peraturan pendidikan dan hari cuti di sekolah termasuk cuti peritiwa

Post on 05-Dec-2014

3.374 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

TAKLIMATAKTA PENDIDIKAN 1996

Peraturan-Peraturan Pendidikan(Penggal, Hari dan Cuti Sekolah).

Perkara130Kuasa Menteri Untuk Membuat Peraturan.

• (b) tempoh penggal institusi pendidikan, hari dan waktu murid hendaklah hadir di institusi pendidikan itu dan hari yang hendak dijadikan hari cuti oleh semua institusi pendidikan atau mana-mana institusi pendidikan atau golongan institusi pendidikan yang ditentukan;

Pemakaian

• Peraturan-peraturan ini terpakai bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

Guru Besar / Pengetua

• Pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pelajaran untuk mengurus sekolah.

Cuti Peristiwa

• Hari tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Hari Ganti

• Hari yang pendidikan hendaklah dijalankan di sekolah bagi menggantikan hari yang pendidikan tidak dapat dijalankan atas apa-apa sebab yang diluluskan oleh pendaftar.

Kaedah Cuti Penggal

• Kaedah-kaedah cuti penggal dalam setahun hendaklah mendapat kelulusan Menteri.

Cuti Sekolah

• Sekolah hendaklah menurut semua Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri yang diwartakan bagi negeri di mana terletaknya sekolah itu, yang jatuh pada hari sekolah semasa penggal sekolah.

Hari Sekolah

• Hari Sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada satu ratus sembilan puluh hari (190).

• Guru Besar / Pengetua hendaklah mengadakan hari ganti jika dia mendapati bahawa hari sekolah bagi sekolahnya adalah kurang dari satu ratus sembilan puluh hari (190).

Cuti Peristiwa

• Guru Besar / Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi empat hari (4) bagi mana-mana satu tahun.

• Cuti peristiwa itu tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Daftar Kehadiran Murid

• Kehadiran murid ke sekolah semasa hari sekolah hendaklah direkodkan dalam daftar kedatangan murid pada setiap hari yang murid itu hadir.

• Nama murid yang telah bertukar atau berhenti sekolah hendaklah dibatalkan dari daftar itu pada hujung sesuatu bulan yang berkenaan.

Guru Besar / Pengetua / Pendaftar boleh mengambil tindakan tatatertib terhadap

seseorang murid yang gagal hadir sekolah bagi tempoh tiga hari berturut-turut tanpa apa-

apa sebab munasabah.

Pemberitahuan Cuti

• Guru Besar / Pengetua hendaklah memberitahu ibu bapa secara bertulis mengenai hari ganti, cuti penggal sekolah dan cuti peristiwa.

Kuasa Menutup Sekolah

• Guru Besar / Pengetua mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi tempoh tertentu jika berlaku darurat atau bencana alam.

• Penutupan sekolah di bawah subperaturan (1), hendaklah diberitahu kepada Pendaftar secara lisan dan bertulis dengan seberapa segera yang praktik dan hari sekolah itu ditutup hendaklah diganti dengan hari yang lain.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1978Hari Kelepasan Peristiwa P.U. 326/62.

• (d) Sekiranya pada sesuatu tahun tertentu hari kelepasan negeri bertambah dalam penggal persekolahan, dan dengan itu bilangan hari persekolahan menjadi kurang daripada 190 hari, semua permohonan untuk mendapatkan cuti peristiwa dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (UP: Bahagian Sekolah)

Pekeliling Perkhidmatan Bil .7/ 1998 dan Surat Pekelling Ikhtisas KP(BS/PSR)8502/20/001/(9).

Hari Rehat Sabtu Bagi Semua Sekolah Kerajaan.

• Kementerian Pelajaran telah memutuskan bahawa semua sekolah di semua negeri hendaklah TIDAK MENGADAKAN sebarang aktiviti yang melibatkan guru, murid dan staf sokongan pada hari Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan.

• (Nota:Perubahan terkini masih dalam kajian)

top related