percuma 14 - 21 ogos 2015, 29 syawal - 6 zulkaedah 1436 ... · percuma 14 - 21 ogos 2015, 29 syawal...

Post on 01-Sep-2019

10 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERCUMA 14 - 21 Ogos 2015, 29 Syawal - 6 Zulkaedah 1436 www.selangorku.com

Oleh NAEEM RAFFI

SHAH ALAM - Pertukaran serta-merta dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai tinda-kan terdesak dan tidak bertang-gungjawab.

Dato’ Menteri Besar, Mo-hamed Azmin Ali, berkata ia juga mencerminkan wajah sebe-nar kerajaan di bawah Umno-Barisan Nasional (BN) yang tidak menghormati kewibawaan pen-jawat awam untuk berkhidmat secara profesional.

“Tindakan ini jelas menunjuk-kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam keadaan pa-nik dan serba tidak kena.

“Kita sama sekali tidak akan membenarkan perkara ini berterusan kerana kewibawaan dan integriti SPRM sedang di-cabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika ditemui Selangor Kini pada majlis Rumah Terbuka Dun Batu Tiga di Stadium JKR Seksyen 17, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Pada 6 Ogos lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM,

Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strate-gik, Datuk Rohaizad Yaakob di-pindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pertukaran itu menyebabkan pelbagai pihak marah termasuk jemaah menteri.

Pengumuman terbabit dibuat ketika SPRM berdepan siasatan polis berhubung dakwaan kebo-coran maklumat kerajaan.

Pada masa sama, SPRM giat menjalankan siasatan berpro-fil tinggi membabitkan Perdana Menteri secara langsung.

“SPRM hanya menjalankan peranannya dan agensi itu se-wajarnya menjadi badan bebas dalam menyiasat sebarang dak-waan salah laku rasuah yang di-lakukan mana-mana pihak.

“Mengapa pegawai SPRM yang giat berkhidmat menjadi buruan dan ditekan sebegitu rupa sedangkan individu di-tuduh melakukan kesalahan be-sar bebas berkuasa,” katanya.

Timbalan Presiden PKR itu berkata, jika insiden sama berterusan bukan sahaja maru-ah dan integriti negara tercabar,

bahkan memberi kesan buruk kepada ekonomi selepas keper-cayaan pelabur asing luntur ke-pada negara.

Beliau menggesa semua ang-gota perkhidmatan awam dan se-luruh rakyat bangkit mencari jalan penyelesaian memulihkan ekono-mi dan menyelamatkan negara.

“Saya percaya anggota penja-wat awam kini dapat melihat ba-gaimana Umno-BN memperkuda dan langsung tidak menghor-mati kewibawaan mereka untuk berkhidmat secara profesional,” katanya.

MB: Pertukaran pegawai SPRM bukti BN tak hormat penjawat awam

Kekal integriti SPRM dan Bank Negara

Hentikan ancaman!Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan segala ancaman dan gangguan terhadap pegawai siasatan agensi kawal selia negara.

hal itu ekoran beberapa insiden terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Bank Negara selepas diasak hebat hingga mengakibatkan dua pengarah suruhanjaya berkenaan diarah bertukar ke Jabatan Perdana Menteri.

Berita lanjut muka surat 2

SAYU... Kakitangan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM) membaca doa

selepas selesai menunaikan solat

hajat bagi perlindungan

daripada sebarang ancaman

bagi menyempurna- kan tugasan

mereka.

Gambar oleh Malaysian Insider

2Nasional

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

SPRM dan Bank Negara diasak hebat

Najib jangan ganggu siasatanOleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meng-gesa rakyat Malaysia berdiri teguh menyokong dan melin-dungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Bank Negara yang diasak hebat, akhir-akhir ini.

Dalam kenyataannya yang disampaikan melalui peguam dan juga Ahli Palimen Subang, R Sivarasa, Anwar menggesa

Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak menghentikan segala tindakan mengganggu dan me- ngancam pegawai siasatan agensi kawal selia negara.

“Saya merujuk secara khusus bagaimana PDRM diguna un-tuk menangkap, menyoal siasat, bahkan mereman anggota SPRM termasuk mereka yang terlibat dalam siasatan RM42 juta wang rakyat melalui SRC Internatio-nal yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib di AmBank.

“Terdapat juga tanda Bank Negara iaitu institusi kawal se-lia yang teramat penting turut diancam. Mustahak bagi negara dan keadaan ekonomi supaya Bank Negara terus dilihat seba-gai sebuah badan bebas, profe-sional dan berintegriti,” katanya.

Katanya, Bank Negara wajib dibenarkan menjalankan tugas tanpa kekangan terutama di dalam aspek pengesanan dan pencegahan pengubahan serta aliran wang haram.

“Jika Bank Negara dilihat cuai dan tidak cekap menjalankan tugas akibat gangguan poli-tik, maka ekonomi negara akan mengalami kesan yang amat se-rius.

“Saya menggesa rakyat, Ahli Parlimen semua parti, badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil mengetepikan perbezaan serta bersatu untuk menyela-matkan negara kita dari krisis politik juga ekonomi yang me-landa sekarang,” katanya.Anwar Ibrahim

Perlu bebas siasat skandal 1MDBSHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewajarnya tidak digang-gu dalam siasatan membabitkan kes 1Malaysia Development Ber-had (1MDB).

hal itu kerana campur tangan pihak tertentu dalam siasatan berprofil tinggi yang membabit-kan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pasti membuahkan keputusan tidak telus dan menje-jaskan integriti SPRM.

Ahli Parlimen Kapar, G Mani-vanan, berkata SPRM harus diberi ruang secukupnya dalam perkara itu kerana ia membabitkan jum-lah besar iaitu RM2.6 bilion yang menjadi pertikaian rakyat.

“Campur tangan pihak lain seperti polis menjejaskan siasa-tan. Kita melihat tindakan ini se-bagai sesuatu yang tidak wajar

PKR Selangor hantar laporan isu RM2.6 bilionSHAH ALAM - Jawatankuasa Pili-hanraya PKR Selangor menghan-tar laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan perkemba- ngan terkini RM2.6 bilion yang didakwa dipindahkan kepada akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

exco Selangor, Amirudin Shari yang mengetuai rombongan PKR, berkata laporan itu dibuat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan SPRM pada 3 Ogos lalu serta dua asas akta seperti diperuntukkan dalam Akta SPRM tahun 2009.

“Dalam penilitian kita, Seksyen 3 Akta SPRM tahun 2009 men-catatkan bahawa pemberian da-

oleh pihak berkuasa berkenaan.“Tindakan yang dibuat itu di-

percayai mahu melindungi pihak tertentu selain pertukaran kaki-tangan SPRM secara serta-merta yang menimbulkan tanda tanya,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, pada 10 Ogos lalu.

Beliau berkata, SPRM men-jalankan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat dan kera-jaan perlu menghormatinya tan-pa mencampurkan perkara mem-babitkan politik.

Katanya, pembatalan pertu-karan dua pengarah SPRM iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob ke Jaba-tan Perdana Menteri adalah tin-dakan wajar serta tepat.

“Memang mereka harus

dikembalikan ke SPRM supaya boleh menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ,” kata-nya.

SPRM kini menjalankan siasat-an ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

G Manivanan

Amirudin Shari

lam bentuk derma juga boleh ditakrifkan sebagai suapan jika bertujuan untuk mendapatkan balasan.

“Manakala, Seksyen 50 akta

sama menetapkan jika satu sua-pan dibuktikan diterima, ia perlu dianggap sebagai dorongan atau upah bagi kelakuan rasuah se-perti yang didakwa,” katanya di lobi Perbadanan Kemajuan Per-tanian Selangor (PKPS), pada 7 Ogos lalu.

SPRM pada 3 Ogos lalu men-jelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan penderma.

Amirudin berkata, SPRM perlu diberikan ruang untuk menyiasat seadil mungkin bagi memastikan keadilan dapat dicipta dan tiada siapa yang boleh melangkaui undang-undang serta perlem-bagaan negara.

SHAH ALAM - Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mungkin menjadi mangsa set-erusnya selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditekan hebat oleh Pu-trajaya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berka-ta walaupun ia sekadar khabar angin, tetapi tidak mustahil boleh menjadi nyata.

"Itu khabar angin yang saya dengar, tapi dalam kes ini khabar angin itu biasanya mempunyai kebenaran," kata-nya pada sidang media selepas dialog di Universiti Tunku Ab-dul Rahman, Kajang yang di-petik The Malaysian Insider.

Dr Mahathir bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut berkenaan sumber khabar an-gin berkenaan.

Zeti antara individu di pe-ringkat tertinggi yang meng-anggotai pasukan petugas khas

Zeti Akhtar bakal disiasat?

menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) membabitkan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Per-dana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Kebelakangan ini, Zeti men-jadi perhatian umum apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan menyoal siasat lebih ramai pegawai SPRM, Bank Negara dan Jaba-tan Peguam Negara bagi mem-beri keterangan dalam siasat-an maklumat bocor 1MDB.

Khalid tidak menolak ke-mungkinan memanggil Zeti dan orang nombor dua SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Ab-dull.

Bank Negara sebelum ini juga menafikan dakwaan membocorkan maklumat tran-saksi berkenaan.

Zeti Akhtar Aziz

3Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Nasional

Pakatan kekal prinsip ketelusanSHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengu-langi komitmen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk mendedahkan sumber dana mereka.

Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, ia adalah sebahagian daripada prinsip ketelusan yang diamalkan di kebanyakan negara maju.

Katanya, peruntukan dan akta jelas berhubung perkara itu perlu dibincang dan diputuskan di De-wan Rakyat.

“Kerajaan Jerman misalnya

bertanggungjawab mengagih-kan dana bagi setiap parti politik.

“Sebahagian dana juga digu-nakan untuk menubuhkan insti-tusi politik bagi membolehkan rakyat memahami bagaimana proses demokrasi dijalankan.

“Tetapi di sini tidak, satu bil-ion dollar Amerika masuk akaun seseorang,” katanya selepas me-nnyempurnakan majlis sambut-an rumah terbuka Pemerbada-nan Menteri Besar (MBI) dan Darul ehsan Investment Group (DeIG), di sini, pada 5 Ogos lalu.

Yusuf Qardhawi rayu bebaskan AnwarSHAH ALAM - Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi menyeru dan merayu Yang di-Pertuan Ag-ong, Sultan Abdul halim Muaz-zam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi pengampunan kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gesaan itu dibuat bagi mena-matkan unsur kezaliman dalam kes itu yang menjejaskan imej dan nama baik Malaysia serta pemimpinnya.

“Beliau beberapa kali dihu-kum dengan tahanan penjara. Jika tidak kerana ragu terhadap pertuduhan itu tentu saya tidak akan menyentuh perkara ini.

“Saya memang boleh berdiam diri dan membiarkan beliau me-rengkuk di penjara. Tetapi, ke-setiaan saya terhadap beliau sebagai sahabat, di samping keyakinan berkenaan pendirian dan niat baiknya terhadap rakyat juga Kerajaan Malaysia, semua itu menghalang saya bersikap men-diamkan diri melihat ketidakwa-jaran berkenaan,” katanya mela-lui laman web qardawi.net

Dr Qardawi mengakui me-

Pengguna ikat perut, peniaga gulung tikarSHAH ALAM - Corak perbe-lanjaan pengguna dilihat lebih berhati-hati dan terpaksa mem-buat pilihan untuk mengelak-kan bebanan selepas hampir empat bulan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilak-sanakan.

Pola itu menyaksikan peniaga berhadapan masalah terhadap hasil jualan terutama barangan yang dikenakan GST meman-dangkan pengguna cuba me-ngurangkan kos perbelanjaan mereka.

Timbalan Presiden Gabung-an Persatuan-Persatuan Peng-guna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata peniaga pastinya berhadapan kos operasi yang tinggi sejak

Gambar hiasan

pelaksanaan GST.“Apabila pengguna cuba un-

tuk tidak membeli barangan yang dikenakan GST, ia turut memberikan kesan kepada pe-niagaan.

“Jika pengguna mula kurang membuat pembelian, ia mem-berikan kesan kepada peniaga,” katanya kepada Selangor Kini, pada 10 Ogos lalu.

Katanya, ramai peniaga ter-paksa gulung tikar seperti yang dilaporkan media kerana tidak mampu menanggung perbe-lanjaan ekoran GST yang dilak-sanakan, pada 1 April lalu.

Katanya, perkara itu perlu di-lihat secara serius bagi meng-elakkan lebih banyak peniaga menjadi mangsa gulung tikar.

Pelabur tak yakin pentadbiran Najib

Ringgit paling rendah sejak 17 tahunOleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Nilai ringgit terus mencatat penurunan mendadak dan menjadi yang terburuk se-jak 17 tahun apabila mencatat RM3.99 bagi USD1, pada 11 Ogos lalu.

Kejatuhan itu mengakibatkan pelbagai reaksi kurang senang bukan sahaja dalam kalngan rakyat tetapi pelabur terutama kegagalan kerajaan untuk men-stabilkan nilai ringgit.

Krisis kepercayaan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diyakini mendorong penurunan keyaki-nan pelabur hingga mengakibat-kan kejatuhan matawang ringgit pada tahap membimbangkan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata secara teori kejatuhan nilai ringgit mengaki-batkan peningkatan kadar ek-sport negara, namun yang ber-laku adalah sebaliknya selepas hampir setahun kejatuhannya.

“Ini bukan isu ekonomi atau berkaitan nilai import juga eks-port, tetapi tahap kepercayaan pelabur dengan kerajaan Ma-laysia,” katanya ketika mengulas kesan kejatuhan nilai ringgit ter-hadap industri import eksport negara.

Katanya, kejatuhan nilai matawang negara mengakibat-kan peningkatan kos barangan import yang menekan peniaga dan pengguna.

Selain itu, kejatuhan nilai ring-

git menjadi punca banyak syarikat gulung tikar jika bidang utama perniagaan mereka berkisarkan barangan import.

“Bila ringgit jatuh, kos untuk membeli dari luar negara naik kerana ia barang import yang dibeli menggunakan matawang seperti US Dollar kerana ber-gantung kepada punca barang berkenaan diperoleh.

“Kalau peniaga naikkan harga di pasaran tempatan, kemung-kinan besar mereka akan kehil-angan pelanggan dan pasaran menjadi lebih kecil.

“Oleh itu, mereka akan ter-desak untuk memotong kadar keuntungan mereka dan men-dorong kepada pemberhentian pekerja,” katanya.

ngenali Anwar sejak beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebelum menja-di pemimpin dalam kerajaan dan parti Umno.

Katanya, Kerajaan Malaysia tidak harus memberikan layan-an buruk terhadap pembang-kang seperti dilakukan negara kelas ketiga lain kerana mereka juga sebahagian entiti penting

dalam negara demokrasi.“Pembangkang atau oposisi

adalah anak kunci keselama-tan bagi perpaduan dan kese-tabilan negara.

“Mereka menjadi kuasa pengimbang dan penghalang ke arah terjebaknya pemuda mengikut pemikiran yang ro-sak dan aliran ekstrimisme,” katanya.

4Nasional

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

SEREMBAN - Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah peluang bagi Pakatan Rakyat (Pakatan) mengambil alih Pu-trajaya daripada rejim Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, berkata usa-ha bagi mencapai matlamat itu perlu dimulakan dengan ber-sungguh di setiap peringkat ke-pimpinan.

Katanya, peluang keemasan pada PRU-13 lalu yang terlepas tidak boleh dibiarkan berulang.

“Kita jadikan buku Amanat Presiden sebagai panduan meneruskan semangat menun-tut keadilan untuk rakyat.

“Tak guna untuk kita berkem-pen tetapi tiada pengundi untuk melakukan perubahan dalam PRU-14 nanti,” katanya dalam Majlis Jelajah Amanat Presiden,

di sini, pada 7 Ogos lalu.Negeri Sembilan adalah loka-

si kelapan sebelum siri jelajah itu diteruskan ke Johor, Sabah, Perak, Kedah, Terengganu dan berakhir di Pahang, pada 15 Ogos ini.

Terdahulu, siri jelajah dimulai di Sarawak sebelum bergerak ke Selangor, Perlis, Pulau Pinang, Kelantan, Kuala lumpur dan Melaka.

PRU-14 peluang tumbangkan rejim BNSABAH - legasi politik Umno di-jangka berakhir di Johor ekoran kehilangan kepercayaan rakyat negeri itu terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata hal itu kerana Johor yang pernah di-angkat sebagai kubu kuat Umno menunjukkan rasa marah ter- hadap perkembangan politik terkini membabitkan isu Timbal-

an Perdana Menteri.“Sambutan rakyat Johor ter-

hadap Perdana Menteri amat mengecewakan kerana mereka sekarang dah marah.

“Dulu, Johor dianggap kubu bagi Barisan Nasional (BN). Seka-rang, saya rasa Johor akan kubur Umno dan BN,” katanya ketika berucap dalam program Aidilfitri di kediaman Pengerusi PKR Sa-bah, Datuk Seri lajim Ukin, pada 9 Ogos lalu.

Johor bakal ‘kuburkan’ legasi Umno

SABAH - Kemelut politik negara ditambah kemarahan rakyat ter-hadap skandal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi pemangkin kepada iltizam meng-ubah Kerajaan Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pengerusi PKR Sabah, Datuk Seri lajim Ukin, berkata tidak mustahil Barisan Nasional (BN) bakal kehilangan majoriti besar sokongan rakyat di negeri itu.

“Sabah sebenarnya mempunyai pengalaman sebelum ini untuk tu-kar kerajaan. Kita pernah tukar ke-rajaan USNO kepada Berjaya.

“Dari Berjaya kepada BN. Kali ini, Pakatan Rakyat bakal meng-gantikan kerajaan korup ini.

“Ini keyakinan kita dan ia bera-saskan sambutan rakyat di negeri ini,” kata lajim ketika ditemui di

kediamannya di likas, Kota Kina-balu, pada 9 Ogos lalu.

lajim berkata, perubahan ke-pada kerajaan baru diperlukan sebagai jaminan kebajikan rakyat di Sabah yang harus mendapat pembelaan sewajarnya.

“Perubahan kepada kerajaan baru perlu ditubuhkan bagi mem-bela rakyat dan menyelamatkan Malaysia daripada pentadbiran korup,” katanya.

Selepas BN berjaya mentadbir Sabah, perkembangan kemajuan di negeri terbabit berada pada ta-hap paling rendah.

Perkara itu dibuktikan melalui penilaian yang dibuat World Bank Malaysia economic Monitor pada 2010 yang meletakkan Sabah se-bagai negeri termiskin di Malay-sia.

Ubah politik jika mahu pembaharuan

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Tengku Ibra-him dilihat lantang memuat naik status di laman sosial berbicara

berkenaan konflik politik di Ma-laysia.

Tindakan Istana Johor itu mendapat sokongan luar biasa

rakyat dan warga netizen yang menyuarakan harapan kepada campur tangan istana bagi me-nyelamatkan negara.

Rakyat dan istana tolak Umno-BNhor dengan istana mengambil ba-hagian juga bergabung dengan rakyat. Adakah sejarah terlakar sekali lagi di Johor dan adakah ini

titik permulaannya?“Insya Allah. Kita

doakan bersama,” ka-tanya dalam Majlis Jelajah Amanat Pre-siden Johor di hotel landmark, di sini,

pada 8 Ogos lalu.

Oleh LIZAWATI MADFA

BATU PAHAT - Umno dan Bari-san Nasional (BN) terbukti bu-kan sahaja ditentang dan ditolak rakyat, bahkan pihak Istana Johor turut menunjukkan reaksi ter- hadap perkembangan politik negara terkini.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata gabungan rakyat dan istana pas-tinya menjadi harapan baru kepa-da rakyat terhadap perubahan.

Katanya, suara Istana Johor juga memperkukuhkan ke-hendak rakyat yang mahu perubahan di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Sejarah Semenan-jung ini bermula di Jo-

5Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Utama

Tadbir urus baik dan telus

MB: Rizab RM3.65 bilion dikongsi bersama rakyatOleh AFEEQA AFEERA

GOMBAK - Rizab Selangor terus mencatat peningkatan mem-berangsangkan dengan jumlah simpanan RM3.65 bilion, kata Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia disebabkan asas dan pentadbiran Kerajaan Negeri yang menekankan tadbir urus baik dan telus dengan ber-

pegang kepada prinsip ketelu-san, sejak 2008.

“Kita berjaya catat pertumbu-han mampan dan rizab yang cu-kup kuat apabila Pakatan Rakyat (Pakatan) ambil alih pentadbiran negeri.

“Apabila saya diberikan ama-nah, rizab ketika itu RM3.2 bilion. Kita terus meningkatkan prestasi membanggakan sehingga men-cecah RM3.65 bilion,” katanya pada

Majlis Sambutan Aidilfitri dan Pe-nyerahan Notis 5A, di Taman eks- trem Kampung Melayu Wira Da-mai, di sini, pada 8 Ogos lalu.

Pada masa sama, Mohamed Azmin, berkata rizab itu tidak ber-makna jika ia hanya gah di atas ker-tas tanpa dikongsi bersama rakyat.

Katanya, ia perlu diterjemah dalam bentuk program dan pembangunan yang memberi manfaat jangka panjang kepada

rakyat Selangor.“Sebab itu, kita sedang me-

neliti usaha baru antaranya me-nyediakan rumah mampu milik membabitkan 20,000 unit dalam tempoh 30 tahun.

"Selain itu, kita juga aktif men-jalankan program lain seperti peruntukan RM100 juta dalam keusahawanan dan pelan induk pengangkutan awam supaya ia lebih efisyen,” katanya.

Tak wajar JKR pinggir Kerajaan NegeriSHAH ALAM - Dato’ Menteri Be-sar Selangor, Mohamed Azmin Ali terkilan apabila tiada wakil Kerajaan Negeri diundang ketika penyerahan hospital Shah Alam (hSA) kepada Kementerian Kesi-hatan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri tidak sepatutnya dipinggirkan memandangkan hospital itu terletak di Selangor.

Beliau berkata, Kerajaan Perse-kutuan harus bertindak profesion-al menjalinkan hubungan kerjasa-ma yang baik dan mengetepikan soal perbezaan politik demi pem-bangunan masyarakat.

Walaubagaimanpun, katanya, Kerajaan Negeri tetap menyam-but baik pembukaan hSA pada Oktober ini selepas tertangguh sejak 2011.

“Apa yang penting, Kerajaan Negeri mengharapkan kemu-dahan hospital dapat disiapkan

Hospital Shah Alam (HSA)

mengikut tempoh ditetapkan.“Saya berharap kemudahan

itu dapat menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat terutama dalam bidang perubatan,” kata-nya dipetik Sinar harian.

Bagi exco Kesihatan, Kebajik-an, hal ehwal Wanita dan Keluar-ga, Dr Daroyah Alwi, beliau tidak dimaklumkan, apatah lagi dijem-put ke majlis pembukaan itu.

“Ia tidak kena dan seolah-olah Kerajaan Persekutuan sengaja meminggirkan Kerajaan Negeri.

“Saya cuma berharap tiada se-barang diskriminasi berlaku dari segi rawatan terhadap pesakit di Selangor dan bertindak secara profesional,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof, berkata acara berkenaan hanya membabitkan penyerahan JKR kepada pelanggan mereka.

“Itu bukan perasmian baru pe-nyerahan. Jadi, kita rasa tidak ada sebarang isu yang perlu dibang-kitkan dan apabila acara peras-

mian nanti, jemputan adalah dari Kementerian Kesihatan,” katanya.

Pembersihan elak banjir kilatPETALING JAYA - Kerja pem-bersihan Sungai Kayu Ara di-harap dapat mengurangkan risiko kejadian banjir kilat di Kampung Cempaka, di sini.

Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, berkata kerja di bawah seliaan Jabatan Pengairan Sa-liran (JPS) Selangor itu menda-pat kerjasama anak syarikat berkaitan kerajaan (GlC), Kum-pulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Katanya, KSSB bertindak melakukan kerja mengorek pasir sedalam lima kaki sejauh satu kilometer di Sungai Kayu Ara bersebelahan Jalan PJU1/4.

“Dengan kerjasama ini, kita tidak perlu mengeluarkan se-barang peruntukan dan ia di-lakukan secara percuma.

“Namun, ini bukan jaminan tiada banjir kilat lagi cuma kita harap dapat tampung ka-pasiti air lebih besar berban- ding sebelum ini seterusnya mengelak banjir,” katanya da-lam sidang media di Balai Raya Kampung Cempaka, di sini, pada 10 Ogos lalu.

hadir sama adalah Penolong Jurutera JPS Daerah Petaling, Jamaludin Sharif dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kese-

lamatan Kampung (JKKK) Kam-pung Cempaka, Theresa lim.

Sementara itu, Jamalaludin berkata, kerja berkenaan adalah untuk jangka pendek sementa-ra penyelesaian jangka panjang dilaksanakan bersandarkan ke-pada peruntukan dalamRancan-gan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Bagaimanapun, kita meman-tau kerja pembersihan yang mula dilakukan dua minggu lalu sehingga akhir tahun ini.

“Kerja itu bukan berdasar-kan keuntungan dan dilakukan demi membantu menyelesaian masalah penduduk,” katanya.

Sungai Kayu Ara perlu dinaiktaraf bagi memastikan tidak berlaku banjir kilat

Apabila saya diberikan amanah, rizab ketika itu RM3.2 bilion. Kita terus meningkatkan prestasi mem-banggakan sehingga mencecah RM3.65 bilionMOHAMED AZMINDato’ Menteri Besar

6Utama

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

178 terima pingat SelangorOleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Seramai 178 pene- rima bagi daerah Petaling dan Klang dianugerahkan pingat sem-pena ulang tahun hari Kepute-raan ke-69 DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Istiadat pengurniaan pingat itu disempurnakan Raja Muda Se-langor, Tengku Amir Shah di De-wan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, dekat sini, pada 10 Ogos lalu.

Daripada jumlah itu, 21 indi-vidu menerima Pingat Pekerti Ter-pilih (PPT) yang dikurniakan ke-pada seseorang yang melakukan perbuatan terbilang dan terpilih pekertinya di Selangor.

Mendahului senarai penerima PPT adalah Sub Inspektor hassan Mohamed.

Bagi Pingat Perkhidmatan Ce-merlang Selangor (PPC) pula, se-ramai 22 individu dipilih terdiri daripada pegawai kerajaan dalam kumpulan sokongan yang berkh-idmat sekurang-kurangnya tujuh tahun dengan Kerajaan Negeri.

Mereka adalah kakitangan pen-jawat awam cemerlang dan mem-punyai kelakuan terpuji.

Manakala, seramai 125 lagi menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) atas ketekunan dan keboleh-an istimewa serta mempunyai pekerti baik.

Selain itu, Pingat Perkhidmatan

Selangor (PPS) diberikan kepada sepuluh penerima yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan berkhidmat sekurang-kurangnya 20 tahun dengan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, Timbalan Pen-garah Jabatan Perancangan Pem-bangunan Majlis Bandaraya Peta-

ling Jaya (MBPJ), Zain Azly Abdul Rahman, 45, melahirkan rasa ter-haru atas pingat PJK yang diberi-kan kepadanya.

Katanya, beliau bersyukur kh-idmat baktinya sebagai penjawat awam diiktiraf Kerajaan Negeri.

“Saya bersyukur kerana mene-

rima anugerah yang dianggap sebagai penghargaan selepas 22 tahun menabur bakti di MBPJ,” ka-tanya.

Seorang lagi penerima, Wani Muthiah, 52, yang juga Ketua Biro Shah Alam dan Klang bagi akhbar The Star menganggap pingat itu

adalah penghargaan besar buat pengamal media.

“Ia membuktikan khidmat me-dia itu dihargai terutama dalam menyampaikan berita kepada masyarakat, jadi saya amat gem-bira apabila terpilih untuk meneri-ma pingat hari ini,” katanya.

Zain Azly

Wani Muthiah

Jom Baca 10 Minit tambah 40,000 pesertaSHAH ALAM - Kempen ‘jom baca bersama selama 10 minit’ anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berjaya mencatat-kan peningkatan penyertaan se-ramai 40,000 orang tahun ini.

Peningkatan itu menyaksikan pe-nyertaan 2.54 juta peserta berbanding 2.5 juta pada tahun 2014.

Pengarah PPAS, Mastura Mo-hamad, berkata pihaknya gembira dengan peningkatan itu dan se-dang merangka strategi untuk me-libatkan penyertaan lebih meluas media elektronik seperti stesen ra-dio untuk menghebahkan kempen berkenaan.

“Peningkatan penyertaan antara lain disebabkan kita bekerjasama dengan Perpustakaan Negara yang

turut sama dengan PPAS menjaya-kan kempen itu.

“Kita ingin menyampaikan mesej besar kepada ganerasi muda baha-wa membaca itu sangat penting,”

katanya kepada Se-langor Kini, pada 6 Ogos lalu.

Katanya, aktiviti tahunan yang dimu-lakan sejak tahun 2014 berlangsung

pada 24 April lalu sempena dengan hari Buku Sedunia.

Mastura berkata, PPAS turut menganjurkan program ‘Malaysia Mengaji’ yang dimulakan bulan Ra-madan lalu, pada 10 malam tera-khir.

Kempen itu akan diteruskan ta-hun hadapan bertujuan memberi-kan kesedaran kepada masyrakat supaya membaca dan menghayati Al-Quran.

Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah perlu bantuanSHAH ALAM - Pelajar Maahad Tahfiz Jamiul hasanah di Tan-jung Karang kini ditempatkan di masjid berhampiran ekoran insiden kebakaran yang memus-nahkan bangunan utama seko-lah itu, pada 8 Ogos lalu.

lembaga Zakat Selangor (lZS) dalam satu paparan di Facebook, berkata pihaknya sudah meng- hulurkan bantuan segera kepa-da pengurusan sekolah sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan kejadian itu.

“lZS turut membantu pembe-lian pakaian pelajar yang musnah dalam kebakaran bagi menerus-kan pembelajaran mereka.

“Manakala, bantuan untuk baik pulih prasarana dan pera-latan lain akan diproses selepas urusan dokumentasi selesai,” ka-tanya.

Pada masa sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah itu turut menghulur-kan bantuan kecemasan seperti

pemberian selimut, tikar, bantal dan set kebersihan diri.

Bangunan utama maahad tah-fiz itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 malam.

Kebakaran itu memusnahkan kira-kira 95 peratus bangunan berkenaan, namun tiada kece-deraan dilaporkan.

Difahamkan, bangunan dua

tingkat itu menempatkan as-rama pelajar di tingkat atas, manakala bahagian bawah ada-lah bilik kuliah.

Orang ramai yang ingin tampil menghulurkan bantuan boleh menghubungi Ustaz Mad (Mudir) di talian 013-370 7271 atau Ustaz Adzim (Guru) di talian 019-254 1274.

Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah yang terbakar pada 8 Ogos lalu

7Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

8Ekonomi

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

PENASIHAT: Muaz OmarKETUA PENGARANG: Fazallah Pit

PENGARANG BERITA: Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut

WARTAWAN: Afeeqa Afeera: afeeqa_afeera@yahoo.com, Hafizan Taib: hafiztaib@yahoo.com, Lizawati Madfa : lizalyn84@gmail.com,

Afix Redzuan : afixredzuan@gmail.com, Naeem Raffi: naeemraffi85@gmail.com, Norhayati Umor: chayunkyatt@gmail.com, Nazli Ibrahim : nazliibrahim@gmail.com,

Syazwani Sufian : syazwanisufian@ccsb.selangorku.com JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie

GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: newsselangorkini@gmail.com

SIDANG PENGARANG

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Selangor berhasrat menjadikan platform bagi Nega-ra-negara Asia Tenggara (ASeAN) memasarkan produk mereka se-hingga peringkat dunia.

exco Pelaburan, Perindustri-an IKS & Perdagangan dan Pen-gangkutan, Datuk Teng Chang Khim, berkata fokus pelaburan itu akan diberikan kepada pe-rusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Selangor kini berusaha un-

tuk mendapatkan semua panel di ASeAN supaya kita boleh bek-erja sebagai satu pasukan teru-tama dalam medium komuniti ekonomi ASeAN,” katanya dalam satu pertemuan bersama kira-ki-ra 30 pelabur di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Katanya, struktur ekonomi Se-langor menunjukkan 55 peratus daripada Keluaran Dalam Nega-ra Kasar (KDNK) adalah daripada industri perkhidmatan, manaka-la 30 peratus pula membabit-kansektor pembuatan.

Katanya, Selangor menja-di tumpuan dalam pelaburan, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai pintu pelaburan bagi negara ASeAN.

“Selangor juga akan meng-anjurkan ekspo perdagangan terbesar iaitu Selangor Inter-national expo (SIe) 2015 di Pu-sat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines Centre (MIeCC), pada 26 hingga 28 No-vember ini.

“Negeri ini memerlukan lan-dasan untuk pengeluar dan

Selangor landasan pelaburan negara ASEAN

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri menghargai usaha Kumpulan NAZA TTDI dalam pembangunan pembinaan rumah mampu milik bagi masyarakat berpendapatan rendah.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata akibat ekono-mi dan kos sara hidup semakin tinggi menyebabkan permintaan rumah mampu milik bukan sahaja mendesak golongan berpenda-patan rendah, bahkan permin-taan semakin meningkat dalam kalangan kelas menengah.

“Kumpulan NAZA TTDI antara pemaju hartanah awal yang ber-tapak di Selangor.

“Jalinan kerjasama bersama NAZA TTDI adalah hasrat Kera-jaan Negeri untuk menangani masalah kemiskinan bandar dan membandarkan masyarakat de-sa,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Kumpulan NAZA TTDI juga di-

Pembangunan atasi miskin bandar

galak mengambil peranan mem-biayai program latihan kemahi-ran dan teknikal serta profesional dalam kalangan belia.

“Ia bagi melahirkan lebih ra-mai usahawan muda untuk turut sama berjaya seperti Kumpulaan

NAZA dan tidak tenggelam da-lam gelombang keusahawan, in-ovasi dan kemodenan teknologi.

“Saya berharap Kumpulan NAZA akan terus berkembang maju mencorakkan agenda pem-bangunan di Selangor,” katanya.

pemadanan perniagaan. Oleh sebab itu, kita ambil inisiatif menganjurkan ekspo ini,” ka-tanya.

SHAH ALAM - Kumpulan Naza TTDI terus kukuh dengan pembu-kaan bangunan ibu pejabat baru di Menara Naza yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, di sini, pada 7 Ogos lalu.

Timbalan eksekutif Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimud-din, berkata pejabat asalnya juga terletak di Shah Alam dan sudah beroperasi lebih 20 tahun.

“Pembukaan ibu pejabat baru itu sebagai tanda kemajuan dan perkembangan syarikat ini yang su-dah beroperasi lebih 42 tahun lalu.

“Pemindahan itu juga kerana kami memerlukan ruang pejabat lebih besar dan selesa, tempat yang strategik dan kemudahan lain turut disediakan termasuk gimnasium, kolam renang dan kafe,” katanya.

Pada masa sama, SM Faliq berkata, Naza TTDI kini sedang membangunkan tiga projek uta-

NAZA TTDI bangun tiga projek utama

SHAH ALAM - Penstrukturan semula anak syarikat Perbadan-an Menteri Besar (MBI) berjalan dengan lancar, kata Ketua Pe-gawai Operasi MBI, Soffan Af-fendi Aminuddin.

Soffan berkata, usaha pen-strukturan itu juga mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada semua anak syarikat perbadanan berkenaan.

“Tugas kita adaalah menjana ekonomi negeri. Penjenamaan ini dibuat terus kepada rakyat.

“Kita akan dapat lihat kesan-

nya tahun hadapan,” katanya kepada Selangor Kini di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MBI, di Pusat Konvensyen Shah Alam, pada 5 Ogos lalu.

Kerajaan Negeri sebelum ini melaksanakan penstruk-turan semula aset syarikat milik negeri (GlC) dan menyelaras-kan strategi perniagaan anak syarikat untuk penciptaan nilai yang mampan (sustainable va-lue creation).

Sebanyak 12 anak syarikat MBI iaitu KSSB, PNSB, Kumpu-

lan Darul ehsan Berhad (KDeB), Pusat Pelaburan Negeri Selan-gor (SSIC), Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSSB) dan Tour-ism Selangor Sdn Bhd terbabit dalam penstrukturan itu.

Selain itu, Rantaian Mesra Sdn Bhd, Majlis Sukan Negeri Selangor holdings Sdn Bhd, Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Communication Cor-poration Sdn Bhd (CCSB), Bukit Beruntung Golf & Country Re-sort Berhad dan Yayasan Dar Al Qard Al hasan Selangor.

Penstrukturan semula MBI lancar

ma di Selangor.“Pada awalnya, Naza TTDI mem-

bangunkan perbandaran dan akh-irnya maju ke perkembangan skala lebih besar seperti Kl Metropolis, Taman Platinum dan TTDI Gateway.

“Kini, kami mempunyai projek perbandaran seluas 208 ekar di ban-dar TTDI Alam Impian, TTDI Grove Kajang (113 ekar) dan 38 ekar lagi bernilai RM2.5 billion di TTDI Gate-way,” katanya.

Selangor kini berusaha untuk mendapatkan semua panel di ASEAN supaya kita boleh bekerja sebagai satu pasukan terutama dalam medium komu-niti ekonomi ASEAN

TENG CHANG KIMExco Pelaburan

Pembukaan ibu pejabat baru itu

sebagai tanda kemaju-an dan perkembangan syarikat ini yang sudah beroperasi lebih 42 tahun lalu

SM FALIQTimbalan Eksekutif Pengerusi dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI

9Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

10Wawancara

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Penjenamaan PPAS tarik perhatian antarabangsa

Perpustakaan jadipusat perjumpaan

Oleh AFIX REDZUAN

Perpustakaan dahulu hanya si-nonim sebagai pusat mengulang-kaji pelajaran dan meminjam ba-han bacaan. Namun pandangan

naif itu diubah melalui elovusi perpusta-kaan berkonsepkan kotemporari dan idea moden yang berjaya menarik kehadiran pengunjung.

Ikuti sesi wawancara bersama Pengarah Perbadanan Per-pustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad

Bagaimana perkembangan projek penjenamaan semula perpustakaan daerah?

Perkara pertama kami laku-kan untuk penjenamaan semula adalah pembangunan kakita- ngan yang mengambil masa hampir enam bulan. Sebelum itu kita membuat perbincangan berkumpulan dan 2010 kita mula membina bangunan lain.

Dalam elemen penjenamaan semula kita ubah cara kakitangan bekerja dan berfikir sebab kalau anda mengubah cara berfikir ia akan mengubah hidup anda.

Perpustakaan pertama den-gan konsep penjenamaan se-mula yang bermaksud kondusif, moden, bersih, perabot cantik dan ditambah pendingin hawa serta kipas sudah dibina di Seme-nyih sekitar awal 2010.

Kemudian diikuti di Taman Sri Manja, Ampang Waterfront, Pan-dan Jaya, Sri Perantau, Rawang, Kajang, lembah Jaya dan yang

hampir siap sekarang di Sungai Pelek.

Jumlah perpustakaan yang di-jenamakan semula setakat 2015 adalah 20 buah dengan purata empat perpustakaan setahun.

Kos dibelanjakan bernilai ham-pir RM2.5 juta dengan peruntu-kan diberikan serta sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GlC) seperti Kumpulan Perang-sang. Kumpulan Perangsang membantu kami RM1.3 juta un-tuk projek lapan perpustakaan.

Terbaru yang berjaya disiap-kan adalah di Kuang, Jenjarom, Parit Baru dan Parit Mahang. em-pat perpustakaan ini dalam fasa akhir untuk dimasukkan perabot dan diharapkan dapat beroperasi dengan baik dua bulan dari seka-rang.

Pelbagai cabaran diharungi tapi yang penting adalah cara anda bekerja sebab kita kena tanamkan niat untuk mem-berikan perkhidmatan kepada masyarakat. Maka dengan itu se-

muanya berjalan baik.Secara keseluruhan kami

mempunyai 96 perpustakaan dan 47 perpustakaan desa masih belum dinaik taraf.

Akan datang kami menaik taraf perpustakaan di Sungai Merab dan Bangi sebab kami menerima banyak aduan memandangkan Bangi 'Bandar Ilmu'. Dengan pe-runtukkan RM200,000 yang di-luluskan kami mengecat semula perpustakaan di Bangi.

Selepas penjenamaan semula dibuat, bagaimana sambutan

yang diterima?

Sambutan diterima luar jang-kaan daripada apa yang kami fikir.

Sebagai contoh, Perpustakaan Raja Tun Uda sendiri pada 2008, 2009 dan 2010 ketika itu berada di kawasan strategik, ada pen-gangkutan awam dan dekat den-gan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi hanya mendapat 418,000 pengunjung.

Selepas kami berpindah ke sini (Seksyen 13), tanpa kemasukan pengangkutan awam dan lokasi

agak jauh, jumlah pengunjung meningkat hampir tiga kali gan-da iaitu 1.56 juta dari 2011 hing-ga 2013.

Untuk 2013 sahaja, jumlah pengunjung hampir 756,000 dan 2014 meningkat kepada 814,000.

Saya bersyukur bantuan diber-ikan Allah dan berpesan kepada kakitangan setiap kali selepas solat kena betulkan niat. Bagi saya bukan kerja kuat kami yang membuahkan kejayaan tetapi bantuan Allah.

Kami juga turut mendapat sokongan DYMM Sultan Selan-

11Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Wawancara

gor. Baru-baru ini baginda sultan menghadiahkan 24 lukisan hasil karya pelukis diraja dan pelukis terkenal tempatan.

Nilai setiap lukisan juga tinggi dan kami letakkan di setiap ting-kat. Insya Allah tidak lama lagi baginda juga hadiahkan buku edisi khas ke perpustakaan ini.

Apakah yang membuatkan orang tertarik ke sini sedang-kan tiada pengangkutan awam dan lokasinya jauh?

Saya selalu bayangkan kalau bercuti, kita akan cari hotel ber-taraf lima, empat atau tiga bin-tang.

Mengapa kita mahu memba-yar murah tapi taraf lima bintang? lima bintang itu diklasifikasikan sebagai selesa, bersih, wangi, layanan di kaunter baik.

Kita sanggup bayar mahal se-bab persekitarannya cantik dan selesa. Apa salahnya perpustakaan kita jadikan seperti hotel bertaraf lima bintang sebab agensi kera-jaan perlu membantu masyarakat merasai nikmat pergi ke tempat seronok tanpa perlu mengeluar-kan duit.

Kalau ke pusat membeli belah paling kurang kita kena bayar caj tempat letak kereta atau tandas tetapi di perpustakaan semuanya percuma.

Jika dahulu, bila kita ke perpus-takaan terlalu banyak arahan 'jan-gan', saya buang semua itu. Kalau bersangka baik dengan penggu-na, kita juga akan merasai kesan-nya.

Selepas lima tahun beroperasi, kami adalah perpustakaan per-tama yang tidak menggunakan kasut.

Idea ini timbul seperti yang di-lakukan di Masjidil haram yang dikunjungi berjuta orang dan menggunakan beg plastik. Perka-ra sama kita praktikkan di sini.

Setiap tingkat akan ada ketua jabatan. Saya minta mereka pasti-kan tandas sentiasa bersih.

Dahulu, kita minta tandas dicu-ci dua jam sekali tapi sekarang kita kurangkan kepada sejam sekali. Kami berbincang baru-baru ini, setiap setengah jam tandas perlu dicuci terutama hujung minggu.

Dengan penjenamaan semula perpustakaan, bagaimana ia di-gunakan secara maksima?

Selepas lakukan penjenamaan semula, kita perkenalkan konsep 'edutaiment', (education dan enter-tainment).

Kami ada teater 3D, 6D, XD dan multimedia. Permintaan penggu-naan multimedia sangat tinggi.

Kafe siber mengenakan caj

minima RM2.50 sejam tetapi kami hanya caj RM1 sejam. Manakala perpustakaan di peringkat daerah dan desa kita kenakan caj RM0.50 untuk 30 minit dan sebelum itu ia berikan secara percuma.

Kita terpaksa caj kerana ramai pengguna bermain ‘game’ sahaja tanpa mengetahui nilai sebenar.

Di PPAS, hari Sabtu atau cuti sekolah pengunjung boleh cecah 8,000 sehari. Kebanyakan mereka duduk dari pagi sampai petang atau pulang selepas pengumu-man dibuat.

Perpustakaan yang kita jena-makan semula akan penuh selepas tamat waktu persekolahan seperti di Sri Perantau dan Sri Manja.

Bagaimana perincian tugas pus-takawan di PPAS?

Saya pesan kepada pustakawan, tugas mereka bukan hanya menyu- sun buku tetapi menjadi warga pendidik selepas waktu perseko-lahan, seperti guru.

Warga pendidik perlu mene-kankan sudut rohani, emosi, adab dan intelektual. Kalau nampak ada yang berdua-duan, tegur mereka untuk menjarakkan kedudukan.

Selepas kejayaan 'perpusta-kaan sebagai rumah kedua', apa perancangan lain PPAS?

Dahulu, kita memperkenalkan 'perpustakaan sebagai rumah kedua' tetapi kita dalam peran-cangan supaya dijadikan pusat perjumpaan.

Kita mahu NGO, pelajar men-gadakan program dan diskusi di sini. Kita ada pelbagai kemudahan seperti wi-fi, dan komputer.

PPAS mahu melangkah seta-pak lagi ke hadapan dengan fokus baru 'perpustakaan sebagai agen pembangunan negara'.

Di Selangor sahaja, kita mem-punyai 96 perpustakaan. Di se-luruh Malaysia, terdapat 1,100

pepustakaan awam.

Adakah waktu operasi sehingga jam 10 malam sudah dilaksana-kan?

Kami sudah ambil maklum berkenaan saranan Dato' Menteri Besar dan menghantar prosedur operasi standard (SOP) serta pe-runtukan yang perlu ditambah kerana ia mengambil kira kos utili-ti serta bayaran pekerja.

Kita dijangka memulukan ope- rasi berkenan tahun hadapan, In sya-Allah.

Kita tidak lakukan serentak tetapi memilih daerah tertentu yang mempunyai permintaan tinggi untuk dilanjutkan operasi hingga jam 10 malam.

Saya berharap Kerajaan Negeri mempertimbang kemasukan bas percuma ke kawasan PPAS sebab tiada pengangkutan awam lain yang masuk ke sini.

Bagimana dengan penggunaan E-book di PPAS?

Alhamdulillah, kami dah mu-lakan tahun ini memandangkan sebelum ini berdepan kekangan bajet tetapi penggunaannya men-ingkat.

Kami sedang berbincang den-gan Perpustakaan Negara untuk mewujudkan pusat pembelian e-book melibatkan semua per-pustakaan supaya dapat membeli pada harga murah.

Antara masalah dihadapi, tidak banyak syarikat menggunakan e-book, bahkan ada buku yang selepas tiga tahun tidak lagi boleh diperolehi.

Adakala, e-book lebih mahal daripada buku dibeli seperti kae-dah biasa.

Kesan pelaksanaan GST?

Walaupun buku tidak dikena-kan GST, namun pembelian ba-

rangan lain tidak lari daripada pembayaran cukai.

PPAS terpaksa membelanjakan hampir RM500,000 untuk pemba-yaran GST sahaja.

Dahulu pendapatan kami melalui duit denda buku hampir mencecah RM250,000 hingga RM300,000 setahun. Selepas kita ada pelbagai perkhidmatan sep-erti teater 3D, maka pendapatan kita melebih RM500,000 serta ter-paksa mendaftar GST.

Kami juga terpaksa tambah kakitangan dan bekerjasama dengan syarikat perunding da-lam hal GST.

Sebagai contoh, dahulu kami caj sewa dewan RM300 sejam atau RM3,000 sehari dengan ke-lengkapan penuh. Tapi sekarang kena tambah enam peratus caj GST.

Kami buat caj mengikut jam berbanding hari misalnya ada tadika mahu sewa untuk dua jam sudah RM600.

Kalau dahulu mungkin kami boleh kurangkan harga tapi seka-rang terpaksa ditambah dengan GST.

Kami cuba menyerap GST se-mampu yang boleh dan setakat ini hanya penyewaan dewan sa-haja dikenakan GST.

Bagaimana pencapaian PPAS setakat ini di dalam dan luar negara?

Selepas konsep penjenamaan semula dilakukan, kami ada di-panggil membentangkan kertas kerja di peringkat tempatan.

Pada November 2014, kami di-jemput Persatuan Perpustakaan Amerika Syarikat (AlA) untuk membentangkan hasil dan kon-sep penjenamaan semula yang PPAS lakukan.

Kami juga dijemput Perpusta-kaan Negara ke Cape Town, Afrika Selatan bersama PPAS Sarawak bagi membentangkan konsep

penjenamaan semula perpusta-kaan, manakala PPAS Sarawak me-nekankan konsep isi kandungan.

Kekuatan kami adalah konsep perpustakaan sebagai rumah ked-ua dan agensi membangunkan masyarakat.

Saya sarankan Kerajaan Perse-kutuan atau kontraktor perabot tampil dengan produk menarik dan tidak diberikan hanya kepada agensi tertentu sebaliknya sum-bangkan kepada perpustakaan supaya masyarakat rasa selesa dengan perpustakaan.

Apa perancangan PPAS selepas ini untuk menarik ramai lagi pengunjung?

Kami sedang dalam peranca- ngan membina gimnasium luar dan kawasan permainan kanak-kanak di beberapa perpustakaan daerah. Idea ini dimulakan di Sun-gai Udang.

Saya juga dalam perancangan untuk membina kafe di perpusta-kaan selepas mengadakan lawa-tan ke hong Kong dan Singapura.

Apakah PPAS mempunyai per-ancangan mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di da-lam perpustakaan?

Dahulu, ada perancangan tetapi tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan Kementerian Kebajikan. Insya Allah, akan cuba dirangka semula.

Kami dalam perancangan me-nyediakan lebih banyak tempat letak kereta dengan pembinaan bangunan tiga tingkat dan bakal menempatkan 600 ruang. Ini ada-lah projek fasa 2A.

Apakah harapan untuk PPAS lima tahun akan datang?

Selepas kejayaan 'perpusta-kaan sebagai rumah kedua' kita mahu memberikan tumpuan kepada 'perpustakaan sebagai agensi pembangunan negara'.

Semua kakitangan perlu mem-berikan komitmen dalam mencor-akkan masyarakat dan mempu-nyai kemahiran kerja yang tinggi.

Saya juga ingin menggalak-kan anak syarikat negeri (GlC) atau syarikat swasta yang ingin membuat tanggungjawab sosial korporat (CSR) tampil memberi-kan sumbangan kepada perpus-takaan bagi membolehkan kami menambah baik infrastruktur.

Dalam konsep lautan biru, kafe siber dan tempat lepak ada-lahpesaing bagi perpustakaan. Kalau kemudahan perpustakaan canggih, secara tidak langsung semua pesaing itu menjadi tidak relevan.

Aktiviti DUN12 Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Aktiviti DUN13Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyertai aktiviti rewang di rumah pengantin di Kampung Sungai Buaya

Bagi memudahkan urusan penjaaan makanan, Adun Teluk Datuk, loh Chee heng menyumbangkan sebuah peti sejuk kepada Persatuan Rumah Anak Yatim di Sungai Manggis

Adun Bangi, Shafie Ngah melayani permintaan seorang kanak-kanak untuk 'berselfie' sejurus menerima duit raya pada Majlis Rumah Terbuka DUN Bangi baru-baru iniRamai anak muda mula buka mata kesan GST termasuk kumpulan Pelajar KDU ini bertemu Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie untuk

mengetahui kesan cukai itu kepada pembangunan negara

Adun Subang Jaya, hannah Yeoh semasa program perasmian gazebo baru dan kebun komuniti di USJ 11/4

Adik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rusli Ibrahim dikunjungi Adun Rawang, Gan Pei Nei bersama Penyelaras DUN Kuang, Salasiah Disa di hospital Selayang

Adun Ijok, Dr Idris Ahmad menyampaikan duit raya sempena Sambutan Rumah Terbuka DUN Ijok

Adun Gombak Setia, Mohd hasbullah Ridzwan memenuhi undangan Sambutan Aidilfitri IKRAM

14Seni

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Sebuah Renungan Kukupas tubuh malamdengan sebilah belati renungandan nurani yang tajamketika upacara kota terdiammematuhi seruan tidurwaktu anjing-anjing menyalakikaki mabuk dandiskusi kotor di parlimen yang kutemui adalahisi yang jujurberkata-kata tentangkulitnya di siang hari. Kupinjam tubuh siangbeserta pakaian duniawiuntuk belajar memaknai hidupmenuju senja dan ukhrawibagai sebiji batu di jalanantercampak-campak aku mencaripeluang menjadi sebongkah emas yang kuperoleh hanyalahdebu-debu di dahiketika dibawa bersujuddan aku terlalu inginmeminta dipulangkan kerendahan hati menjadi hamba kepada Tuhan.

adinataguS

Oleh KING BINJAI

Mula mentelaah antologi cer-pen Ceritera Setinggan Satu Jiwa karya Naimisa Yusof, ter-bayang watak yang unik, se-

nario yang gelap dan moral yang terang, pertelingkahan yang mencemaskan, tra-gedi lucu dan tidak ketinggalan sedikit suasana seram.

Ia barangkali sekurang-kurangnya lima atau enam cerpen bercerita tentang set-inggan jika tidak sepenuhnya, sekurang-kurangnya lima atau enam cerpen bercer-ita mengenainya. Tetapi tidak. hanya satu cerpen setinggan, selebihnya dunia lain.

Apabila gambaran itu dipatahkan, ia sedikit membunuh tetapi tidak bermakna karya itu tidak berbaloi dibaca. Daripada tiga belas cerpen, yang betul-betul me-mahat impak ialah Ceritera Setinggan Satu Jiwa dan Pentas Genba. Ia memberi rona

Tentang impak dan lohong dalam pengkaryaan

lelaki sendiri. Perlu ada pemahaman betapa poligami adalah pilihan dan bukan kemes-tian di dalam Islam.

Cerpen Tali Itu Masih lurus pula agak peribadi acuannya. Walaupun dipenuhi metafora, mungkin bagi menghilangkan jejak peribadi, ia tetap terlepas ke ruang pembaca. Tidak keterlaluan dikatakan ia agak meleret. Berbanding 12 cerpen lain yang setiap pengakhirannya memaparkan pandangan bagi setiap isu.

Dari aspek bahasa, antologi itu meng-gunakan istilah mudah. Tidak terlalu ber-bunga-bunga dan tidak terlalu pasar. Na-mun, ada istilah agak asing dan berat bagi sesetengah pembaca tetapi tidak menca-catkan pembacaan. Dari segi tema, watak dan idea, ia disusun dengan baik.

Namun untuk meletakkan kumpulan cerpen terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia itu dalam senarai terbaik, ia memerlukan perjalanan jauh yang harus ditempuh.

segala najisnya. Penulis dilihat gemar me-

nyuntik elemen agama dalam setiap cerpen sama ada pem-baca sedar atau tidak. elemen itu ketara dalam cerpen Se-lamat Datang lin Yuang dan Manisnya Madu.

Walaupun isu yang dipilih itu berkait rapat dengan kon-sep budaya-agama namun, impaknya kurang. Keinda-hannya tidak secerah yang diharapkan. Persoalan yang cuba ditimbulkan agak rin-gan dan tidak ditegaskan dengan berkesan.

Adakah format cerpen itu sendiri mengganggu Nai-misa sehingga mengehad persoalan yang dibawa? Atau adakah penulis kekurangan idea bagi melengkapkan landskap dua cerpen itu?

Atau adakah ia diedit bagi memuaskan selera mereka yang hanya mementingkan jualan? Tidak dapat dipastikan. Namun dua cerpen itu jika dipanjangkan sedikit dan memuatkan persoalan lebih ekstrem, pasti lebih diingati.

Saat membaca Manisnya Madu, tertan-ya-tanya apakah agaknya perasaan pem-

baca wanita? Kerana cerpen itu walau pada kaca mata wataknya seorang

wanita, namun realitinya tidak se-mua sampai ke tahap itu. Tidak se-mua melalui proses sama. Moral yang cuba dibawa itu baik tetapi penyampaiannya tidak kuat.

Isu poligami sering diberi na-fas baru dalam mendidik minda

masyarakat yang terikat kuat dengan budaya. Namun olahan itu sama ada ter-sasar atau kurang meninggalkan kesan

kepada pembaca terutama wanita. Memang tidak dinafi ada faktor 'wow' dalam penu-

lisan Naimisa tetapi ia sekadar 'wow' tanpa tanda seru. Apakah isu poligami, kita perlu beri penekanan kepada kel-ompok wanita? Sedang-kan yang lebih memberi duri itu datangnya dari lelaki itu sendiri.

Tidak dinafi, kesalahan ketara wanita ialah mer-

eka menolak bulat-buat po-ligami tanpa mengambil kira kesannya kepada akidah. Na-mun lelaki harus dididik beha-wa penolakan itu natijah yang hadir dari pelakuan kelompok

secukupnya saat mula pembacaan hingga ke akhirnya. Kekuatan emosi dan moral sangat seimbang.

Pun begitu, keseluruhannya masih ada rongga-rongga yang bagai sengaja dibiar lohong. Walau tidak mengecewakan tetapi jika diberi perhatian, akan lebih enak.

Seperti nasi lemak, setiap bahagian perlu setara, dari nasinya, sambal-nya hingga ke timun-nya perlu seimbang antara satu sama lain. Nasinya perlu cukup santan, sambal harus seimbang dari pedas, masin manis, telur pula direbus sebaiknya, timun pula segar dan ikan bilisnya wajib d i b u a n g

Daripada tiga belas cerpen, yang

betul-betul memahat impak ialah Ceritera Setinggan Satu Jiwa dan Pentas Genba. Ia memberi rona secukupnya saat mula pembacaan hingga ke akhirnya. Kekuatan emosi dan

moral sangat seimbang Saat membaca

Manisnya Madu, tertanya-tanya apakah agaknya

perasaan pembaca wanita? Kerana cerpen itu walau pada kaca mata wataknya seorang wanita, namun realitinya tidak

semua sampai ke tahap itu.

Naimisa Yusof

15Selangorkini 14- 21 Ogos 2015

Cerpen

Kirim cerpen dan puisi kepada seniselangor@gmail.com untuk disiar di halaman ini setiap minggu. Karya yang terpilih akan dinilai untuk pemberian anugerah - Ketua Pengarang

Oleh HAIZIR OTHMAN

Remi sedang bermalas-malasan di depan tele-visyen sewaktu tele-fon pintar Opponya

melantunkan bunyi notifikasi bertalu-talu. Mulanya dia tidak peduli malah sempat pula merakam filem Ombak Rindu yang sedang ditayang di siar-an televisyen berbayar untuk ditontonnya kemudian, tetapi selepas beberapa ketika dia mula berasa ada sesuatu yang sangat penting sedang berlaku di alam virtual, lalu segera dia mengutip telefonnya yang ter-campak jauh nun di kaki sofa.

“Meowww!”Oh, dia tersilap ambil kaki

kucing Siamnya, Mellow. Tele-fonnya di kaki yang satu lagi.

Dua puluh enam notifikasi.Sebelas daripadanya datang dari permainan-permainan online yang dia sertai – Candy Crush, Criminal Case, Farm Ville dan lain-lain. lima dari Norli, buah hatinya sejak dua hari lalu, satu notifikasi hari jadi Abu dan selebihnya dari grup bekas pelajar Sekolah Menen-gah Kebangsaan Satu bangsa dan grup Bisnes Online Bumi.

Remi membaca kenyataan-kenyataan yang semuanya di-taip dengan Caps Lock, penuh dengan tanda seru dan tanda soal, sebentar kemudian darah-nya mula mendidih. Di hala-man lain, kenyataan-kenyataan diselang-selikan dengan ka-limah takbir yang membang-kitkan semangat religius Remi yang jarang ada. Satu pautan memaparkan video seorang

budak Melayu dibelasah bu-dak Cina beramai-ramai kerana dikatakan mencuri telefon bim-bit. Wah, this is too much!, kata Remi seraya bangun dari sofa. Mellow di kakinya tiada seba-rang reaksi yang meyakinkan.

Rakaman di televisyen dima-tikan. “Ombak Rindu can wait!” kata Remi lagi. Remi perlu me-nelefon beberapa orang kawan dari grup Whatsapp hanya Kita. Semangatnya memuncak lagi dan dia perlu mencari tempat di mana dia boleh melampias-kan semangatnya yang mem-buak-buak itu. Kawan-kawan-nya mesti dipertahankan dari kumpulan“chauvinis diaspora”, istilah yang baru dipelajarinya beberapa saat tadi dari seorang ustaz yang memimpin sebuah pertubuhan Islam dan Melayu.

Puak-puak ini memang perlu diajar. Mereka seperti parasit yang menumpang perumah dan menyedut segala nutrien untuk keuntungan mereka sendiri sahaja tanpa menawar-kan sebarang balasan. Malah, segala masalah yang wujud da-lam negara ini – kenaikan har-ga barang, siswazah mengang-gur, cetak rompak, keruntuhan akhlak remaja, inflasi, anak muda tidak ke masjid; semuan-ya berpunca dari mereka. Ka-laulah penjajah Inggeris tidak membawa mereka masuk bera-mai-ramai dulu, pasti negara ini

akan jadi lebih aman tenteram dihuni hanya oleh satu bangsa.

“Budak-budak kita dah ber-kumpul depan Plaza. Semua dah siap sedia. Allahu Akbar!!!”

Masuk mesej Abu dari grup hanya Kita. Bersemangat sekali Abu. Barang kali kerana hari ini hari jadinya.

Remi pun sudah tidak sabar. Dia harus segera berada di sana bersama kawan-kawan seper-juangannya yang lain. hari ini mereka akan melakar sejarah baru negara. Corak interaksi kaum di negara ini akan diwar-nakan baru. Dia cukup berse-dia, walau warna itu akan di-palit dengan menggunakan merah darahnya sendiri.

Remi menyelongkar almari baju. Dia mencari key hitam yang dipakai semasa menon-ton konsert Metallica di Stadium Merdeka beberapa tahun lalu. Itu sahaja kain hitam yang dia ada untuk dibawa pergi merusuh. T-shirt hitamnya belum kering dibasuh Mama manakala jeans lusuhnya berwarna biru pudar. Dengan tiba-tiba diaberasa me-nyesal tidak belajar silat sewaktu di sekolah dulu. Pada waktu itu dia tidak tahu kepentingan silat terutamanya pada waktu-waktu genting sebegini. Kalaulah dia tahu, pasti dia akan menyer-tai Persatuan Seni Silat Gayung, bukannya Pasukan Pancaragam yang ramai budak Cina itu.

Sepuluh minit kemudian Remi sudah berada dalam kere-ta menuju ke Plaza. Dia belum tahu apa yang akan dia buat di sana, tetapi sekurang-kurang-nya dia boleh bertemu kawan-kawan dan budak-budak Me-layu lain atas nama solidariti. Atau bergasak kalau perlu. Ka-lau kamu mahu tahu, negara ini memang terbina dengan semangat solidariti. Sewaktu Tunku mahu ke london berbin-cang dengan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan, golongan wanita Melayu me-

Remi membaca kenyataan-kenyataan yang semuanya ditaip dengan Caps Lock, penuh dengan tanda seru dan tanda soal, sebentar kemudian darahnya mula

mendidih. Di halaman lain, kenyataan-

kenyataan diselang-selikan

dengan kalimah takbir yang membangkitkan semangat religius Remi

yang jarang ada

nyerahkan barang-barang ke-mas mereka untuk menam-pung perbelanjaan rombongan Tunku kesana. Semangat soli-dariti dan sanggup berkorban inilah yang perlu dicontohi anak Melayu sekarang, menu-rut Remi.

“Plaza dah dikepung. Bila-bila masa kita akan langgar. Budak-budak 3 line Klang dah sampai. hidup Melayu!!!”

Abu lagi. lain macam se-mangat dia hari ini. Apa yang Remi tahu, di sekolah, Abu bu-dak pendiam yang tiada kawan selain Remi. Remi lebih banyak berkawan berbanding Abu. Kawan-kawan Remi sehingga ke kelas-kelas bersebelahan tapi semuanya budak Melayu. Dia bukan tak mahu berkawan dengan budak Cina dan In-dia tetapi mereka ada kawan-kawan mereka sendiri sesama mereka. Yang berkawan den-gan mereka hanya budak-bu-dak perempuan. Remi terlalu sombong untuk berkawan den-gan mereka. Nanti apa pula kata kawan-kawannya, budak-budak Melayu yang lain.

Remi meraba-raba bisepnya. Apabila timbul isu-isu begini, Remi tahu kawan-kawannya boleh diharap. Mereka akan muncul walau dari ceruk mana pun untuk berkumpul di tem-pat yang dijanjikan. Remi sebe-narnya tidak ambil peduli san-gat dengan kes curi, penipuan peniaga telefon atau samseng, tetapi apabila nama bangsa dan agamanya diusik, bulu tengkuknya akan berdiri tegak kemabukan.

Telefon Oppo Remi berbu-nyi lagi. Kali ini ada panggilan masuk. Dari Ayahanda. Remi memperlahankan kereta sebe-lum menjawab panggilan.

“hello, Ayah!” suara Remi perlahan.

“hah, Remi! Balik rumah sekarang! Ayah nak bawa Mel-low pergi klinik. Nak guna kereta! Kereta Mama masih di bengkel!” suara di hujung talian begitu lantang. Remi jadi lemah lutut.

Perlahan-lahan, Remi mem-beri isyarat kekanan sebelum membuat pusingan-U.

Remi pun sudah tidak sabar. Dia harus segera berada di sana bersama kawan-kawan seperjuangannya yang lain. Hari ini mereka akan melakar sejarah baru negara. Corak

interaksi kaum di negara ini akan diwarnakan baru. Dia cukup

bersedia, walau warna itu akan dipalit dengan menggunakan merah darahnya sendiri

16Rencana

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Oleh MOHD EZLI MASHUT

Dilema antara masuk sekolah menengah aliran agama atau ‘bia-sa’? Itu yang dihadapi

selepas tamat UPSR, mahu masuk Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan.

Apakah pelajar aliran agama punyai masa hadapan cerah? Mahu jadi apa, apakah hanya jadi guru agama dan penceramah?

Itu persoalan dan persepsi masyarakat era 1980-an dan awal 1990-an. Memasuki aliran agama bagaikan ‘kiamat’ untuk kerjaya seperti peguam, doktor, jurutera dan saintis. Jangan mimpi jika mahu jadi angkasawan, jutawan dan usahawan.

Jika dahulu, sekolah aliran agama sering digambarkan seba-gai pendidikan kelas kedua atau ketiga. Namun, hakikatnya kini ibu bapa menjadikan aliran itu pilihan paling utama untuk memastikan anak mereka mempunyai kekua-tan ilmu agama dan kontemporari.

Tidak hairan jika jumlah permint-aan untuk sekolah aliran agama mengatasi penawaran dengan ju-rang yang tinggi serta kelulusan bagi memasukinya ketat dengan keputusan peperiksaan cemerlang.

Gelombang peningkatan ting-gi ini ekoran kesedaran memun-cak ibu bapa mahu memastikan anak mereka mampu berhadapan cabaran ganas keruntuhan akhlak serta harapan tinggi untuk melihat generasi beragama mempunyai

kekuatan jati diri.ekoran permintaan tinggi ter-

hadap pendidikan agama, kini Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah hari-an biasa diwujudkan dengan perkh-idmatan pendidikan yang sama ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Namun, diharapkan mereka tidak menjadi generasi yang di-paksa mengikuti aliran agama tetapi kemahuan memilih aliran itu atas kesedaran dan inspirasi mahu membuat perubahan masyarakat yang cemerlang dan celik agama.

Kita tidak mahu melihat aliran sekolah agama menjadi ‘tempat buangan’ oleh ibu bapa yang su-dah tidak dapat melihat dan mem-bentuk masa depan anak mereka akibat salah laku serta kebejatan moral.

Apa yang diharapkan adalah pelajar aliran agama dipilih dalam kalangan mereka yang cemerlang bukan sahaja akademik, bahkan sahsiah serta ko-kurikulumnya.

Ketika cabaran dihadapi agama semakin memuncak dengan pel-bagai serangan bertali arus, keu-payaan orang agama memainkan peranan dan mencorak masyarakat perlu diberi perhatian.

Kekuatan disiplin ilmu pela-jar aliran agama perlu mampu diterjemahkan dalam praktikal masyarakat yang dahagakan pem-baharuan dan kehiduapan be-ragama.

Apabila seorang anak muda memilih atau dipaksa memilih un-tuk menjadi orang agama, dirinya

harus membuat persediaan sesuai dengan cabaran yang bakal me-nanti.

Pelajar yang cemerlang ketika di alam persekolahan, tetapi kemu-diannya memilih untuk menjadi orang agama harus bersedia untuk mungkin bertemu semula dengan rakan sekolah 15 tahun selepas SPM dalam keadaan taraf kerjaya yang jauh berbeza.

Islam melihat pendidikan ada-lah skop luas merangkumi dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pe-mikir agung, Ibnu Khaldun mem-bahagikan ilmu kepada dua ba-hagian utama.

Pertama, berbentuk fardhu ain yang dituntut supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melak-sanakan tuntutan agama seperti ilmu tauhid, fiqh, akhlak dan aki-dah.

Ilmu kedua pula fardhu kifayah yang mesti ada pada sekumpulan orang dalam masyarakat tanpa melihat kepada individu tertentu seperti pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekonomi, fizik dan astronomi asalkan ber-manfaat.

Ini membuktikan Islam tidak mementingkan pencapaian in-telektual tinggi sahaja, bahkan perlu dilengkapi dengan kefaha-man jelas berkenaan bagi meng-hasilkan insan cemerlang di dunia dan akhirat.

Adalah dicadangkan supaya sekolah aliran agama membuat anjakan paradigma dengan mem-buka peluang pada kadar peratu-

Sekolah aliran agama persepsi dulu bukan sekarang

Apa yang diharap-kan adalah pelajar aliran agama dipilih dalam kalangan mereka yang cemerlang bukan sahaja akademik, bahkan sahsiah serta ko-kurikulumnya.

Jika dahulu, sekolah aliran agama sering digambarkan sebagai pendidikan kelas kedua atau ketiga. Namun, hakikatnya kini ibu bapa menjadikan aliran itu pilihan paling utama untuk memastikan anak mereka mempunyai kekuatan ilmu agama dan kontemporari.

san tertentu untuk pelajar bukan Islam berpeluang memasukinya.

Ia diharap dapat mencetuskan suasana harmonis serta budaya hormat-menghormati dan me-mahami kepelbagaian fahaman agama di negara ini yang mempu-nyai masyarakat berbilang kaum juga agama.

Melalui pendekatan ini, diharap menjadi pelajaran amali pelajar muslim berinteraksi dengan bukan Islam secara harmoni dan toleransi yang membolehkan pelajar lulu-san agama mempunyai keyakinan tinggi berhadapan kerencaman pandangan serta menguasai dunia realiti.

Pembangunan infrastruktur sekolah aliran agama juga patut diberi perhatian oleh kerajaan den-gan menyediakan suasana pembe-lajaran kondusif serta alat pembe-lajaran terkini untuk memastikan pelajar menguasai teknologi ter-kini.

Penganjuran Ihtifal Ilmi Seko-lah-sekolah Menengah Agama Peringkat Kebangsaan Kali Kedua dengan Selangor menjadi tuan ru-mah adalah landasan tepat untuk melahirkan pelajar berkebolehan dan mempunyai keyakinan dan in-tegriti.

Selangor juga buat julung kal-inya menjadi tuan rumah menye-diakan lima lokasi bagi sembilan kategori dipertandingkan iaitu tila-wah dan hafazan al-Quran, syara-han Bahasa Melayu dan Inggeris, perbahasan ala Parlimen, nasyid, seni khat serta kuiz.

Penganjuran acara itu turut mendapat pujian exco Agama, Datuk Ahmad Yunus hairi beriku-tan komitmen berterusan men-jadikan sekolah aliran agama mendapat tempat dan menjadi pi-lihan dalam kalangan pelajar ren-dah untuk meneruskan pengajian menengah.

“Modal insan sebegini menjadi aset berharga sebagai generasi pelapis yang meneruskan pemba-ngunan negara,” katanya.

Melalui pentas pertandingan ini, diharap ia mengasah bakat dan keyakinan pelajar aliran agama untuk mendepani arus perdana serta mencorakkan masa depan dunia.

Mana tau perdana menteri, menteri besar, saintis, jurutera dan peguam hebat di masa hadapan lahir dari sekolah aliran agama.

Mohd Ezli Mashut adalah Penolong Editor Selangor Kini

17Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Rencana

Oleh NAZLI IBRAHIM

Um u m n y a , masyarakat m e n g e n a l i Ketua Umum

PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tokoh politik yang memiliki daya juang tinggi dalam mem-perjuangkan keadilan dan memerangi rasuah, sekali gus menjadikan Malaysia lebih baik.

Namun, beberapa teman seper-mainannya menzahirkan kegigihan yang ditunjukkan Anwar hari ini bu-kan sesuatu yang baru tetapi su-dah terserlah sejak beliau masih kanak-kanak lagi.

Pak Tih, 68, atau nama sebe-narnya Osman Ibrahim, berkata Anwar pernah menyatakan has-ratnya untuk menjadi Perdana Menteri yang memperjuangkan nasib rakyat miskin ketika beliau di tingkatan dua.

“Suatu hari, masa di tingkatan dua ketika subjek Physical Training (PT), saya dan beberapa rakan lain bersiap sedia untuk ke padang untuk bermain sofbol dan ragbi.

“Saya tengok Anwar masih tak ber-siap, ‘dok’ tekun baca buku. Saya ajak Anwar bermain sama, apa nak jadi ‘hang’ ni Anwar, tak nak bersukan, ma-rilah kita main sama, kata saya.

“Anwar jawab, ‘hang’ mainlah. Aku nak baca buku sebab suatu hari nanti nak jadi Perdana Menteri. Kami ketawa kerana tak tahu pun apa makna Per-dana Menteri,” kata Pak Tih kepada Se-langor Kini sempena ulang tahun kela-hiran Anwar ke-68, pada 10 Ogos lalu.

Katanya, Anwar bukan sahaja per-nah menduduki kerusi nombor dua da-lam hariki pentadbiran negara, bahkan pernah memangku jawatan Perdana Menteri.

Pak Tih berkata, ketokohan Anwar juga sudah menyerlah berbanding ka-nak-kanak lain sehingga kerap menarik perhatian guru selain fokus terhadap apa yang diperjuangkan.

“Beliau kerap bertindak sebagai ket-ua ketika bermain. Contohnya, kalau main pertandingan memasak Anwar akan jadi pengadil dan berusaha me-nyediakan hadiah yang biasanya ada-lah roti buku.

“Anwar juga cukup disayangi guru mengaji, ustaz, imam dan guru sekolah sehingga ada beberapa orang tua di Kampung Cherok To’kun mengambil-nya sebagai anak angkat,” katanya.

Salah seorang guru yang pernah men-gajar Anwar, Allahyarham Zainal Abi-din juga mempunyai pengalaman me-narik seperti yang dikongsikan anaknya,

Mohd Zainizam Zainal Abidin.“Bapa saya cerita, masa di darjah

dua lagi, dia dah kesan Anwar seorang yang istimewa dari budak lain.

“Contohnya, tulisan Anwar. Masa tu maklumlah budak darjah dua pu-nya tulisan memang teruk tetapi be-liau memang dah ‘perfect’, dah macam orang dewasa.

“Seperkara lagi, tanyalah apa sahaja soalan, memang beliau boleh jawab sehingga pada suatu hari, bapa saya usap kepala Anwar dan kata padanya, hang ni suatu hari nanti jadi menteri dan Anwar ingat kejadian ini sampai sekarang,” katanya.

Sementara itu, Zulkifly Saat, 57, yang juga sepupu Anwar berkata, walaupun sama seperti budak kampung lain ber-main, mandi kolam dan mendaki bukit tetapi Anwar cukup sensitif terhadap orang lebih dewasa terutama ibu, bapa dan guru.

“Beliau cukup marah kepada kami jika tidak menghormati ibu bapa, guru dan orang lebih dewasa. Salah satu tanda beliau sedang marah apabila telinganya jadi merah,” katanya.

Katanya, Anwar juga memiliki ke-peribadian yang cepat meninggalkan kesan di hati orang yang mengenali beliau.

“Masa menuntut di Universiti Mala-ya (UM), ramai tak tahu Anwar pernah menjadi guru sementara di sebuah sekolah aliran Cina iaitu Sekolah Persendirian Jit Shin.

“Walaupun hanya mengajar selama dua bulan di sekolah itu tetapi sentiasa diingati. Kalau imam di kampung ini, macam bapa dia. Kalau balik, dia cuba luangkan masa . Dia punya sentuhan peribadi dengan orang kampung me-mang hebat,” katanya.

Beliau cukup marah kepada kami jika tidak meng- hormati ibu bapa, guru dan orang lebih dewasa

ZuLKIFLy SAATSepupu Anwar Ibrahim

Anwar jawab, ‘hang’ mainlah. Aku nak baca buku sebab suatu hari nanti nak jadi Perdana Menteri. Kami ketawa kerana tak tahu pun apa makna Perdana

MenteriOSMAN IbrAHIMRakanAnwarIbrahim

Anwar ‘istimewa’ sejak kecilTeman sepermainan kongsi pengalaman

18Pertanian

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Oleh NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Kerugian akibat kecurian binatang ternakan di Selangor pada 2013 dianggarkan bernilai RM150,000, kata Penga-rah Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor, Dr Akma Ngah hamid.

Beliau berkata, jumlah itu ter-masuk anggaran kerugian akibat kes sama bagi seluruh Malaysia yang bernilai RM4 juta daripada 2010 hingga 2014.

“Oleh sebab itu kita mem-perkenalkan kaedah ‘branding’ untuk mengurangkan risiko ke-curian ini.

“Jika ada seseorang menjual ternakan yang mempunyai cop lain, kita boleh semak adakah ia dibeli atau hilang sebelumnya,” katanya kepada Selangor Kini.

GOMBAK - Penerima milikan hak tanah atau notis borang 5A di-ingatkan tidak mengambil jalan singkat dengan menjualnya bagi meraih keuntungan segera.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tanah itu per-lu dijaga dengan baik dan diba-ngunkan bagi memastikan nilai-nya lebih tinggi pada masa akan datang.

“Diharap penerima dapat menjaga dan menyuburkan ta-nah untuk memastikan ia dapat dibangunkan supaya nilainya lebih tinggi.

“Jangan ambil jalan singkat dengan menjualnya kerana ge-nerasi akan datang tidak dapat miliki hartanah,” katanya pada Majlis Sambutan Aidilftri dan Pe-nyerahan Notis 5A kepada pen-

duduk Kampung Sungai Kertas dan Kampung Wira Damai, pada 8 Ogos lalu.

Pada majlis itu, seramai 62 ke-luarga dipilih untuk menerima notis 5A, sekali gus menamatkan penantian mereka berpuluh ta-hun lamanya.

Pada masa sama, Mohamed Azmin, berkata Kerajaan Negeri terus menyusun pembangunan di Selangor, di samping menye-diakan prasarana terbaik untuk rakyat.

“Ini adalah dasar yang kita amalkan selama ini untuk me-mastikan pembangunan di kam-pung tradisi dan kampung baru dapat dijalankan secara tersusun dan menjamin keharmonian serta kesejahteraan rakyat,” ka-tanya.

Penternak rugi RM4 juta sejak 2010

Beliau turut menasihatkan penternak mendaftarkan simbol cop masing-masing kepada DVS.

Katanya, ketika ini mendaftar-kan simbol cop masing-masing adalah percuma di Malaysia ber-banding di luar negara.

Beliau menjangkakan pendaf-taran simbol akan dikenakan bayaran jika ia dikuatkuasakan dalam akta berkenaan binatang ternakan pada masa akan datang.

Kita memperkenalkan kaedah ‘branding’ untuk mengurangkan

risiko kecurian ini. Jika ada seseorang menjual ternakan yang mem- punyai cop lain, kita boleh semak adakah ia dibeli atau hilang sebelumnyaDr AKMA Pengarah DVS Selangor

MB: Suburkan tanah bukan jual

SHAH ALAM - Kaedah cop atau ‘branding’ kepada haiwan ter-nakan mampu mengurangkan risiko kecurian, kata Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS) Se-langor, Dr Akma Ngah hamid

Beliau berkata, ia berikutan ‘branding’ membolehkan pen-ternak mengenalpasti ternakan masing-masing melalui simbol yang dicop kepada kepada hai-wan terbabit.

“Simbol pada ternakan kekal berbanding kaedah ‘tag’ di te-linga yang boleh ditukar,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, penternak boleh mendaftarkan simbol pilihan masing-masing di DVS tanpa dikenakan sebarang bayaran.

Cop kurangkan risiko curi ternakan

Jika simbol dipilih didapati sudah di-gunakan penternak lain, mereka kena pilih simbol lain untuk elak simbol sama

“Jika simbol dipilih didapati sudah digunakan penternak lain, mereka kena pilih simbol lain un-tuk elak simbol sama,” katanya.

Kaedah ‘branding’ adalah mengecop badan ternakan den-gan simbol tertentu mengguna-kan besi panas dengan penye-liaan DVS.

SHAH ALAM - Industri penterna-kan di hulu Selangor dan Sabak Bernam diisytihar sebagai daerah bebas penyakit kuku dan mulut (FMD).

Pengarah Jabatan Perkhidma-tan Veterinar (DVS) Selangor, Dr Akma Ngah hamid, berkata ja-batan itu mensasarkan tujuh lagi daerah memperoleh status sama tahun ini.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kerajaan Nege- ri dan DVS menggubal satu dasar bahawa Malaysia perlu menca-pai status bebas beberapa jenis penyakit haiwan jika negara ini, khususnya Selangor ingin mem-pertahankan industri penterna-kan pada masa akan datang.

“lanjutan daripada dasar ini, Program Pengekalan ladang Be-bas Penyakit haiwan dimulakan

Dua daerah bebas penyakit kuku dan mulut

pada 2012 dan tumpuan dihala-kan terlebih dahulu kepada FMD serta Bruselosis bagi ternakan ruminan serta penyakit sampar atau ‘Newcastle’s Disease’ untuk ternakan unggas,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Seminar Pro-gram Pengekalan ladang Bebas Penyakit haiwan di Ibu Pejabat

DVS Selangor, di sini, pada 6 Ogos lalu.

Dr Akma berkata, lima strategi yang digariskan bagi menjayakan sasaran itu adalah dengan men-gawal pengimportan ternakan, pemindahan dan penyembelihan ternakan, bersiapsiaga dari segi ubatan dan peralatan dan melak-sanakan vaksinasi strategik.

19Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

20PBT

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

JABATAN KERJA RAYAKENYATAAN TENDER

Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buata masa ini bagi kerja berikut:-

Pejabat yang Memanggil t ender

Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor

t ajuk Projek

PeMaSangan SiSte M te KnOLOgi MaKL uMat dan KOM uni KaSi untu K Cadangan MeMbina dan Men Yia PKan bangunan ibu PeJabat Jabatan KeRJa RaYa nege Ri SeLang OR di SeKSYen 17, Shah aLaM, SeLangOR daRuL ehSan

JKR/SeL/(n)031(t)/2015

t araf/JenisSyarikat*

BumiputeraT1

gred, Kategori, Pengkhususan/Kelas t ajuk

& t ajuk Kecil/Kelas, Kepala & Sub Kepala

(KeW angan)

210101, 210102, 210103 dan 210105

Wajib daftarunit Perancang

ekonomi negeri (uPen)

t empat & t arikh dokumen

Mulai dijual

BahagianKontrak &

Ukur Bahan, JKR Selangor.

10/08/2015(isnin)

Sehingga

24/08/2015(isnin)

harga dokumen &

bayaran atas nama

RM250.00

(draf bank/ Kiriman

Wang/ Wang Pos)

atas nama Pengarah

Kerja Raya negeri

Selangor

t empat, t arikh & Waktu t ender

t utup

Bahagian Kontrak & Ukur

Bahan,JKR Negeri Selangor Tingkat 1, Bangunan SSAAS 40582 Shah Alam,

Selangor

Pada: 01/09/2015(Selasa)

Sebelum/Pada Jam 12.00

tengahari

Lawatan Tapak Digalakkan. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Elektrik, JKR Negeri Selangor. No. Tel: 03-55447730

bagi lawatan tapak atau sesi taklimat tender yang diwajibkan, hanya penama yang tercatat di dalam sijil PKK, SPKK, PuKOnSa atau uPKJ yang dibenarkan menghadiri lawatan tapak atau sesi taklimat berkenaan.

Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.

Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Pengarah Kerja Raya Negeri Se-langor. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan In-dustri Pembinaan Malaysia serta Sijil Taraf Bumiputra yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputra (jika berkenaan)

*Jenis Syarikat t empatan:

T1 - Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara)

A1 - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadanka di Malaysia oleh Warganegara Ma-laysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara.

A2 - Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.

Oleh SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Sebanyak 25 gerai tepi jalan milik penjaja warga asing disita Majlis Per-bandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam ope- rasi penguatkuasaan, pada 2 Ogos lalu.

Operasi diketuai Pengarah Jabatan Pen-guatkuasa, Addy hisyam elias dan Penolong Pegawai Penguatkuasa, Rosli Jaafar bersama 10 anggota lain yang membuat serbuan ke atas aktiviti penjaja itu di hadapan Surau, Kampung Tasik Permai, Ampang.

Pegawai Komunikasi Korporat MPAJ, Norhayati Ahmad, berkata pemeriksaan mendapati 25 penjaja itu terutamanya war-ga Myanmar adalah pemegang kad UNhCR.

“MPAJ juga mendapati mereka tidak mempunyai sebarang lesen bagi menjalank-an aktiviti itu.

“Dalam operasi sama, anggota kami turut menyita dua buah motosikal menjual sayur, ikan dan pakaian,” katanya dalam kenyataan media.

MPAJ sita 25 gerai penjaja warga asing

SUBANG JAYA - Majlis Perban-daran Subang Jaya (MPSJ) men-ganjurkan larian SJ10KM yang bakal diadakan di Kompleks Sukan MPSJ, pada 20 September ini.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor hisham Ahmad Dahlan, berkata 4,000 peserta bakal menyertai lari- an kelapan yang bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, penganjuran itu ber-tujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim warga kerja MPSJ de- ngan pendu-duk sekitar Subang Jaya.

“Ia juga sebagai plat-form mewu-judkan sema- ngat kerjasa-ma dan kesu-kanan antara golongan re-ma-ja, dewasa, veteran dan orang kelainan upaya,” katanya pada 7 Ogos lalu, di sini.

Nor hisham memaklumkan MPSJ turut menerima sumbangan RM10,000 daripada Adun Subang Jaya, hannah Yeoh.

Sebanyak 15 kategori dipertan-dingkan termasuk dua kategori baru iaitu ‘Fun Run’ dan ‘Family Run’ membabitkan larian tiga kilometer.

Penyertaan bagi dua kategori

itu dikenakan yuran RM106 mem-babitkan empat peserta bagi se-tiap pasukan.

Kategori lain termasuk lelaki dan wanita terbuka, lelaki junior vete-ran, wanita dan lelaki senior ve-teran serta lelaki dan perempuan remaja dikenakan yuran RM32.

Manakala, yuran sRM53 dikena-kan bagi kategori lelaki dan wanita antarabangsa, setiap peserta akan menerima baju T dan cabutan ber-tuah.

Orang ramai yang berminat boleh membu-at pendaftaran secara atas talian di www.myraceonline.com atau te-rus ke Pejabat Jabatan Pem-bangunan Ma-syarakat, Aras 1, Ibu Pejabat MPSJ.

Pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat cawangan MPSJ, kaun-ter Stadium MPSJ Serdang Jaya, kaunter Kompleks 3K atau kaunter Dewan Puchong Indah.

Tarikh tutup penyertaan pada 11 September ini.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 017-3037123 (Shahuddin) atau 013-4204853 (Nurul Badariah).

4,000 sertai larian 10km

SHAH ALAM - Kaunter bayaran pan-du lalu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ditutup sementara waktu ber-mula 10 Ogos hingga Oktober ini.

Kaunter pandu lalu yang terletak di hadapan Wisma MBSA itu ditutup bagi memberi ruang kerja penam-bahbaikkan sekitar kawasan berke-naan.

Dalam kenyataannya, MBSA me-nyediakan kaunter bayaran pandu lalu sementara di belakang pentas Dataran Kemerdekaan sebagai alternatif.

Ia bagi memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu berurusan di kaunter utama, Wisma MBSA.

Sehubungan itu, MBSA memohon orang awam terutama mereka yang ingin berurusan di kaunter bayaran pandu lalu mengambil maklum ber-hubung penutupan kaunter itu.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5511 3253 atau 03-5510 5133 sam-bungan 1288/1414.

Kaunter pandu lalu ditutup hingga Oktober

Norhayati berkata, warga asing itu men-jalankan aktiviti pada setiap hujung minggu seawal jam 7.00 hingga 11.00 pagi.

“Aktiviti itu mengakibatkan penduduk se-

tempat kurang selesa ekoran pencemaran bau busuk di kawasan perumahan mereka.

“Selain itu, aktiviti itu menyebabkan ke-sesakan lalu lintas setiap pagi,” katanya.

21Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

PBT

Oleh SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Pemegang harta kawasan pentadbiran Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) di-nasihat melaksanakan tanggung-SHAH ALAM - Majlis Bandaraya

Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan tong RORO atau “Roll On-Roll Off’ bagi menge-lak pemilik premis mengambil perkhidmatan kontraktor haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Ko-muniti, Shahrin Ahmad, berkata kontraktor dilantik berdaftar di

JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

dOKuMen Sebut haRga untuK

PeRKhidMatan MeMbeKaL dan MenghantaR KheMah, KanV aS dan KeLaMbu (undeRLa YeR) untuK JKR SeLangOR

(JKR/SeL/Sh/(n)/ 020/2015)

TARIKH : 12 OgOS 2015

TARIKH PENYERAHAN DOKUMEN : 18 OgOS 2015

MASA DAN TEMPAT :12.00 tengahaRi

Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,JKR Negeri Selangor Tingkat 1,

Bangunan SSAAS 40582 Shah Alam, Selangor

haRga dOKuMen : RM 30.00

Tunggakan cukai MBPJ RM164.9 juta

jawab dengan menjelaskan cukai taksiran bagi mengelak dikena-kan bayaran tambahan, sebelum 31 Ogos ini.

Unit Perhubungan Awam MBPJ berkata, jumlah cukai se-masa dan tunggakan berjumlah RM164.9 juta bagi 234,973 peme-gang harta.

Bil itu sudah dikeluarkan dan dipos kepada pemunya harta bagi setengah tahun kedua bermula Julai hingga Disember ini.

Waktu urusan kaunter bayaran setiap Isnin hingga jumaat ber-mula jam 7.30 pagi sehingga 6

petang sepanjang bulan Julai hingga Ogos sahaja.

Waktu tambahan pada Sabtu, Ahad dan cuti umum bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

MBPJ juga menyediakan kaunter bergerak MR eZPAY yang beroperasi dari 10 pagi hingga 3 petang di beberapa kawasan ter-pilih.

Pertanyaan lanjut, orang ra-mai boleh menghubungi Jaba-tan Perbendaharaan di talian 03-79563544 sambungan 102/103/106/109 atau melayari laman sesawang rasmi www.mbpj.gov.my.

Bil itu sudah dikeluarkan dan dipos kepada pemunya harta bagi setengah tahun kedua bermula Julai hingga Disember ini

Tong RORO elak kontraktor haram

bawah seliaan Jabatan Penguru-san Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

“Mereka bertanggungjawab dalam menguruskan tong RORO di kawasan pentadbiran MBSA mengikut jenis premis ditetap-kan.

“Tong itu bertujuan memu-dahkan pengurusan sampah kebun dan sampah pukal ter-masuk perabot lama seperti peti ais, kerusi dan meja lama, almari, sofa, kipas, katil serta ketuhar,” ka-tanya dalam kenyataan media.

Shahrin berkata, perkhidmatan itu juga bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram di pentadbiran MBSA.

Permohonan bagi perkhid-matan tong RORO boleh dibuat melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Tingkat 4, Wisma MBSA atau hubungi Jabatan Penguru-san Sisa Pepejal dan Pembersi-han Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1547/1645.

“Kita berharap pemilik premis dapat bekerjasama menguruskan pembuangan sampah disaluran yang betul demi menjaga kehar-monian bandaraya Shah Alam,” katanya.

Tong itu bertujuan memudahkan pengurusan sampah kebun dan sampah pukal termasuk perabot lama seperti peti ais, kerusi dan meja lama, almari, sofa, kipas, katil, ketuhar dan sebagainya

SHAHrIN AHMADTimbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti MBSA

22Pendidikan

Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Oleh AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM - Selangor men-sasarkan lebih banyak pembi-naan Maahad Integrasi Tahfiz Sains setiap tahun di sembilan daerah di negeri itu.

exco hal ehwal Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus hairi, berkata ia bagi menampung per-mintaan tinggi dalam kalangan ibu bapa dan pelajar terhadap pendidikan agama.

Katanya, maahad tahfiz sedia ada hanya mampu menampung kemasukan 180 pelajar setiap ta-hun.

“Permintaan daripada ibu bapa (untuk kemasukan anak-anak) cukup tinggi. Tahun lalu, 400 permohonan diterima untuk kemasukan ke maahad tahfiz.

“Bagaimanapun, kita memilih pelajar yang bukan hanya cemer-lang daripada sudut akademik, tetapi memiliki kekuatan dalam kafahaman al-Quran,” katanya ke-pada Selangor Kini.

Pada masa sama, Ahmad Yu-

Permintaan meningkat

Maahad tahfiz bakal dibina setiap tahunBESTARI JAYA - Skim khas untuk

mahasiswa niaga bakal diwujudkan bagi menggalakkan golongan itu menceburi bidang keusahawanan.

exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, skim yang masih di peringkat perbincangan itu me-libatkan pinjaman mikro kredit hIJ- RAh.

“Dunia sekarang berbeza dengan adanya e-commerce dan instagram. Ada pelajar mengambil peluang ini untuk berniaga dan sesetengahnya agak ke depan.

Skim khas HIJRAH galak mahasiswa jadi usahawan

BESTARI JAYA - Selangor akan menambah peruntukan pem-bangunan Universiti Selangor (UNISel) bagi memastikan ke-cemerlangan institusi penga-jian tinggi milik Kerajaan Ne-geri itu.

exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata jumlah sebenar peruntukan masih lagi dalam peringkat perbincangan.

“Kami yakin setiap inisiatif

yang diambil ini mampu me-nyumbang kepada pemulihan UNISel dan bertekad mengam-bil langkah yang perlu untuk mengembalikan kegemilangan universiti ini.

“Keputusan perbincangan akan disertakan dalam Belan-jawan 2016 nanti,” kata Nik Nazmi pada sidang medianya di sini, pada 7 Ogos lalu.

Katanya, ketika ini kos pem-bangunan UNISel ditanggung

Kerajaan Negeri sementara kos pentadbiran dan penguru-san ditanggung universiti itu sendiri.

Sementara itu, dalam per-kembangan lain UNISel men-empatkan sebuah bilik untuk exco Pendidikan bagi memu-dahkan komunikasi antara dua belah pihak.

“Ini memudahkan saya ber-temu pelajar, tenaga akademik dan pihak pengurusan,” katanya.

BESTARI JAYA - Selangor mara selangkah lagi ke hadapan apa-bila satu jawatankuasa khas yang dinamakan Jawatankuasa Gelintar (Search Commitee) di-tubuhkan bagi menambahbaik mekanisma pemilihan pimpi-nan tertinggi Universiti Selangor (UNISel).

exco Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ja-watankuasa terbabit dianggotai

pakar akademik dalam dan luar UNISel serta pemain industri di Selangor.

“Kita akan melalui proses pemi-lihan calon baru dalam pelantikan seperti Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor oleh Jawatankuasa Gelintar. Selepas proses ini, baru mereka akan cadangkan kepada Ahli lembaga Pengarah untuk keputusan akhir.

“Ini adalah proses penambah-

baikan berbeza dengan proses di Kerajaan Pusat contohnya orang tak tahu, tiba-tiba mereka lantik tokoh tertentu,” katanya dalam sidang media di UNISel kampus Bestari Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, penubuhan jawa-tankuasa terbabit dicadangkan Jawatankuasa Penambahbaikan yang mampu memantapkan ke-bebasan akademik seperti disa-rankan Kerajaan Negeri.

Peruntukan pembangunan UNISEL ditambah

Selangor juarai kebebasan akademik

nus, berkata beberapa maahad tahfiz yang kini dalam peran-cangan dijangka akan siap men-jelang tahun ini dan tahun hada-pan.

Katanya, ia merujuk kepada Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Bagan lalang, Sepang dan binaan baru Maahad Integrasi Tahfiz Sains di Pandan, Ampang.

“Sebenarnya, kita ada be-

berapa tapak untuk pembinaan sekolah ini dan dijangka setiap daerah akan ada satu maahad tahfiz,” katanya.

Beliau berkata, kekangan yang dihadapi adalah berke-naan pengambilan guru akade-mik terutama dalam mata pela-jaran Sains dan Matematik.

Bagaimanapun, katanya, Ke-rajaan Selangor akan cuba meng-

atasi masalah itu melalui beber-apa pendekatan dan kerjasama daripada pihak berkaitan.

“Kita akan minta kerjasama daripada kementerian untuk bantu mendapatkan lebih ra-mai guru yang memiliki kema-hiran pengajaran dalam sub-jek lebih tinggi untuk pelajar tingkatan empat dan lima,” katanya

“Memang tanggungjawab uta-ma adalah belajar tetapi kita tak boleh menolak realiti kerana ada sesetengah mahasiswa perlu men-cari pendapatan dan sebahagian lagi memang berminat.

“Mungkin suatu masa nanti ada antara mereka menjadi usaha-wan sepenuh masa. Kita akan beri sokongan dengan mengambil kira tanggungjawab utama sebagai ma-hasiswa selain meminimakan risiko dan kekangan tertentu,” katanya.

Beliau berkata, skim pinjaman hIJRAh yang bakal ditawarkan itu juga berbeza dan bersesuaian den-gan tuntutan pembelajaran seorang pelajar.

Katanya, beliau sedang meng-adakan perbincangan dengan hIJ- RAh dan UNISel sebelum dimasuk-kan dalam Belanjawan 2016 nanti.

Selain untuk pelajar UNISel, Nik Nazmi menjangkakan skim sama tu-rut ditawarkan kepada pelajar Kolej Antarabangsa INPeNS dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Memang tanggungjawab utama adalah belajar tetapi kita tak boleh menolak realiti kerana ada sesetengah mahasiswa perlu mencari pendapatan dan sebahagian lagi memang berminatNIK NAZMIExco Pendidikan

Penubuhan jawatankuasa terbabit dicadang-kan Jawatankuasa Penambahbaikan yang mampu memantapkan ke-bebasan akademik seperti disarankan Kerajaan Negeri.

Nik Nazmi

Maahad Integrasi Tahfiz Sains Bagan Lalang bakal siap Oktober ini

Saudara baharu teruja pertama kali sambut AidilfitriOleh HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR - Kesempatan menyambut Aidilfitri buat kali per-tama tentunya memberi kenangan dan pengalaman penuh makna dalam hidup saudara baharu yang mungkin menanti saat itu sejak sekian lama.

Mungkin juga ada antara golo- ngan terbabit menghadapi masalah terutama daripada ke-luarga dan saudara namun segala cabaran mendatang perlu didepani penuh sabar serta tabah.

Bagi Azzahar Alif Abdullah, 43,

Masjid siap tapi tanggung hutang

dari Rawang, dapat meraikan hari mulia itu adalah detik bersejarah bagi dirinya kerana sebelum ini be-liau menyambutnya secara tidak rasmi.

“Saya sudah berpuasa dan bera-ya tanpa niat sejak beberapa tahun dahulu ketika masih beragama Kristian. Bagi saya tahun ini amat menggembirakan saya kerana da-pat meraikannya secara rasmi.

“Saya juga gembira kerana selepas saya sah sebagai muslim pada 17 April lalu, ketiga-tiga anak saya berbuat demikian tiga hari selepas itu,” kata mekanik itu kepa-da Selangor Kini pada 9 Ogos lalu.

Pengurusan mohon derma bantuanSHAH ALAM - Pengurusan Masjid Kompleks Pertanian Serdang memo-hon orang ramai khususnya bagi masyarakat di Serdang, Cyberjaya dan kawasan berhampiran supaya meng- hulurkan sumbangan kepada tabung masjid terbabit.

Setiausahanya, Wan Noor Wan Ju-soh berkata, sumbangan itu diperlukan bagi membayar baki hutang kos pem-binaan masjid itu yang masih ditang-gung pihak pengurusan.

“Kos keseluruhan sebanyak RM8 juta termasuk infrastruktur tetapi kami

dah bayar RM6 juta yang juga daripada sumbangan awam dan lembaga Zakat Selangor (lZS).

“Kami bernasib baik kerana kontrak-tor projek dilantik, Seri Sekamat Sdn Bhd mahu menyiapkan masjid ini se-penuhnya walaupun mengetahui pihak kami kekurangan dana.

“Kami perlukan lagi RM2 juta untuk membayar baki hutang kepada kon-traktor dan syarikat perunding yang di-lantik,” kata Wan Noor kepada Selangor Kini.

Jelas beliau, Jawatankuasa Pengurus-

an Masjid Kompleks Pertanian Serdang memutuskan membina bangunan baru selepas mendapati bangunan se-dia ada yang dibina pada 1929 bukan sahaja semakin uzur, malah tidak da- pat menampung pertambahan je-maah yang semakin ramai.

Pembinaan bangunan baru masjid itu dimulakan kira-kira tiga tahun lalu dan siap sepenuhnya pada hujung ta-hun lalu.

Sumbangan orang ramai boleh di-hulurkan dengan menghubungi Wan Noor di talian 013-7011 565.

Azzahar ditemui pada majlis Aidilfitri anjuran hidayah Centre Foundation bersama dua saudara baharu lain, Sajidar Abdullah, dan Noriana Abdullah.

Sajidar, 54, suri rumah dari Pantai Dalam memeluk Islam pada 4 Ogos 2014 turut melahirkan kegembi-raan sama dan berharap mampu berkongsi detik itu dengan lebih ra-mai ahli keluarganya sebagai umat Islam pada masa depan.

“Saya memeluk Islam kerana sa-ranan anak, Muhammad Ridzuan, 25, yang menjadi Muslim sejak lima tahun lalu.

“Selepas gagal dalam rumah

tangga beberapa tahun lalu, saya mendalami Islam dan terasa lebih damai sebagai seorang Muslim,” kata ibu lima anak yang berharap anak bongsunya juga akan mene- rima Islam apabila tiba masanya.

Noriana, 32 dari Rawang pula menjelaskan minat terhadap Islam sudah lama dan hanya tahun ini ia menjadi kenyataan apabila meme-luk Islam, pada 23 April lalu.

“Memang saya gembira dapat menyambut Aidilfitri tahun ini dan walaupun tidak bersama keluarga tetapi dapat bersama saudara Is-lam lain sudah cukup menggem-birakan.

Lebih 42,000 asnaf terima bantuan LZSSHAH ALAM - lebih 42,000 keluarga asnaf fakir dan miskin di negeri ini su-dah menerima bantuan daripada lem-baga Zakat Selangor (lZS).

Bantuan itu diberikan dalam pelba-gai bentuk, antaranya saraan bulanan, sewa rumah, bina rumah baru, baik pu-lih kediaman sedia ada dan pendidikan.

“lebih RM224.7 juta zakat sudah di-agihkan kepada asnaf di Selangor se-hingga hari ini.

“Kita menyantuni mereka melalui

lima program pembangunan utama iaitu sosial, ekonomi, pendidikan, insan dan institusi agama,” kata lZS dalam kenyataan di Facebook.

Sementara itu, lZS dalam paparan terbaru di Facebook memaklumkan pihaknya akan membantu M. Danish Maariff, 10, yang menderita penyakit barah tulang mendapatkan rawatan.

Katanya bantuan RM13,000 disalur-kan temasuk kos perjalanan bagi tujuan rawatan berjumlah RM260 sebulan ber-

mula Ogos hingga Disember ini.“Sebelum ini, keluarganya pernah

membuat permohonan zakat tetapi tidak layak sebagai asnaf kerana pendapatan isi rumah melebihi paras kelayakan.

“Selepas siasatan dilakukan semula, didapati jumlah pendapatan keluarga itu melayakkannya sebagai asnaf fakir dan miskin kerana tiada lagi pendapa-tan tetap. Oleh itu mereka akan diban-tu RM250 sebulan,” katanya.

WAKTU SOLAT SeLAngOr14 - 21 Ogos 2015

29 Syawal - 6 Zulkaedah 1436HGombak, hulu Selangor, Rawang, hulu langat, Sepang, Petaling,

Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak14 Jumaat 5:43 5:53 7:11 1:21 4:38 7:27 8:3815 Sabtu 5:43 5:53 7:11 1:21 4:37 7:27 8:3816 Ahad 5:43 5:53 7:11 1:20 4:37 7:26 8:3817 Isnin 5:43 5:53 7:11 1:20 4:36 7:26 8:3718 Selasa 5:43 5:53 7:11 1:20 4:35 7:26 8:3719 Rabu 5:43 5:53 7:11 1:20 4:35 7:26 8:3620 Khamis 5:43 5:53 7:11 1:20 4:34 7:25 8:3621 Jumaat 5:43 5:53 7:11 1:19 4:33 7:25 8:36

14 Jumaat 5:45 5:55 7:13 1:23 4:40 7:29 8:4015 Sabtu 5:45 5:55 7:13 1:23 4:39 7:29 8:4016 Ahad 5:45 5:55 7:13 1:22 4:39 7:28 8:4017 Isnin 5:45 5:55 7:13 1:22 4:38 7:28 8:3918 Selasa 5:45 5:55 7:13 1:22 4:37 7:28 8:3919 Rabu 5:45 5:55 7:13 1:22 4:37 7:28 8:3820 Khamis 5:45 5:55 7:13 1:22 4:36 7:27 8:3821 Jumaat 5:45 5:55 7:13 1:21 4:35 7:27 8:38

“Saya ingin mendapatkan bimbingan untuk terus mendalami agama ini supaya dapat menjadi Muslim yang baik,” kata pengawal keselamatan itu.

Selepas gagal dalam rumahtangga beberapa tahun lalu, saya men-

dalami Islam dan terasa lebih damai sebagai

seorang MuslimSAJIDAr

Saya ingin mendapat-kan bimbingan untuk terus mendalami agama ini supaya dapat menjadi Muslim yang baikNOrIANA

Saya juga gembira kerana selepas saya sah sebagai muslim pada 17 April lalu, ketiga-tiga anak saya juga menjadi muslim tiga hari selepas ituAZZAHAr ALIF

23Selangorkini 14 - 21 Ogos 2015

Agama

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanAngkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Gam

bar o

leh

Rem

y A

riffin

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Cadangan pembinaan perkampungan sukan perahu layar di Pantai Batu laut, Banting bakal dipertim-bangkan Kerajaan Negeri berdasarkan keperluan dan kesesuaian.

exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, fokus utama untuk tahun ini adalah menambah kelengkapan sukan berdasarkan nasihat dan keperluan persatuan.

“Kalau permohonan 10 ekar itu ada sokongan dan permin-taan besar, saya akan cuba bantu untuk laksanakan.

“Kita kena semak balik sejauh mana ia digunakan dengan kerap dan bagaimana dilaksanakan. Set-akat ini, Pusat Kecemerlangan Pera- hu layar berada di langkawi.

“Pusat yang kita ada antara pusat sisipan untuk pembangunan sukan ini,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, Kerajaan Selangor bercita-cita untuk membangunkan Pantai Batu laut

Perkampungan sukan perahu layar

Pantai Batu Laut jadi pusat kecemerlangan

PETALING JAYA - Acara larian terulung di Petaling Jaya, PJ half Marathon kem-bali lagi untuk edisi ke-27 dengan hadi-ah keseluruhan RM31,000 dan bakal di-adakan pada 6 September ini.

empat kategori dipertandingkan iaitu larian 21 kilometer (km) terbuka, 10 km, tujuh km (pelajar sekolah) dan tiga km (Fun Run) bermula jam 6.00 pagi.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata buat pertama kalinya penganjur memilih laman MBPJ Seksyen 53 sebagai lokasi baru pengan-juran.

Katanya, pemilihan lokasi itu ber-sesuaian dengan hasrat MBPJ untuk membuka dimensi baru bagi edisi ta-hun ini.

“Seramai 5,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam edisi tahun ini atas faktor laluan serta lokasi baru.

“Tema marathon masih sama iaitu ‘Run Because You Can’. Kebanyakan pe-serta terdiri daripada penduduk Peta-ling Jaya dan sekitar lembah Klang,” ka-tanya dalam sidang media, di sini, pada 4 Ogos lalu.

Azizi berkata, setakat ini seramai 4,200 permohonan sudah diterima dan turut disertai penyertaan luar negara.

Antara jalan utama yang terbabit adalah Jalan Gasing, Jalan Klang lama, Jalan Templer, Jalan Universiti dan Jalan Sultan.

“Seramai 90 anggota polis trafik dan 50 pegawai penguatkuasa MBPJ ditu-gaskan bagi mengawal lalu lintas men-jamin kelancaran serta keselamatan pe-serta atau orang awam,” katanya.

Penganjuran PJ half Marathon ini adalah hasil kerjasama antara Persatu-an Olahraga Para Selangor (POPS) dan Puncak Venture SRA Sdn Bhd.

Turut serta menjayakan acara ini adalah minuman isotonik 100Plus dan air mineral Ice Mountain dari F&N Be- verages Marketing Sdn Bhd selain pakai- an Ultron, pengedar jam Solues, krim Voltex serta medal sumbangan Nexus Medalion.

Pendaftaran masih dibuka kepada orang ramai sehingga 15 Ogos ini dan maklumat lanjut boleh layari www.my-raceonline.com

sebagai pusat kecemerlangan dalam su-kan perahu layar di peringkat nasional.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Perahu layar Negeri Selangor, Abdul Aziz Abdul-lah, berkata pihaknya sudah mengenalpas-ti sebidang tanah seluas 10 ekar milik Kera-jaan Negeri di kawasan berhampiran yang sesuai dijadikan perkampungan sukan.

RM31,000 jadi rebutan PJ Half Marathon

Kalau permohonan 10 ekar itu ada sokongan

dan permintaan besar, saya akan cuba bantu untuk

laksanakanAMIruDIN SHArIExco Sukan

PELIHARA... Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Sepat, Banting bekerjasama menanam pokok

bakau dan rhu bagi mengelak hakisan pantai bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan komuniti

Orang Asal Tanjung Sepat di Pantai Cunang

top related