petikan dan latihan

Post on 05-Jul-2015

1.881 Views

Category:

Education

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Kebudayaan MalaysiaPetikan dan Latihan

TRANSCRIPT

(A) BERTUAHNYA KITA

Pada suatu hari, datuk bercerita dengan cucunya tentang dikir

barat. Cerita dikir barat tersebut adalah seperti yang berikut:

Dikir Barat

Dikir barat merupakan persembahan tradisional yang paling digemari oleh rakyat negeri Kelantan.

Dikir barat dipersembahkan dalam kumpulan. Setiap anggota dalam sesebuah kumpulan akan memakai pakaian seragam yang lengkap. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang tukang karut dan seorang juara dikir. Tugas juara dikir ialah berpantun dan bersyair mengikut rentak tertentu. Awok-awok pula ialah kumpulan penyanyi korus yang mengiringi persembahan dengan tepukan dan alat muzik.

Terdapat beberapa jenis peralatan yang mengiringi muzik dalam persembahan dikir barat. Peralatan yang digunakan adalah seperti canang, marakas, rebana dan gong.

• marakas • rebana

• canang • gong

Jawab soalan yang berikut:1.Di manakah dikir barat terkenal?2.Bagaimanakah dikir barat

dipersembahkan?3.Apakah alat-alat muzik yang

digunakan dalam persembahan dikir barat?

4.Bagaimanakah persembahan dikir barat dapat menarik minat murid pada masa hadapan?

Cadangan jawapan:1. Dikir barat terkenal di negeri Kelantan.2. Dikir barat dipersembahkan dalam bentuk

kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai seorang tukang karut dan seorang juara dikir yang berpantun dan bersyair. Mereka diiringi oleh sekumpulan awok-awok iaitu penyanyi korus. Awok-awok ini mengiringi persembahan dengan bertepuk tangan dan alat muzik.

3. Alat-alat yang digunakan dalam persembahan dikir barat ialah canang, marakas, rebana dan gong.

4. Persembahan dikir barat dapat menarik minat murid pada masa hadapan jika:

a.Lagu dan alat muzik sesuai dengan perubahan masa kini.

b.Persembahan awok-awok bertambah kreatif.

c.Pantun, syair dan nyanyian yang dipersembahkan mudah difahami.

(B) WARISAN KITAKebaya Nyonya

Baju kebaya nyonya sering dipakai oleh kaum peranakan atau Baba Melaka. Baju kebaya nyonya ini merupakan baju kebaya yang telah disesuaikan dengan kebaya warisan Melayu. Oleh hal yang demikian, golongan Baba dan Nyonya telah mewarnai sebahagian daripada kebudayaan Malaysia.

Kebaya Nyonya terbahagi kepada dua jenis, iaitu kebaya panjang dan kebaya pendek. Kebaya ialah sehelai baju yang terbelah di bahagian depan dan berlengan panjang. Kebaya ini sering diserikan dengan tiga butir kerongsong. Selalunya kebaya ini dipadankan dengan kain batik sarung.

Kecantikan kebaya ini bergantung pada seni sulaman dan kerawangnya. Sulaman dan kerawang terdapat di sekitar kolar dan bahagian depan baju kebaya mengikut kesesuaian pada corak dan jenis sulaman.

• Sulaman Kebaya

Aktiviti:

1. Nyatakan isi penting bagi setiap perenggan.

2. Berikan kata dasar bagi perkataan yang dicetak berwarna merah. Kemudian, cari makna bagi perkataan tersebut.

3. Senaraikan akhiran –an yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina ayat.

Cadangan jawapan:1. Isi penting:a.) asal usul kebaya nyonyab.) jenis-jenis kebaya nyonyac.) corak yang ada pada kebaya nyonya2. Kata dasar perkataan yang dicetak berwarna

merah:a.) bahagian – bahagib.) golongan – golongc.) warisan – warisd.) sulaman - sulam

Makna perkataan:Perkataan Makna

bahagi Belahan daripada sesuatu benda

bahagian Sesuatu benda yang menyempurnakan barang lain

golong Bahagi dalam beberapa kumpulan

golongan Kumpulan

waris Orang atau pihak yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal dunia

warisan Sesuatu yang menjadi turun-temurun

sulam Menyelangi atau mencelahi sesuatu dengan yang lain

sulaman Sesuatu yang diselangi

3. Akhiran –an dan ayat:a.) warisan – Songket merupakan salah

satu pakaian warisan Melayu.b.) golongan – Orang Melayu merupakan

golongan yang terbesar di Malaysia.

c.) bahagian – Bahagian mukanya melecur teruk kerana terbakar.

d.) sulaman – Hasnah menjual barang- barang sulamannya kepada peraih itu.

(C) CITRA KITA

Galeri kata:

Citra – gambaran atau imej peribadi seseorang(barangan, organisasi)

Aktiviti:

Berbual-bual dengan rakan-rakan kamu tentang gambar-gambar yang berikut.

Kemudian, catat isi tersurat dan isi tersirat.

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Cadangan jawapan:Gambar Isi tersurat Isi tersirat

1 Pakaian tradisional - keharmonian- kekemasan- keayuan- keselesaan

2 Pelbagai perayaan- Hari Raya- Tahun Baharu Cina- Deepavali

- hidup harmoni- muhibah- masyarakat majmuk- kunjung- mengunjungi

3 Rumah ibadat- kuil- tokong-masjid

- ketenangan jiwa- percaya kepada Tuhan-berdoa untuk kesejahteraan

4 Pelbagai jenis tarian tradisional - perpaduan- kerjasama

5 Pelbagai jenis makanan tradisional - berkhasiat- kreatif- kerajinan

top related