peraturan sofbol
Post on 31-Jul-2015
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SEJARAH
PENGENALAN DAN ASAL USUL
Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah
perkembangan permainan sofbol bermula pada tahun 1887 oleh George Hancock.
George Hancock dari Farragu Boat Club di Chicago telah mencipta satu permainan
yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim sejuk. Beliau menggunakan
satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu penyapu
sebagai bet.
Pada tahun 1895, Louis Rober, Pegawai Jabatan Bomba Minneapolis menjadikan
sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba
pada waktu senggang.
Awalnya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard menyaksikan
pertandingan akhir bola Amerika antara Yale dan Harvard di Farragut Boat club.
Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan Yale, seorang pemain Yale telah
melemparkan sebuah sarung tinju ke arah penyokong Harvard. Salah seorang
bertindakbalas dengan mengambil sebatang tongkat dan memukul ke arah sarung
tinju tersebut. Peristiwa itu memberikan idea seorang pemberita Chicago Board of
Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di
dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Beliau
mengambil sarung tinju tersebut dan mengikatkannya dengan menggunakan tali,
supaya menyerupai bola. Kemudian dengan menggunakan kapur, Hancock melakar
lantai Farragut Boat menyerupai gelanggang besbol sebagai kawasan untuk
bermain permainan tersebut.
Permainan tersebut menggunakan sebatang penyapu sebagai pemukul
kepada bola tersebut. Pasukan dibahagi kepada dua kumpulan dan Hancock
melaungkan perkataan “Play ball”, dan permainan akan dimulakan dengan skor
akhir 44-40. Pada awal abad ke-20, sofbol mula dimainkan di kawasan terbuka
sebagaimana ia dimainkan dalam kawasan tertutup atau indoor game.
Pada tahun 1908, organisasi amatur bagi permainan baru ini (National
Amateur Playground Ball Association of the United States) mengatur permainan ini
untuk dimainkan diluar ruangan dengan menggunakan bola yang lebih besar.
Pada tahun 1923, Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation
Congress) meminta kebenaran untuk mengiktirafkan permainan ini, dan pada tahun
1926 nama "softball" digunakan sebagai nama permainan ini walaupun ia belum
dirasmikan.
Pada tahun 1933, World Champion pertama telah diadakan di bawa
Persatuan Amatur Sofbol Amerika(Amateur Softball Association of America) dimana
organisasi ini telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk
sofbol kategori remaja pada masa itu ialah J. L. Gills dari Chicago. Manakala juara
bagi kategori wanita ialah Great Northerns, juga dari Chicago.
Sejak tahun 1933, “softball” telah menjadi nama rasmi bagi permainan ini.
Pada tahun 1934, pembentukan dan perubahan peraturan telah. Antara perubahan
yang dilakukan adalah jumlah pemain satu pasukan daripada 10 orang kepada 9
orang. Pemain ke sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagai
penjaga kawasan outfield. Pada tahun 1950, jarak antara pitcher’s plate dan home
plate ditambah untuk lelaki dari 43 kaki hingga 46 kaki (13.114 meter).
Pada tahun 1960-an, sebahagian daripada 125,000 pasukan telah mendaftar
di Asosiasi Sofbol Amatur Amerika dan telah mengadakan enam National
Championship setiap tahun. Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top
Tailors, memenangi International Championship yang telah dianjurkan secara
berperingkat oleh Asosiasi Sofbol Amatur dan merupakan perlahwanan pertama
yang merupakan kejohanan bertaraf dunia bagi kategori lelaki tingkat dunia.
Diadakan tahun 1966 dibawah sponsor dari Federasi Sofbol Internasional
(International Softball Federation). Australia memenangi kejuaraan pertama untuk
wanita pada tahun 1965.
PERKEMBANGAN DI ASIA
Muncul pertama di Amerika Syrikat, kemudian Kanada dan negara-negara
Barat yang lain dan kemudiannya berkembang di Asia. Selepas Perang Dunia II
tamat, sofbol semakin berkembang digemari. Di Jepang, Philipina, Korea Selatan,
Taiwan, Sofbol telah menjadi permainan rakyat. Perkembangan permainan sofbol
ini semakin meningkat di Asia, dan ini menyebabkan terbentuknya Amateur
Softball of Asia atau juga dikenali ASA-ASIA (Persatuan Softball Amatur se-Asia).
Ia dianggotai beberapa Negara lain iaitu Philipina, Jepun Korea Selatan, Taiwan,
Hongkong, Pakistan, India, Muangthai, Singapura dan Indonesia.
Pada Februari 1967, Kejohanan Sofbol wanita Asia telah diadakan di Manila,
pesertanya hanya 5 buah negara iaitu Philipina, Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan
Hong Kong.
PERALATAN PERMAINAN
PENGENALAN
Sofbol dimainkan di kawasan berbentuk diamond. Kawasan ini mempunyai
satu plat rumah dan tiga bes. Setiap pasukan mempunyai sembilan orang pemain.
Apabila satu pasukan mengambil giliran memukul, satu pasukan lagi akan
memadang. Pasukan memukul akan memukul bola ke kawasan pemadang untuk
melakukan larian. Satu larian dikira setelah pemukul berlari mengelilingi diamond
dengan memijak semua bes dan balik semula ke plat rumah.
Pasukan memadang boleh mematikan pasukan lawannya dengan cara
menyentuh pelari bes dengan glof yang memegang bola atau menghantar bola
kepada pemadang di bes lebih dahulu daripada pelari. Giliran memukul tamat jika
terdapat tiga pemukul terkeluar atau `mati`. Setelah tamat permainan, pasukan
yang lebih larian akan dikira pemenang. Sesuatu perlawanan biasanya
mengandungi tujuh inning. Satu inning dikira setelah setiap pasukan bermain dalam
sesi memukul dan satu lagi sesi memadang. Peralatan yang digunakan dalam
permainan sofbol adalah mengikut undang-undang Persatuan sofbol Antarabangsa
atau international softbol federation (ISF)
ALATAN
Alatan yang perlu ada bagi satu perlawanan permainan sofbol seperti Glof,
Mit, Adang muka, Bes(berbentuk segiempat, Penahan dada, Bola sofbol,
Plat(berbentuk segi tiga), dan Bet(kayu pemukul).
Bet
GELANGGANG
1. Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond.
2. Terdapat empat sudut iaitu:
a) Base akhir (home plate)
b) Base pertama (first base)
c) Base kedua (second base)
d) Base ketiga (third base)
3. Bulatan lemparan dan pitcher’s plate terletak di tengah-tengah diamond.
Pitcher’s plate ialah tempat melakukan lemparan.
Pitcher’s plate
I. Tempat melakukan lemparan
II. Diperbuat daripada getah padu berwarna cerah
Home plate
I. Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk
memperlehi run (mata)
II. Perlu diletakkan dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak
semasa permainan.
Bet
I. Diperbuat daripada kayu atau aluminium.
II. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
Tombol
Pemegang
Laras
III. Tombol menghalang bet menggelonsor daripada genggaman.
IV. Lapisan getah boleh dipasang pada tombol dan pemegang untuk
mengemaskan genggaman.
Bola
I. Diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan benang.
II. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit atau bahan sintetik yang sesuai.
III. Jahitan timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan
pergerakan bola semasa lemparan pitch.
Topi keselamatan
I. Diperbuat daripada kaca gentian.
II. Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah.
III. Pemukul, pemukun on-deck, base runner dan catcher mesti memakai topi
keselamatan.
Glove
I. Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai.
II. Dipakai oleh semua pemain yang memadang.
III. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Berfungsi untuk
memerangkap bola.
IV. Glove catcher yang dikenali sebagai catcher’s mitt mempunyai pelapik yang
lebih tebal untuk melindungi tangan.
CARA BERMAIN
Jumlah dan posisi pemain
Jumlah pemain bagi sofbol ialah 9 orang. Posisi pemain sofbol yang
memadang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan
pemadang luar. Battery terdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang dalam
terdiri daripada pemain base pertama, kedua, ketiga dan pemadang dekat.
Pemadang luar terdiri daripada pemadang kanan, tengah dan kiri.
9 orang pemain
1. Battery
Pitcher
Catcher
2. Pemadang dalam
Pemain base pertama
Pemain base kedua
Pemain base ketiga
Pemadan dekat
3. Pemadang luar
Pemadang kanan
Pemadang tengah
Pemadang kiri
Fungsi pemain
1. Pitcher (1)
Melempar bola kepada pemukul.
Memadang bola yang ditampan
2. Catcher (2)
Menangkap bola yang dilemparkan oleh pitcher.
Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam.
Mematikan pemain lawan yan berlari ke base akhir.
Memadang bola yang ditampan.
Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.
3. Pemain base pertama (3)
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond.
Mematikan pemain yang berlari ke base pertama.
Mengawal bola yang ditampan.
4. Pemain base kedua (4)
Mematikan pemain yang berlari ke base kedua.
5. Pemain base ketiga (5)
Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga.
Memadan bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond.
6. Pemadan dekat/short stop (6)
Membantu pemain base kedua dan ketiga.
Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.
7. Pemadang kanan (7)
Membantu pemain base kedua dan base ketiga.
Menangkap bola di bahagian kiri kawasan.
8. Pemadang tengah (8)
Memadang bola padang luar.
Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar.
9. Pemadang kiri (9)
Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.
KEMAHIRAN ASAS SOFBOL
Pengenalan
Terdapat beberapa kemahiran dalam permainan sofbol yang perlu kita
pelajari dan kuasai. Setiap kemahiran sofbol memerlukan ketepatan, konsistensi
dan kepantasan. Antara kemahiran dalam permainan sofbol ialah kemahiran
menyerang dan kemahiran bertahan.
Kemahiran
1. Bertahan
a)Menyambut dan membaling
b)Melempar
c)Memadang
2. Menyerang
a) Memukul
b) Menampan
c) Larian base
Beberapa kemahiran dalam permainan sofbol iaitu
1. Membaling bola
2. Menangkap bola
3. Menerima lemparan
4. Memukul dan menampan
1.1 Membaling Bola
a) Balingan "Pitcher"
Bola hendaklah dibaling secara pergerakan "under arm" ataupun di
bawah tangan. Bola hendaklah dilepaskan ketika hayunan berada di
bawah paha. Selain balingan ini adalah tidak dibenarkan.
b) Balingan "Fielder"
Balingan sisi
Berdiri sisi, pandang ke sasaran. Depakan sebelah tangan ke sasaran.
Tarik tangan ke belakang bahu. Baling bola dari sisi bahu.
Balingan atas bahu
Berdiri sisi, pandang ke sasaran. Tarik tangan ke bealakang bahu.
Baling bola melepasi atas bahu. Ikut lajak.
2.1 Menangkap Bola Tinggi
Terdapat dua teknik menangkap bola iaitu menangkap bola tinggi
hampir badan dan menangkap bola ke atas kepala.
Menangkap bola tinggi hampir badan
Menghadap ke arah bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan
sedikit. Luruskan tangan ke atas hadapan badan. Pandang bola masuk
ke glof.
Menangkap bola atas kepala
Badan menghadap bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan
sedikit. Luruskan tangan ke atas kepala. Pandang bola masuk ke glof.
3.1 Menerima lemparan
Keadaan sedia
Lari ke bes dan pandang ke arah bola. Badan menghadap bola. Tangan
bersedia untuk menangkap bola.
Semasa menangkap bola
Badan menghadap bola. Pandang ke arah bola. Bengkokkan lutut dan
bongkokkan badan. Suaikan kedudukan tangan mengikut arah bola.
4.1 Memukul dan Menampan
Terdapat tiga cara memegang bet.
Cekak pendek
Cekak sederhana
Cekak panjang
Fasa-fasa dalam memukul dan menampan
Bersedia
Berdiri sisi dari arah lemparan. Kaki buka seluas bahu. Lutut dibengkokkan
sedikit. Pandang ke arah bola. Tarik bet ke belakang.
Memukul
Pasak kaki. Pandang ke arah bola dan ayun bet ke hadapan.
Semasa menampan
Pandang ke arah bola. Kaki buka seluas bahu. Lutut dan siku dibengkokkan
sedikit. Halakan bet ke arah bola.
Ikut lajak
Kedua-dua belah lengan ikut lajak.
5.1 Kemahiran Melempar
Terdapat dua gaya lemparan yang sering digunakan oleh "pitcher".
Gaya Ayunan (slingshot)
Gaya Kincir Angin (windmill)
Gaya Ayunan (slingshot)
Berdiri menghadap sasaran. Lutut dibengkokkan sedikit. Pegang bola,
luruskan lengan ke bawah. Ayun lengan ke belakang dan terus ke hadapan.
Ayunkan bola ke sasaran. Ikut lajak.
Gaya Kincir Angin (windmill)
Berdiri dan kaki rapat. Putar lengan membentuk satu bulatan. Melangkah
setapak ke hadapan. Lepaskan bola sebaik sahaja tangan yang diayu
nmelepasi paha. Ikut lajak.
top related