pramugari hatiku

Post on 11-Dec-2015

228 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

novel kot

TRANSCRIPT

ADAM

Pedih. Cukup pedih untuk menerima akikat bahawa cinta itu tidak terbalas. Namun, apakah

daya kita manusia tidak mampu untuk mengubah jalan yang telah dibina oleh-Nya untuk

dilalui oleh kita insan yang hidup dikelilingi dosa. Dosa yang sengaja sahaj dilakukan tanpa

mengira agama dan kepercayaan.

Hari ini genap enam tahun Adam pergi membawa diri. Membawa dirinya yang lara

akibat ditolak cintanya. Ditolak bukan kerana rupa mustahil juga ditolak kerana harta. Cinta

Adam ditolak hanya kerana cintanya kepada gadis yang tidak seagama. Dengan berbekalkan

duit simpanan yang telah disimpannya sepuluh tahun yang lalu, Adam membawa diri ke

negara yang penuh dengan impian, penuh dengan cita-cita, Amerika. Hari ini adalah hari

terakhirnya di negara kuasa dunia pertama itu dan kembali ke tanah dia dilahirkan. Hari ini

Adam nekad untuk kembali ke Malaysia. bak kata pepatah,sejauh mana burung terbang, tetap

juga akan hinggap di pokok lamanya.

Enam tahun yang lalu....

"Hello baby, petang ni jangan lupa tau jumpa kat tempat biasa". Begitulah isi

kandungan mesej yang diterima oleh Adam. Setelah membawa mesej tersebut, Adam yang

tadinya berselubung dengan selimut tebalnya bangkit lalu bersiap. Setelah sedar akan masa

mesej itu diterima, Adam dapat merasakan penghantar mesej tersebut sudah berada di tempat

pertemuan itu dijanjikan. Mana tidaknya, sekarang sudah menunjukkan jam 4.30 petang

manakala mesej tu diterima pada pukul 9.54 pagi tadi.

"Sorry babe, saya lambat sikit datang nanti. baru bangun ni. Sorry sweetie," balas

Adam kepada penghantar mesej yang diterimanya sebentar tadi.

top related