puan azra haida binti baharom - wk.kats.gov.my kampus nre discourse... · pemberi maklumat...

Post on 14-Aug-2019

228 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

1

Puan Azra Haida binti Baharom

• Akta Perlindungan Pemberi Maklumat [Akta 711] telah

diluluskan di Parlimen pada 6 Mei 2010 dan telah mula

berkuatkuasa pada 15 Disember 2010.

• Akta ini akan dilaksanakan oleh semua agensi

penguatkuasaan.

(Seperti SPRM, PDRM, Kastam, Imigresen, JPJ dan

mana-mana agensi yang mempunyai kuasa penyiasatan

dan penguatkuasaan)

• BHEUU adalah penyelaras bagi semua agensi

penguatkuasaan bagi pelaksanaan Akta ini.

LATAR BELAKANG

2

Bersambung….

….sambungan

• Salah satu Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA);

• Melengkapkan kekurangan pada Akta-Akta lain dalam

melindungi pemberi maklumat.

3

4

• Untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak

wajar) dengan menggalakkan dan memudahkan Pemberi

maklumat membuat pendedahan kelakuan tidak wajar

dalam sektor awam dan swasta;

• Melindungi orang yang membuat pendedahan daripada

tindakan yang memudaratkan; dan

• Mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan

disiasat.

5

TAKRIFAN PENTING

6

SEKSYEN 2

mana-mana Kementerian, jabatan, agensi atau badan

lain yang dibentuk oleh Kerajaan Persekutuan,

Kerajaan Negeri atau Kerajaan Tempatan termasuk

suatu unit, seksyen, bahagian, jabatan atau agensi

Kementerian, jabatan, agensi atau badan itu, yang

diberi fungsi penyiasatan dan penguatkuasaan oleh

mana-mana undang-undang bertulis atau yang

mempunyai kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan;

Bersambung…

Bersambung… 7

“badan awam” termasuklah –

(a) Kerajaan Malaysia;

(b) Kerajaan sesuatu Negeri;

(c) Pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa berkanun yang lain;

(d) Mana-mana jabatan, perkhidmatan atau pengusahaan Kerajaan

Malaysia, Kerajaan sesuatu Negeri, atau sesuatu pihak berkuasa

tempatan; dan

(e) Mana-mana syarikat atau syarikat subsidiari yang terhadapnya atau

yang dalamnya mana-mana badan awam sebagaimana yang

disebut dalam perenggan (a), (b), (c) atau (d) mempunyai kawalan

atau kepentingan;

“badan swasta” ertinya suatu jawatan atau entiti selain badan awam;

…sambungan

PEMBERI MAKLUMAT (Whistleblower)

Individu yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada

agensi penguatkuasaan berdasarkan kepercayaannya yang

munasabah bahawa telah/sedang/akan berlakunya kelakuan tidak

wajar.

Bersambung….

8

9

Pemberi maklumat boleh terdiri daripada mangsa atau orang yang

mempunyai pengetahuan tentang sesuatu kelakuan tidak wajar

sama ada –

i. menerusi pengetahuannya sendiri;

ii. menerusi maklumat yang diperoleh daripada orang yang

mempunyai pengetahuan tentang kelakuan tidak wajar;

atau

iii. mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam sesuatu kelakuan tidak wajar; atau

Sumber dari mana-mana agensi penguatkuasaan seperti PDRM,

SPRM, Kastam, Imigresen, dsb.

….sambungan

10

i) mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang

munasabah;

ii) membuat pendedahan kepada mana-mana agensi

penguatkuasaan (no wrong door policy);

iii) jika agensi penguatkuasaan tiada kuasa penyiasatan, salurkan

kepada agensi yang lain;

iv) tidak dilarang oleh mana-mana undang-undang bertulis; dan

v) Tidak mendedahkan maklumat kepada pihak lain sebelum atau

selepas menyalurkan maklumat kepada agensi

penguatkuasaan.

11

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN

KELAKUAN TIDAK WAJAR ?

Apa-apa kelakuan yang jika terbukti, menjadi suatu kesalahan

tatatertib atau kesalahan jenayah

12

Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib

dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut

hendaklah diperuntukan oleh undang-undang atau dalam suatu

tatalaku, kod etika atau pekeliling atau suatu kontrak kerja.

13

Kesalahan Jenayah bermaksud kesalahan yang diperuntukan oleh

mana-mana undang-undang Jenayah negara, contohnya Kanun

Kesiksaan, Akta pencegahan Rasuah dsb.

• Pemberi maklumat hadir ke mana-

mana agensi penguatkuasaan untuk

membuat pendedahan atau membuat

temu janji di suatu tempat yang telah

dipersetujui oleh pegawai penguat

kuasa.

• Membuat pendedahan melalui surat,

e-mel, SMS yang memberikan

maklumat yang jelas tentang nama,

identiti dan alamat pemberi maklumat

dan bagaiman dia boleh dihubungi.

• Pendedahan melalui e-mel, surat

layang, SMS dan mekanisme lain

yang tidak dapat dikenal pasti identiti

pemberi maklumat tidak boleh

menerima perlindungan di bawah

Akta 711.

14

APAKAH MEKANISME PENDEDAHAN

KELAKUAN TIDAK WAJAR?

15

Elemen yang perlu dipertimbangkan oleh agensi penguatkuasaan

selepas menerima sesuatu pendedahan kelakuan tidak wajar:

Bidang kuasa untuk menyiasat; dan

Sekiranya tidak mempunyai bidang kuasa, pendedahan

kelakuan tidak wajar tersebut dipanjangkan ke agensi

penguatkuasaan yang mempunyai bidang kuasa (dengan

persetujuan pemberi maklumat).

Bersambung….

16

Jika hasil siasatan mendapati –

(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat hendaklah

dimaklumkan dan tiada tindakan lanjut;

(ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi penguatkuasaan hendaklah

mengemukakan kepada jabatan yang berkenaan atau majikan

tempat orang yang diadukan itu laporan hasil siasatan dan syor

yang dibuat ; dan

(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah dilakukan, laporan

dan syor ke atas siasatan itu hendaklah dikemukakan kepada

pendakwa raya untuk diputuskan sama ada untuk mendakwa

atau tidak.

….sambungan

17

• Antara perlindungan yang diperuntukkan di bawah Akta 711:

Perlindungan maklumat sulit;(maklumat, identiti, alamat,

pekerjaan dan yang berkaitan dengan pemberi maklumat)

Kekebalan daripada tindakan sivil dan jenayah; dan

Perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.

• Perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan juga diperluaskan

kepada mana-mana orang yang mempunyai hubungan dengan pemberi

maklumat.

• Mana-mana orang yang membocorkan maklumat sulit boleh didenda

tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau

kedua-duanya sekali.

Pemberi maklumat turut terlibat dalam kelakuan tidak wajar itu;

Membuat kenyataan palsu;

[ Membuat kenyataan palsu merupakan satu kesalahan di bawah Akta

711 ini (Seksyen 21) dan boleh didenda tidak melebihi RM 25,000.00

atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali (Seksyen

25) ]

Pendedahan tersebut merupakan perkara yang remeh temeh;

Perkara yang didedahkan mempersoalkan merit dasar kerajaan;

Pendedahan dibuat bagi mengelak daripada dibuang kerja/ tindakan

tatatertib lain; atau

Pemberi maklumat melakukan apa-apa kesalahan di bawah akta ini seperti

mendedahkan maklumat sulit, memusnahkan bahan bukti atau

mengarahkan orang lain melakukan perkara yang menjadi kesalahan di

bawah Akta ini.

18

Tindakan yang memudaratkan termasuklah:

a) Tindakan yang menyebabkan kecederaan, kehilangan atau

kerosakan;

b) Ugutan atau gangguan;

c) Gangguan terhadap pekerjaan sah atau mata pencarian; dan

d) Suatu ancaman untuk mengambil mana-mana tindakan yang

disebut dalam perenggan (a) hingga (c).

19

20

Jika hasil siasatan mendapati:

(i) Tiada kesalahan dibuktikan, pemberi maklumat

hendaklah dimaklumkan dan tiada tindakan

lanjut;

(ii) Jika ada kesalahan tatatertib, agensi

penguatkuasaan hendaklah mengemukakan

kepada jabatan yang berkenaan atau majikan

tempat orang yang diadukan itu laporan hasil

siasatan dan syor yang dibuat ; dan

(iii) Jika suatu kesalahan jenayah didapati telah

dilakukan, laporan dan syor ke atas siasatan itu

hendaklah dikemukakan kepada pendakwa

raya untuk diputuskan sama ada untuk

mendakwa atau tidak.

Apabila pemberi maklumat mendapat ancaman atau diambil

tindakan yang memudaratkan, beliau boleh meminta agensi

penguatkuasaan memohon remedi daripada mahkamah bagi

mendapatkan:

Ganti rugi atau pampasan;

Injunksi; atau

Apa-apa relif lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

21

Ganjaran boleh diberi kepada

pemberi maklumat bagi

pendedahan kelakuan tidak

wajar atau tindakan yang

memudaratkan yang membawa

kepada pendakwaan orang yang

diadukan yang telah melakukan

kelakuan tidak wajar atau

tindakan yang memudaratkan.

22

Penguatkuasaan dan Perlaksanaan Akta ini dapat-

Menggalakkan dan memudahkan orang ramai

untuk mendedahkan sebarang perbuatan

rasuah lain salah laku sama ada di sektor

awam atau swasta.

Memenuhi hasrat kerajaan untuk memerangi

rasuah dan mengurangkan kadar jenayah

seperti disasarkan dalam NKRA tercapai.

23

BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

JABATAN PERDANA MENTERI

ARAS 4-7, BANGUNAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG

PRESINT 3

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62692 PUTRAJAYA

TEL : 03-8885 1000

FAKS : 03-8885 1088

LAMAN WEB : www.bheuu.gov.my

E-MEL : whistleblower@bheuu.gov.my

FACEBOOK : BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG,

JPM

24

Sekian,

Terima Kasih

25

top related