program ihya ramadan umk bantu 100 anak yatim beli ...umkeprints.umk.edu.my/884/1/news 18.pdf ·...

Post on 27-Sep-2019

7 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

11/7/12 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan - Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli p…

1/2umk.edu.my/…/353-program-ihya-ramadan-umk-bantu-100-anak-yatim-beli-persiapan-aidilfitri.html

Utama Berita Terkini Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri

Program Ihya Ramadan UMK bantu 100 anak yatim beli persiapan Aidilfitri

KEDATANGAN Syawal kali ini lebih memberi makna buat anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik dari di sekitar daerah diBachok apabila di bawa untuk membeli-belah bagi persediaan menyambut hari raya Aidilfitri, di Mydin Mall, Kubang Kerian, Kelantan, di sinisemalam.

Mereka terdiri daripada 100 anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik daripada Sekolah Kebangsaan Bachok, SekolahKebangsaan Seri Kemudi, Sekolah Kebangsaan Tawang, Sekolah Kebangsaan Jelawat 2, Sekolah Kebangsaan Tangok, SekolahKebangsaan Badak, Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Sekolah Kebangsaan Kubang Golok, Sekolah Kebangsaan Perupok dan SekolahKebangsaan Pantai Senak.

Pengarah Pusat Hubungan Korporat dan Strategik (PHKS), YBhg. Prof. Dr. Nik Maheran bin Nik Muhammad, berkata, pada program kali inisetiap anak-anak ini diperuntukkan sebanyak RM100 untuk setiap seorang bagi membeli pakaian mereka dan turut diberi duit raya.

Katanya, sumbangan duit raya itu diberikan pada majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Naib Canselor UMK, YBhg. Prof. Dr. Raduanbin Hj. Che Rose, di Dewan Terbuka Keusahawanan UMK, Kampus Kota, Pengkalan Chepa.

“Sebelum itu, pada sebelah pagi setiap seorang anak yatim telah diberi peluang memilih sendiri baju raya di Mydin Mall untuk merekamerasai sendiri keseronokan membuat persediaan berhari raya bersama kawan-kawan," katanya.

Lain-lain | Carian...

StafEmail StafPortal Staf

Direktori StafAplikasi Atas Talian

Aktiviti UMKPelawat

Peta & LokasiPenginapan

PengangkutanJawatan Kosong

Tender & SebuthargaGaleri

AlumniPortal Alumni

Laman Facebook AlumniLaman Web HEPA

Pelajar

Pautan Pantas

Bahasa Melayu English

UtamaInfo UMKPra-SiswazahPascasiswazahFakulti /Pusat

Fakulti Keusahawanan & PerniagaanFakulti Teknologi Kreatif & WarisanFakulti Perubatan VeterinarFakulti Industri Asas TaniFakulti Sains BumiPusat Bahasa dan Pembangunan InsaniahPusat Pengajian Siswazah

Kampus

Pada majlis yang sama, beberapa anak-anak yatim yang ditemui melahirkan rasa bertuah dan gembira kerana berpeluang menyertai majlisanjuran UMK dengan kerjasama Mydin Mall serta Al-Rajhi Bank.

Menurut Nurul Ain Izzati binti Ghazali, 10, dari SK Kubang Golok, berterima kasih kepada pihak UMK yang telah memberi sumbangan danpeluang untuk membeli sendiri pakaian hari raya untuk persiapan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kalau UMK tidak menjemput mungkin saya tidak berpeluang mencuba pakaian yang sudah lama diidamkan seperti hari ini," ujarnya.

Rakannya, Anis Solehah binti Kadir, gembira kerana impiannya untuk memiliki sepasang baju kurung dan kasut dengan memilih sendiritercapai apabila diberi peluang oleh UMK dan Mydin.

"Memang dari dahulu lagi saya ingin merasai pakaian yang dibeli sendiri tetapi memandangkan kurang mampu terpaksa abaikan sahaja.Saya berterima kasih pada UMK yang telah sudi membawa kami membeli-belah hari ini,” ujarnya.

Sementara itu, Saliha Abdullah, 40, salah seorang ibu tunggal yang ditemui, berkata, sumbangan yang diberikan oleh UMK dapat meringkanbeban untuk membuat persiapan menyambut hari raya pada minggu depan.

“Tiada apa yang lebih menggembirakan kami selain diberi peluang menghadiri majlis ini untuk berbuka puasa bersama-sama. Kalauhendak bawa anak-anak seramai tujuh orang makan di luar mungkin tidak berpeluang," katanya.

Bagi Raja Salma binti Raja Mat, 49, sumbangan ini dapat sedikit-sebanyak membantu menyediakan persiapan hari raya untuk anak-anak.“Selepas kehilangan suami kami sekeluarga hilang tempat bergantung. Insyallah bantuan yang diterima ini dapat digunakan sebaik-baiknya,”katanya.

Bilangan Pelawat :297670

Penafian|

Dasar Privasi|

Dasar Keselamatan|

Soalan Lazim|

Hubungi Kami|

Bantuan|

Peta Laman

Hakcipta © 2012 Portal Rasmi Universiti Malaysia Kelantan.Paparan Terbaik Mozilla/Firefox/IE/Safari/Camino/Opera Friendly

Universiti Malaysia Kelantan, Karung Berkunci 36, 16100 Pengkalan Chepa, Kota Bharu, KelantanTel : +609 - 7717000Fax : +609 - 7717022

Email : webmaster[a]umk.edu.myTarikh Kemaskini: 05/11/2012, 00:33:29.

top related