proses penerbitan ayat
Post on 20-Dec-2015
118 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
PROSES PENERBITAN AYAT
AHLI KUMPULAN1. ROLY BIN ABAS
2. SITI HAWATI BINTI TASMON3. TENGKU FAUZIAH BT. TENGKU ADNAN
2
Terdapat tiga proses penerbitan ayat bahasa
Melayu
Pengguguran
Peluasan
Penyusunan semula
Proses Penerbitan Ayat - Penerbitan sesuatu ayat dimaksudkan sebagai hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis yang melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluaskan sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
3
PROSES PENGGUGURAN
- Proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur tertentu seperti pengguguran subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya.
Pengguguran frasa nama
sebagai subjek
Pengguguran frasa
predikat
Pengguguran frasa nama
yang mendahului frasa relatif
4
Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek
a) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah
Ayat perintah atau dikenali sebagaiayat suruhan merupakan ayat yang digunakan untuk memberi perintah atau arahan.Dalam ayat perintah, kata ganti nama diri orang kedua seperti engkau, awak, kamu dan sebagainya menjadi unsur pengisi dalam konstituen subjek. Contohnya:
Kamu, berhenti!
Berhenti!Dalam contoh ayat perintah di atas, subjek kata ganti nama diri orang kedua kamu telah digugurkan. Lazimnya, kata ganti nama diri orang kedua kamu berada dihadapan ayat perintah dan pengguguran konstituen subjek yang terdiri daripada kata ganti nama diri orang kedua tidak akan menimbulkan kekaburan kepada siapa ayat tersebut ditujukan.
5
b) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang ketiga kata ganti nama diri orang ketigasebagai pengisi kepada konstituen subjek dalam ayat juga boleh digugurkan sekiranya konteks membenarkan. Hal ini bermaksud bahawa kata ganti nama diri orang ketiga itu sudah memberi maksud yang jelas daripada konteks sebenar ayat dan tidak perlu disebut atau dinyatakan dalam ayat lagi.
Contoh: Dia tidak akan ke sana lagi
Tidak akan ke sana lagi
Subjek kata ganti nama diri ketiga “dia” boleh digugurkan kerana telah membawa maksud yang jelas tanpa kehadiran subjek kata banti nama diri ketiga “dia”.
6
Pengguguran frasa nama
Frasa nama dapat digugurkan sekiranya konteks ayat sudah jelas dan tidak menimbulkan kekaburan pada ayat.
Contoh:Rumah setinggan terbakar hangus
Terbakar hangus
Frasa nama rumah setinggan boleh digugurkan dalam ayat kerana sudah membawa maksud yang jelas dan boleh difahami
7
d) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
Jika terdapat beberapa frasa namasebagai subjek yang serupa atau beri identiti sama dalam ayat-ayat yang bergabung menjadi ayat majmuk, maka subjek frasa nama yang serupa itu boleh digugurkankecuali subjek frasa nama yang terdapat pada awal ayat majmuk. Contohnya:
Encik Sulaimantelah berjaya dalam perniagaan.Encik Sulaimanbekerjakeras.
Encik Sulaiman telah berjaya dalam perniagaan kerana bekerja keras.
Dalam contoh terdapat subjek frasa nama Encik Sulaiman yang serupa dalam ayat yang berpotensi untuk bergabung bagi membentuk ayat majmuk.Jadi, subjek frasa nama Encik Sulaiman dalam ayat kedua yang serupa tersebut boleh digugurkan bagi membentuk ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung kerana
8
Pengguguran Frasa Predikat
Pengguguran seluruh frasa pradikat
Pengguguran seluruh frasa berlaku apabila terdapat penggunaan frasa yang serupa dalam ayat majmuk gabungan. Pengguguran frasa predikat yang serupa tersebut terdiri daripada frasa nama, frasa kerja , frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kesemua frasa predikat yang serupa in ikecuali yang terakhir boleh digugurkan. Pengguguran seluruh frasa pradikat ada empat iaitu:
Pengguguran bahagian-bahagian tertentu dalam frasa predikat sahaja
9
Pengguguran frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk perlu dilakukan untuk mengelakkan pengulangan frasa kerja yang serupa dalam ayat.
Contoh: Hidayah tidak pernah bergaduh dan Shautha tidak
pernah bergaduh.
Hidayah dan Shautha tidak pernah bergaduh.
Ayat pertama mengandungi pengulangan predikat frasa kerja yang serupa dalam ayat majmuk gabungan, iaitu tidak pernah bergaduh . Oleh itu, predikat tidak pernah bergaduh dalam klausa pertama ini telah digugurkan seperti dalam ayat kedua.
a) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa kerja yang serupa
10
Pengguguran frasa nama yang serupa dalam predikat berlaku apabila terdapat penggunaan frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk gabungan. Hal ini dapat dijelaskan lagi berdasarkan contoh di bawah:
Shuhada pegawai pertanian dan Hasina pegawai pertanian.
Shuhada dan Hasina pegawai pertanian.
Ayat majmuk gabungan mengandungi penggunaan frasa nama pegawai pertanianyang serupa dan kesemua frasa predikat pegawai pertanian tersebut boleh digugurkan kecuali yang terakhir. Dalam ayat kedua, pegawai pertanian daripada ayatpertama telah digugurkan untuk mengelakkan pengulangan frasa nama yang serupasebagai unsur pengisi predikat dalam ayat majmuk.
b) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk
11
Contoh:
Durian sangat manisdan manggis sangat manis
Durian dan manggis sangat manis
Ayat pertama mengandungi frasa predikat, iaitu frasa adjektif sangat manis yang serupa dalam ayat majmuk gabungan. Oleh itu, frasa adjektif sangat manis dalamklausa yang pertama telah digugurkan seperti dalam ayat kedua
.
c) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa adejektif yang serupa dalam ayat majmuk
12
Contoh: Ibu di dapur dan nenek di dapur .
Ibu dan nenek di dapur
Dalam contoh ayatpertama, predikat frasa sendi nama di dapur dalam klausa pertama telah digugurkan kerana mengandungi frasa predikat yang sama dalam ayat majmuk kedua, iaitu frasa sendi nama di dapur.
d) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa sendi nama yang serupa dalam ayat majmuk:
13
Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
Proses pengguguran boleh juga dialami oleh beberapa bahagian daripada frasa predikat. Antaranya ialah oleh + FN dalam ayat pasif, kata bantu yang serupa dalam ayat, FN sebagai objek yang serupa dalam ayat dan FN sebagai objek selepas katakerja yang membawa makna adjektif dalam ayat. Contohnya :
(1)Perompak itu telah ditembak oleh polis .→ Perompak itu telah ditembak.
(2)Nenek tua itu masih hidup dan masih sihat.→ Nenek tua itu masih hidup dan sihat.
(3) Dia memanggil kami dan melambai kami .→ Dia memanggil dan melambai kami .
(4)Filem itu amat menyeramkan kami. → Filem itu amat menyeramkan
14
Dalam ayat (1), oleh polis yang mengisi predikat dalam ayat pasif tersebut telah digugurkan.
Kata bantu masih yang kedua dalam ayat (2) telah digugurkan sehingga tinggal satu sahaja. Ayat (3) pula mengandungi dua objek yang diisi oleh frasa nama kami yang sama. Oleh itu, objek kami yang hadir selepas kata kerja transitif memanggil telah digugurkan.
Dalam ayat (4), objek yang diisi oleh frasa nama kami selepas kata kerja transitif menyeramkan yang membawa makna adjektif telah digugurkan.
15
Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif
Frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat pancangan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif. Dalam bahasa Melayu, proses pengguguran jenis ini boleh berlaku dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek dan frasa nama yang mendahului frasa relatif dalam kedudukannya sebagai objek.
Contoh:1)Lelaki itu bapa saudara saya. Lelaki itu memandu kereta.→Lelaki yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
→ Yang memandu kereta itu bapa saudara saya.
Contoh dalam ayat (1) merupakan pengguguran frasa nama lelaki yang mendahului frasa relatif yang dalam kedudukan frasa nama sebagai subjek.
16
2) Abang membeli cincin pertunangan itu . Cincin pertunangan itu cantik. → Abang membeli cincin pertunangan yang cantik itu. → Abang membeli yang cantik itu.
frasa nama cincin pertunangan yangmendahului frasa relatif yang dalam kedudukannya sebagai objek seperti dalam contoh ayat (2)
17
Proses penyusunan semula dalam bahasa Melayu ada tiga jenis
Penyusunan Semula
Penyusunan semula frasa nama sebagai objek
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek
Penyusunan semula melalui ayat songsang
- Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu dalam proses penyusunan semula. secara asasnya, bermakna pada ayat tidak mengalami perubahan apabila melalui proses ini.
18
Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek
Berlaku dalam ayat aktif transitif yang mengandungi dua objek iaitu objek tepat dan objek sipi.
Contoh: Kami sekeluarga membaca nenek Surah YassinNenek ( objek tepat) Surah Yassin ( Objek sipi )
Ayat di atas boleh disusun semula dengan mengubah objek sipi dan objek tepat seperti berikut:
kami sekeluarga membaca surah yassin untuk nenek
Objek sipi Surah Yassin berada selepas kata kerja membaca manakala objek tepat berada di akhir ayat selepas kata sendi untuk supaya dapat berfungsi sebagai keteranga dalam ayat.
19
Penyusunan Semula Frasa Nama Sebagai Subjek
Berlaku melalui proses transformasi pasif, di mana struktur ayat aktif berubah menjadi pasif manakala objek pula menjadi judul ayat.
Contoh: Ayah memandu kereta besar itu ( ayat
aktif )
Kereta besar itu dipandu oleh ayah ( ayat pasif )
Dalam ayat aktif kereta besar merupakan objek dan selepas berlaku transformasi kereta besar menjadi judul di dalam ayat pasif.
Selepas transformasi
20
Penyusunan Semula Melalui Ayat Songsang
Proses penyusunan semula melalui ayat songsang melibatkan penjudulan predikat atau adverba (frasa keterangan )
Contoh: Lambat-lambat dia mengemaskan kedudukannya ( A-S-P-O ) Dia mengemaskan kedudukannya lambat-lambat. (S-P-O-A)
21
Proses Peluasan Ayat
Proses yang menambahkan unsur-unsur dalam ayat baharu
Boleh berlaku melalui
Peluasan frasa nama sebagai subjek
Peluasan predikat
peluasan dengan kata hubung
perluasan melalui proses komplementasi
22
Peluasan frasa nama sebagai subjek
Frasa nama sebagai subjek boleh diluaskan melalui proses relativisasi, iaitu merancang frasa relatif pada klausa induk. Frasa relatif terbina dengan menggunakan kata relatif.Contoh:
1) Baju baharu adik itu dilepaskan2) Baju baharu adik itu masih erat
dipegangnya.
> Baju baru adik yang masih erat dipegangnya itu dilepaskan.
Baju baharu adik ( subjek)yang masih erat dipegang ( Frasa relatif)
23
Peluasan predikat
Frasa nama yang berfungsi sebagai predikat juga boleh diperluaskan dengan syarat frasa nama dalam ayat pertama mestilah menjadi subjek dalam ayat yang ingin dipancangkan.
Contoh: 1) Mama menjual kerongsang itu.2) Kerongsang itu cantik.3) Mama menjual kerongsang yang cantik itu.
(diperluaskan)
Dalam ayat (1),kerongsang itu berfungsi sebagai predikat dan boleh diluaskan dengan memancangkan ayat (2) pada ayat (1) melalui proses relativisasi untukmembentuk ayat baharu. Frasa relatif yang cantik telah dipancangkan pada predikat menjual kerongsang itu dalam ayat (1) dan membentuk ayat () yang baharu.
24
PELUASAN DENGAN KATA HUBUNG
Proses perluasan ini berlaku apabila ayat mempunyai konstituen yang sama digabungkan menggunakan kata hubung seperti dan, tetapi, jika dan sebagainya. menggabungkan dua ayat atau lebih bagi menghasilkan ayat terbitan yang bersifat peluasanPeluasan dengan kata hubung di sebut sebagai penggabungan
Contoh: 1) abangnya pandai bermain bola sepak.2) adiknya tidak pandai bermain bola sepak.> abang pandai bermain bola sepak tetapi adiknya
tidak pandai.Ayat (3) diperluaskan dengan menggabungkan ayat (1) dan (2) dengan menggunakan kata hubung tetapi bagi membentuk ayat terbitan yang baharu.
25
Perluasan Melalui Proses Komplementasi
Proses mengubah sesuatu ayat menjadi frasa nama dan memancangnya pada suatu ayat lain sehingga menghasilkan peluasan dalam ayat tersebut.
Contoh: 1) Azri memberi sesuatu.2) Salina telah berkahwin.3) Azri memberi tahu bahawa Salina telah berkahwin.
Ayat (3) telah diperluas melalui proses komplementasi. Ayat Salina telah berkahwin dalam ayat (2) berubah fungsinya menjadi frasa nama dan dipancangkan pada binaan Azri memberitahu sesuatu dalam ayat (1). Kata hubung komplemen bahawa dalam ayat (3) menandakan berlakunya proses komlementasi.
26
Sekian Terima Kasih
top related