pihak yang terlibat dalam isu khilaf penentuan awal bulan hijrah
Post on 10-Dec-2016
337 Views
Preview:
TRANSCRIPT
514
PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ISU KHILAF PENENTUAN AWAL BULAN
HIJRAH DI MALAYSIA SEBELUM PENUBUHAN
MABIM DAN FAKTORNYA
Ibnor Azli Ibrahim
Mohd Najib Bin Nadzar
Mohd Hafiz Safiai
Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN
Isu perselisihan dalam penentuan awal bulan hijrah terutamanya pada-pada bulan penting yang
melibat sesuatu ibadah iaitu bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah, bukan hanya suatu isu
nasional sahaja, bahkan ianya menjadi suatu isu antarabangsa yang belum ada jalan
penyelesaiannya sehingga sekarang. Walaupun usaha ke arah penyatuan dan penyeragaman
takwim Islam itu telah wujud tetapi ianya tetap juga tidak berlaku, lantaran tiadanya
persefahaman untuk menuju ke arah itu.
Kajian akan ditumpukan kepada individu dan golongan yang berselisih dengan kaedah yang
digunakan oleh kerajaan dalam penentuan awal bulan Hijrah terutamanya bulan Ramadhan,
Syawal dan Zulkacedah. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya perselisihan
tersebut.
PIHAK YANG TERLIBAT DALAM ISU KHILAF PENENTUAN AWAL BULAN
HIJRAH DI MALAYSIA
(a) Persatuan Al-Islah Perlis
Persatuan Al-Islah adalah sebuah persatuan berdaftar yang diketuai oleh Y.Bhg. Dato’ Haji
Wan Ahmad bin Wan Abdullah sebagai Yang Di-Pertua Persatuan. Salah seorang ahli
Persatuan ini iaitu Y.Bhg. Dato’ Alim Setia Ahmad bin Jusoh yang juga Ahli Majlis Agama
Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, beliau telah menulis suatu kertas kerja berkaitan Awal
Zulhijjah, Hari Tarwiyyah dan Hari Wukuf. 1 Mereka berpendapat bahawa penentuan ketiga –
tiga hari tersebut adalah berdasarkan rucyah di negara Arab Saudi iaitu negara yang
dilaksanakan ibadah Haji dan berkaitan dengan ketiga-tiga hari berkenaan. Oleh itu penentuan
Hari Raya Adha (Korban) pada 10 Zulhijjah, juga hendaklah berdasarkan rucyah di negara
Arab Saudi juga. Mereka berpendapat tidak terdapat suatu hadith pun yang menyuruh kita
melihat anak bulan untuk menentukan Hari Raya Haji. Oleh itu tidak perlu rucyah hilal
1 Temubual melalui talifon Ustaz Roslan bin Md. Esa, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Perlis, pada 7 Mei 2004,
jam 10.30 pagi.
515
Zulhijjah bagi negara-negara lain termasuk Malaysia, penentuan perlu didasarkan kepada
rucyah di negara Arab Saudi. 2
Berdasarkan kertas kerja tersebut, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu, Perlis
(MAIPs) telah meminta supaya Jawatankuasa Syaricah (Lujnah Fatwa) Negeri Perlis
membincangkan isu tersebut. Di atas beberapa pandangan dan hujah termasuk dari kertas kerja
di atas, maka Jawatankuasa Syaricah Negeri Perlis yang bermesyuarat pada 18 Jun 2001 telah
bersetuju dengan ketetapan ‘Hari Raya AidilAdha hendaklah berasaskan Hari Wukuf di cArafah’.3
Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs.) bil. 2/2001 pada 30
Julai 2001 dan bil. 3/2001 pada 4 Disember 2001 bersetuju memperakukan keputusan
Jawatankuasa Syaricah Negeri Perlis dengan ketetapan Hari Raya Haji mengikut kaedah Hari
Wukuf di cArafah. Kertas kerja tersebut telah dihantar terus kepada Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Melayu untuk pertimbangan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu.4
Pada tahun 2001, persatuan ini telah menyambut Hari Raya Korban (Adha) dengan
mengadakan solat sunat Aidil Adha dan ibadah korban pada 5 Mac 2001 iaitu sehari lebih awal
dari tarikh yang ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Berdasarkan
kepada siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis mendapati dua
tempat telah diadakan sambutan Hari Raya Adha ketika itu iaitu di Dewan Bangunan Persatuan
Al-Islah Perlis, Mata Ayer dengan bilangan jemaah 1200 orang yang diimami oleh Yang Di-
Pertua Persatuan itu sendiri dan juga satu lagi tempat di Pusat Tarbiah, Maahad Attarbiah Al-
Islamiah (MATRI), Beseri dengan 200 orang jemaah serta diimami oleh Ustaz Karim bin
Hashim, Pensyarah UiTM Perlis.5
Pada tahun 2002, kejadian menyambut Hari Raya Korban (Aidil Adha) sehari lebih awal dari
yang ditetapkan oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja Melayu telah dapat dikawal dengan
memberi ingatan kepada Persatuan ini supaya tidak menganjurkan sambutan ini dan
pemantauan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Perlis di beberapa tempat yang dipercayai akan
mengadakan solat sunat Hari Raya AidilAdha secara terang-terangan diadakan. Tetapi
dipercayai terdapat juga segelintir ahli persatuan ini yang mengadakan solat sunat Hari Raya
AidilAdha dirumah atau pergi ke negara jiran di atas keyakinan dan pegangan mereka bahawa
Hari Raya Adha (Korban) sehari selepas Hari Wukuf di cArafah.6
(b) Jemaah Ustaz Mohd. Razib bin Mohd. Aris 7
Ustaz Mohd. Razib bin Mohd. Aris adalah berasal dari Kampung Melayu Majidee, Johor
Bahru, Johor. Berusia 38 tahun (ketika kajian dibuat) dan telah berkeluarga. Beliau adalah
2 Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh, Kertas Kerja : Penentuan Awal Bulan Dalam Islam, Bulan
Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, 2001. 3 Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Kertas Kerja : Cadangan Kaedah Penentuan AidilAdha
Berdasarkan Hari Wukuf, 2001, hlm. 4. 4 Ibid. hlm 10. 5 Ibid. hlm 2. 6 Ibid. hlm.3 7 Temubual Ustaz Razib bin Mohd Aris, Guru Agama Kerajaan Negeri Johor, pada 5 April 2004 jam 5.30 petang.
516
seorang Guru Agama iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma, Kerajaan
Negeri Johor yang sedang berkhidmat di Sekolah Agama Kampung Bakar Batu, Johor Bahru,
Johor. Selain itu, beliau salah seorang guru tacmir yang aktif mengadakan kuliah-kuliah agama
di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Johor Bahru. Latarbelakang pendidikan Ustaz
Razib adalah beliau guru agama lepasan Diploma Perguruan dari Maktab Perguruan dan
pernah mengikuti pengajian secara ‘pondok’ di Negeri Kelantan. Ketika ‘mengaji’ di pondok
inilah beliau mendalami ilmu falak.
Mengikut kajian ini berdasarkan pakaian Ustaz Razib selepas waktu bekerja iaitu sentiasa
mengenakan pakaian jubah separuh dan berkain, beliau adalah merupakan ahli jemaah Tabligh.
Anak murid beliau adalah terdiri dari kalangan masyarakat setempat, tetapi mereka yang
mengamalkan kaedah penetapan awal bulan hijrah tersendiri seperti beliau adalah dari
kalangan jemaah tabligh beliau sendiri. Kajian ini mendapati, bukan semua jemaah tabligh di
seluruh Malaysia itu mengamalkan kaedah sebagaimana Ustaz Razib. Kebanyakan ahli jemaah
berkenaan tetap mengamalkan permulaan puasa dan hari raya mengikut pengishtiharan
kerajaan. Kaedah yang digunakan oleh Ustaz Razib adalah berdasarkan kaedah rucyah semata-
mata.
(c) Jemaah Imam Jaafar bin Omar 8
Imam Jaafar bin Omar, lahir pada tahun 1911 bersamaan 1329 hijriah, berasal dari negara
Brunei. Beliau mempelajari ilmu falak ini dari neneknya dahulu bernama Limuddin. Mengikut
beliau, perkiraan ini diamalkan semenjak neneknya dahulu sehingga sekarang. Beliau
mengamalkan cara ini untuk dirinya sahaja, tetapi terdapat juga masyarakat sekeliling yang
mengikutinya dan beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Beliau juga tidak cuba mempengaruhi
supaya orang lain mengikutinya dan mengingkari penentuan yang dibuat oleh pemerintah.9
Berita mengenai berhari raya Puasa (Aidilfitri) terlewat satu hari pada tahun 1988 telah
disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan menjelang Syawal 1407 hijrah. Di dalam berita
tersebut, telah disiarkan kira-kira 2,000 orang telah terbabit berhari raya lewat dari tiga buah
kampung, daerah Bongawan, Sabah. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Tanjung
Giuk, Kampung Padang dan Kampung Siladang dengan jarak jauh dari Kota Kinabalu kira-
kira 70 kilometer. Penduduk Islam keseluruhan daerah Bongawan kira-kira 5,000 orang
termasuk kanak-kanak dan belia-belia. Kampung Giuk memiliki bilangan penduduk tertinggi
iaitu seramai 1,000 orang, sementara lain-lain kampung tidak melebihi 500 orang.10
Mengikut amalan biasa umat Islam di Daerah Bongawan menentukan awal Ramadhan dan
awal Syawal berdasarkan Hisab Arbaciyah yang ditentukan oleh Imam yang dipilih oleh
masyarakat setempat. Walaubagaimanapun kebiasaan ini berubah mengikut pengumuman
yang ditentukan oleh Yang Di Pertuan Agong apabila Negeri Sabah Merdeka menerusi
8 Temubual Ustaz Zakuwa bin Haji Rodzali, Penolong Pengarah, Unit Falak Syarcie, Bahagian Penyelidikan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Pada 14 Mei 2004, jam 3.30 petang, 9 Bahagian Hal Ehwal Islam, Cawangan Sabah., Laporan Mengenai Berhari Raya Lewat Satu Hari Dari Tarikh
Yang Diumumkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, 1988, Hlm. 3. 10 Ibid. hlm.2
517
Malaysia.Terdapat sekarang hanya sebilangan kecil generasi tua yang masih berpegang kepada
kaedah lama.11
(d) Kelompok dalam Laporan Unit Falak Syarcie, Jabatan Mufti Johor.
Kajian ini telah cuba memperolehi laporan dan data dari beberapa Jabatan Mufti negeri-negeri
bersangkutan dengan individu dan kumpulan yang berselisih dengan ketetapan Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Melayu dalam masalah penetapan awal bulan hijrah. Namun tiada satu
laporan data yang disimpan oleh jabatan-jabatan tersebut kecuali Negeri Johor.
Mengikut laporan yang diberikan oleh Unit Falak Syarcie, Jabatan Mufti Johor, pegawai
terbabit iaitu Ustaz Haji Hanafiah bin Abd. Razak12 melaporkan bahawa di negeri Johor secara
keseluruhannya sejak dari tahun 1995 hingga 2003 tidak banyak berlaku kes-kes individu atau
kumpulan yang tidak berpuasa dan berhari raya sama dengan kerajaan di dalam negeri Johor.
Namun begitu, data di bawah adalah mengikut rekod yang dicatatkan dan telah pun dilakukan
siasatan, tetapi kes-kes yang tidak direkodkan dan hanya mendapat berita tanpa siasatan kerana
kurangnya bukti, adalah lebih banyak lagi. Berikut ini adalah menunjukkan data individu atau
golongan yang terlibat di dalam perselisihan awal bulan hijriah terutamanya bulan Ramadhan,
Syawal dan Zulhijjah bagi Negeri Johor dari tahun 1995 sehingga 2003
JADUAL 2 : Data individu atau kumpulan yang terlibat di dalam isu berhari raya dan
puasa tidak sama dari tahun 1995 – 2003 miladiah.
TAHUN
INDIVIDU /
KUMPULAN KESALAHAN TEMPAT
1995 - TIADA - - TIADA -
- TIADA -
1996
Penduduk Taman Ungku
Tun Aminah
10 keluarga (50 orang)
Berhari Raya Puasa Lebih
Awal
Skudai,
J.Bahru
1997
Jemaah Masjid
Taman Universiti.
(20 orang)
Memulakan Puasa Lambat
Sehari
&
Berhari Raya lambat sehari
Skudai,
J. Bahru
1998 - TIADA - - TIADA -
- TIADA -
1999 Jemaah Masjid
Taman Seri Pulai
Berhari Raya Korban Lebih
Awal Mengikut Hari
Wukuf Di Arab Saudi
Skudai,
J.Bahru.
2000 - TIADA - - TIADA -
11 Ibid. 12 Temubual Ustaz Haji Hanafiah bin Abd. Razak.
518
- TIADA -
2001
Sebahagian Guru-Guru
Madrasah Lukman Hakim
Berhari Raya Korban Lebih
Awal Mengikut Hari
Wukuf Di Arab Saudi
Ulu Tiram
J. Bahru
2002
Sebahagian Jemaah
Surau Bulatan
(Ustz. Razib bin M. Aris)
Memulakan Puasa Lambat
Sehari
&
Berhari raya lambat sehari
Kampung
Melayu Majidee
J.Bahru
2003
Sebahagian Jemaah
Surau Bulatan
(Ustz. Razib bin M. Aris)
Berhari raya korban
(cIdil Adha)
lambat sehari
Kampung
Melayu Majidee
J.Bahru
(Sumber : Jabatan Mufti Johor)
Berdasarkan data di atas, menunjukkan jenis kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu
dan juga kumpulan. Namun begitu tidak pula dinyatakan apakah hukuman yang telah diambil
ke atas kesalahan yang dilakukan. Menurut Pegawai Falak, Jabatan Mufti Johor, sepanjang
pihak berkuasa mengenalpasti individu dan golongan berkenaan, tidak pernah sebarang
tindakan undang-undang dikenakan ke atas meraka walaupun adanya enakmen yang
membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka.13 Mereka hanya disiasat
dan diberikan amaran serta diminta supaya melaksanakan ibadah puasa dan hari raya mengikut
apa yang diishtiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu.
Hanya kesalahan memulakan puasa lambat sehari dan berhari raya lebih awal dari kerajaan
sahaja yang dikenakan tindakan. Mereka ini di dakwa atas kesalahan kerana tidak berpuasa
pada ketika orang awam berpuasa, bukan atas kesalahan mengikut amalan, kaedah dan cara
yang berlawanan dengan pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di dalam
menentukan awal bulan hijrah terutamanya bulan Puasa dan Hari Raya.
FAKTOR KHILAF PENENTUAN AWAL BULAN HIJRAH OLEH PIHAK
TERLIBAT
Di dalam desertasi ini, kajian dilakukan dengan menemuramah ke atas pihak berkuasa dan juga
individu serta golongan yang tidak sama memulakan puasa dan hari raya dengan penetapan
13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syaricah 1997 Negeri Johor di dalam Fasal 9 menyatakan bahawa tindakan
menyambut tarikh berpuasa dan berhari raya tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah boleh
didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM 3000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau
kedua-duanya sekali.
519
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Hasil kajian ini mendapati bahawasanya
perselisihan di dalam penentuan awal bulan hijrah di Malaysia terutamanya bulan Ramadhan,
Syawal dan Zulhijjah adalah berpunca dari beberapa faktor iaitu ;
Perbezaan Kaedah Penentuan Awal Bulan Hijrah
Faktor utama di dalam perselisihan penentuan awal bulan hijrah adalah berlakunya perbezaan
di dalam kaedah penentuan awal bulan hijrah. Wujudnya perbezaan amalan dan cara di atas,
adalah berpunca daripada perbezaan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat Al-
Qur’an dan Al-Hadith yang berkaitan. Sebagaimana telah di terangkan sebelum ini, secara
umum lahirlah tiga kaedah yang berbeza dalam menentukan bermulanya awal bulan
Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah iaitu :
a) Melihat atau merucyah hilal (anak bulan)
b) Hisab falak
c) Rucyah dan hisab dengan mengunakan kriteria Imkanu Al-Rucyah iaitu
menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan
Bagi penentuan Hari Raya Adha, selain dari tiga kaedah di atas, terdapat juga pendapat yang
menyatakan bahawa penentuan Hari Raya Adha iaitu pada 10 Zulhijjah, adalah bukan secara
rucyah pada awal bulan tetapi ianya adalah berdasarkan hari wukuf di cArafah. Dengan erti
kata lain, penentuan Hari Raya Adha adalah berdasarkan pengishtiharan kerajaan Arab Saudi.
Oleh itu, Hari Raya Adha di Malaysia hendaklah sama sebagaimana di Makkah (Arab Saudi).14
Kesemua kaedah ini pernah di amalkan oleh negara kita, namun selepas tahun 1983, kerajaan
telah memutuskan untuk menggunakan kaedah rucyah dan hisab berdasarkan kriteria
kebolehnampakan imkanu al- rucyah sebagaimana yang diputuskan di dalam resolusi Istanbul
1978. Pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Malaysia atas nasihat Muzakarah
Fatwa Kebangsaan memutuskan untuk menggunakan kaedah ini pada setiap bulan hijrah yang
lain bermula tahun 1995.
Temuramah telah dijalankan bersama seorang guru dari sekumpulan jemaah yang
mengamalkan kaedah penetapan awal bulan hijrah yang berpegang kepada kaedah melihat atau
merucyah hilal (anak bulan) semata-mata. Guru tersebut bernama Ustaz Razib bin Mohd. Aris 15 sebagaimana yang telah diperkenalkan di dalam para 2.2. Kaedah yang digunakan oleh Ustaz
Razib adalah berdasarkan kaedah rucyah semata-mata. Kaedah ini menurut beliau adalah
mudah dan menepati kehendak sunnah Rasulullah s.a.w. sebagaimana hujah hadith-hadith
yang telah dikemukan di atas. Permulaan puasa atau hari raya apabila anak bulan (hilal) telah
kelihatan pada 29 Syacban atau 29 Ramadhan. Apabila anak bulan tidak kelihatan pada hari
akhir sesuatu bulan itu, samaada pada 29 Syacban atau 29 Ramadhan, maka bulan-bulan
tersebut dijadikan 30 hari.
14 Md Adnan Md Daud. Kaedah Penetapan Hari Raya Korban Di Malaysia Tidak Sama Dengan Arab Saudi.
Kertas Kerja Muzakarah Pegawai-Pegawai Falak Syarcie Malaysia. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Langkawi,
Kedah, 2001. 15 Temubual Ustaz Razif bin Mohd Aris, Guru Agama Kerajaan Negeri Johor, pada 5 April 2004 jam 5.30 petang.
520
Ustaz Razib mendakwa bahawa kaedah seumpama ini tetap juga diamalkan oleh negara
Brunei. Menurutnya, jumhur ulama’ fiqh menekankan bahawa rucyah hendaklah menjadi
penentuan berdasarkan kaedah istimbat hukum yang muctabar. Keempat-empat mazhab iaitu
Hanafi, Maliki, Syafice dan Hambali, walaupun dengan tafsiran tertentu, hanya menerima
rucyah sebagai asas penetapan awal Ramadhan dan Syawal.
Beliau diminta untuk memberi penjelasan mengenai perkara tersebut iaitu bagaimanakah
pelaksanaan ibadah rucyah itu dijalankan. Adakah beliau dan jemaahnya, hanya melihat secara
rambang ke arah ufuk barat atau telah bersedia dan tahu tentang kedudukan hilal itu sendiri.
Sekiranya tahu kedudukan Hilal, bagaimanakah beliau mengetahuinya ?. Dan apakah peralatan
bantuan untuk melihat hilal ?. Jawapan beliau ialah pada setiap 29 haribulan hijrah, beliau dan
jemaahnya akan pergi ke tempat-tempat rucyah, bukan hanya di Negeri Johor sahaja, bahkan
juga di negeri yang lain seperti negeri Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan
banyak lagi, mengikut kesempatan. Menurutnya lagi, kebanyakan tempat yang digunakan
untuk aktiviti rukyah adalah juga tempat rasmi yang telah digazatkan oleh Kerajaan seperti di
Pontian, Johor. Terdapat juga tempat cerapan tidak rasmi yang dikunjungi seperti di Masjid
Abu Bakar, Johor Bahru.
Sebelum melakukan rucyah, beliau dan jemaahnya akan mendapatkan data rucyah melalui
internet iaitu laman-laman web yang dapat memberikan maklumat hilal pada hari mencerap
seperti laman web Ahmad Shaukat, moon calculate dan sebagainya. Namun sekiranya di antara
mereka tidak sempat untuk mendapatkannya di internet, maka takwim Jabatan Mufti Johor
adalah sumber maklumat yang terakhir kerana takwim tersebut mudah didapati dan telah
tersedia ada kriteria kenampakan anak bulan seperti waktu ijtimac, ketinggian dan jarak
lengkung hilal dengan matahari, begitu juga umur hilal.
Sewaktu menjalankan aktiviti merucyah, Ustaz Razib dan ahli jemaahnya tidak menggunakan
sebarang alat atau instrumen bagi membantu melaksanakan ibadah rucyah. Beliau menyatakan
bahawa, “Sheikh Ibnu Hajar Al-Haithami di dalam kitabnya ‘Tuhfatu Al-Muhtaj Bi Syarh Al-
Minhaj’ mengatakan bahawa ‘merucyah hilal dengan tidak atau tanpa menggunakan cermin
(kanta) tetapi dengan mata kasar’. Nabi tidak menggunakan sebarang alatan dan instrumen di
dalam melaksanakan rucyah. Mereka hanya melakukannya dengan mata kasar. Sekiranya tidak
kelihatan anak bulan maka digenapkan sahaja 30 hari. Namun begitu terdapat juga ahli
jemaahnya yang turut membawa bersama teropong atau vernikular ketika merucyah. Alatan
tersebut hanya sebagai sampingan atau ‘suka-suka’ sahaja, tetapi mereka tetap tidak menerima
rucyah dengan sebarang alatan walaupun dengan alat dapat melihat anak bulan. Mereka akan
membuang alatan untuk menentukan kenampakan sebenar anak bulan.
Persoalannya disini, bagaimanakah mereka ini menentukan hari yang ke 29 hijrah iaitu hari
merucyah. Sekiranya, mereka hanya pergi merucyah bagi tiga bulan yang penting ini sahaja
iaitu bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sahaja, dan bulan yang lain mereka menggunakan
hisab, maka sudah tentu akan berlaku kesilapan di dalam pembinaan takwim hijrah bagi
tempoh sepanjang tahun, sebagaimana yang diamalkan di Malaysia sebelum tahun 1970-an.
Oleh itu, mengikut Ustaz Razib, mereka akan melaksanakan aktiviti rucyah pada setiap bulan
hijrah, sebagaimana bertepatan dengan kehendak Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Qur’an :
521
ج 16 نكعناحألهلةقلحهىموقيتللناسوالح ئ لوح يسحMaksudnya :
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak
bulan. Katakanlah (peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan
dan amalan) manusia, khasnya ibadah haji.
Di dalam ayat di atas, Ustaz Razib berhujah seperti berikut : perkataan ‘ احألهلة ’ adalah kata
jamac dari ‘ hilal ’ yang bermaksud ‘ anak-anak bulan ’. Ia sebagai tanda dan sempadan waktu
bagi manusia dan juga ibadah haji. Oleh itu, anak-anak bulan ini atau hilal perlu dirucyah dan
dilihat pada setiap bulan bagi penentuan waktu awal hijrah. Dengan aktiviti merucyah pada
setiap bulan, maka dapatlah ditentukan hari yang ke 29 tersebut iaitu hari merucyah pada setiap
bulan hijrah mengikut kaedah rucyah semata ini. Namun hakikatnya, kaedah yang digunakan
di dalam fahaman rucyah semata ini untuk menentukan hari ke 29 setiap bulan akan berbeza
dengan waktu ‘ ijtimac ’ atau ‘ conjunction ’ iaitu apabila matahari, bulan dan bumi berada
segarisan. Disifatkan sebagai pemisah di antara fasa bulan lama dengan bulan baru ataupun
‘new moon’. Proses pembentukan anak bulan bermula selepas berlakunya fenomena ijtimac ini
yang mana hari inilah hari yang ke 29 bulan hijriah mengikut pengiraan ahli hisab atau ahli
falak.17
Ustaz Razib dan jemaahnya pernah beberapa kali bertemu dengan rombongan Jabatan Mufti
Johor. 18 Rucyah yang beliau lakukan juga termasuk dalam cerapan tidak rasmi iaitu selain
bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Pengikut beliau juga turut sama melakukan rucyah
RabiculAwwal 1425 pada 20 April 2004, di Pontian Kechil. Mereka saling berhubungan
dengan ‘guru’ mereka yang juga melakukan rucyah yang sama di Masjid Abu Bakar, Johor
Bahru serta ahli jemaah mereka yang lain yang berada di pantai Tanjung Bidara, Melaka. Pada
ketika itu, rombongan Jabatan Mufti Johor melakukan cerapan RabiculAwwal pada hari ke 30
bulan Safar. Tetapi jemaah tersebut mendakwa, mereka melakukan rucyah tersebut pada hari
yang ke 29 mengikut pengiraan mereka. Namun begitu pada hari tersebut cuaca agak mendung
dan hilal tidak kelihatan. Begitu juga rakan-rakan mereka di tempat yang lain juga tidak
kelihatan. Oleh itu, mengikut perkiraan jemaah tersebut, esok digenapkan 30 hari bulan Safar
dan lusa (22 April 2004) barulah bermula bulan baru RabiculAwwal. Dengan ini, berbeza
dengan keputusan pemerintah yang akan memulakan 1 RabiculAwwal pada 21 April 2004. 19
Penggunaan Kaedah Hisab Semata-mata
Tan Sri Dato’ Prof. Abdul Jalil Hassan berpendapat sistem ‘Rucyah Al-Hilal’ dalam zaman
moden ini adalah tidak sesuai dan seharusnya digantikan dengan sistem hisab kerana kiraan
hisab itu memadai dan menetapi rucyah. Ini Memandangkan terdapat banyak kemajuan dalam
16 al-Qur’an, Al-Baqarah 2 : 189. 17 Baharuddin Zainal, Modul Kursus Falak KUSZA, Unit Falak KUSZA, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin,
Kuala Terengganu, 2001. 18 Penulis pernah bertemu dengan beliau dan pengikutnya dalam siri cerapan ini. 19 Penulis adalah salah seorang ahli rombongan Jabatan Mufti Johor dalam cerapan tersebut.
522
bidang astronomi dan kebolehan ulama menggunakan hisab di dalam menentukan kewujudan
anak bulan (hilal).20
Hujah golongan hisab semata:
1. Firman Allah s.w.t. :
الشمحسالذىجعلهو لت عحلموحا منازل ره وقد ن وحرا والحقمر عددضيآء ساب الس نيح ق خلقماوالح هللاذلكإالبلح 21(5)ي عحملوحنيتلقوحمي فص لاحأل
Maksudnya :
Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan
manazilah-manazilah (orbit)bagi perjalanan bulan itu supaya kamu mengetahui
bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu
melainkan dengan hak. Doa menjelaskan tanda - tanda kebesaranNya kepada orang-
orang yang mengetahui.
Ayat ini menjelaskan peredaran bulan dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah hisab.
Menurut mereka, adalah memadai untuk menentukan kewujudan anak bulan dengan
menggunakan kaedah hisab sahaja.
2. Firman Allah s.w.t. :
رشهدمنحكمنحفم 22ه ف لحيصمحالشهح
Maksudnya :
...Barang siapa di antara kamu hadir melihat hilal (di negeri tempat tinggalnya) di
bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa...
Golongan yang berpegang dengan hisab mengatakan kalimah ‘ شهد ’ dalam ayat ini
bukan sahaja boleh diertikan dengan melihat dengan mata tetapi juga boleh diertikan secara
luas, mungkin dengan ilmu pengetahuan atau akal fikiran.23
3. Hadith Rasulullah s.a.w. riwayat Imam Bukhari:
رونفالتصومواحت عنابحنعمرقالرسولهللا عوعشح رتسح االشهح طروا ت روحهوالصل ىهللاعليهوسلم:إن ت فحت روحهفإنغمعليحكمحفاقحدروال ه 24 حت
Maksudnya :
20 Abdul Jalil Hassan, Dasar Islam Dalam Menentukan Awal Ramadhan, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji,
Syarikat Nirwana, Kuala Lumpur, 1971, Hlm. 20. 21 al-Qur’an, Yunus 10: 5. 22 al-Qur’an, Al-Baqarah 2: 185. 23 Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar, Formula Rucyah Menurut Syaricat Islam, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 7. 24 Al-Bukhari, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Bab Al-Saumi Li Man Khafa cAla Nafsihi Al-Uzubah,
hlm. 614 .
523
Daripada Ibnu Umar : Rasulullah s.a.w. bersabda : bulan itu 29 hari, maka janganlah
kamu berpuasa sehingga melihatnya (hilal) dan janganlah kamu berhari raya sehingga
kamu melihatnya (hilal), jika sekiranya pandangan kamu dilindungi awan maka
hendaklah takdirkan baginya.
Golongan hisab mengatakan bahawa lafaz ‘ dalam hadith tersebut harus ditafsirkan ’ دروا له فاق
dengan maksud ‘ hitungkan anak bulan (hilal) itu dengan hisab ahli falak ’.25
Kajian tidak pula menemui individu atau golongan yang mana berpegang kepada kaedah hisab
semata-mata ini, tetapi laporan Unit Falak Syarcie, Jabatan Mufti Johor menunjukkan
kewujudannya.26 Kaedah hisab yang digunakan adalah kaedah hisab wujudul hilal iaitu bulan
baru bermula apabila ijtimac berlaku sebelum waktu matahari terbenam dengan mengambil
kira hilal (anak bulan) mesti wujud di atas ufuk. Tetapi kewujudannya tidak mengambil kira
sama ada hilal (anak bulan) boleh kelihatan ataupun tidak. Sedangkan secara teori, anak bulan
dengan ciri-ciri fizikal yang lemah, tidak mungkin boleh kelihatan sama ada dengan mata kasar
ataupun dengan bantuan peralatan optik, walaupun ia wujud di atas ufuk. 27
Kaedah ini adalah berlainan dengan kaedah Imkanu Al-Rucyah (Kebolehnampakkan) yang
mensyaratkan penentuan masuknya awal bulan baru, apabila hilal (anak bulan) telah wujud
dan kedudukannya ketika matahari terbenam berada dalam keadaan yang memungkinkan
kenampakannya. Oleh itu, mengikut perkiraan kaedah hisab wujudul hilal, apabila berlakunya
ijtimac dan hilal (anak bulan) telah ada di atas ufuk, walaupun hilal tersebut tidak mungkin
kelihatan, maka malamnya sudah dikira sebagai hari baru.
Individu dan kumpulan yang menggunakan kaedah seumpama ini adalah berasal negara
Indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia atau pelajar yang belajar di Indonesia. Mereka
adalah dari aliran Muhammadiah yang sangat berpengaruh dan mempunyai kuasa politik di
negara berkenaan.28 Umat Islam disebahagian besarnya terpengaruh dengan dua kumpulan
Islam terbesar iaitu Nahdatul Ulama’ dan Muhammadiah. Aliran Muhammadiah inilah yang
mendokong kepada kaedah hisab semata. Dan menolak terus kaedah rucyah sepenuhnya. 29
Aliran ini terlalu ramai pengikut sehingga pemerintah Indonesia tidak boleh menghalang
keputusan yang telah diputuskan oleh ulama’ tertinggi aliran tersebut termasuklah di dalam
penentuan awal puasa dan hari raya.30 Pengikut aliran ini bukan sahaja berada di dalam negara
Indonesia tetapi juga di negara-negara jiran termasuk jugalah di Malaysia dan Singapura. Di
25 Abd. Karim Kassim. t.th. Menentukan Awal / Akhir Puasa Ramadhan Dengan Rucyah Dan Hisab, P.T. Al-
Macarif, Bandung. Hlm. 8. 26 Temubual Ustaz Haji Hanafiah bin Abd. Razak. Pegawai Falak Syarcie, Jabatan Mufti Johor. Pada 2 Februari
2004. Jam 2.30 petang. 27 Baharuddin Zainal, Pengenalan Ilmu Falak, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Selangor, 2002, Hlm 136. 28 Temubual Ustaz Haji Hanafiah bin Abd. Razak. Pegawai Falak Syarcie, JabatanMufti Johor. Pada 2 Februari
2004. Jam 2.30 petang. 29 Direktur Pembinaan Badan Peradilan Agama Islam, Kertas Kerja : Kebijaksanaan Pemerintah Indonesia
Dalam Menyingkap Permasalahan Hisab Rucyah Di Tingkat Nasional Dan Internasional. Kursus Falak Negara
Anggota MABIMS, 7 – 17 April 2002, Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
2002. 30 Ibid. Hlm 10
524
dalam Negeri Johor, individu dan kumpulan yang mengamalkan kaedah ini banyak tertumpu
di daerah Johor Bahru dan Pontian. 31
Antara individu yang dikenali ramai oleh masyarakat yang mengamalkan kaedah ini adalah
Rasul Dahri. Beliau adalah seorang pengikut aliran Al-Wahabiyyah dan penulis yang banyak
menghasilkan buku-buku yang mendatangkan pertikaian dan kontroversi oleh masyarakat
Malaysia antaranya buku yang bertajuk,“ Kebatilan Dan Kemungkaran Berzanji Dan
Perayaan Maulidur Rasul ”. Namun buku-bukunya itu telah diharamkan oleh kerajaan atas
dasar berlakunya penyeleweng dan berlainan fahaman dengan Mazhab Syafice yang diamalkan
masyarakat negara ini. Sesetengah negeri telah mengharamkannya dari mengadakan sebarang
kegiatan ceramah atau kuliah termasuklah negeri Johor. Beliau mempunyai pengikut yang
ramai di Negara Singapura, sekitar Johor Bahru dan juga di utara semenanjung seperti di
Perlis.32
Kaedah Merujuk Hari Wukuf Di cArafah
Negara Malaysia pernah mengamalkan kaedah seumpama ini iaitu bagi penentuan Hari Raya
Qurban (cIdil Adha) semenjak sebelum tahun 1970 an lagi. Sehinggalah pada tahun 1984,
Malaysia telah menerima kaedah yang telah diputuskan di dalam Resolusi Istanbul 1978, iaitu
kaedah rucyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanu Al- Rucyah.
Satu kertas kerja mengenai Kaedah Penetapan Hari Raya Qurban (cIdil Adha) telah
dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan Malaysia Bagi Hal Ehwal Agama Ugama
Islam kemudian dipersembahkan pula dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia kali yang
ke 167 pada 16 Jun 1994. Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan perkenan dengan cadangan
meminda kaedah penetapan hari raya qurban (cIdil Adha) yang berpandukan Hari Wukuf
kepada kaedah rucyah awal bulan zulhijjah seperti menetapkan hari puasa (Ramadhan) dan
Hari Raya Puasa (Syawal) dengan kaedah yang sama rucyah dan hisab berdasarkan Imkanu
Al- Rucyah. 33
Pada tahun 10 Mei 1995, Kerajaan Malaysia telah mula menyambut hari raya qurban dengan
menggunakan kaedah ini iaitu dengan rucyah dan hisab awal bulan zulhijjah menggunakan
kriteria Imkanu Al-Rucyah sebagaimana negara-negara MABIMS yang lain (Brunei
Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura).34
Namun begitu, semenjak berlakunya pertukaran kaedah tersebut, terdapat segelintir
masyarakat Islam di Malaysia, tidak menerima keputusan tersebut. Antara individu dan
golongan yang tidak mahu menerima keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Malaysia itu adalah Persatuan Al-Islah Perlis. Sebagaimana yang telah
diterangkan sebelum ini di dalam para 2.2.1, persatuan ini telah bertindak, meminta pihak
31 Temubual Ustaz Haji Hanafiah bin Abd. Razak. 32 Ibid. 33 Md Adnan bin Haji Md. Daud, Kertas kerja : Kaedah Penetapan Hari Raya Qurban Di Malaysia Tidak Sama
Dengan Arab Saudi Muzakarah Pegawai-Pegawai Falak Syarcie Malaysia, 3-6 September, Langkawi, Kedah,
2001, hlm.1. 34 Ibid, hlm. 2.
525
Jawatankuasa Syarciah (Lujnah Fatwa) Negeri Perlis supaya dikaji semula kaedah penetapan
Hari Raya Qurban (Aidil Adha) yang diamalkan di Malaysia kini, berdasarkan hujah-hujah
dan pandangan yang telah mereka sediakan. Akhirnya Jawatankuasa Syarciah Negeri Perlis
telah membuat keputusan bahawa menerima penetapan Hari Raya Qurban (Aidil Adha)
mengikut kaedah Hari Wukuf di cArafah. Berdasarkan keputusan tersebut, Majlis Agama Islam
Dan Adat Istiadat Negeri Perlis telah mengemukan keputusan tersebut kepada Penyimpan
Mohor Besar Raja-Raja Malaysia bagi pertimbangan didalam mesyuarat Majlis Raja-Raja
Malaysia.
Di antara asas pertimbangan Jawantankuasa Syarciah Negei Perlis menerima penetapan Hari
Raya Qurban mengikut kaedah Hari Wukuf di cArafah adalah atas hujah hadith-hadith yang
terdahulu menunjukkan bahawa Hari Raya Qurban ialah jatuh pada hari selepas Hari Wukuf
di cArafah iaitu Hari Nahar, bukan pada hari yang ke 10, bulan Zulhijjah. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang berbunyi :
35عنابنعمرقال:أشهرالجشوالوذوالقعدةوعشرذىالجة
Maksudnya :
Dari Ibni Umar, dia telah berkata: “ Bulan-bulan haji ialah Syawal, Zulkacdah dan
sepuluh hari dari Zulhijjah
Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w. yang memerintah kita berpuasa dan mengakhiri
puasa dengan melihat anak bulan, begitu juga untuk menentukan Hari Raya Puasa atau awal
Syawal hendaklah dengan melihat anak bulan. Awal Syawal juga sebagai permulaan bulan
Haji, bererti menentukan Hari Raya Puasa, ialah sebagai penentuan awal bulan haji. Hari Raya
Haji pula ialah sebagai hari penutup amalan Haji.36
Hadith Rasulullah s.a.w. lagi :
سلموقفيومالنحربياجلمراتىفالجةالتحج,فقال:أىيومعنابنعمرأنالنىبصلىهللاعليهو 37هذا؟فقالوايومالنحروقال:"هذايومالجاألكرب".
Maksudnya :
Dari Ibnu Umar, bahawa Nabi s.a.w. berdiri pada Hari Qurban di antara
jumrah-jumrah di musim haji yang beliau sedang melakukannya, maka dia berkata: “
Apakah hari ini?” maka mereka berkata Hari Qurban, beliau berkata, “ Ini adalah
Hari Haji Akbar ”.
Dinamakan “ Haji Raya Akbar ” atau “ Hari Raya Terbesar ”, kerana hari ini hari terakhir bagi
amalan haji untuk tahun itu atau hari raya terbesar berbanding dengan amalan umrah, kerana
umrah tidak ada masa tertentu. Dari hadith ini difahamkan bahawa Hari Raya Qurban ialah
pada hari pergi ke Mina untuk melontar jamrah.38
35 Al-Bukhari, Sahih, Kitab Al-Hajj. 36 Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh, Kertas Kerja : Penentuan Awal Bulan Dalam Islam, Bulan
Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis, 2001, hlm. 11. 37 Ibnu Majah, Sunan, Kitab Manasik, (3049). 38 Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh. 2001.
526
Bagi orang yang mengambil Haji Tamattuc dan penduduk Makkah yang hendak berihram
untuk Haji, hendaklah mentahlil untuk hajinya atau bermulanya ihram untuk hajinya pada hari
tarwiyah.39 cAbdul Malik berkata dari Atac dari Jubair r.a.
,قالأبوالزبريعنجابربظهرلبيتابلج"قدمنامعالنىبهللاصلىهللاعليهوسلمفأحللناحتيومالتوريةوجعلنامكةكنتمبكةأهلالناسلبطحاءوقالعبيد :أهالنالبطحاءوقالعبيدبنجريجإلبنعمررضىهللاعنهما:رأيتكإذاكنتمبكةأهلالناسإذارأوااهلاللوملهتلأنتحتيومالرتوية, بنجريجإلبنعمررضىهللاعنهما:رأيتكإذا
قال:ملأرالنىبصلىهللاعليهوسلميهلحتتنبعثبهراحلته."ف
Maksudnya :
Kami datang bersama Nabi s.a.w. ke Makkah, kami bertahallul sehingga sampai pada
hari Tarwiyah maka kami jadikan Makkah di belakang, kami berniat untuk haji di
tanah lapang”. Ubaid bin Juraij berkata kepada Ibnu Umar, “Aku nampak engkau di
Makkah, apabila orang ramai nampak anak bulan (anak bulan Zulhijjah) dan kamu
belum lagi berniat untuk haji sehingga sampai hari tarwiah,” maka dia berkata : “Aku
tidak nampak Nabi s.a.w. berihram sehinggalah kenderaannya mula berjalan. 40
Berdasarkan hadith-hadith di atas, maka Jawatankuasa Syaricah Negeri Perlis berpendapat
bahawa melihat anak bulan Zulhijjah ialah bagi menentukan amalan Haji, iaitu bagi
menentukan hari Tarwiyah iaitu hari kelapan Zulhijjah, untuk membolehkan jemaah haji
berniat ihram mereka. Pada hari kesembilan Zulhijjah iaitu keesokkan harinya, mereka akan
bertolak ke padang cArafah selepas solah subuh untuk wuquf di sana selepas gelincir matahari
pada hari itu. Oleh itu, melihat anak bulan Zulhijjah ini ialah untuk menentukan hari Tarwiyah
dan menentukan hari Wuquf di Padang cArafah, bukanlah melihat anak bulan Zulhijjah ini
untuk menentukan hari raya.
Hadith-hadith yang terdahulu menunjukkan bahawa Hari Raya Qurban ialah jatuh pada hari
selepas hari Wuquf di cArafah. Kita umat Islam yang tidak mengambil haji atau tidak
mengerjakan haji hanya merayakan cIdil Adha ialah kerana merayakan bersama jemaah haji
yang telah selesai melakukan amalan Haji.41 Oleh itu, mereka yang bertanggungjawab melihat
anak bulan ialah mereka yang dipertanggungjawabkan bagi menentukan Hari Tarwiyah dan
Hari Wukuf di cArafah dengan kata lain, yang bertanggungjawab ialah Kerajaan Arab Saudi,
bukan kita tetapi kita hanya mengikut pengisytiharan mereka.
Selain itu, mereka juga berhujah bahawa tidak terdapat satu hadith pun yang menyuruh kita
melihat anak bulan untuk menentukan Hari Raya Qurban.42
Namun begitu, di dalam kajian ini, terdapat juga beberapa hujah yang dapat menyanggah
pendapat di atas seterusnya mempertahankan kaedah yang dipersetujui oleh Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja Malaysia di dalam penentuan Hari Raya Qurban (cIdil Adha) pada masa kini
39 Hari Tarwiyah ialah hari ke lapan Zulhijjah iaitu waktu yang afdhal untuk berihram sewaktu mengerjakan
ibadah Haji. 40 Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh, 2001. 41 Ibid. Hlm. 14 42 Ibid. Hlm. 15
527
iaitu kaedah rucyah dan hisab berdasarkan kriteria imkanu al- rucyah. Antaranya : Hadith
Rasulullah s.a.w. :
هاللذيالحجة,وأراد أم سالمةأنرسوحلهللاصلىهللاعليحهوسلمقال:إذارأيحتمح 43 عنحهارفظحأهورعحشنحعكحسمحيلح,ف يحضحينحأمحكدحأ
Maksudnya :
Dari Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda : ‘ Apabila kamu melihat
bulan Zulhijjah dan ada dikalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia
(orang yang hendak melakukan qurban) jangan membuang rambut dan kukunya ’.
Hadith di atas menjelaskan bahawa penentuan Hari Raya Korban (cIdil Adha) itu khususnya
bagi penduduk luar daripada negara Arab saudi dan negara yang tidak sama ‘matlac al-syam’
seperti Malaysia adalah berdasarkan merucyah Hilal Zulhijjah (melihat anak bulan Zulhijjah)
dan tidak ditentukan berdasarkan hari wukuf di cArafah. Adapun penentuan cIdil Adha bagi
negara Arab Saudi adalah dengan rucyah hilal Zulhijjah (melihat anak bulan Zulhijjah), bagi
menentukan Hari Wukuf di cArafah.
Malahan hadith di atas juga memberi panduan kepada kita agar ketetapan 1 Zulhijjah atau 2
Zulhijjah atau 9 Zulhijjah (Hari Wuquf) adalah berdasarkan merucyah hilal. Begitu juga pada
10 Zulhijjah ( Hari Raya Qurban ).44 Hadith Rasulullah s.a.w. lagi,
نوحرطتفحموحي رطحفالحونوحموحصتموحي موحالص : القملسوهيحلع هللا ىلص لنىبانأةري حره بأنحع
واحألضححىي وحمتضححوحن45Maksudnya :
Daripada Abi Hurairah, bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda : Ia bermula puasa pada
hari puasa mereka itu, dan berbuka pada hari berbuka mereka itu dan menyembelih
pada hari menyembelih mereka itu.
Merujuk kepada potongan sabdaan Baginda Rasulullah s.a.w.“ نوححتضحموحىي حضحألاحو ” yang bererti
“Dan menyembelih pada hari menyembelih mereka itu (ibadah qurban)”. Rasulullah s.a.w.
menetapkan agar ibadah qurban itu dilaksanakan pada hari raya Qurban (cIdil Adha) dan hari-
hari Tashrik ( 11, 12 dan 13 Zulhijjah)
Hadith di atas menunjukkan bahawa Ibadah Qurban tidak ada kaitan dengan penentuan ibadah
Haji yang dilaksanakan di Negara Arab Saudi (sehari selepas wukuf di cArafah). Ianya sunat
muakkad bagi orang yang mengerjakan ibadah Haji dan umat Islam diseluruh dunia. Oleh itu,
43 Muslim, Sahih, Kitab Al-A’dhahi, Bab Nahiya Min Dakhala Alaihi A’syara Zil Hijjah Wahuwa Yuridu al-
tadhiyah, An Yac khuza Min Syicrihi Au Adhfarihi Shai’an. hlm. 140. 44 S.S. Dato’ Haji Nooh bin Gadot, Kertas Kerja : Penjelasan Terhadap Kekeliruan Penetapan cIdil Adha,
Semakan Kertas Kerja Muzakarah Falak, Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan, 2003, hlm. 5. 45 Al-Tirmizi, Bahru al-Mazi Bi Syarh Lil Muhtasar Sahih al-Tirmizi, Juzuc 5-6, hlm. 28.
528
Hari Raya Qurban (cIdil Adha) mestilah berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah iaitu
dengan rucyah hilal (melihat anak bulan) Zulhijjah sebagaimana yang diamalkan sekarang.
Selain dari itu, hujah Mazhab Syafice menunjukkan bahawa amalan rucyah hilal (melihat anak
bulan) mestilah tertakluk kepada matlac yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan
waktu terbit bulan. Sebelum ini, Persatuan Islah Perlis berhujah berdasar pendapat jumhur
ulama’ iaitu keseluruhan mazhab kecuali Mazhab Syafice yang tidak menerima syarat
kedudukan matlac sesebuah negara bagi memulai dan mengakhiri ibadah puasa dan hari raya.
Mereka berpendapat bahawa memadai memulai dan mengakhiri suatu ibadah puasa atau hari
raya itu dengan rucyah sesebuah negeri atau negara yang melihat anak bulan, maka wajiblah
umat Islam keseluruhannya berpuasa di dunia ini, tidak kira di mana mereka berada.46
Sedangkan mengikut pendapat Mazhab Syafice yang menjadi pegangan masyarakat Malaysia
dan Negara Asia Tenggara sekitarnya, menyatakan bahawa rucyah hilal (melihat anak bulan)
mestilah tertakluk kepada matlac yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan terbit
bulan. Mazhab Syafice merujuk kepada dalil al-Sunnah, qias dan logik, iaitu ;
i) Dalil Al-Sunnah
a) Hadith Kuraib
إلمعاويةبلشام.قال:ف قدمحتالشام. كريحبقال:أن أم الفضحلبنحتالارثب عث تحه تهلف عن قضيحتحاجت ها.واسحدينةىفآخرالشهر.فسألىنعبدهللابعلى
قدمحتامل عباسرضىهللانرمضانوأانبلشام.ف رأيحتاهلاللليلةاجلمعة.ث
عنهثذكراهلاللفقال:مترأيتماهلالل؟فقلت:رأيناهليلةاجلمعة.فقال:أنترأيته؟فقلت:نعم.ورآهالناس.اوصاممعاوية.فقال:لكنارأيناهليلةالسبت.فالنزالنصومحتنكملثالثي.أونراه.فقلت:أوالتكتفيوصامو
برؤيةمعاويةوصيامه؟فقال:ال.هكذاأمرانرسولهللاصلىهللاعليهوسلم.
Maksudnya :
Hadith Kuraib menceritakan bahawa Umm al-Fadhl telah menghantarnya
menemui Mucawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata :“Aku tiba di Syam dan
menunaikan hajatnya sedang pemberitahuan tentang kelihatan anak bulan
berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat. Kemudian
aku balik ke Madinah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah
bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan, katanya : bilakah kamu melihat
anak bulan ?. Aku menjawab : Kami melihat pada malam Jumaat. Ibn Abbas
bertanya lagi, katanya : adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?. Aku
menjawab : ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Mucawiyah
pun turut berpuasa. Ibn Abbas berkata : kami di sini melihat anak bulan pada
malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa sehingga kami sempurnakan 30 hari
46 Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh, 2001, hlm. 8.
529
atau kami melihat anak bulan syawal. Aku bertanya : tidakkah memadai bagi
kami. 47
Hadith ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rucyah penduduk Syam dan
tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rucyah yang berlaku di
negeri lain (berlainan Matlac)
b) Hadith Ibn Umar ; Rasulullah s.a.w. bersabda :
ع رتسح رونليلة48عنعبحدهللابنعمررضىهللاعنه:أنرسولهللاصلىهللاعليحهوسل مقال:الشهح وعشح ملواالعدةثالثيح فاكح ت روحهفإنغمعليحكمح فالتصومواحت
Maksudnya :
Daripada Abdullah bin Umar r.a. : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Bulan
itu ada 29 malam maka janganlah kamu berpuasa sehingga kamu melihatnya (hilal),
jika terlindung sesuatu (di ufuk barat) sempurnakanlah 30 hari.
Hadith ini menunjukkan bahawa wajib puasa, tertakluk kepada rucyah hilal (melihat anak
bulan). Sungguhpun begitu, tidak dikehendaki setiap orang melihat anak bulan. Jika mendung
berlaku pada malam itu. Sempurnakanlah bilangan bulan 30 hari.
ii) Qiyas
Ulama Mazhab Syafice mengqiyaskan dengan perbezaan matlac bulan dengan perbezaan
matlac matahari yang membawa kepada berlakunya perbezaan waktu solat. 49
iii) Logik
Menurut Mazhab Syafice, syariat Islam telah mengaitkan wajibnya puasa dengan timbulnya
bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-
negeri yang membawa kepada perbezaan mula puasa di negeri-negeri yang berlainan.50
Kerajaan Malaysia menetapkan awal bulan Zulhijjah dengan menggunakan kaedah rucyah dan
hisab berdasarkan kriteria imkanu al-rucyah dengan mengambil kira matlac negara-negara
MABIMS iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Terdapat perbezaaan matlac yang
jauh di antara Malaysia dan Arab Saudi iaitu selama lima jam dan kedudukan hilalnya akan
bertambah tinggi sebanyak 1.25º di matlac Arab Saudi (Makkah) 51
Dari aspek penggunaan istilah, ‘cIdil Adha’ amat masyhur digunakan dalam hadith-hadith dan
kitab-kitab feqah. Masyarakat melayu Islam pula menterjemahkannya dengan istilah ‘Hari
Raya Qurban’ yang sememangnya bertepatan dengan erti ‘cIdil Adha’ itu sendiri. Namun
47 Muslim, Sahih, Kitab al-Siyam, Bab bayan can likulli baladin rucyatihim wa cannahum idha ra’u al-hilal bi
baladin la yahbitu hukmu lima bacda canhum, hlm. 765. 48 Al-Bukhari, Fath al-Bari bi sharh sahih al-Bukhari, Kitab al-Siyam, Bab qauli al-nabi s.a.w. idha ra’aitumuhu
al-hilal fasumu, wa idha ra’aitumuhu pa’aftiru, hlm. 614 . 49 Wahbah al-Zuhayli, Fiqh Dan Perundangan Islam, terj. Md. Akhir Haji Yaacob, Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur, Jld. 2, 1994, hlm.93. 50 Ibid. 51 Md. Adnan bin Md. Daud, 2001, hlm. 3.
530
begitu sesetengah masyarakat Islam, kebiasaannya menggunakan juga istilah ‘Hari Raya Haji’
bagi menerangkan maksud ‘cIdil Adha’ itu. Mungkin kerana mereka berpendapat, ‘cIdil Adha’
itu dirayakan bertepatan dengan ibadah haji yang sedang dilaksanakan di Mekah, Arab Saudi.
Sebenarnya istilah betul dan hanya wujud adalah ‘Hari Raya Qurban’, bukan ‘Hari Raya Haji’.
Tidak ada dimana-mana kitab hadith dan feqah yang menggunakan istilah ‘cIdil Al-Hajj’ yang
juga diertikan oleh sesetengah masyarakat dengan ‘Hari Raya Haji’. Ini adalah suatu kesilapan.
Oleh itu istilah yang benar adalah ‘cIdil Adha’ atau ‘Hari Raya Qurban’ yang dirayakan oleh
seluruh umat Islam di dunia sama ada yang mengerjakan haji ataupun tidak.52 Dengan ini,
secara tidak langsung, ianya menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara ibadah haji di Mekah
dengan perayaan Hari Raya Qurban yang disambut di tempat-tempat lain diseluruh dunia.
Berdasarkan hujah-hujah di atas menunjukkan bahawa penentuan Hari Raya Qurban (cIdil
Adha) adalah seharusnya melalui rucyah hilal Zulhijjah (melihat anak bulan Zulhijjah) bukan
mengikut sebagaimana ketetapan yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi iaitu bagi
penentuan hari Wukuf di cArafah. Kaedah yang diamalkan oleh kerajaan melalui persetujuan
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu di dalam menentukan Hari Raya Qurban iaitu
dengan rucyah dan hisab adalah lebih menepati kehendak syarac berdasarkan dalil yang
dikemukakan. Amalan orang Islam di Malaysia sejak tahun 1800 hingga 1950 miladiah tidak
mengikut Mekah, tiada sesiapa yang menyambut Hari Raya Qurban mengikut pengisytiharan
hari wukuf di cArafah pada 9 Zulhijjah kerana tiadanya maklumat disebabkan kurangnya
kemudahan alat perhubungan dan komunikasi. 53
Kejahilan Dalam Ilmu Falak Syarcie
Ilmu falak merupakan ilmu yang berkaitan dengan peredaran cakerawala, bumi, bulan,
matahari dan bintang-bintang. Perkataan cakerawala berasal dari bahasa Sanskrit yang
bermakna ‘ sesuatu badan yang berputar ’. Manakala perkataan falak pula berasal dari bahasa
Sumerian iaitu pilak, bermakna sesuatu yang berputar.54 Manakala dalam bahasa latin, ilmu
falak ialah astronomi yang bermakna ‘ ilmu mengenai bintang ’. Definisi yang lebih jelas
mengenai ilmu ini dinyatakan oleh Hartmann, sebagai ‘ sains yang mengkaji objek-objek di
angkasa ’.55 Di dalam al-Quran, perkataan falak digunakan untuk menunjukkan sesuatu benda
langit yang beredar. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t; بحون56 ركالحقمروالاليحلسابقالن هاروكلىفف لكيسح سينبغىهلآأنتدح الالشمح
Maksudnya :
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan,
dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar
terapung-apung ditempat edarannya masing-masing.
Firman Allah s.w.t lagi ;
52 S.S. Dato’ Haji Nooh bin Gadot. 2003. Hlm. 7. 53 Md. Adnan bin Md. Daud. 2001.Hlm. 5. 54 Encyclopaedia of Islam, Volume II, s.v Falak. Leiden: E.J Brill, 1983 55 Hartman William, K,. Astronomy: The Cosmic Journey. Belmont, California: Wadsworth Publishing
Company, 1987. 56 al-Qur’an, Yaasin 36:40.
531
بحون57 كلىفف لكيسح سوالحقمر وهوالذىخاقاليحلوالن هاروالشمح
Maksudnya :
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan
bulan,tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing
(diangkasa lepas).
Sebahagian aktiviti manusia dengan alam semestinya terdapat sesuatu yang berhubungkait
dengan falak. Ilmu Falak Syarcie digabungkan dengan hukum syaricah yang berkaitan dengan
hal-hal berhubung dengan ibadah umat Islam.
Antara tujuan penting ilmu falak adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan
melaksanakan tugas manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi. Berdasarkan hakikat ini,
peranan ilmu falak dalam kehidupan seharian amat ketara dan menyeluruh. Ilmu falak
digunakan sebagai wasilah untuk mencapai keperluan ibadat. Untuk tujuan ini, ulama fikah
menafsirkan sesuatu tuntutan syarac dan seterusnya membuat ijtihad aplikasi falak. Dalam
keadaan tertentu proses ini berjalan secara serentak tetapi terdapat juga aplikasi dan tafsiran
falak yang berlaku terkemudian. Oleh kerana kefleksibelan kaedah fekah, perubahan ini
diterima dan dilaksanakan secara sempurna.
Aplikasi-aplikasi di dalam ilmu falak adalah luas. Namun jika ditinjau dari sudut yang
berkaitan ibadah khusus, ianya terdiri dari sistem takwim, waktu solat, penentuan arah qiblat,
penentuan tempoh masa (idah dan haul) dan pengukuran masa. Aplikasi ilmu falak yang ketara
dalam kehidupan seharian ialah sistem takwim. Kajian mengenai takwim meliputi kajian
tentang pergerakan fizikal cakerawala, pengukuran waktu, astronomi kedudukan (positional
astronomi) dan instrumen. Dalam konteks fardhu ain, aplikasi takwim yang terlibat ialah
takwim tarikh dan waktu solat. Secara umum, takwim disusun berdasarkan tempoh pergerakan
cakerawala seperti bulan dan matahari, sama ada secara penentuan tetap ataupun melibatkan
sesuatu yang lebih emperik.
Kejahilan dalam Ilmu Falak Syarcie khususnya di dalam aplikasi sistem takwim adalah juga
merupakan faktor yang menambahkan lagi perselisihan dalam penentuan awal bulan hijrah di
Malaysia. Tanpa ilmu berkenaan, individu ataupun masyarakat akan membuat penentuan
sendiri di dalam memulakan dan mengakhiri suatu bulan baru hijrah. Selain itu, akan wujud
golongan yang mempertikai dan tidak menerima keputusan di dalam menentukan awal bulan
hijrah kerana fahaman yang berlainan dengan pihak kerajaan. Golongan ini mempunyai
pengikut yang tacasub dengan fahaman mereka, akan cuba menyebarkan fahaman ini kepada
masyarakat. Masyarakat yang jahil dengan ilmu falak syarcie akan mudah untuk menerima
fahaman ini.
Pengaruh Taqlid
Taqlid dari segi bahasa diambil dari perkataan al-qiladah yang bermaksud sesuatu yang
diletakkan di leher sama ada untuk manusia, kuda, anjing dan unta. Dalam bahasa melayu al-
57 al-Qur’an, Al-Anbiya’ 21:33.
532
qiladah bermaksud rantai. Oleh itu taqlid ialah meletakkan, mengkalung atau melilit rantai di
leher.
Dari segi istilah, para ulama usul al-Fiqh telah mengemukakan pelbagai takrif. Keseluruhannya
menjurus kepada ibarat berikut;
58أخذقولالغريمنغريمعرفةدليلهMaksudnya :
Mengambil pandangan orang lain tanpa mengetahui dalilnya.
Orang yang bertaqlid dinamakan muqallid. Tetapi jika seseorang mengambil pandangan orang
lain dengan mengetahui sumber dan cara pengambilannya, ia dinamakan oleh sebahagian
ulama sebagai ittibac bukan taqlid. Sementara orang yang melakukannya dinamakan muttabic
bukan muqallid. 59
Kebanyakan ulama pengikut mazhab empat berpendapat tidak dilarang berijtihad. Malah wajib
ke atas mujtahid berijtihad dan wajib bertaqlid ke atas orang-orang awam yang belum layak
beijtihad sekalipun alim. Di antara hujah mereka ialah sebagaimana firman Allah s.w.t ; تمحالت عحلمون60 كن ح رإنح لالذ كح ألواأهح ...فاسح
Maksudnya :
...Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika
kamu tidak mengetahui.
Ayat ini memerintahkan orang yang tidak berilmu supaya bertanya kepada orang yang berilmu.
Ini menunjukkan bahawa manusia itu terbahagi kepada orang alim dan orang jahil. Justeru,
mentaklifkan semua manusia supaya menjadi mujtahid adalah bertentangan dengan pengertian
ayat ini.
Selain itu mereka juga berhujah bahawa orang awam pada zaman Sahabat dan Tabi’in selalu
bertanyakan para mujtahidin dari kalangan mereka tentang huklum hakam fiqh khususnya pada
perkara-perkara yang baru berlaku. Para Sahabat dan Tabiciin menjawab pertanyaan mereka
tanpa mengingkari perbuatan mereka dan tidak menyuruh meraka mempelajari dalil-dalil yang
dijadikan sandaran fatwa mereka. Justeru, mewajibkan supaya semua orang berijtihad
sebenarnya bertentangan dengan ijmac ini.61
Ijtihad adalah satu keupayaan dan bakat yang hanya ada pada ulama yang berkelayakan. Jika
kita mentaklifkan orang yang tidak mampu melakukannya (berijtihad) ia termasuk dalam bab
mentaklifkan sesuatu yang berada di luar kemampuan seseorang. Ini pastinya tidak harus di
sisi syarak kerana Allah s.w.t telah berfirman ;
عها وسح ساإال ن فح يكل فهللا 62...ال
58 Al-Amidiy. T.th, 4:445 59 Al-Zuhayliy 1986, 2: 1121; Abd Al-Salam 2001: 276 60 al-Qur’an, Al-Nahl 16 : 43. 61 Al-Amidiy. T.th, 4:451 62 al-Qur’an, Al-Baqarah 2: 286.
533
Maksudnya :
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya...
Pandangan ini dipilih oleh kebanyakan ulama muhaqqiqun berdasarkan kekuatan hujah
mereka. Oleh itu, orang awam iaitu orang yang tidak layak berijtihad wajib bertaqlid,
sementara mujtahid haram bertaqlid kepada orang lain dalam bidang yang dia layak berijtihad.
Di dalam isu penentuan awal bulan hijrah ini, sebagaimana diketahui bahawa terdapat banyak
pendapat ulama dan ijtihad para mujtahid di dalam hal ini. Masing-masing terdapat hujah dan
sandaran yang digunakan samaada melalui Al-Quran, Al-Hadith mahupun ijma’ ulama.
Dengan itu lahirlah pelbagai kaedah di dalam penentuan awal bulan hijrah yang mana setiap
satunya mempunyai pengaruh dan pengikutnya yang tersendiri. Oleh itu, setiap orang awam
di dalam sesebuah negara Islam boleh bertaklid memilih kaedah penentuan yang hendak
digunakan bagi melaksanakan sesuatu ibadah.
Namun begitu terdapat diantara mereka yang tidak mengetahui secara jelas kaedah yang
digunakan lantaran hanya bertaklid secara membabi buta. Perkara ini secara jelas bertentangan
dengan syarat keharusan bertaqlid yang mana muqallid (orang yang bertaqlid) mestilah
mengetahui segala syarat dan perkara wajib yang diletakkan oleh muqallad (orang yang
ditaqlid) di dalam perkara yang hendak ditaqlidkan. Lebih malang lagi sekiranya meraka agak
fanatik dengan satu-satu pendapat atau ijtihad sambil menyatakan pendapat atau kaedah yang
lain dari diamalnya adalah salah. Selain itu, apa yang ditaklidkannya itu berbeza dan
bercanggah dengan apa yang di tentukan oleh Ulil Al-Amri. Maka dengan ini, pengaruh taklid
ini mehjadi antara faktor yang menyumbang kepada perselisihan di dalam penentuan awal
bulan hijrah.
Perlu diingat, orang awam hendaklah bertaqlid berkenaan dengan hukum syarak yang mana
mereka tidak mengetahui secara mendalam perkara tersebut. Dalam hal ini, bagi setiap negeri
di Malaysia mempunyai pihak berkuasa yang telah diberikan autoriti oleh Ulil Al-Amri
‘Sultan’. Badan yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal agama, atau yang berkaitan
dengan permasalahan hukum hakam adalah Jabatan Agama, Jabatan Mufti, Jabatan
Kehakiman Syariah dan juga Majlis Agama Islam. Oleh itu segala dasar atau keputusan yang
telah dibuat oleh badan-badan berkenaan yang berkaitan dengan hal ehwal agama termasuklah
fatwa mestilah dipatuhi (taklid) oleh orang awam. Dalam erti kata yang lain, orang awam tidak
boleh mengikuti (bertaklid) selain daripada badan-badan di atas, demi memastikan
keseragaman pelaksanaan hukum di dalam negara kita. Ini dikuatkan lagi dengan peruntukan
perundangan yang mengikat peraturan dan keputusan berkenaan hukum hakam seperti fatwa
yang telah diputuskan63 dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
63 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [EN.16/2003] di dalam Bahagian III, Fasal 49(1)(2)
menyatakan ‘Apabila mana-mana fatwa telah disiarkan atau dimaklumkan, maka fatwa itu hendaklah mengikat
tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri Johor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya
disisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia telah mendapat kecualian
oleh Jawatankuasa Fatwa berdasarkan hukum syarak.
534
PENUTUP
Meskipun isu khilaf dalam penentuan awal bulan hijrah ini sudah berlalu dan ia sekadar
nostalgia namun ia perlu dibongkar dan direkodkan untuk pengetahuan jenerasi akan datang.
Isu ini telah berakhir dengan penubuhan MABIM dan dengan wujudnya enakmen yang boleh
dijadikan sebagai mekanisme pencegahan terhadap perpecahan umat. Kepelbagaian dalam
memahami kaedah yang kukuh untuk menentukan awal bulan hijrah adalah faktor yang
menyumbang kepada isu ini, ia memberi gambaran bahawa kelompok yang terlibat tidaklah
berniat jahat ketika menjuarai isu berkaitan. Namun, perpaduan ummah adalah lebih utama
dari keperluan kelompok dan individu maka dengan berakhirnya isu ini umat Islam di Malaysia
akan lebih matang ketika berhadapan dengan situasi yang perlu kepada tolak ansur yang tinggi
dan mengutamakan perpaduan dan bersikap kolektif.
RUJUKAN
Al-Qur’an.
Abd. Karim Kassim. t.th. Menentukan Awal / Akhir Puasa Ramadhan Dengan Rucyah Dan
Hisab. Bandung: P.T.Al-Macarif.
Abdul Jalil Hassan. 1971. Dasar Islam dalam menentukan awal Ramadhan, Hari Raya Puasa,
Hari Raya Haji. Kuala Lumpur: Syarikat Nirwana.
Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar. 1983. Formula Rucyah Menurut Syaricat Islam, Kuala
Lumpur,
Al-Bukhari, Abu Abdullah, Muhammad bin Ismail bin Ibrahim al-Bukhari. 1979M. Sahih al-
Bukhari. (al-Jamic al-Sohih). Istanbul. Al-Maktab al-Islami.
Al-Tarmizi, Muhammad bin Isa bin Surah al-Silmi. 1958M. Sunan al-Tarmizi (al-Jami’ al-
Kabir). Beirut. Lubnan. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.
Bahagian Hal Ehwal Islam Cawangan Sabah. 1988. Laporan Mengenai Berhari Raya Lewat
Satu Hari Dari Tarikh Yang Diumumkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
Malaysia.
Baharrudin bin Zainal. 2001. Modul Kursus Falak KUSZA. Kuala Terengganu: Kolej Ugama
Sultan Zainal Abidin.
Baharrudin Zainal. 2002. Pengenalan Ilmu Falak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad bin Jusoh. 2001. Penentuan Awal Bulan Dalam Islam, Bulan
Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah. Kertas kerja : Majlis Agama Islam Dan Adat
Istiadat Melayu Perlis.
Dewan Undangan Negeri Johor. 1997. Enakmen Kesalahan Jenayah Syaricah Negeri Johor
535
Dewan Undangan Negeri Johor. 2003. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor)
2003 [EN.16/2003]
Direktur Pembinaan Badan Peradilan Agama Islam. 2002. Kebijaksanaan Pemerintah
Indonesia Dalam Menyingkap Permasalahan Hisab Rucyah Di Tingkat Nasional Dan
Internasional. Kursus Falak Negara Anggota MABIMS. Insitut Latihan Islam Malaysia
(ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 7 – 17 April.
Encyclopaedia of Islam, Volume II, s.v Falak. Leiden: E.J Brill, 1983
Hartman William, K. 1987. Astronomy: The Cosmic Journey. Belmont. California: Wadsworth
Publishing Company,
Ibn Majah. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid al-Rab’ie bil wala’ al-Qazwini.
1395H/1975M. Sunan ibn Majah. Juz. 1.2. edit. Muhammad Fuad abd al-Baqi. Beirut.
Lubnan. Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi.
Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis. 2001. Cadangan Kaedah Penentuan
AidilAdha Berdasarkan Hari Wukuf.
Md Adnan Md Daud. 2001. Kaedah Penetapan Hari Raya Korban Di Malaysia Tidak Sama
Dengan Arab Saudi. Muzakarah Pegawai-Pegawai Falak Syarcie Malaysia. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia, Langkawi, Kedah, 3-6 September.
Muslim, Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qushairi al- Naisaburi. 1398H/1978M.
Sahih al-Muslim. Sharah al-Nawawi. edit. Muhammad Fuad abd al-Baqi. Cetakan.
Kedua. Beirut. Lubnan. Dar Fikr.
S.S. Dato’ Haji Nooh bin Gadot. 2003. Penjelasan Terhadap Kekeliruan Penetapan cIdil Adha.
Kertas Kerja : Muzakarah Falak. Hotel Seri Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tafsir Pimpinan Al-Rahman. 1987. Edisi kelapan. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam.
Wahbah al-Zuhayli. 1994. Fiqh Dan Perundangan Islam. Terj. Md. Akhir Haji Yaacob. Jld.
2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
top related