rahsiabebashutang
Post on 30-May-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
1/51
-
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
2/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
PENAFIAN
Penulis telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan informasi dan bahanyang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu ebook ini ditulis namun
tiada jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan dapat
digunapakai selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikutperubahan masa.
Penulis tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat yangdisalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsungatau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informasi di dalamproduk ini.
Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna samaada dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana iaadalah bergantung kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Penggunaadalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan
berdasarkan kandungan di dalam produk ini.
Pengguna memahami bahawa pihak penerbit tidak terlibat dalam kegiatankhidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untukmerujuk kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan.
Tujuan utama material yang diberikan adalah untuk perkongsian informasi danpendedahan asas semata - mata.
Ini adalah laporan PERCUMA. Beberapa perkara penting yang anda perlu
tahu sebelum membaca ebook ini:
Anda DILARANG menjual ebook ini kepada mana mana pihak. mengeluar ulang mana-mana bahagian e-book ini
dengan apa cara sekalipun. Mengedarkan ebook percuma ini secara terus kepada
mana mana pihak tanpa melalui laman webhttp://www.gempaknewbie.com
menjadikan ebook ini sebagai bonus produk anda
Anda DIBENARKAN mengedarkan ebook ini kepada sesiapa saja melalui
laman web http://www.gempaknewbie.com
memberikan ebook ini sebagai bonus bagi produkanda dengan syarat melalui pendaftaran sebagaisubscriber di http://www.gempaknewbie.com
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
3/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
PENGENALAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima kasih saya ucapkan kepada anda yang telah memuat-turun ebook
percuma saya ini. Ebook ini saya hasilkan setelah mengkaji tentang tabiat orang
ramai termasuk saya sendiri yang sentiasa tidak cukup duit walaupun mendapat
gaji yang tetap.
Kita selalu beranggapan bahawa dengan mencari duit yang banyak adalah cara
menyelesaikan masalah terutamanya hutang. Sebenarnya bagi saya ianya
kurang tepat kerana jika kita banyak wang pun tetapi kita tidak menguruskan
dengan baik ia akan habis juga atau kita akan berasa tidak cukup selalu.
Oleh itu saya harap anda terus membaca ebook ini, untuk anda lebih memahami
langkah dan cara-cara menguruskan kewangan anda dengan lebih teratur. Saya
berharap dengan ebook yang saya kongsikan bersama anda ini, dapat anda
aplikasikan langkah dan cara-cara tersebut didalam menguruskan kewangan
anda seharian nanti.
Jadikanlah Pengurusan Kewangan Berhemah Amalan Hidup Kita
Yusop Rejabhttp://www.internetduniaku.com
http://www.gempaknewbie.com/http://www.internetduniaku.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.internetduniaku.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
4/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
ISI KANDUNGAN
Penafian....................................................................................................... 2
Pengenlan.................................................................................................... 3
Isi Kandungan.. 4
Mengapa Kita Perlukan Wang?................................................................... 6
Senario pengurusan kewangan hari ini 7
7 Sebab mengapa kita perlu bijak mengurus wang... 8
Bagi mencapai matlamat, keperluan dan kehendak Mengawal perbelanjaan Mengelak terlalu banyak hutang Menangani inflasi Menghadapi krisis ekonomi Mempunyai dana ketika kecemasan Pengukuhan rohaniah
7 kesilapan tentang pengurusan kewangan kita 11
Bertangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya. Kekurangan disiplin untuk menabung / menyimpan Kejahilan tentang konsep nilai masa wang. Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi Tidak mahu menggunakan khidmat penasihat kewangan bertauliah.
7 panduan asas dalam pengurusan wang.... 14
Analisa kedudukan kewangan Tentukan Matlamat Kewangan Menyediakan rancangan hala tuju untuk kewangan Merekodkan perbelanjaan Menyediakan Pelan Perbelanjaan (Bajet) Membaik pulih hutang piutang Pemantauan
7 musuh kewangan. 18
Sikap Diri Sendiri Hutang dan pinjaman Bil-bil Cukai Skim cepat kaya dan Judi Inflasi
Krisis Ekonomi
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
5/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 sebab kenapa kita berhutang. 21
Keperluan Kehendak dan Kepuasan Terpaksa menggunaan kad kredit Skim Bayaran Ansuran Tawaran yang menarik Kemusnahan yang tak dijangka Pinjaman
7 cara bebas hutang 24
Meminjam secara berhemat Kurangkan hutang anda Urus kad kredit anda dengan bijak Gunakan kaedah pembayaran secara automatik Buat belanjawan Mulakan simpanan Kurangkan perbelanjaan
7 langkah mencapai kebebasan kewangan............................................... 27
Langsaikan semua hutang anda Tambah pendapatan Awasi status kewangan anda setiap masa Buatlah Pelaburan Lakukanlah Simpanan Hidup dalam kesederhanaan Dapatkan nasihat daripada pakar pengurusan kewangan
KUNCI UTAMA BEBAS HUTANG.................................................................. 40
KESIMPULAN............................................................................................... 41
AKHIR KALAM ............................................................................................. 42
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
6/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Mengapa Kita Perlukan Wang?
Kita perlukan wang untuk menguruskan makan minum, tempat berteduh dan
pakaian samada untuk diri sendiri atau keluarga kita. Semua orang memerlukan
wang untuk hidup. Kita juga perlukan wang untuk perkhidmatan seperti
penjagaan kesihatan, penjagaan anak, pengangkutan, insuran dan pendidikan.
Kebanyakan benda yang ingin kita miliki samada keperluan atau kehendak
memerlukan wang untuk urusan jual beli. Contohnya membeli kereta baru,
makan di luar, pakaian berjenama, percutian dan lain-lain.
Tetapi ada orang mengatakan kita perlukan wang kerana ia menjadi anda
penting dan menambah keyakinan diri serta menggembirakan kita.
Walaupun ada yang mengatakan bahawa wang adalah jawapan kepada segala
penyelesaian masalah namun begitu ada juga yang mengatakan wang adalah
punca segala kejahatan.
Mari kita lihat apa yang wang boleh buat dan tidak boleh buat :
" Wang boleh membelikan kedudukan, tetapi tidak untuk penghormatan."
" Wang boleh membeli sebuah rumah, tetapi tidak untuk keselamatan."
" Wang boleh membelikan anda buku, tetapi tidak untuk ilmu pengetahuan."
" Wang boleh membelikan anda ubat, tetapi tidak untuk kesihatan."
" Wang boleh membelikan anda insuran nyawa, tetapi tidak untuk nyawa."
" Wang boleh membeli sebuah jam, tetapi tidak untuk masa."
" Wang boleh membeli sebuah katil, tetapi tidak untuk tidur."
Ketahuilah anda , Wang bukanlah segalanya!
Persoalan bukan berapa banyak wang yang kita miliki tetapi bagaimana kita
menggunakannya atau membelanjanya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nilai-
nilai murni dan memerlukan perancangan serta latihan.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
7/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Ini kerana perancangan yang anda buat hari ini boleh mengubah masa depan
anda. Apabila anda merancang hari ini ia juga merupakan perancangan seumur
hidup. Perancangan kewangan ini juga dikenali sebagai Pengurusan Kewangan.
Senario pengurusan kewangan hari ini
Setiap daripada kita inginkan keselesaan dan kekukuhan di dalam kedudukan
kewangan. Untuk mencapainya perlulah ada satu sistem perancangan kewangan
atau sistem pengurusan Kewangan yang berkesan agar perbelanjaan dapat
dikawal dan diuruskan dengan baik.
Namun begitu, walaupun kebanyakkan kita tahu beberapa langkah Pengurusan
Kewangan untuk membebaskan kita daripada masalah kewangan , contohnya
berjimat cermat , pengurusan hutang, menabung untuk pendidikan , tetapi ramai
diantara kita juga seolah-olah kaku apabila cuba mempraktikkan strategi atau
malas untuk mengadaptasikannya dalam kehidupan seharian kita. Kenapa?
Jawapannya ialah kerana ada diantara kita negatif terhadap unsur-unsur
kewangan, ada yang tidak tahu tapi malas untuk mempelajarinya dan ada yang
hanya menyerah kepada takdir.
Sebanyak mana pendapatan bulanan seseorang jika perancangan dan
pengurusan dibuat secara sistematik, ia akan dapati kedudukan kewangannya
mencukupi atau mungkin berlebihan.
Sebaliknya jika kewangan tidak dirancang pada kebiasaannya akan terjadi
banyak kesilapan, pembaziran, hutang bertambah, tidak stabil dan wang selalu
tidak mencukupi. Hal ini banyak terjadi kepada mereka yang berbelanja dengan
cara yang tidak bersistem.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
8/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 Sebab mengapa kita perlu bijak mengurus wang
1. Bagi mencapai matlamat, keperluan dan kehendak
Setiap kita mempunyai matlamat didalam kehidupan masing-masing.
Contohnya memiliki sebuah kereta dan rumah, berkahwin, mempunyai
peniagaan sendiri, memberi pendidikan yang baik untuk anak-anak dan lain-lain.
Disamping matlamat yang ingin dicapai, terdapat keperluan dan kehendak yang
juga ingin dipenuhi. Contoh keperluan ialah Makan Minum, Tempat Tinggal,
Pakaian, Kereta, Motosikal, Telefon mudah alih, Komputer dan lain-lain. Contoh
Kehendakialah Makan malam yang mewah, Banglo seperti rumah peranginan,
Pakaian mahal berjenama, Percutian mahal, Kereta mewah, Telefon yang terkini
dan Komputer yang tercanggih . Namun begitu sesetengah kehendak boleh
berubah mengikut perkembangan semasa tapi kehendak juga tiada
penghujungnya.
2. Mengawal perbelanjaan
Dengan adanya pengurusan kewangan maka perbelanjaan dapat dikawal/diurus
dengan teratur dan tidak berlakunya pembaziran atau lebihan perbelanjaan yang
akan menyebabkan kerugian.
3. Mengelak terlalu banyak hutang
Berhutang adalah salah satu cara pembelian sekarang ini. Walaupun konsepnya
telah bertukar kepada bayaran ansuran tetapi ia tetap dikira sebagai hutang.
Oleh itu kita harus berhati-hati didalam menentukan jenis hutang yang kita akan
ambil dan tahap keperluannya (bukan kehendak).
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
9/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
4. Menangani inflasi
Inflasi berlaku apabila berlaku peningkatan yang berterusan dalam tingkat harga
barangan dan perkhidmatan. Oleh itu apabila inflasi berlaku, kita pastiberhadapan dengan harga barang dan perkhidmatan yang tinggi.
Sekaligus juga menyebabkan kos sara hidup kita yang tinggi. Kita perlu
merancang penyimpan dari sekarang bagi menghadapi situasi ini.
5. Menghadapi krisis ekonomi
Krisis ekonomi tidak dapat dijangka dan Kesannya tetap dirasai oleh semua
pihak. Kita tidak dapat membendungkannya. Apabila berlaku krisis ekonomi ada
yang kehilangan tempat kerja dan ada yang rugi di dalam perniagaan . Kesannya
menyebabkan ramai yang kehilangan sumber pendapatan.
6. Mempunyai dana ketika kecemasan
Bayangkan ketika mempunyai keadaan kecemasan seperti kereta "break down,
major service", peruntukan kewangan amat diperlukan. Jika kita tiada simpanan
atau tabungan dimanakah kita perlu dapatkan wang untuk membayar kos ini.
Jika kita menggunakan kad kredit maka akan bertambahlah bebanan hutang.
Begitu juga jika kita diberhentikan kerja. bukanlah sesuatu yang mudah pada
hari ini untuk mencari pekerjaan baru. Selalunya ia akan mengambil masa antara
1-3 bulan untuk anda mendapatkan pekerjaan yang baru. Pada waktu-waktu
begini, dana kecemasan menjadi sangat penting.
Selain itu pengambilan Perlindungan Takaful/Insuran juga perlu walaupun
perkara ini seringkali diabaikan. Kita jarang memikirkan situasi kita di masa
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
10/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
hadapan. Seolah-olah kita begitu yakin bahawa tiada malapetaka yang bakal
menimpa kita. Seharusnya kita harus memastikan supaya diri kita, keluarga kita
dan aset yang kita ada harus dilindungi oleh takaful/insurans secukupnya.
7. Pengukuhan Rohaniah
Di dalam sibuk mencari kekayaan , harus tidak dilupakan orang-orang yang
susah disekeliling kita terutama sanak saudara kita. Peruntukan sedikit daripada
wang kita untuk didermakan kepada mereka dan yang memerlukannya. Bayarlah
zakat seperti yang diunjurkan supaya segala harta yang kita dapat diberkati.
Ingatlah , tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
11/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 kesilapan tentang pengurusan kewangan kita
1. Bertangguh untuk memulakan sistem perancangan kewangan.
Inilah kesilapan yang paling besar sekali yang sering terjadi. Pelbagai alasan
digunakan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti Tak apa, Nanti
dulu, Nanti lepas kahwin, Namti bila anak dah besar. Tanyalah diri anda
sendiri adakah anda tergolong dalam golongan ini?
2. Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Mungkin kerana terlalu sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab, kita
tidak mempunyai masa untuk menetapkan matlamat kewangan kita. Jadi
ruangkan sedikit masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada persoalan
seperti :
i- Apakah matlamat kewangan anda?
ii- Bilakah masa untuk mencapainya?
iii- Berapakah peruntukkan diperlukan setiap bulan?
Luangkan sedikit masa anda untuk merancang, dan jangan jadi seperti
ungkapan " Tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi
kebanyakannya gagal untuk merancang"
3. Kurang disiplin untuk menabung/menyimpan secarasistematik.
Memang ramai diantara kita sukar untuk menyimpan secara konsisten dan
sistematik. Ini ditambahkan lagi dengan iklan dan propaganda daripada media
massa saban hari yang bertujuan menggalakkan kita berbelanja lebih dari yang
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
12/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada sistem
atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada terpengaruh dengan
jualan murah, desakan rakan-rakan dan gaya hidup serba mewah / glamour?
4. Kejahilan tentang konsep nilai masa wang.
Berdasarkan konsep nilai masa wang, simpanan tetap sebanyak RM250 sebulan
pada kadar faedah 10 % setahun selama 20 tahun akan menghasilkan harta
RM92,574.00. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka menyimpan
dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang. Semua
orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang pinjaman
perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar
pun akan mengambil masa yang lama.
5. Perlindungan Insuran yang tidak mencukupi.
Apabila kita memulakan satu sistem simpanan untuk tujuan tertentu contohnya
deposit pembelian rumah atau tabung
pendidikan anak, ada risiko yang boleh
menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-
tiba hangus. Contohnya sepeti belanja
perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan
dan lain-lain. Oleh itu kita perlu mengambil
insuran yang berpatutan supaya jika berlaku sesuatu pada kita , insuran ini dapat
"cover" keperluan tersebut.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
13/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
6. Kegagalan menangani musuh wang yang utama iaitu inflasi
Ketahuilah setiap tahun akan berlaku kenaikan harga barangan. Bayangkan
harga gula 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP
menunjukan bahawa wang simpanan yang dikeluarkan oleh pencarum sewaktu
usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa
senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?
7. Tidak mahu menggunakan khidmat penasihat kewanganbertauliah.
Semua orang tahu bila sakit kita harus jumpa doktor, bila ada kes undang-
undang kita kena jumpa peguam. Kesilapan ini sering berlaku apabila kita
bertanya kepada orang yang bukan pakar didalam bidangnya. Jadi apabila ada
permasalahan dalam pengurusan kewangan , adalah lebih logik untuk meminta
khidmat nasihat daripada seorang penasihat kewangan bagi mengatasi masalah
kewangan kita?
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
14/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 panduan asas dalam pengurusan kewangan
1. Analisa kedudukan kewangan
Analisa ini penting untuk menentukan kedudukan kewangan kita. Disini kita perlu
mengira Nilai Bersih iaitu Aset ditolak Liabiliti (hutang) dan Nilai Alir Tunai iaitu
Pendapatan ditolak Pebelanjaan. Sekira nilai Bersih atau Nilai Alir Tunai positif,
ini menunjukkan satu petanda baik dan sekiranya didapati negatif, ini
menunjukkan kedudukan kewangan anda sangat lemah dan perlu diperbaiki.
Secara amnya, analisa ini akan menunjukkan kepada anda samaada anda bakal
menikmati kebebasan kewangan(+) atau mengalami masalah kewangan(-).
2. Tentukan Matlamat Kewangan
Matlamatataupun targetmestilah disetkan. Ini bertujuan supaya kita tahu
kemana wang akan digunakan. Dengan menulis apa matlamat kita , maka kita
akan lebih nampak dengan jelas apakah matlamat kewangan kita.
Seterusnya kita juga perlu tentukan jangka masa untuk kita mencapai matlamat
kita tadi. Sama ada matlamat tersebut akan dicapai dalam jangka masa yang
pendek, sederhana atau pun panjang. Apabila kita sudah nampak akan matlamat
kewangan kita, sudah pasti aliran kewangan kita akan menjadi lebih teratur dan
terancang.
Antara contoh matlamat yang boleh disetkan ialah :
Membeli sebuah rumah, berkahwin, menyambung pelajaran, berbulan madu,
pendidikan anak-anak, mengerjakan ibadah Haji, perbelanjaan sewaktu
persaraan, dan banyak lagi.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
15/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Oleh itu jadikan matlamat atau targetkita ini sebagai salah satu ikhtiar
untuk kita lebih berjimat dan berusaha untuk menyimpan wang dengan lebih
banyak.
3. Menyediakan rancangan hala tuju untuk kewangan
Kita perlu menyediakan rancangan hala tuju ataupun wawasan kewangan kita.
Rancangan ini merupakan langkah-langkah dan tindakan yang akan diambil
untuk mencapai matlamat anda. Contoh rancangan ini ialah memulakan
simpanan, memulakan dana kecemasan, membeli insuran , membayar hutang
kad kredit dan lain-lain. Seeloknya segala rancangan ini ditulis supaya mudah
kita merujuk kembali bila diperlukan.
4. Merekodkan perbelanjaan
Sangat Penting. Terdapat pelbagai format dan kaedah untuk merekodkan
perbelanjaan, samada menggunakan buku, kertas dan perisian komputer
(contohnya Microsoft Excel). Tujuan kita merekodkan ialah untuk mengawal dan
mengenal pasti aliran wang tunai kita. Disamping itu juga ia juga boleh menilai
corak perbelanjaan samada boros , bakhil atau agak OK. Rekod-rekod ini juga
sebagai perbandingan kepada langkah penyediaan belanjawan anda.
Dengan merekod, anda akan mengetahui:
Ke mana dan bagaimanakah wang anda dibelanjakan
Berapa banyakkah anda berhutang setiap bulan
Berapa banyakkah yang masih tinggal pada akhir bulan
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
16/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
5. Menyediakan Pelan Belanjawan (Bajet)
Setelah kita menilai kedudukan kewangan, merekod dan menyediakan
rancangan hala tuju, sekarang anda perlu menyediakan Pelan belanjawan anda
pula. Pelan belanjawan ini juga dikenali sebagai bajet. Ramai yang telah tahu
akan bajet ini tetapi masih ramai juga di antara kita yang malas untuk
mengamalkannya. Cuba tanya diri kita selama ini, pernahkah kita melakukan
pelan belanjawan sebelum berbelanja?
Ramai di antara kita apabila terima saja wang gaji, perkara pertama yang
difikirkan adalah untuk membayar hutang yang ada. Kemudiannya, bila nampak
saja wang yang lebih terus digunakan untuk berbelanja sepuas-puasnya hingga
lupa untuk melakukan simpanan.
Bagi mengelak perkara ini dari terus terjadi. Sepatutnya kita perlu menulis dan
merancang perjalanan perbelanjaan tersebut. Apabila terima saja wang gaji atau
pendapatan bulanan, kita perlulah menulis ke manakah ianya hendak
dibelanjakan. Jadi apabila kita tahu perjalanan perbelanjaan sudah tentu kita
tahu kemana wang kita tadi dibelanjakan atau digunakan.
6. Membaik pulih hutang piutang
Sukar untuk mengelakkan hutang atau pinjaman termasuk diri saya sendiri. Kita
terpaksa menghadapi pelbagai jenis hutang dan pinjaman seperti pinjaman
rumah, pinjaman peribadi, kenderaan dan pinjaman pelajaran. Selain itu, hutangkad kredit dan pembelian barangan secara ansuran turut akan melumpuhkan
sistem kewangan kita jika ianya tidak dikawal secara bijaksana.
Dari analisa kewangan yang dibuat pada peringkat awal tadi, perhatikan senarai
hutang anda. Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling
sedikit sebagai hutang nombor 1 dan seterusnya. Tuliskan juga, berapakah
jumlah minimum yang perlu dibayar untuk setiap hutang anda.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
17/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Sekarang masanya untuk anda mengambil tindakkan untuk mengurangkan atau
melupuskan hutang anda. Antara caranya ialah mengurangkan perbelanjaan.
Anda harus mengenalpasti samada perbelanjaan anda adalah keperluan @
kehendak. Jika keperluan bolehkah ia dikurangkan lagi. Jika kehendak bolehkahia diketepikan. Bagi yang mempunyai hutang kad kredit pula, langsaikan hutang
ini secepat yang mungkin kerana faedah yang dikenakan adalah tinggi. Jika anda
tidak dapat melangsaikan hutang secara keseluruhan, selesaikan secara
beransur-ansur dengan membayar melebihi nilai minimum agar faedah bulanan
dapat dikurangkan dengan secepat mungkin.
7. Pemantauan
Pemantauan perlu dilakukan untuk memastikan panduan 1 hingga 6
dilaksanakan. Kekerapan pemantauan bergantung kepada situasi kewangan
anda. Jika anda baru bermula pemantau secara mingguan dan bulanan adalah
lebih berkesan.
Pemantauan ini untuk memastikan samada matlamat kewangan anda telah
berubah dan adakah perbelanjaan dan pendapatan anda mengikut apa yang
dirancangkan. Oleh itu kajian semula juga perlu dilakukan jika situasi atau
keadaan berubah seperti perkahwinan, kelahiran anak, hilang upaya bekerja,
kesihatan yang tidak baik, penukaran dan pemberhentian kerja dan lain-lain.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
18/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 musuh kewangan
Sedar atau tidak, di dalam kewangan pun kita turut berhadapan dengan pelbagai
musuh. Musuh inilah yang seringkali melumpuhkan status kewangan kita. Ada
musuh yang terpaksa kita hadapi dan sukar untuk kita bendung. Dan ada pula
musuh kewangan yang sengaja kita cari demi menyusahkan diri kita sendiri.
Berikut adalah di antara musuh-musuh kewangan kita :
1. Sikap Diri Sendiri
Sukar dikawal tapi itulah hakikat dan naluri hati manusia. Kita mempunyai
pelbagai keinginan dan sikap ini mestilah dikawal. Jangan pantang ada promasi
harga murah kita nak beli semua yang diingini. Jangan kerana ingin bermewah
dan bergaya sampai poket jadi kosong semata-mata ingin tampak hebat di mata
orang lain. Berbelanjalah di atas keperluan dan bukannya kehendak! Berbelanja
biar berpada-pada dan bukannya bermewah-mewah. Ukurlah baju pada badan
sendiri. Biar tak bergaya asalkan poket penuhpatut diamalkan.
2. Hutang dan pinjaman
Sukar untuk menghindari hutang dan pinjaman. Kita akan berhadapan dengan
pelbagai jenis hutang dan pinjaman seperti hutang pinjaman rumah, pinjaman
peribadi, kenderaan dan pinjaman pelajaran.
Selain itu, hutang kad kredit dan pinjaman ke
atas setiap pembelian barang secara ansuran
turut akan melumpuhkan sistem kewangan kita
jika ianya tidak dikawal secara bijaksana.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
19/51
-
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
20/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
6. Inflasi
Apakah itu inflasi?. Inflasi bermaksud peningkatan yang berterusan dalam
tingkat harga umum barangan dan juga perkhidmatan. Tiada siapa yang dapat
menjangka atau menghindarkan diri dari inflasi ini. Oleh itu, apabila berlaku
inflasi, kita pasti berhadapan dengan kenaikan harga barangan dan
perkhidmatan, sekaligus juga menyebabkan peningkatan kos sara hidup.
7. Krisis Ekonomi
Krisis ekonami sukar dijangka tapi bila berlaku ia mampu mengoyahkan ekonomi
sesebuah negara dan kesannya boleh dirasai oleh semua pihak. Berlakulah
kehilangan pekerjaan danrugi di dalam perniagaan dan menyebabkan ramai
yang kehilangan sumber pendapatan.
Musuh-musuh kewangan yang disebutkan diatas harus kita hadapi dan diurus
secara bijaksana, dan ada juga musuh kewangan yang harus kita tentang agar ia
tidak terus menghancurkan diri dan hidup kita.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
21/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 sebab kenapa kita berhutang
Dalam kehidupan sekarang, kita tidak dapat lari dari berhutang, terutamanya
apabila membeli barang yang agak mahal harganya seperti rumah, tanah dan
kenderaan. Ia juga umpama satu sindrom yang sukar untuk dielakkan."Sindrom
hutang" ataupun "pinjam" ini bila sudah menjadi terlampau banyak, ia boleh
mendatangkan bahaya kepada seseorang dan pewaris-pewarisnya.
Kenapakah kita berhutang;
1. Keperluan
Kebanyakan keperluan sekarang ada yang dapat dibeli dengan tunai dan ada
pula yang tidak dapat dibeli secara tunai. Contoh yang boleh dibeli secara tunai
adalah keperluan makanan harian , namun begitu ada juga yang berhutang di
kedai-kedai. Bagi barangan keperluan seperti rumah dan kereta yang mana agak
mahal dan memerlukan pinjaman bank.
Tapi kita perlu berbelanja mengikut keperluan, bukan mengikut kemahuan. Apa
yang kita mahu tidak semestinya itu yang kita perlu, contohnya;
Kita mungkin perlu membeli televisyen 21 inci ( RM500 ) berbanding TV LCD 32
inci (RM3000) yang mana bayaran tinggi. Dengan membeli TV 21 inci kita telah
jimat RM2500 dan mungkin tidak perlu berhutang.
2. Kehendak dan Kepuasan
Penyakit inilah yang sentiasa menyelubungi masyarakat kita pada hari. Penyakit
suka bermewah-mewahan secara berlebihan. Dalam erti kata lain berbelanja
dengan mengutamakan sesuatu yang hanyalah sekadarkehendak demi satu
kepuasan.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
22/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Kalau boleh, segala apa yang ada dirumah mampu mengatasi apa yang dimiliki
oleh jiran-jiran. Kalau jiran ada TV Flat Screen 29 inci sebolehnya kita mahu lebih
dari mereka dengan TV Plasma 42 inci. Bangga tu bila dapat pujian dari jiran-
jiran. Padahal, beli TV pun hutang (bayar ansuran). Buat apa punya TV plasmaatau barang mewah semata-mata ingin jadi yang terbaik di kalangan jiran-jiran
dan sanak-saudara. Demi kebanggaan tadi, kita sanggup membebani diri kita
hutang-piutang. Silap-silap hutang tak bayar, boleh diisytiharkan muflis segala
harta akan ditarik dan hilang begitu sahaja.
Dalam Islam, sesungguhnya sikap riak, ujub dan takbur inilah yang harus dijauhi,
apatah lagi amalan membazir yang menyerupai amalan syaitan.
Jika kita mampu membeli sehelai pakaian bernilai RM 50.00, seeloknya kita beli
yang berharga RM 45.00 atau kurang. Ukurlah baju di badan sendiri!Buat
apa nampak bergaya, padahal poket sentiasa kosong. Sepatutnya biarlah
nampak sederhana dan simple.
3. Terpaksa menggunaan kad kredit
Ada sesetengah produk ataupun servis perlu dibayar menggunakan kad kredit.
Secara tidak langsung kita menggunakan kad kredit untuk pembayaran. Tanpa
disedari hutang telah terkumpul dan apabila tiba waktu pembayaran kita hanya
membuat pembayaran minima sahaja. Maka akan terkumpul dan bertambahlah
hutang kita.
4. Skim Bayaran Ansuran
Terlaku banyak produk yang boleh dibeli dengan bayaran secara ansuran.
Daripada perkakasan rumah, perabot, alatan letrik dan juga alat komunikasi.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
23/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
5. Tawaran yang menarik
Tawaran dan promosi yang menarik menyebabkan kita sanggup atau tidak
sengaja membeli atau pun berhutang. Pakai dahulu bayar kemudian, 3 bulan
free installment dan macam-macam lagi kaedah yang digunakan untuk menarik
minat kita untuk membeli barangan mereka.
6. Kemusnahan yang tak dijangka
Malang tidak berbau!, Langit tidak selalu cerah!. Apabila ketentuan Ilahi
menyatakan musibah berlaku kita harus menerimanya. Contohnya jika berlaku
rumah terbakar, kereta hilang, anak sakit, kemalangan jalan raya, masuk
hospital, adalah beberapa contoh risiko dalam kehidupan yang bukan sahaja
menganggu emosi dan fizikal, tetapi, turut juga menganggu kedudukan
kewangan. Oleh itu jika kita tidak mempunyai dana kecemasan , maka kita perlu
meggunakan kad kredit (bagi yang ada), dan mungkin terpaksa berhutang
daripada ahli keluarga, tapi yang lebih buruk lagi terpaksa pinjam daripada
"Along".
7. Pinjaman
Selain pinjaman perumahan ,kereta dan peribadi, pinjaman yang paling popular
pada masa kini ialah PTPTN. Tidak dapat dinafikan, tidak semua antara kita
keluarga yang berada. Apabila dapat melanjutan pelajaran ke peringkat
universiti, ada di antara kita yang memerlukan bantuan kewangan. Maka ada
yang berusaha untukmeminjamdari institusi pinjaman pendidikan ini, untuk
tujuan pembayaran yuran, buku, peperiksaan dan tempat tinggal. Setelah habis
belajar, belum pun bekerja, hutang telah pun ada.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
24/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 cara bebas hutang
Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 7 langkah berikut, dan
matlamat anda untuk bebas daripada hutang pasti akan tercapai.
1. Meminjam secara berhemat
Jangan meminjam lagi atau lebih daripada apa yang anda mampu bayar dengan
pendapatan anda. Jika anda mengira tahap kemampuan kewangan anda, jangan
lupa untuk menyertakan kos-kos tambahan yang mungkin ada. Contohnya jika
anda ingin membeli kereta, anda juga perlu mengambil kira perbelanjaan untuk
minyak, bayaran tol dan penyelenggaraan.
2. Kurangkan hutang anda
Cuba kurangkan jumlah hutang anda jika mempunyai wang tambahan untuk
mengurangkan caj faedah. Sekarang anda perlu 'menyerang' untuk membayar
hutang yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang yang sedikit
dahulu dan akhir sekali hutang yang agak besar, contohnya kereta atau rumah.
Ubah suai pinjaman yang tinggi interest kepada pinjaman yang rendah interest
(melalui 'loan consolidation" dan "re-financing") .
3. Uruslah kad kredit dengan bijak
Cuba jelaskan baki anda setiap bulan untuk
mengelakkan daripada dikenakan faedah. Caj
faedah kad kredit selalunya lebih tinggi
berbanding jenis-jenis pinjaman lain. Ada
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
25/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
sesetengah pihak mengatakan, kad kredit adalah lambang kepada kemewahan
dan ada sesetengah pihak yang lain pula mengatakan sebaliknya, "kad kredit
adalah punca kepada kehancuran kewangan anda
4. Gunakan kaedah pembayaran secara automatik
Cari kemudahan pembayaran automatik agar bil dan pinjaman anda sentiasa
dibayar tepat pada waktunya. Contohnya potongan gaji ataupun bayaran online
banking (Maybank2u atau Clickbank) yang telah disetkan.
5. Buat belanjawan
Sediakan satu belanjawan dan berbelanjalah mengikut pelan itu.Berdisplinlah
dalam mengikut belanjawan atau bajet anda tersebut. Buatlah bajet yang anda
mampu capai dan realiti dengan kewangan anda.
6. Mulakan simpanan
Mulakan pelan simpanan anda untuk mengurangkan
keperluan untuk meminjam bagi sebarang pembelian
kecil. Pelan simpanan ini juga berguna pada waktu
kecemasan atau kesusahan, seperti untuk menampung
hidup anda jika anda kehilangan kerja.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
26/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7. Kurangkan perbelanjaan
Kurangkan perbelanjaan yang tidak penting atau keterlaluan. Kalau dulu, setiap
bulan beli baju dan kasut baru, kali ini hanya beli 6 bulan sekali. Kalau dulu,
setiap hari makan di luar, kali ini bawa bekal ke pejabat. Jimat belanja, lebih
wang untuk selesaikan hutang!
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
27/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7 langkah mencapai kebebasan kewangan
1. Langsaikan semua hutang anda
a) Senaraikan kesemua hutang anda.
Senaraikan hutang anda mengikut urutan yang mana yang paling sedikit sebagai
hutang berada pada nombor pertama dan seterusnya. Tuliskan juga, berapakah
jumlah minimum yang perlu anda bayar untuk setiap hutang anda, contohnya;
1) Kad kredit RM 5,000 = RM 250 sebulan2) Personal Loan RM 20,000 = RM 270 sebulan
3) Kereta RM 70,000 = RM 580 sebulan
4) Rumah RM 150,000 = RM 1,000 sebulan
---------------------------------------------------------------------------------
Jumlah RM 245,000 = RM 2,100 sebulan
______________________________________________________
Oleh itu, apabila dapat gaji setiap bulan, peruntukan wang yang lebih sedikit
untuk membayar hutang-hutang anda, mungkin sebanyak RM300. Apa yang
perlu anda lakukan, bayar kesemua hutang anda dengan jumlah minimum, tetapi
untuk hutang nombor 1 (kad kredit) , bayar lebih RM300, bermakna anda
membayar sebanyak RM550 pada hutang kad kredit anda. Dengan cara ini,
dalam masa 10 bulan, anda akan dapat menghapuskan satu hutang anda.
Selepas hutang kad kredit terhapus, gunakan wang yang lebih itu untuk
membayar hutang pinjaman peribadi anda pula.Kini anda membayar sebanyak
RM820 untuk hutang pinjaman anda. Dalam masa 22 bulan, anda akan berjaya
menghapuskan hutang Pinjaman peribadi anda.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
28/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Apabila berjaya menghapuskan hutang pinjaman peribadi, anda gunakan pula
wang lebih itu untuk bayar hutang kereta anda, dan dalam masa 36 bulan, anda
akan berjaya melangsaikan hutang kereta anda.
Kini tinggal hutang rumah sahaja. Gunakan peruntukan sebanyak RM2,400
setiap bulan untuk membayar hutang rumah anda, insyallah, dalam masa 35
bulan, anda akan berjaya melangsaikan hutang rumah anda.
Wah!.. jika dikira kesemuanya, anda akan berjaya melangsaikan kesemua
hutang anda sebanyak RM245,000 itu dalam masa 10+22+36+35=103 bulan =
8 tahun 7 bulan. Jika usia anda kini 30 tahun.. pada usia 39 tahun, anda sudah
bebas dari segala hutang!
b) Pertimbangkan untuk menggunakan simpanan atau dana lebihan
bagi menjelaskan hutang anda.
Jika faedah yang dikenakan atas pinjaman anda lebih tinggi daripada
pendapatan yang diperoleh daripada simpanan anda, adalah wajar untuk
menggunakan lebihan simpanan anda (selepas menolak dana kecemasan) untuk
membayar balik hutang anda. Mulakan dengan melunaskan pinjaman yang
dikenakan kadar faedah tertinggi (seperti kad kredit).
c) Jual aset anda untuk membayar hutang.
Sebagai contoh, jika anda memiliki rumah yang besar, anda mungkin mahu
mempertimbangkan untuk menjual rumah itu dan membeli rumah yang lebih
sederhana bagi mengurangkan hutang anda. Begitu juga kereta mewah kepada
kereta yang sederhana.
d) Jangan mengambil sebarang pembiayaan baru sehingga aliran tunai
anda bertambah baik.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
29/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Terlebih dahulu pasang nawaitu dan tekad di dalam diri anda untuk tidak
menambah lagi hutang yang sedia ada, dan juga bertekad untuk melangsaikan
kesemua hutang anda.
Jika anda merasakan bahawa anda kurang berdisiplin, contohnya untuk
mengawal penggunaan kad kredit anda, pulangkan dan batalkan kesemua kad
kredit anda. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memindahkan baki kad
kredit yang mempunyai kadar faedah yang tinggi kepada kad kredit yang
dikenakan kadar faedah yang lebih rendah.
2. Tambah pendapatan
a) Pendapatan berulang passive income anda.
Pendapatan berulang ialah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan
walaupun anda tidak melakukan perkara/pekerjaan tersebut lagi.
Contohnya, adalah seperti..
menulis buku memiliki rumah sewa menulis lagu memiliki website perniagaan internet yang berfungsi secara automatik blog yang menjana pendapatan dan sebagainya
Apa yang menarik mengenai pendapatan berulang ini, ianya tidak terikat/
bergantung kepada masa. Anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja.. dan
ia, akan terus-menerus memberikan wang kepada anda.
b) Memiliki lebih dari satu punca pendapatan
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
30/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Kebanyakkan orang hanya memiliki satu sahaja punca pendapatan, iaitu
pekerjaan mereka. Jika sesuatu ancaman berlaku terhadap punca rezeki mereka
yang satu ini seperti ;
dipecat kerana masalah disiplin diri dibuang kerja kerana faktor pengurangan kos oleh pihak majikan, dianiaya dan akhirnya dipecat akibat bahana politik pejabat
Maka, mereka akan terkapai-kapai dan kedudukan kewangan mereka akan
berada pada tahap yang bahaya. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda
mempunyai pelbagai punca pendapatan di dalam hidup anda. Jangan terlalu
bergantung kepada satu punca pendapatan (kerja makan gaji).
3. Awasi status kewangan anda setiap masa
Langkah ketiga, selalulah menyemak status kewangan anda setiap bulan, beli
benda-benda yang perlu sahaja dan beli ia secara tunai. Jangan sesekali
berhutang dan menggunakan kad kredit (kad kredit hanya sesuai digunakan
selepas anda sudah berjaya mencapai tahap kebebasan kewangan, sewaktu di
dalam proses untuk mencapai kebebasan kewangan, anda tidak digalakkan
menggunakan kad kredit.
4. Buatlah Pelaburan
Pelaburan ialah tindakan meletakkan wang/dana bagi satu tempoh tertentu
untuk memperolehi kadar pulangan yang dikehendaki. pelaburan hendaklah
dilakukan ditempat yang sah disisi undang-undang dan terjamin, contohnya ke
dalam akaunAmanah Saham atau pun Unit Amanah (Unit Trust). Konsep
pelaburan ini adalah untuk menjadikan wang simpanan kita tadi terus
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
31/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
berkembang dan memberi pulangan yang memuaskan bergantung kepada
amaun/dana dan jangkamasa ianya dilaburkan.
Sebagai contoh untuk tahun lepas kadar pulangan/dividen & bonus bagi pelabur
yang menyimpan di Amanah Saham adalah sekitar 8.0% manakala bagi Unit
Amanah pula sekitar 12% ke atas. Perlu diingatkan bahawa walaupun kadar
pulangan boleh dijangka, namun ia tidak memberi sebarang jaminan bahawa
nilai pulangan yang diperolehi pada tahun berikutnya adalah lebih tinggi
berbanding dari tahun sebelumnya. Sebagai seorang pelabur seorang itu harus
menyedari sepenuhnya mengenai risiko yang terbabit. Wang pelaburan tidak
boleh dikeluarkan (dijual) secara kerap kerana secara umumnya pelaburan itu
mengambil satu jangka masa yang tertentu untuk memperolehi pulangannya .
Untuk menentukan jenis pelaburan yang sesuai dengan anda, anda mungkin
ingin mengambil kira faktor-faktor berikut:
Matlamat dan keperluan. Contohnya, untuk membiayai pelajaran anak-
anak anda di pengajian tinggi dan membesarkan perniagaan.
Umur. Portfolio aset adalah lebih berisiko dan sentiasa berubah-ubah dari
semasa ke semasa mungkin lebih sesuai untuk pelabur golongan muda
tetapi kurang sesuai untuk mereka yang menghampiri usia persaraan.
Pendapatan. Jumlah pendapatan dan keperluan perbelanjaan anda akan
mempengaruhi objektif pelaburan anda. Dicadangkan anda
memperuntukkan sebanyak 20% daripada gaji anda untuk dilaburkan
didalam pelaburan.
Pekerjaan. Contohnya, adakah pekerjaan anda sekarang menyediakan
pelan persaraan yang mencukupi atau adakah anda perlu menyediakan
dana persaraan daripada simpanan, deposit tetap dan lain-lain portfolio
pelaburan anda.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
32/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Tempoh matang. Bilakah anda ingin mencairkan portfolio pelaburan anda?
Anda perlu memilih tempoh matang aset-aset di mana anda bercadang
untuk melabur.
Kecairan. Semudah mana anda boleh mencairkan aset anda kepada tunai
pada nilai pasaran yang berpatutan. Apa yang penting, anda hendaklah
menentukan keperluan anda untuk menukarkan aset-aset anda kepada
tunai pada masa yang sesuai. Contoh simpanan dan deposit tetap adalah
paling cair dan boleh ditukarkan dengan wang tunai pada bila-bila masa
tanpa kerugian modal. Manakala Bon dan Dana Amanah Saham tidak
secair simpanan dan pelabur boleh mengalami kerugian modal mengikut
harga pasaran bon atau amanah saham.
5. Lakukanlah Simpanan
a. Simpan dahulu baru belanja, bukan belanja dahulu baru simpan.
Simpanan bermaksud kita menyimpan wang kita ke institusi kewangan atau
bank-bank yang kebiasaannya memberi pulangan dengan kadar faedah tertentu
atau berbentuk bonus seperti Maybank, CIMB, Bnk Islam ,Tabung Haji dan lain-
lain. Kebiasaannya, wang simpanan hanya dikeluarkan untuk tujuan seperti
kecemasan, pelajaran/pendidikan dan kegunaan di masa hadapan.
Selalunya pada awal bulan kita menerima gaji, kita akan berbelanja terlebih
dahulu, dan di akhir bulan jika ada lebihan kita akan jadikan ia sebagai
simpanan, itupun jika ada. Seeloknya, apabila menerima gaji di awal bulan,
peruntukan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda dan masukkan ke
dalam satu akaun yang lain untuk simpanan, dan kemudian barulah rancang
perbelanjaan menggunakan baki wang gaji yang tinggal.
Pendapatan Simpanan (10%) = Liabiliti (Hutang) + Perbelanjaan
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
33/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Di dalam melakukan simpanan, sebaik-baiknya lakukan simpanan secara
tetap setiap bulan . Jika boleh lakukan potongan gaji setiap bulan dan terus
masuk kedalam akaun bank yang lain dari yang sering digunakan untuk urusan
keluar dan masuk. Sebolehnya lakukan simpanan ke dalam akaun yangmenggunakan buku sahaja contohnya seperti Tabung Haji atau ASB. Dan anda
perlu mendisiplinkan diri untuk tidak menggunakan wang simpanan tersebut
untuk keperluan biasa melainkan atas urusan seperti pendidikan, kecemasan
atau pun untuk kegunaan di masa hadapan.
b. Tambahkan Wang Simpanan
Sekiranya sebelum ini anda memperuntukkan simpanan sebanyak 10% hasil dari
wang gaji /pendapatan, maka pada tahun berikutnya anda tambahkan 10% lagi
menjadikan ia sebanyak 20% mengikut kemampuan dan kelebihan anda.
c. Jadikan tabiat menyimpan/ menabung satu amalan.
Dengan anda menjadikan tabiat menyimpan / menabung ini sebagai satu amalan
atau kewajipan, maka dengan secara tidak langsung ia boleh menjadi ikutankepada anak-anak kita.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, dengan menyemai tabiat suka
menabung di kalangan anak-anak kecil ini tadi sekaligus mengajar mereka
melalui pendekatan psikologi akan kepentingan hidup berjimat-cermat dan
menyimpan wang belanja yang ada. Tabiat menabung semenjak kecil bukanlah
satu perkara baru khususnya di kalangan keluarga yang susah dan bertaraf
sederhana (middle class).
Kebanyakkan anak-anak kecil di zaman
sekarang telah didedahkan kepada dunia
yang penuh kemewahan. Pinta apa saja,
semuanya boleh dapat! Tidak perlulah
merasa hairanlah jika salah satu strategi
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
34/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
pemasaran pada hari ini menggunakan kaedah psikologi dan sasaran utamanya
adalah kanak-kanak kecil. Ironinya, masih ramai yang tidak menyedarinya atau
pun sengaja tidak ambil peduli. Kita harus mengambil iktibar dari pengalaman
orang-orang tua dahulu yang ketika zaman kanak-kanaknya membawa bekal danlangsung tiada wang belanja sesen pun. Bagi mereka, dari kesusahan tersebut
mengajar mereka akan hidup berpada-pada dan bersyukur dengan apa yang
ada.
Kesilapan pada hari ini kebanyakkan ibu bapa lebih gemar dan berasa bangga
apabila anak mereka lebih high-classberbanding dengan anak-anak rakan atau
sejiran mereka. Tiada apa untuk dibanggakan dengan kemewahan itu bahkan ini
akan mengajar dan mengalakkan mereka untuk cenderung kepada amalan
pembaziran.
6. Hidup dalam kesederhanaan
Untuk mengetahui adakah gaya hidup kita adalah sederhana adalah sukar. Hidup
sederhana bergantung kepada gaya hidup (lifestyle) masing-masing. Bagi yang
berpendapatan besar, hidup sederhana mereka tidak sama dengan orang yang
berpendapatan rendah. Namun mereka yang menjalankan gaya hidup
materialistik, agak sukarlah bagi mereka mencapai kebebasan kewangan. Namun
kita boleh menilai orang yang menjalankan kehidupan yang sederhana biasanya
mempunyai sifat berjimat cermat yang berhemah.
"Adakah kita berjimat cermat didalam semua perkara?.
Jika Jawapannya "Ya", kita tergolong dalam orang yang hidup sederhana. Jika
sebaliknya "Tidak", faham-fahamlah sendiri.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
35/51
-
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
36/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Cari barang pengganti yang lebih murah beli jenama umum,membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
Cari hiburan yang percuma atau murah. Contohnya bersukanbersama rakan-rakan, berekreasi ditempat yang percuma atau tubuhkan
kumpulan yang mempunyai minat yang sama.
Berkongsi dalam pembelian yang besar. Perkongsian bolehmembantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang
rendah. Sebagai contoh, mungkin anda boleh berkongsi membeli
barangan yang boleh dibeli dengan harga murah jika diambil dalam
kuantiti yang banyak atau pukal. Anda juga boleh berkongsi banyak
permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan
berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh
yang baik.
Bertukar barangan atau perkhidmatan. Jika anda pandaimenggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat
pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan
dan anda berdua dapat jimat wang. Fikirkan tentang kemahiran anda,
perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik.
Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan
jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu
membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah
dan lihat bagaimana ia berjalan.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
37/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
7. Dapatkan nasihat daripada pakar pengurusan kewangan
Bagi mendapatkan khidmat pakar pengurusan kewangan ini bukan bermakna
anda mempunyai masalah kewangan yang kritikal, tetapi untuk menilai tahapkewangan anda dan lebih sistematik dalam perancangan dan seterusnya bebas
kewangan.
Namun begitu jika anda mengalami simtom-simtom seperti dibawah , saya rasa
anda wajib mendapatkan khidmat penasihat-penasihat kewangan.
Wang gaji habis dibelanjakan sebelum sempat cukup bulan. Terpaksa memilih-milih waktu dan tempat makan untuk menjimatkan
belanja."Awal bulan makan besar, hujung bulan catu makanan".
Melengahkan/menangguh pembayaran bil-bil, pinjaman, sewa rumah danpembayaran bil-bil dilakukan selalunya betul-betul sebelum tarikh tamat.
Menggunakan kad-kad kredit sehingga habis limit.
Menerima surat-surat amaran daripada bank-bank Membuat pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama Memilih untuk membayar secara ansuran apabila membeli barangan
harian untuk isi rumah.
Menggunakan wang simpanan untuk membayar bil semasa. Membeli mengikut gerak hati walaupun anda tahu anda tidak mampu
membelinya.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
38/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Ada beberapa cara untuk kita mendapat bantuan khidmat nasihat dalam
pengurusan kewangan. Antaranya ialah;
a. Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).
AKPK telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2006, untuk
menawarkan, antara lain, perkhidmatan kaunseling kredit pengguna dan
khidmat pengurusan hutang untuk individu. Selain itu, AKPK menyediakan
program pendidikan kewangan mengenai penggunaan kredit pengguna secara
betul dan kemahiran asas penggunaan wang. Perkhidmatan yang disediakan
oleh AKPK adalahpercuma. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
mengenai AKPK daripada institusi perbankan anda atau cawangan Bank Negara
Malaysia. Anda boleh menghubungi AKPK di alamat yang berikut:
Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit
Level 8.2-8.9, Maju Junction Mall
1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Talian bebas tol: 1-800-88-2575
Laman web: www.akpk.org.my
b. Pakar kewangan yang bertauliah
Aturkan temuanji dengan pakar kewangan yang bertauliah. Carilah pakar yang
mempunyai pertaulihan seperti CFP (certified Financial planner), CHFc (cHatered
Financial Consultant) atau RFP (Registered Financial practitioner). Kebiasaannya
mereka akan mengenakan bayaran berdasarkan yuran atau komisen atau kedua-
duanya. Selain daripada pentaulihan mustahak namun yang paling penting ialah
sikap profesinal, pengetahuan dan kepekaan kepada pelanggan adalah sangat
mustahak.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.akpk.org.my/http://www.akpk.org.my/http://www.gempaknewbie.com/http://www.akpk.org.my/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
39/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
c. Nasihat daripada pakar-pakar kewangan secara online
Seterusnya anda boleh juga mendapat khidmat nasihat daripada pakar
kewangan secara online. Cara ini lebih mudah dan boleh dikatakan percuma.Anda boleh layari laman web pakar-pakar tersebut dan baca post-postnya dan
komen daripada mereka. Antara pakar-pakar tersebut ialah:
i) Azizi Ali Pakar kewangan danjutawan hartanah.
http://www.millionairesplanet.com
ii) Shamsuddin Abdul Kadir penulisbuku dan perunding kewangan.
http://www.shamsuddinkadir.com
iii) Ustaz zaharuddin Pakar kewangan islam.
http://www.zaharuddin.net
http://www.gempaknewbie.com/http://www.millionairesplanet.com/http://www.millionairesplanet.com/http://www.shamsuddinkadir.com/http://www.shamsuddinkadir.com/http://www.zaharuddin.net/http://www.gempaknewbie.com/http://www.zaharuddin.net/http://www.shamsuddinkadir.com/http://www.millionairesplanet.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
40/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
KUNCI UTAMA BEBAS HUTANG
Setelah membaca, dapatlah kita simpulkan bahawa kunci utama bebas hutangialah;
A. MENGURUS PERBELANJAAN DENGAN BIJAKSANA
Bagi mencapai kebebasan kewangan perlu dipastikan seluruh ahli keluarga kita
peka, terlibat secara langsung dalam membuat perancangan kewangan yang
telah diceritakan diatas. Perkara yang utama ialah sediakan bajet dan ikut apa
yang telah dibajetkan. Dimana kita perlu pastikan kos bulanan kita tidak melebihi
jumlah yang sepatutnya. " Berbelanja kurang daripada apa yang kita
dapat"
B. MEMASTIKAN PENDAPATAN ANDA BERTAMBAH SETIAP TAHUN.
Ramai orang dah cuba kurangkan perbelanjaan kepada yang paling asas
sekalipun, tapi tak dapat nak selesaikan masalah hutang yang melampau. Bulan-
bulan buat simpanan, tapi simpanan tak juga mengurangkan hutang sedia-ada,
awal tahun depan, dapat dividen, itupun tak seberapa jika dibandingkan dengan
interest hutang yang dikenakan. Masalah hutang yang ada, tak banyak berubah.
Kalau berubah pun, sedikit sahaja, terlalu perlahan.
Sebab itulah, senjata utama memperbaiki kewangan kita ialah tingkatkan
pendapatan anda. Tiap-tiap tahun, pastikan pendapatan tahunan anda naik
samada melalui gaji atau "side income". Bila kenaikan pendapatan tahunan lebih
20% setahun, anda tak perlu risau tentang kenaikan inflasi dan masalah hutang
melampau.
C. BERDOALAH KEPADA YANG MAHA KUASA.
Setelah segala usaha yang kita lakukan, akhir sekali kita bertawakkal dan
berdoalah kepada yang Maha Kuasa semoga segala perancangan kita berjalan
dengan baik dan dimudahkan segala urusan serta juga dimurahkan rezeki.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
41/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
KESIMPULAN
Perkara paling penting dalam pengurusan kewangan yang baik adalah
BERJIMATCERMAT dan HIDUP DALAM KESEDERHANAAN.
Pengetahuan dan disiplin diri perlu ada dalam hidup kita ini. Yang penting
adalah pengetahuan kita bagaimana cara mengurus kewangan yang betul.
Dalam agama kita dituntut hidup berjimat-cermat dan bersederhana bukannya
hidup memboros serta membazir.
Motivasi dan kesedaran diri. Tanya pada diri kita sendiri. Adakah aku ni
orang senang atau orang susah? Atau aku berlagak senang padahal hidup aku
susah! Buat apa guna kereta mewah, kad kredit berlambak-lambak tapi hujung
bulan pula ikat perut.. aku hidup bergaya dan berlagak tapi realitinya poket aku
kosong. Mulai hari ini aku harus sedar ,biar hidupku "simple" dan sederhana tapi
hatiku senang dan tenang.
Fikirkanlah Masa Hadapan. Seterusnya, jika kita merasakan ilmu pengurusan
kewangan dan perancangan perbelanjaan itu tidaklah penting. Kita telah silap!Pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan merupakan perkara yang
harus dipratikkan oleh setiap orang. Sekiranya bukan untuk hari ia pastinya
mendatangkan manfaat untuk kita di masa hadapan. Segalanya memerlukan
pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan yang teliti. Jika tanpa
kedua-duanya ini, sudah pasti kita tidak akan tahu akan tujuan kewangan kita
sebenarnya.
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
42/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
AKHIR KALAM
Diharapkan ebook yang ringkas ini dapat memberi panduan kepada kita semua
mengenai ilmu pengurusan kewangan dan perancangan perbelanjaan. Yang
penting di sini ialah mempratikkan apa yang telah dibacakan diatas. Jangan
dilupakan juga berdoalah selalu kepada yang Maha Esa agar kita diberi
kemudahan dan murah rezeki selalu.
Jika selama ini kita tidak pernah terfikir atau tertangguh didalam mengurus
perbelanjaan kita, maka inilah masanya untuk kita berubah! Ingat,yang rugi
nanti bukannya orang lain tapi diri kita sendiri. Sesungguhnya, tiada siapa yang
mampu untuk mengubah nasib kita melainkan diri kita sendiri!
Langkah pertama yang saya sarankan ialah Buatlah "Bedah Siasat" kewangan
anda atau analisa status kewangan anda terlebih dahulu. Senaraikan apa yang
anda belanja dalam sebulan dan tolak dengan pendapatan anda dalam sebulan.
Saya percaya ada antara kita yang mungkin tidak dapat senyum selepas itu atau
mungkin tidak percaya dengan kira-kiranya.
BERTINDAK DENGAN SEGERA
Jadikanlah Pengurusan Kewangan Berhemah Amalan Hidup Kita
Yusop Rejabhttp://www.internetduniaku.com
http://www.gempaknewbie.com/http://www.internetduniaku.com/http://www.gempaknewbie.com/http://www.internetduniaku.com/ -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
43/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
PRODUK RAKAN-RAKAN GEMPAKNEWBIE
Produk PERCUMA untuk Anda
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/6fIXKthttp://bit.ly/8sUQTShttp://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8sUQTShttp://bit.ly/8sUQTShttp://bit.ly/6fIXKthttp://bit.ly/6fIXKt -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
44/51
-
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
45/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/7JQbOKhttp://bit.ly/72TjQ6http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/72TjQ6http://bit.ly/72TjQ6http://bit.ly/7JQbOKhttp://bit.ly/7JQbOK -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
46/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/77AUFLhttp://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/5Jzxhvhttp://bit.ly/5Jzxhvhttp://bit.ly/77AUFLhttp://bit.ly/77AUFL -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
47/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/6KJ37Dhttp://bit.ly/8p2QaAhttp://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8p2QaAhttp://bit.ly/8p2QaAhttp://bit.ly/6KJ37Dhttp://bit.ly/6KJ37D -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
48/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8Ke1Lnhttp://bit.ly/8rRgiOhttp://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8rRgiOhttp://bit.ly/8rRgiOhttp://bit.ly/8Ke1Lnhttp://bit.ly/8Ke1Ln -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
49/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/5YfFlIhttp://bit.ly/4sxKW9http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/4sxKW9http://bit.ly/4sxKW9http://bit.ly/5YfFlIhttp://bit.ly/5YfFlI -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
50/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
EdaranPERCUMA - Rahsia Bebas Hutang oleh Yusop Rejab
Download
Download
http://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8Dem72http://bit.ly/8N0wlOhttp://www.gempaknewbie.com/http://bit.ly/8N0wlOhttp://bit.ly/8N0wlOhttp://bit.ly/8Dem72http://bit.ly/8Dem72 -
8/14/2019 RahsiaBebasHutang
51/51
http://www.gempaknewbie.com___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Bonus Rahsia Dari Gempak Newbie Team
Anda dapatkan Bonus tersebut
DI SINI.
Dah download..baru tau..
http://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/Inviter/message.phphttp://www.gempaknewbie.com/http://www.gempaknewbie.com/Inviter/message.php
top related