk yang terlibat dalam
konflik ini atau tinggal didalam kawasan konflik,
terpaksa melupakan hasrat untuk pergi ke seko-
lah bagi mendapatkan pendidikan.
Sekolah merupakan tempat terbaik untuk menye-
mai perasaan toleransi dan tolak ansur sesama
masyarakat. Sekolah juga merupakan tempat
untuk mereka mempelajari tentang adab dan
budibahasa.
Sekolahlah tempat dimana mereka perlu did-
edahkan dengan semangat cintakan keamanan
dan cintakan negara disamping menuntut ilmu
untuk masa hadapan.
Punca utama berlakunya konflik berdarah ini
adalah daripada kejahilan dan kurangnya penge-
tahuan dikalangan para penduduk.
Justeru, melalui pendidikan yang lengkap dan
seimbang, para pelajar di peringkat muda dapat
diberikan ilmu dan pengetahuan untuk membo-
lehkan mereka memahami toleransi dan hidup
bermasyarakat.
Kawasan penempatan penduduk yang masih
terkepung di Aung Mingalar serta di Kem-kem
pelarian di Techaung, Thatkayphin, Bawdupha,
Sitamaji dan lain-lain.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 11
Bawdupha,
PENDIDIKAN
KOS PER UNIT
KOS KESELURUHAN
RM15,000 Per-Sekolah Kos ini merangkumi prasarana sekolah sementara
seperti bangunan, kerusi, meja dan kelengkapan lain.
Gaji guru dan perbelanjaan harian akan ditanggung
oleh komuniti setempat.
MRA berhasrat untuk membangunkan 15 buah Se-
kolah dikawasan-kawasan yang memerlukan:
15 unit X RM15000 :
RM225,000 PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 12
Ramai yang tidak kesekolah sejak kekacauan meletus
Ilmu itu cahaya, jahil itu merbahaya
RINGKASAN MENGENAI
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 13
Trip pertama MRA ke Sitwe, kami berjaya menyusup
masuk ke Aung Mingalar yang sehingga kini masih
berada didalam kepungan
Malaysian Relief Agency (MRA) merupakan sebuah
organisasi bantuan kemanusiaan yang digerakkan atas
keinsafan bahawa “Sebaik-baik manusia adalah orang
yang paling bermanfaat kepada yang lain” di mana
khidmat bakti akan diberikan kepada mereka yang
memerlukan bantuan. Justeru itu, kami telah meng-
gerakkan aktiviti bantuan kemanusiaan yang didokong
oleh penggerak MRA yang berpengalaman lagi komited
dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan.
MRA dipimpin oleh Presidennya, Ybhg. Dato’ Dr. Abdul
Razak Kechik. Beliau merupakan bekas Pengarah
Kesihatan Negeri Perak dan bekas Pengarah Hospital
Kuala Lumpur. Naib Presiden MRA pula ialah Dr. Ishak
Mas’ud, beliau merupakan seorang Pakar Gastro dan
juga merupakan salah seorang Pengarah di Hospital
Pakar Al Islam. Setiausaha Agung MRA ialah Dr. Mohd
Sulaiman, seorang Pakar Jantung dari Hospital Pakar
Damansara.
Pimpinan kanan MRA ini dibantu oleh sebuah
jawatankuasa exco yang terdiri daripada mereka yang
berpengalaman dan cemerlang dalam bidang masing-
masing serta disokong oleh sebuah Sekretariat yang
akan memantau segala aktiviti dan program yang
dijalankannya samada di dalam atau di luar negara.
MRA mensasarkan dalam visinya untuk menjadi
sebuah badan bantuan kemanusiaan yang ber
kesan dan cekap dalam membantu mereka yang
memerlukan. Bagi merealisasikan visi tersebut,
MRA telah menggariskan beberapa misi yang perlu
dicapai, antaranya:-
Memastikan pengurusan bantuan yang cekap
dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni
seperti profesionalisme, komitmen,
kerjasama, tidak mementingkan diri,
penyayang. Dan,
Membangunkan dan melatih kemahiran dalam
aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk
kemahiran teknikal, jaringan perhubungan,
pengenal pastian masalah, penyediaan
kertas kerja projek dan pelaksanaan,
pencarian dana serta pengurusan.
Berpandukan motto “Sebaik-baik manusia adalah
orang yang paling bermanfaat kepada yang lain”,
MRA sentiasa komited untuk memastikan segala
bentuk bantuan yang disalurkan melaluinya akan
diberikan tepat kepada sasaran.
PENGENALAN RINGKAS
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 14
MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan
kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa
mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan
kami sentiasa fokus dan terarah.
Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara
langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi
komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai
program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga
kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per
kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan
komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah
jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan
OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam pro-
gram melatih sukarelawan elit negara dibawah
kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang
dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggung-
jawab melatih dan membimbing mereka se-
hingga ke peringkat latihan di lapangan antara-
bangsa di enam buah negara.
Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh
penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai
misi di beberapa buah negara seperti Indonesia,
Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon,
Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini,
MRA masih mempunyai operasi yang masih
berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan
Somalia.
Selain itu, MRA turut mempunyai program
berkala seperti program bantuan Ramadhan
yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata
Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban
yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”.
MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan
yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur,
latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarela-
wan kami digelar sebagai “Sahabat
MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam
kerja-kerja bantuan yang diberikan.
MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar
dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia
dibawah nombor pendaftaran PPAB-
20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklu-
mat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Ne-
gara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 15
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 16
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 17
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 18
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 19
RINGKASAN RAYUAN UNTUK ARAKAN
Pelaburan bagi sebuah Rumah Sitwe (rumah panjang) ialah RM18,000 merangkumi kos-kos bagi bahan binaan, buruh dan pemantauan. Sebuah
rumah boleh memuatkan seramai 10 buah keluarga. MRA berhasrat untuk
membangunkan sebanyak 30 buah unit Rumah Sitwe yang boleh
menampung seramai 300 buah keluarga. Ini bermakna MRA memerlukan
dana sebanyak RM540,000 bagi menjayakannya.
Pelaburan bagi seunit pam air meliputi kos peralatan pam, menggali
telaga, simen dan pemantauan berjumlah sebanyak RM1000 sahaja. Air
bersih yang datang dari perut bumi merupakan sumber air terbaik buat
para pelarian yang kini hidup dalam serba kekurangan. MRA mensasarkan
untuk membina sebanyak 500 buah pam air di kawasan-kawasan yang
telah dikenalpasti sangat memerlukan. MRA memerlukan dana sebanyak
RM500,000 untuk tujuan ini.
Kos pembinaan bagi sebuah Pusat Pembelajaran (Sekolah Sementara) merangkumi prasarana sementara berbumbung, kerusi, meja termasuk
kelengkapan lain adalah sebanyak RM15,000 sahaja. Gaji guru dan per-
belanjaan harian akan ditanggung oleh komuniti setempat. MRA men
sasarkan untuk membangunkan sebanyak 15 buah Pusat Pembelajaran
bagi membolehkan anak-anak pelarian menikmati faedah pendidikan
seperti anak-anak yang lain. Ini bermakna kami memerlukan dana
sebanyak RM225,000 untuk merealisasikannya.
MRA mensasarkan untuk membekalkan perkhidmatan kesihatan kepada
para pelarian melalui kaedah unit bergerak (mobile unit). Kos yang di-
pohon adalah meliputi kos ubat-ubatan, kos merawat, kos pengangkutan
dan kos pengurusan. MRA menganggarkan sebanyak RM40,000 diperlu-
kan dalam sebulan dan bagi tempoh operasi untuk ENAM bulan, MRA
memerlukan dana sebanyak RM240,000.
Kos bagi menaja sebuah keluarga untuk jangkamasa sebulan adalah
dianggarkan pada jumlah RM120. Kos ini meliputi barangan seperti beras,
ikan kering, bawang, cili kering, kacang dal, minyak masak dan garam.
Disesetengah tempat, MRA mungkin terpaksa memasukkan kos kayu api
juga. MRA mensasarkan untuk membantu sebanyak 5000 buah keluarga yang memerlukan di Arakan. Sebuah keluarga terdiri dari seorang ayah
dan ibu serta tiga orang anak. Sebuah keluarga yang anda taja bererti
anda telah membantu untuk kehidupan lima orang. Kami memerlukan
dana sebanyak RM600,000 bagi membolehkan hasrat ini tercapai,
bantulah kami dalam membantu mereka.
PROPOSAL BANTUAN ARAKAN MRA helaian 20
MALAYSIAN RELIEF AGENCY Lot 7, Jalan Raja Uda,
Kampung Baru
50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Tel no: +603 - 2697 2007
Faks no: +603 - 2692 2002
Laman Sesawang: www.mra.my
5640 9820 6365 Maybank Berhad
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
No akaun untuk sumbangan
MRA sentiasa positif terhadap masa depan Arakan
top related