perjumpaan4ewdd

Post on 21-Dec-2015

234 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sssaasddsds

TRANSCRIPT

Laporan Perjumpaan Keempat

Badan Beruniform Pengakap 2015

Tarikh : 4/2/2015

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Kehadiran Pensyarah : 1. En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah

2. En. Hj. Ghazali Bin Omar

3. En. Hj. Zainal Abidin Bin Saad

Kehadiran Ahli : 17/18 orang

Tidak Hadir : 1

1.0 Upacara menaikkan bendera

Semua Badan Unit Beruniform termasuklah KRS, Pengakap dan BSMM telah

berkumpul di hadapan White House bagi memulakan upacara menaikkan bendera.

Sebaik sahaja semua ahli dalam keadaan bersedia, upacara dimulakan dengan

nyanyian lagu Negaraku, diikuti dengan lagu Negeri Kedah dan lagu IPDA. Bendera

dinaikkan oleh wakil dari KRS, iaitu Chan Mang Yee semasa nyanyian lagu

Negaraku.

2.0 Latihan Laung Agung

Semua ahli pengakap seramai 17 orang diarahkan untuk berkumpul di Dewan

Sri Banai. Jurulatih Pengakap telah menunjukkan pergerakan tangan dan badan

serta cagan kata yang betul semasa menjadi seorang Akela. Selepas itu, beliau

meminta semua ahli menjalankan latihan Laung Agung dalam kumpulan sekawan.

Setiap orang dikehendaki berpeluang memainkan peranan sebagai Akela.

Gambar 1.0: Ahli-ahli Pengakap sedang menjalankan latihan Laung Agung.

Gambar 2.0 : Latihan Laung Agung dalam kumpulan sekawan.

3.0 Pembelajaran Ikatan

Setelah ahli-ahli pengakap telah belajar cara menyimpan tali pada minggu lepas,

En. Hj. Ghazali Bin Omar turut mengajar ahli-ahli pengakap beberapa jenis ikatan.

Antaranya ialah Figure Eight, Double Figure Eight, Buku Sila, Simpul Manuk dalam 2

kaedah ikatan dan Australian braid. Figure Eight dan Double Figure Eight digunakan

untuk menamatkan hujung tali. Buku Sila pula digunakan untuk menyabung dua tali

yang sama besar. Manakala Simpul Manuk diguna untuk menyikat tali pada batang

kayu. Jurulatih juga menjalankan aktiviti permainan dengan menggunakan tali.

Gambar 3.0: Ahli pengakap sedang belajar ikatan tali pada kaki kerusi.

Gambar 4.0: En. Hj. Ghazali Bin Omar telah memberi tunjuk ajar kepada ahli pengakap

dengan penuh kesabaran.

4.0 Nyanyian Koleksi Lagu Pengakap

Pada sesi seterusnya, Tn. Haji Abdul Rahim telah mengajar semua ahli

menyanyi koleksi lagu Pengakap. Antara lagu yang diajar pada hari ini termasuklah

Lagu Rasmi Persekutan Pengakap Malaysia, Que Sera Sera, Naik ke Gunung, Nona

nona, Burung Hantu, Darling You Can Love dan Pancing Ikan.

Gambar 5.0: Para jurulatih mengajar ahli pengakap menyanyi lagu-lagu dalam

buku lagu koleksi pengakap.

5.0 Refleksi

Secara keseluruhannya, seramai 17 orang ahli pengakap telah berkumpul dalam

perjumpaan minggu ketiga ini. Salah seorang ahli tidak hadir ke perjumpaan kali ini

atas sebab tertentu.

Perjumpaan kali ini telah memberi pengalaman yang berharga kepada ahli-ahli

pengakap. Ahli-ahli pengakap telah berpeluang memainkan peranan sebagai Akela.

Hal ini dapat mengembangkan kemahiran memimpin dan keyakinan diri seseorang

ahli pengakap.Selain itu, ahli-ahli pengakap juga memperolehi banyak pengetahuan

tentang ikatan tali. Setiap ikatan mempunyai fungsi yang tersendiri. Pada

perjumpaan kali ini ahli-ahli juga mempelajari beberapa lagu baru dalam lagu koleksi

pengakap.

Setiap kali perjumpaan telah membekalkan satu peluang kepada ahli-ahli

pengakap untuk mempelajari banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran yang

berguna. Perhubungan antara ahli dengan jurulatih dan antara ahli-ahli turut terbina

dan menjadi lebih rapat dan harmonis. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan

kepada para jurulatih atas kesabaran dan kesungguhan untuk memberi tunjuk ajar

kepada ahli-ahli pengakap.

Disediakan oleh,

(CHUAH ZI WEI)

Ahli sekawan kuning.

top related