perakaunan terimaan
Post on 19-Jun-2015
12.085 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGURUSAN AKAUN AWAMPERAKAUNAN TERIMAAN
Disampaikan oleh:-
Abd.Rasid Bin JamahBahagian Kewangan
Jabatan Imigresen Malaysia
KANDUNGAN
Jenis-jenis Hasil & Penurunan Kuasa
Kitaran Perakaunan Terimaan Hasil Kerajaan
Prosedur Terimaan & Pengeluaran Resit
Prosedur Penyelenggaraan Buku Tunai
Prosedur Penyediaan Penyata Pemungut
Perekodan Resit, Penyata Pemungut dan Resit Perbendaharaan Ke Dalam Buku Tunai.
Penyesuaian Akaun Hasil
Dokumen untuk Pengauditan
Isu-isu Berbangkit
DEFINASI
•Mengutip, menerima dan mengakaun wang hasil dan wang amanah yang diterima di pejabat melalui kaunter / di tempat kerja, secara tunai, pos, penghantaran tangan atau pungutan luar dalam bentuk tunai, wang pos, bank deraf dan cek.
JENIS-JENIS HASIL &PENURUNAN KUASA
JENIS- JENIS HASIL
HASIL ???• Semua jenis pendapatan yang diterima oleh
kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen-lesen & lain-lain terimaan
• (Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 tahun 2005)
HASIL NEGARA / KERAJAAN
• Hasil Kerajaan Persekutuan• Hasil Kerajaan Negeri• Hasil Kerajaan Tempatan
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN
Dibahagikan kepada 4 katergoria) HASIL CUKAIb) HASIL BUKAN CUKAIc) TERIMAAN BUKAN HASILd) HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
A) HASIL CUKAI ???
(Kod hasil : 60000)
• Hasil yang dikutip berasaskan perundangan yang diluluskan oleh perlimen
• Wajib dibayar ke atas urusniaga, pendapatan, perbelanjaan dan kekayaan.
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
Hasil Cukai dibahagi kepada 2 kategori :1. Cukai Langsung (61000).
- Cukai yang dikenakan secara terus ke atas pendapatan dan kekayaan mengikut akta-akta yang diluluskan dan kadar cukai telah ditetapkan dalam akta.
- Dikutip oleh LHDN.
- Contoh : Cukai pendapatan, duti setem, duti harta pusaka, cukai sewa filem
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
2. Cukai Tak Langsung (62000)- Cukai yang dikenakan secara tidak langsung ke atas individu apabila individu membeli / menggunakan sesuatu barangan / perkhidmatan
- Dikutip oleh Jabatan Kastam & Eksais Diraja dan Jabatan Pengangkutan Jalan
- Contoh : Duti eksport, duti import, cukai jalan, cukai jualan, cukai perkhidmatan
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
B) HASIL BUKAN CUKAI (70000)• Hasil yang dikutip dari perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat
• Pengguna akan dikenakan bayaran berdasarkan kadar yang telah ditetapkan oleh akta apabila mereka menggunakan perkhidmatan tersebut
• Cth : Lesen, permit, sewaan, denda
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
C) TERIMAAN BUKAN HASIL (80000)
• Kutipan yang bukan berdasarkan mana-mana akta atau perundangan
• Cth : Pulangan balik perbelanjaan, terimaan untuk perkhidmatan, bayaran-bayaran balik dll
HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN (samb)
D) HASIL WILAYAH PERSEKUTUAN
• Hasil cukai dan bukan cukai yang dipungut bagi pihak Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
HASIL KERAJAAN NEGERI
• Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Negeri adalah seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 3, Jadual 10, Perlembagaan Persekutuan.
• Cth : Tanah, lombong dan hutan Lesen
Duti hiburanBayaran dalam mahkamahHarta Karun
HASIL KERAJAAN TEMPATAN
• Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Tempatan Berasaskan Ordinan Perbandaran dan Pihak Majlis Tempatan
• Cth : Hasil-hasil Jualan Air
Sewaan dari Bangunan
Denda dan rampasan
Cukai pintu / cukai taksiran
PENURUNAN KUASA
AP 11- Kewajipan Kewangan- kewajipan kewangan dan perakaunan bagi pegawai-pegawai
bawahan yang bekerja di bawah seseorang Pegawai Pengawal mestilah dinyata dengan jelas dan bertulis, khususnya setakat mana mereka dibenarkan menjalankan tugas bagi pihaknya
- Jika berlaku sesuatu luar aturan, Pegawai Pengawal sepatutnya boleh mengesan pegawai yang bertanggungjawab. Jika tidak, PP mungkin kena mengganti apa- apa kehilangan.
- Walaupun PP tidak menjalankan kerja-kerja kewangan tetapi arahan tetap bagi jabatannya ke atas kerja kewangan perlu diluluksan oleh PP dan segala arahan tersebut adalah menjadi tanggungjawab PP.
PENURUNAN KUASA
AP 53- Tanggungjawab Pegawai Pengawal- Bertanggunggjawab menjalankan kewajipan dengan
sempurna atas tugas memungut wang awam dan menyimpannya dengan selamat.
- Bertangggungjawab sekiranya akaun yang dikemukakan oleh mereka atau di bawah kuasa mereka didapati tidak betul
- Sebarang perwakilan kewajipan kepada pegawai lain hendak secara bertulis
- Tetapi PP tidak terlepas dari tanggungjawab sendiri setelah perwakilan dibuat.
PENURUNAN KUASA
AP 69- Kebenaran bertulis untuk menerima pungutan
AP 70(a)- Kebenaran bertulis untuk menulis dan menandatangani resit
AP 73- Kebenaran bertulis untuk merekod pungutan
AP 80(b)- Kebenaran bertulis untuk menyemak dan menandatangani buku tunai
AP 70(b)- Penyimpanan kunci mesin meresit
KITARAN PERAKAUNAN TERIMAAN HASIL KERAJAAN
KITARAN PERAKAUNAN TERIMAAN KERAJAAN
TERIMAAN
KELUARKAN RESIT
PELANGGAN
REKOD DI BUKU TUNAI
MASUKKAN BANK
REKOD DI BUKU TUNAI
PENGAUDITAN
PROSEDUR TERIMAAN & PENGELUARAN RESIT
Pengeluaran Resit
• AP 60 - Resit mesti dikeluarkan sebagai akuan terimaan wang pada masa urusan dibuat.
• AP 61 - Orang awam perlu diberitahu untuk meminta resit
• AP 62 - Meminda sesuatu resit adalah dilarang. Resit yang rosak harus dibatalkan dan disimpan. Resit asal serta salinan-salinanya hendaklah dikemukakan untuk diaudit.
• AP 63 (a) - Resit mestilah ditulis dengan berhati-hati dan menggunakan karbon dua belah muka.
• AP 66 (a) – Resit dan lain-lain dokumen yang belum digunakan perlu disimpan dengan selamat oleh pegawai yang tidak menyediakan resit atau membuat pungutan. - Resit yang diterima daripada ibu pejabat atau PNBM perlu disemak dan membuat akuan di belakang helai pertama salinan pejabat.
• AP 66 (b) – stok yang rosak perlu dikembalikan kepada PNBM berserta suatu laporan
• AP 66 (c) - Stok resit mestilah dikeluarkan mengikut susunan (no.siri) yang betul.
• AP 69 - Pejabat pemungut hendaklah menyelenggara & sentiasa mengemaskini suatu rekod mengenai kebenaran bertulis untuk menerima wang
• AP 70 (a) - Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon (untuk salinan asal, salinan pejabat & salinan audit).
• Pengecualian:-– skim bermesin yang diluluskan bagi
mengeluarkan resit– bayaran tetap dicetak pada resit– pungutan luar (bekerja seorang diri)– Tiada pegawai lain di pejabat (perlu dapat
kelulusan dari Akauntan Negara/Akauntan Negeri/Bendahari Negeri)
• Pegawai yang menerima wang dan menulis resit mestilah orang yang berbeza.
– Seorang yang dianggap sebagai penerima wang sekiranya ia mengaku terimaan dan menandatangani resit.
– Penerima kaunter hanya perantaraan sahaja
AP 71(a) - Wang dan dokumen yang diterima melalui pos hendaklah direkod dalam daftar mel.
AP 71(b) - butiran daftar mel : tarikh terima, nama pengirim, nombor pendaftaran bungkusan, nombor cek, amaun dan perihal dokumen
AP 71(c) - apabila resit dikeluarkan, nombor resit perlu dicatatkan dalam daftar mel dan dan ditandatangani oleh pegawai yang mengeluarkan resit.
• AP 71(d) - pegawai yang membuka mel juga perlu menurunkan tandatangan dalam daftar mel.
• AP 71(e) - daftar mel perlu disemak setiap hari dengan Buku Tunai oleh penyelia
• Bagi terimaan melalui pos, resit hendaklah dihantar pada hari yang sama ianya dikeluarkan
Rumusan (Resit)• Pegawai yang menulis, menerima wang dan menandatangani
resit mestilah telah diberikuasa – AP69 & AP70
• Pastikan penandatangan resit adalah orang yang sama yang menerima wang.
• Kerja menandatangani resit adalah kerja yang terakhir dalam proses mengeluarkan resit.
• Resit yang telah dikeluarkan mesti mengikut susunan no. siri.
• Pindaan terhadap buku resit tidak dibenarkan.
• Resit mestilah disimpan dengan selamat samaada yang belum guna atau sedang digunakan
Catatan yang perlu ada pada resit
1. Negeri Pejabat Pemungut2. Tempat Pejabat Pemungut3. Nama (jabatan) Pejabat Pemungut4. Nama Pembayar5. Jumlah dalam perkataan dan angka (mesti sama)6. Tujuan pembayaran dibuat7. Kod hasil/amanah8. Bentuk pembayaran9. Tandatangan pegawai yg diberikuasa di bawah
AP 6910. Tarikh resit (tarikh ditandatangani resit)11. Cop / b.p. Pengawal Pejabat Pemungut
Contoh Kew 38 / resit – Lampiran 1 - 3
PROSEDUR PENYELENGGARAAN
BUKU TUNAI
DEFINASI BUKU TUNAI
• Satu rekod kewangan yang disimpan oleh Pegawai Pengawal mengikut AP 143 (a)
• Terdapat 2 jenis: • Kew 248 – banyak kod hasil (Lampiran 4)• Kew 249 – satu kod hasil sahaja (Lampiran 5)
ARAHAN PERBENDAHARAAN
AP 144
Tiap-tiap seorang Pegawai Perakaunan hendaklah menyelenggara satu Buku Tunai Berpendua, Buku Harian dan lejar-lejar kecil. Ia juga hendaklah menghantar lembaran asal Buku Tunainya beserta dengan baucer penyokong yang perlu, penjenisan terimaan dan bayaran (juga penyata baki dalam lejar kecil pada hari akhir bulan) kepada Akauntan Negeri atau Bendahari Negeri dengan secepat mungkin dalam tempoh 10 hari selepas akhir tiap-tiap bulan.
TUJUAN MENYELENGGARA
Merekod semua terimaan hasil dan mengimbangkan baki lejar tiap-tiap bulan.
Mengetahui kutipan harian, bulanan & tahunan mengikut kod-kod hasil.
Memudahkan penyemakan, penyesuaian dan pengauditan dilakukan.
Merupakan punca maklumat untuk penyediaan laporan berkenaan terimaan hasil sesuatu jabatan.
SILA LIHAT CONTOH BUKU TUNAI CERAKINAN
BAHAGIAN I
Tarikh Resit No. Jumlah Harian
Tarikh Resit
Jumlah Pungutan Mengikut satu-satu Resit
Nombor Resit/Dok KewanganYang Telah Digunakan
Jumlah Pungutan KeseluruhanPada Akhir Hari
Banyaknya
PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN
Banyaknya Tarikh Resit Perbendaharaan
Jumlah Yang dibayar MasukKe Bank Mengikut Kategori
Terimaan/Berdasarkan P.Pemungut
Nombor Resit Perbendaharaan
Tarikh Dibayar MasukKe Bank Mengikut Tarikh P.Pemungut
BAHAGIAN II
BAHAGIAN III
6260177402874017230176199
PENGELASAN
Pecahan Mengikut Kod Hasil(satu ruangan untuk 1 kod hasil)
Amaun Dicatat Di dalam Ruang Mengikut ObjekYang Telah ditentukan
• Jumlah Harian:- Jumlah pungutan yang diterima setakat hujung hari apabila kaunter ditutup
• Jumlah Besar:- Jumlah untuk keseluruhan pungutan pada setiap helaian buku tunai yang digunakan
• Jumlah Besar Jumlah Pengelasan:- Jumlah pungutan untuk keseluruhan pengelasan (kod hasil) daripada awal pungutan sehingga ke helaian yang sedang digunakan.
Siapa yang boleh merekod pungutan ke dalam Buku Tunai?
• Pegawai yang diberi kebenaran di bawah AP 73 boleh memperakaunkan pungutan di Buku Tunai.
• Surat kuasa secara bertulis perlu diselenggara dan dikemaskini selalu dan dihantar ke pihak audit.
Pastikan no. siri Buku Tunai bersambungan dengan yang terakhir digunakan
pada bulan sebelumnya.
Bagaimana dengan pembetulan pada Buku Tunai?
• AP 147 - Pindaan / Pemadaman dalam Buku Tunai adalah dilarang.
• Sebarang pembetulan boleh dibuat dengan angka asal digaris dengan satu garisan sahaja dan angka yang betul di tulis di atas angka asal tadi. Pembetulan ini perlu ditandatangan ringkas oleh pegawai yang diberi kuasa (pegawai ini bukanlah pegawai yang menyediakan Buku Tunai tersebut)
• Mulakan setiap muka helaian Buku tunai yang ke-2 dan seterusnya dengan :-
– Baki bawa dari muka surat sebelumnya– Ditulis pada baris yang pertama sebelum
catatan terimaan dibuat.
B 388803 (Kew.248-Pin.1/83)
Hendaklah disediakan berpendua
Tarikh Resit No Tarikh
Resit Perbendaharaan
RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen
DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :
NAMA NAMA
JAWATAN JAWATAN
T/TANGAN T/TANGAN
TARIKH TARIKH
JUMLAH BESAR
JUMLAH BESAR JUMLAH PENGELASAN : RM
BUKU TUNAI CERAKINAN
L-J.P.N.KL
Banyaknya Jumlah harian Banyaknya
PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN PENGELASAN
Baki bawa dari muka sebelah RM 255.00
PROSEDUR PENYEDIAAN PENYATA PEMUNGUT
Penyediaan Penyata Pemungut
• AP 78 Semua pungutan yang ada dalam tangan mesti dibayar ke Perbendaharaan pada hari itu juga jika:-
i) pungutan wang tunai (wang kertas dan duit syiling) melebihi RM 500.00 atau,
ii) jumlah pungutan (termasuk wang tunai, cek, wang pos dan kiriman wang) melebihi RM 2,000.00.
Jika wang pungutan lewat diterima ia hendaklah dibayar pada hari kerja yang berikutnya.
Pungutan melalui cek mestilah dibankkan dalam tempoh seminggu.
AP 78 (b) - Pungutan, tanpa mengambil kira jumlahnya, hendaklah dibayar pada hari kerja yang akhir dalam tempoh akaun bulanan
AP 78 (c) - Mana-mana pungutan yang diterima pada hari kerja yang akhir dalam tempoh akaun selepas pembayaran akhir bagi tempoh itu, hendaklah diakaunkan seolah-olah dipungut dalam tempoh akaun yang berikutnya.
• AP 79 (a) - Penyata Pemungut perlu disedia apabila pungutan hendak dimasukkan ke dalam bank. Jika melibatkan cek, setiap nilai cek mestilah ditunjukkan pada penyata pemungut tersebut.
• AP 79 (b) – Amaun setiap masukan bank hendaklah dicatatkan dalam Buku Tunai pada hari yang sama.
• Pastikan Kategori wang adalah betul.– Tunai, Wang Pos, Kiriman Wang ,Cek
• Setiap kategori pungutan perlu menggunakan slip bayar masuk yang berbeza.
Contoh Penyata Pemungut – Lampiran 6
Apa yang perlu dicatatkan
• Kod Jabatan• Kod PTJ (Pejabat Pemungut)• Nombor Penyata Pemungut• Tarikh Penyata Pemungut• Tempoh pungutan• Kod Hasil• Jenis Kutipan• Jumlah Dalam Angka• Tandatangan Pegawai
- Pegawai yang menyediakan penyata pemungut tidak boleh menandatangani P.Pemungut
• Bagi pegawai yang membankkan wang
– Mesti menyemak cetakan oleh pihak bank pada slip bayar masuk (pastikan tiada perbezaan).
– Slip Bayar Masuk yang dikembalikan oleh pihak Bank perlu diserahkan kepada Pegawai Penyelia untuk disemak dari segi amaun dan tarikh berdasarkan pada cetakan pihak Bank
– Pegawai yang menyemak perlu menandatangani secara ringkas bersebelahan amaun cetakan bank – AP 80 (e).
PEREKODAN RESIT, PENYATA PEMUNGUT DAN RESIT
PERBENDAHARAAN KE DALAM
BUKU TUNAI
Penyediaan Buku Tunai Cerakinan
• Tulis dengan kemas dan jelas dan pastikan sentiasa kemaskini.
• Catatan Harian perlu disemak oleh pegawai penyelia (bukan oleh pegawai yang membuat catatan)setiap hari dan menandatangan ringkas serta ditarikhkan di tempat setakat mana Buku Tunai telah disemak – AP 80(b)
Perekodan Resit Ke Dalam Buku Tunai
• AP 72 - Resit hendaklah dibukukan satu persatu pada masa urusan dibuat / sebelum hujung hari dalam Buku Tunai.
• AP 144 - Catatan dalam Buku Tunai hendaklah mengikut susunan urusan yang berlaku.
Bagaimana nak rekod?
• Rekod di ruangan tarikh, no. resit dan banyaknya.
• Rekod di ruangan pengelasan mengikut kod terimaan hasil / amanah.
1. Pastikan no. resit, amaun, kod hasil adalah sama dengan apa yang tercatit pada resit
Perekodan Penyata Pemungut ke Dalam Buku Tunai
• Setiap kemasukan ke Bank (berdasarkan kepada slip bayar masuk ke bank) mesti dicatatkan satu persatu di bahagian “Pembayaran Kepada Perbendaharaan”.
– Rekod di ruangan Banyaknya dan Tarikh– Berdasarkan penyata pemungut yang telah
diakui terima oleh pihak bank menerusi cetakan bank atau cop terima.
Perekodan Resit Perbendaharaan Ke Dalam Buku Tunai
• AP 80 (d) - Bayaran kepada Perbendaharaan / Bank hendaklah disemak dengan Resit Perbendaharaan yang diterima daripada JANM Cawangan.
• Semakan dengan salinan penyata pemungut dan Buku Tunai
• Rekod no. resit perbendaharaan tersebut ke dalam Buku Tunai di Bahagian ‘Pembayaran Kepada Perbendaharaan’ di ruangan No.Resit Perbendaharaan.
Sebelum di hantar ke pihak audit
• Pastikan di akhir helaian Buku Tunai terdapat maklumat berikut:-
1. Ringkasan Pungutan Mengikut Pengelasan
2. Disediakan oleh: Nama: Jawatan:
Tandatangan:
3. Disemak oleh: Nama: Jawatan:
Tandatangan:
B 388803Hendaklah disediakan berpendua
Tarikh Resit No Tarikh
Resit Perbendaharaan
RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM Sen RM
Ringkasan Pungutan Mengikut Pengelasan
81199 23103
J an - Mac
April
J umlah
Catatan MengenaiButiran Pelarasan Cek Tak Laku
Bil Kod Catatan
DISEDIAKAN OLEH : DISEMAK OLEH :
NAMA NAMA
JAWATAN JAWATAN
T/TANGAN T/TANGAN
JUMLAH BESAR
JUMLAH BESAR JUMLAH PENGELASAN : RM
BUKU TUNAI CERAKINAN
Banyaknya Jumlah harian Banyaknya
PEMBAYARAN KEPADA PERBENDAHARAAN PENGELASAN
J umlah Slp Pelarasan
Amaun
Tolak : Pelarasan
Cek Tak Laku
No Resit Yang Bibatalkan Tarik Resit
J umlah81101 23100 72415
PENYESUAIAN AKAUN HASIL
PENYESUAIAN AKAUN HASIL
• Proses :- jumlah urusniaga dalam Buku Tunai PTJ sama dengan Laporan Terperinci Hasil C330.- Jika tidak sama----sebab berlaku perbezaan
• Penyesuaian Akaun Hasil perlu dilakukan oleh setiap PTJ bagi setiap jenis hasil.
• Dilakukan sekurang-kurangnya 1 kali dalam sebulan
• Hantarkan Penyata Penyesuaian Akaun Hasil kepada – Pej Pembayar (Bahagian Akaun JANM), atau– Ibu Pejabat / Pegawai Pengawal (bagi PTJ di
Cawangan) atau– Pegawai Kewangan Negeri / Bendahari
Negeri (PTJ di kerajaan negeri)
dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan C330 oleh PTJ
TUJUAN :• Memastikan semua urusniaga jabatan dan pejabat
perakaunan adalah selaras• Menentukan adanya pengawasan oleh Pegawai
Pengawal supaya akaun hasil berada di kedudukan yang tepat dan benar
• Memastikan tidak ada terimaan yang tersalah diakaunkan
• Memastikan segala pelarasan dibuat dengan segera• Memastikan akaun sentiasa berbaki kredit• Memastikan hasil dapat dipungut dengan sepenuhnya
dan mengikut peraturan
SEBAB1. ketepatan pengakaunan hasil – amaun dan kod
jenis hasil oleh PTJ2. semua urusniaga yang direkod dalam Buku
Tunai telah dibank in dan diakaunkan oleh pejabat perakaunan dengan betul.
3. merekodkan dalam Buku Tunai untuk urusniaga sah yang tidak diambilkira oleh PTJ tetapi diakaunkan oleh Pej Perakaunan - cth: EFT.
4. Laporkan urusniaga yang tidak sah kepada Pej Perakaunan.
5. Membantu dalam penyiasatan urusniaga yang tiada dalam BT tetapi diakaunkan oleh pej perakaunan – u/niaga yang sah dapat direkod dalam BT PTJ
6. Beri maklumat yang tepat dan lengkap kepada pihak pengurusan untuk membuat keputusan.
7. Pastikan Akaun Awam yang disediakan oleh pihak JAN menunjukkan butir hasil yang lengkap dan tepat.
Rekod Yang Diperlukan :
1. PTJ rekod semua u/niaga dalam BT
2. Pelarasan u/niaga juga perlu direkod dalam BT
3. Pej Perakaunan mengakaun dan melaporkan u/niaga dalm C330
4. Bandingkan BT (disediakan oleh PTJ) dan C330 (disediakan oleh Pej Perakaunan)
Format Penyata Penyesuaian (SP ANM Bil.2 Tahun 1986)
1. Sijil Pengesahan Akaun Hasil2. Penyata Penyesuaian Akaun Hasil3. Penyata ‘Kt di Akaun Pej Pembayar Yang Tidak
diambilkira Oleh Pemungut Hasil’ – Senarai A4. Penyata ‘Dt di Buku Tunai Pemungut Hasil Yang
Tidak diambilkira Oleh Pejabat Pembayar’ – Senarai B
5. Penyata ‘Dt di Akaun Pej Pembayar Yang Tidak diambilkira Oleh Pemungut Hasil’ – Senarai C
6. Penyata ‘Kt di Buku Tunai Pemungut Hasil Yang Tidak diambilkira Oleh Pejabat Pembayar’ – Senarai D
Cara Penyesuaian Akaun Hasil
1. PTJ bandingkan jumlah bersih kemaskini setiap kod dalam C330 dengan BT.
2. Jika sama --- sediakan Sijil Pengesahan Akaun Hasil (Tandakan ‘X’ di kotak berkenaan )dan hantar ke Pej Pembayar dan Pegawai Pengawal
3. Jika berbeza, PTJ hendaklah :a) Tandakan u/niaga yang terdapat di kedua-
dua C330 dan BT bagi bulan semasa
b) U/niaga yang tidak ditanda/berbeza amaun hendaklah disenaraikan dalam format penyesuaian
1. U/niaga Debiti) Ada dalam C330 tetapi tiada dalam BT – S. C - Posting jurnal oleh Pej Perakaunanii) Ada dalam BT tetapi tiada dalam C330 – S. B
- Bayaran Balik hasil terlebih kutip- Kesilapan pihak JANM semasa key in data
2. U/niaga Krediti) Ada dalam C330 tetapi tiada dalam BT – S. A
- Jurnal gaji berkomputer- EFT
i) Ada dalam BT tetapi tiada dalam C330 – S. D- P.Pemungut belum dikemukakan ke JANM- Terimaan belum dibankkan oleh PTJ
4. Urusniaga yang terdapat dalam Senarai A – D bulan lalu juga perlu diambilkira :
1. U/niaga dalam Senarai A & C bulan lalu – dibanding dan ditanda di BT Bulan Semasa
2. U/niaga dalam Senarai B & D bulan lalu – dibanding dan ditanda di C330 Bulan Semasa
Contoh Penyata Penyesuaian Hasil – Lampiran 7
DOKUMEN UNTUK PENGAUDITAN
PENGAUDITANDOKUMEN-DOKUMEN
AKAUN TERIMAAN BULANAN
Adakah dokumen-dokumen ini dihantar dalam tempoh mengikut AP 145?
AP 145Buku Tunai beserta baucer pungutan perlulah dihantar dalam tempoh 10 hari selepas akhir tiap-tiapbulan untuk diaudit.
AP 79 (f) - Jika tiada pungutan dibuat dalam suatu tempoh akaun yang ditetapkan, maka suatu penyata “tiada pungutan” hendaklah dihantar.
DOKUMEN-DOKUMEN AKAUN TERIMAAN
Dokumen Sokongan : -
1 Kew 67 Nota Hantaran / Nota Serahan dari Percetakan Nasional Berhad (PNB) (Lampiran 10)
2 Senarai kadar hasil (Lampiran 11)
3 Salinan Resit Perbendaharaan
4 Lampiran A, B dan C (Lampiran 12)
Dokumen-dokumen terimaan Asas :-
1. Kew 253 (Lampiran 8)
2. Kew 68 (Lampiran 9)
3. Kew 38/ Audit Roll
4. Buku Tunai
5. Salinan Penyata Pemungut
ISU-ISU BERBANGKIT
TERIMAAN MELALUI ‘ELECTRONIC FUND TRANSFER’ (EFT)
• Resit : Tarikh yang dicatat dalam resit adalah tarikh penerimaan notis EFT oleh pejabat pemungut
• Buku Tunai : Ruangan ‘Pembayaran Kepada Perbendaharaan’ perlu dicatatkan dengan butiran berikut : – Ruangan ‘Banyaknya’ : Amaun yang
dibankkan melalui EFT.– Ruangan ‘ Tarikh’ : tarikh wang diproses oleh
bank dan perkataan ‘EFT’.
Notis Pembayaran EFT perlu dikemukakan untuktujuan pengauditan.
TERIMAAN MATAWANG ASING
Resit• Resit akan dikeluarkan seta-merta setelah
menerima matawang asing daripada pembayar– Catatkan amaun dalam matawang asing di
ruangan ‘Kerana’– Kosongkan ruangan Ringgit dan Sen.
• Setelah menerima matawang asing, penyata pemungut perlu disediakan dan dihantar ke bank serta-merta.
• Catatkan amaun dalam ringgit RM seperti cetakan bank di dalam resit salinan pejabat dan salinan audit.
• Tiada resit sementara yang boleh dikeluarkan.
• AP 77 berkaitan, “ Matawang asing, yang tidak sah diperlakukan, tidak boleh diterima sebagai bayaran oleh mana-mana Jabatan Kerajaan. Sekiranya mata wang asing sampai ke tangan seseorang pegawai pengakaun, wang itu hendaklah dihantar kepada Perbendaharaan tempatan atau Perbendaharaan Kecil tempatan”.
Buku Tunai • Catatkan amaun dalam RM seperti cetakan bank di
ruangan ‘Banyaknya’.
• Catatkan mata wang asing bersebelahan dengan Ringgit RM (dalam ruangan ‘Banyaknya’) sebagai rujukan.
• Jika pihak bank tidak mengesahkan amaun amaun dalam RM dan pejabat pemungut masih tidak menerima Resit Perbendaharaan pada masa penyerahan dokumen kepada audit, kosongkan ruangan ‘Banyaknya’ dan catatkan mata wang asing untuk rujukan.
• Pelarasan perlulah dibuat dalam bulan di mana pengesahan amaun dalam RM telah diterima pada ruangan Ringkasan Pungutan Mengikut Pengelasan.
CEK TAK LAKU
• Resit untuk cek tak laku perlu dibatalkan.
• Hantarkan resit asal yang batal kepada pihak audit
• Keluarkan resit baru untuk cek gantian
• Pelarasan perlulah dibuat dalam bulan semasa di mana cek tak laku diterima daripada JANM
• Perlu wujudkan Daftar Cek Tak Laku (Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 1 Tahun 1994)
ADA SOALAN???
SEKIAN, SEKIAN, TERIMA KASIHTERIMA KASIH
BPAD, JANMBPAD, JANM
top related