professionalisme 07

Post on 21-Jun-2015

91 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PROFESIONALISMEKONSEP DAN KEPERLUAN

Disediakan oleh:

Engr. Khairul Hidayat Bin Abdul Manan

Kepimpinan & Pengurusan Dalam PTVMBE2263

Profesion…. Profesional….

Profesionalisme….

Profesion…

Pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan latihan yang khusus seperti dalam bidang perubatan, seni bina dan lain-lain.

Profesional …

- Golongan yang terlibat dengan profesion tertentu seperti doktor, peguam dan sebagainya.

- Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan (seperti sebagai ahli sukan, pelakon dan sebagainya) dengan sepenuh masa atau sebagai mata pencarian Contoh:Misbun Sidek adalah pemain badminton.

Profesionalisme…

Adalah sifat-sifat (seperti kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

(Kamus Dewan Edisi Empat, 2007)

“…Professionalism, reflecting a commitment to specialized competence and conventionality (Steiner, 1998; Steiner and Gaskin, 1998), is likely to inhibit strategic orientation in values, skills and outlook… ”

(Carol J. Steiner, 2001, pg:151)

Profesionalisme…

Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai :

Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya

Profesionalisme…

Profesionalisme adalah tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional

(Longman, 1987)

Profesionalisme…

Akhirnya, dapat dirumuskan bahawa profesionalisme membawa maksud….

SIFAT, IDEA dan KELAKUAN kerja yang mematuhi kod etika kerja yang telah ditentukan, selaras dengan undang-undang negara mahupun antarabangsa dan menghormati norma-norma kemanusiaan.

Konsep Asas

Menurut Martin dan Schiuzer (1996) dan Bayles (1981) perkataan profession dan professional hanya boleh digunakan dalam bidang pekerjaan tertentu yang memenuhi kriteria seperti di bawah:

Ilmu pengetahuan – pengetahuan dari segi bagaimana dan apa kemahiran yang sofistikated dan ilmu teori

Konsep Asas (samb.)

Latihan intensif dan berterusan – Seperti doktor, peguam, jurutera – yang mana memerlukan kursus bertahun-tahun.

Perkhidmatan penting untuk masyarakat – Seperti peguam, doktor, jurutera

Mempunyai Badan professional – Seperti Board of Engineers Malaysia (BEM), The Institution of Surveyors Malaysia (ISM)

Konsep Asas (samb.)

Pensijilan / Pentauliahan – Pengamal mendapat sijil dari badan professional*

Bersifat autonomi – Ada autonomi dalam membuat keputusan penting dan penilaian mengenai perkara yg berkaitan dgn profession nya (Contoh: Jurutera membuat keputusan berkenaan bangunan yang dibina)

Konsep Asas (samb.)

Autonomi? Kenapa profesional perlu autonomi?

1. Hanya profesional sahaja yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan sesuatu kes

2. Penilaian yang dibuat oleh profesional perlu bebas dari pengaruh luar demi memastikan kepentingan klien dapat dipenuhi

3. Memastikan kerahsiaan hubungan profesional-klien dipelihara

Ciri-ciri profesionalisme

Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme senantiasa mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional. Kualiti profesionalisme didokong oleh ciri-ciri sebagai berikut:

Ciri-ciri profesionalisme (samb.)1. Keinginan untuk selalu menampilkan

perilaku yang mendekati piawai ideal.Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia akan mengidentifikasi dirinya kepada sesorang yang dipandang memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan “piawai ideal” ialah suatu peringkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan dijadikan sebagai rujukan.

Ciri-ciri profesionalisme (samb.)2. Meningkatkan dan memelihara imej

profesionProfesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara percakapan, penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan dengan individu lainnya.

Ciri-ciri profesionalisme (samb.)

3. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan keterampilannya.Berusaha melibatkan diri secara berkesinambungan dalam program-program berteras peningkatan keilmuan dalam memantapkan diri

Ciri-ciri profesionalisme (samb.)4. Mengejar kualiti dan cita-cita dalam

profesionProfesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya.(Contoh: Seorang guru dengan P&P yang disarankan pasti mahu anak didiknya berjaya)

Keperluan profesionalisme

Isu utama

1) Memberi khidmat professional yang sama tanpa diskriminisasi berdasarkan agama, bangsa, budaya, jantina, fahaman politik dan kedudukan sosioekonomi

2) Hubungan antara golongan professional dengan pelanggannya. Ini termasuklah masalah seperti mengambil kesempatan akibat kebergantungan pelanggan, kerahsiaan maklumat dan hubungan yang melampaui batasan

3) Kesan tingkahlaku golongan professional terhadap pelanggan

Keperluan profesionalisme (samb.)

Penekanan1) Menjaga kepentingan individu,

masyarakat dan alam sekitar2) Mengelakkan daripada berlakunya konflik

antara kepentingan diri dengan umum (masyarakat)

3) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pangkat, kedudukan dan maklumat tertentu untuk kepentingan diri sendiri

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Datuk Alimuddin Mohd Dom ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Guru ke-39 berkata:

“Untuk meningkatkan kualiti guru dan memartabatkan profesionalisme keguruan, agendanya bukan hanya sekadar penambahbaikan skim perkhidmatan dan kebajikan semata-mata.

Malah turut bergantung kepada tahap kualiti, kompetensi, jati diri dan semangat para guru. Faktor-faktor ini banyak mempengaruhi persepsi dan penerimaan masyarakat terhadap profesion ini yang akhirnya, akan menentukan sejauh mana profesion keguruan akan terus dihormati dan dipandang tinggi.”

(Berita Harian ,17 Mei 2010)

SEKIAN, TERIMA KASIH

Kembali

top related