ptb

Post on 16-Jan-2016

233 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

ptb

TRANSCRIPT

NOTA

PBS DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran itu dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

Pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.

Sebahagian dari matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibat secara langsung dalam menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah di sekolah yang mana, melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.

Untuk mengetahui kesan pengajaran dan pembelajaran, guru perlulah menjalankan penilaian ke atas proses dan hasil kajian pelajar. Bagi tujuan ini penilaian bolehlah dijalankan secara berterusan bermula dari peringkat pengenalan diikuti dengan perkembangan dan diakhiri dengan laporan dan rumusan.

MENGUMPUL DAN MENTAFSIR FAKTA SEJARAH

Murid-murid akan mengumpul fakta sejarah daripada pelbagai sumber sama ada sumber primer atau sekunder, sumber arkeologi atau artifak.

Ia merupakan satu kaedah penulisan akedemik yang lengkap dan sistematik dimana ianya bertujuan memberi kemudahan kepada penulis dan pembaca untuk mengenalpasti sumber maklumat dan merujuk semula sumber bahan yang asal.

Jika mengambil maklumat daripada bahan-bahan tertentu, beberapa maklumat harus direkod :

Jika murid mendapat sumber daripada buku, maklumat berikut hendaklah dinyatakan dalam penulisan mereka.

Fakta diperoleh dari sumber jurnal :

Fakta daripada sumber akhbar :

Fakta daripada majalah :

Dalam pengkajian sejarah, orang sumber kerap kali digunakan.

Kajian sejarah turut melibatkan kajian lapangan.

Fakta yang direkodkan perlu dikelaskan, dianalisa, ditafsir, disintesis dan dirumus terlebih dahulu mengikut format berikut :

PENERAPAN UNSUR PATROTISME

Fokus utama kurikulum Sejarah bertujuan untuk menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid bagi melahirkan warganegara yang mempunyai ciri-ciri berikut :

1. Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Menghormati raja dan pemimpin negara

Menghargai jasa dan perjuangan tokoh negara

Menghormati lambang-lambang negara (bendera, lagu kebangsaan, jata negara)

Menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara

Menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya Melayu

Berbanggga dengan sejarah negara.

KESIMPULAN

Elemen dan aspek yang dinilai haruslah seiring dengan perkembangan pengajaran dalam mata pelajaran Sejarah.

Guru harus mempraktikkan segala teknik mengajar dan mencurahkan pelbagai ilmu bagi memastikan penilaian murid berada di tahap yang cemerlang.

NOTA

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu transformasi pendidikan bersifat holistik yang tertumpu kepada usaha melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.”

(Ismail & Munir, 2015)

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Pemansuhan pelaporan PBS secara online dalam SPPBS kepada pelaporan secara offline.

2. Pemansuhan Dokumen Standard Prestasi (DSP) Kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid.

3. Pengurusan fail rencam dan rekod transit.4. Pemansuhan PMR dan pengenalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

EMPAT CABANG PBS

1. Pentaksiran sekolah2. Pentaksiran psikometrik3. Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum4. Pentaksiran pusat

PELAPORAN KSSR SEJARAH

Modul Perekodan Perkembangan Pembelajaran Murid disediakan bagi membantu guru merekodkan perkembangan penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah (PS).

Modul ini berpandu kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Melalui modul ini, setiap guru mata pelajaran (MP) hanya perlu menanda pada Band yang telah dikuasai oleh murid sepanjang proses pentaksiran atau setelah sesuatu tajuk atau tema selesai ditaksir.

CARTA ALIR PELAPORAN PENTAKSIRAN SEJARAH

1. Guru mata pelajaran Sejarah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran

2. Terima senarai nama murid dan Modul Perekodan dari Guru Penyelaras Data3. Menanda prestasi dan gred dalam Modul MPPP4. Mengurus Pelaporan Pentaskiran Sekolah

ISU-ISU DALAM PELAPORAN PBS VERSI BAHARU

SISTEM OFFLINE LEBIH EFISIEN

Perubahan sistem pelaporan PBS dengan pemansuhan sistem pelaporan atas talian sebelumnya menggunakan SPPBS adalah lebih efisien.

Hal ini kerana pihak guru yang merekodkan data tidak lagi perlu menggunakan pautan SPPBS yang sering kali dilanda masalah akibat kegagalan server.

PENGHAPUSAN DESKRIPTOR DAN EVIDEN MEMUDAHKAN PENTAKSIRAN GURU

PBS versi baharu tidak lagi membebankan kerja guru yang terpaksa mengumpul eviden-eviden dalam melakukan pentaksiran ke atas murid.

Dalam PBS versi lama, guru dikehendaki menyimpan setiap lembaran kerja dan hasil kerja murid yang dijadikan sebagai eviden (bukti) kepada pemberian nilai band setiap murid.

PBS OFFLINE MEMUNGKINKAN KEHILANGAN DATA

Rekod PBS offline yang disimpan di sekolah dikhuatiri akan hilang disebabkan pelbagai faktor seperti virus, kehilangan laptop dan sebagainya.

Oleh itu, setiap guru haruslah menyimpan setiap data murid secara back up mode seperti memuatnaik data ke dalam Google Drive peribadi.

MEKANISME MAKLUMAN PRESTASI SEMASA MURID KEPADA IBU BAPA DAN WARIS

Dalam PBS versi lama, ibu bapa berpeluang menyemak perkembangan semasa murid secara atas talian menggunakan sistem SPPBS.

Dalam versi baharu ini, ibu bapa perlu membuat permohonan bagi mendapatkan keputusan prestasi individu dan guru akan mencetak (print out) kepada ibu bapa atau waris.

NOTA

FOKUS TUTORIAL

KONSEP PENTAKSIRAN

TMK DALAM PENTAKSIRAN

Dikenali sebagai pentaksiran berasaskan web.

Proses pentaksiran secara elektronik yang mana TMK digunakan untuk persembahan aktiviti pentaksiran dan mendapatkan maklum balas.

Beri peluang kepada guru dan murid untuk berkomunikasi secara online dengan guru mengenai mata pelajaran yang diajar serta memberi maklum balas serta merta.

CONTOH

Portfolio Elektronik

Satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital sama ada melalui atas talian iaitu berasaskan web ataupun menggunakan media seperti cakera optik (CD ROM).

Buku elektronik peribadi kerana murid boleh melaksanakan di mana-mana sahaja.

Tempat menyimpan segala bahan pembelajaran dan hasil pentaksiran.

RUBRIK

Satu kaedah pentaksiran yang menggunakan kriteria berbentuk skor bagi membolehkan guru membuat penilaian sesuatu pengajaran untuk memastikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam TMK dicapai.

Dengan kaedah ini guru dapat membuat pentaksiran dengan lebih konsisten, teratur dan terarah berdasarkan kriteria yang jelas.

KUIZ DAN UJIAN

Soalan lisan atau bertulis yang digunakan untuk menguji pengetahuan atau kefahaman murid mengenai satu topik pembelajaran yang telah dipelajari

HOT POTATOES

Software yang dibuat oleh Research and Development team at the University of Victoria Humanities Computing and Media Centre digunakan untuk membuat kuiz interaktif dalam format html.

Hanya perlu memasukkan data soal, kata kunci jawapan dan maklum balas (jika perlu).

Ia dicipta untuk menarikkan lagi sesuatu p&p itu.

CONTOH

JQUIZ

 Latihan memasukkan teks.

JMIX

Selalunya digunakan dalam subjek bahasa untuk mengeja.

Menyusun kembali perkataan atau ayat dengan ejaan yang betul

Contoh : incguk (temanya : binatang)

JCROSS

Teka silang kata.

Memasukkan huruf berdasarkan “hint” yang diberikan.

JMATCH

Aktiviti padanan Kotak A dengan Kotak B.

JCLOSE

Pengisian perkataan yang betul di tengah-tengah perenggan.

JBC

Latihan soalan aneka pilihan

Antara yang berikut,yang manakah merujuk kepada sumber pertama ?

A. Buku

B. Fosil

C. Majalah

D. Akhbar

ANALISIS ITEM

Bagi menganalisis pencapaian pelajar dengan menggunakan kemudahan TMK.

Lebih sistematik dan tepat.

Contoh : Excel & RASCH Model

EXCEL & MODEL RASCH

Merupakan model parameter.

Respon terhadap sesuatu item dipengaruhi oleh :-

kebolehan respon

Kesukaran item

LANGKAH PEMBINAAN ITEM

Proses pembinaan item

Menganalisa kebolehpercayaan melalui kajian rintis

Menganalisa respon murid

top related