profail usahawan
Post on 18-Aug-2015
176 Views
Preview:
TRANSCRIPT
WUS101
TERAS KEUSAHAWANAN
SEMESTER II
SIDANG AKADEMIK 2014/2015
PROFAIL USAHAWAN
KUMPULAN 20NAMA MUHAMAMAD SYAHRUL NIZAM BIN ANUAR
NOMBOR MATRIK 126711PROGRAM SAINS KESIHATAN PEMAKANAN
PENSYARAH PUAN JAYAH K. PUBALANTARIKH HANTAR 19 APRIL 2015
Puan Wan Noranita
Pada 13 April 2015 saya berpeluang untuk menemubual seorang usahawan wanita yang cekal dan
berjaya. Diberi nama Wan Noranita bt Wan Ali seorang yang amat peramah semasa ditemubual
tempoh hari. Beliau kini mencecah usia 43 tahun pada bulan enam yang lalu dilihat sebagai seorang
yang berjiwa muda terutamanya untuk menguruskan perniagaannya. Beliau merupakan graduan
Diploma Ekonomi dari Universiti Teknologi Mara(UiTM). Selain itu, beliau telah berkahwin dan
dikurniakan 4 orang cahaya mata. Berasal dari Kampung Paya Lada Kadok Kota Bharu. Merupakan
pengasas dan pemilik syarikat Chantek Bridal Sdn Bhd yang beroperasi di Taman Bayam Baru Jalan
Guchil Bayam Kota Bharu Kelantan. Syarikat yang ditubuhkan 5 tahun lepas ini menyediakan
perkhidmatan sewa kanopi, gubahan hantaran kahwin, baju pengantin malahan khidmat solekan
pengantin turut di tawarkan kepada pelanggan.
Antara produk lain yang di jual termasuklah tengkolok pengantin lelaki, kasut, baju, serta barangan
dekorasi untuk hiasan pelamin persandingan pengantin. Selaku syarikat yang bertapak kukuh dalam
bidang alatan pengatin terdapat beberapa kejayaan berjaya dikecapi oleh syarikat beliau antaranya
ialah tempahan baju pengatin dan kanopi yang meluas merentasi sempadan Terengganu dan wilayah
Selatan Thailand. Selain itu, beliau turut memaklumkan kepada saya pendapatan syarikatnya stabil
kerana tempahan dari pelanggan yang konsisten sepangjang tahun.
1
Beliau turut berkongsi pengalamannya kepada saya sewaktu beliau memulakan perniagaan ini.
Menurut beliau, masalah modal merupakan halangan utama baginya untuk memulakan perniagaan ini.
Namun dengan bantuan keluarga dan sahabat handai beliau berjaya menjadi usahawan barangan
pengantin yang terkenal. Sebelum kami mengakhiri temubual kami, beliau sempat memberikan tips
dan nasihat untuk saya sekiranya berminat menceburi dunia perniagaan. Antara tips tersebut ialah
untuk menjadi usahawan kita hendaklah bersabar. Selain itu, kita hendaklah berfikiran kreatif bagi
mengembangkan perniagaan. Beliau turut bermadah “kelat getah buah dokong tapi manis isinya”
yang membawa maksud setiap sesuatu perkara yang terjadi tentu ada hikmahnya.
Kami mengakhiri sesi temu bual tersebut dengan sesi mengambil gambar dan saya cenderahati
daripada beliau. Sepanjang proses temu bual tersebut beliau dapat memberikan kerjasama dengan baik
walaupon sibuk menguruskan gubahan hantaran untuk majlis perkahwinan pelanggannya keesokkan
hari. Temu bual tersebut berlangsung selama 20 minit. Semoga semangat dan kecekalan Puan Wan
Noranita meresap ke dalam diri saya.
2
Tengkolok pengantin lelaki
Gaun pengantin perempuan
Gambar kenangan pengantin
SEKIAN TERIMA KASIH
3
Papan tanda syarikat
Hiasan untuk pelamin
top related